09 : Bidas
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
πΉπΉπΉ
"Dalam gambar tu memang Aziq dan Ellysa. Ellysa tu kawan Aziq. Kalau mak dan ayah nak tahu, Ellysa tu dulu kurang didikan agama jadi Aziq cubalah ajak mereka mendalami ilmu agama. Akhirnya Ellysa tampil dan nak belajar dengan Aziq. Alhamdulillah. Waktu tu, Ellysa nak bagi bekalan makanan, jadi Aziq setuju. Katanya nak jumpa dekat kelas. Tapi waktu tu memang Aziq tak tau langsung yang dia nak bagi. Dia cuma cakap dia nak bagi sesuatu. Aziq ingat benda penting," terang Aziq perlahan.
"Takkan la kamu tak tahu tempat tu gelap?" tanya Encik Zul.
"Awalnya tak tahu. Bila pergi sana baru tahu. Aziq dah bagitau dia yang boleh tak kita tukar tempat. Tapi dia kata sekejap je. Jadi Aziq fikir okay la memandangkan dia kata dia pun datang dengan kawan dia. Jadi Aziq pun pergi. Tapi memang betul. Lepas Ellysa bagi bekalan tu terus dia pergi." Aziq menjelaskan perkara yang berlaku.
"Habis kenapa tak bagitau kami?" tanya Puan Salmiah sambil memegang kepala Aziq.
"Maafkan Aziq mak. Aziq ingat benda ni tak jadi serius. Tak sangka benda ni boleh jadi isu besar. Aziq minta maaf," kata Aziq ikhlas. Dia tidak tahu yang isu ini akan menjadi sebegini.
"Mak tahu kamu anak yang baik. Tak apalah... kami dah maafkan. Selepas ini jangan buat macam tu lagi ye. Kamu tu dah banyak mendalami ilmu agama tapi Ellysa baru ja. Jadi mungkin dia belum tahu perkara ini akan jadi isu begini. Oh ye... kenapa kamu pulang lewat harini?" tanya Puan Salmiah. Dia baru menyedari yang anaknya pulang agak lewat.
Aziq serba salah untuk bercakap. Tidak tahu mahu bersikap jujur atau tidak. Tapi dia tidak boleh menipu mak ayahnya.
"Aziq pergi rumah Athirah. Dia ajak sana. Tapi bukan Aziq saja. Ada orang lain lagi," terang Aziq. Namun dia tidak beritahu apa yang dia buat di sana.
"Hm baik. Kamu boleh masuk bilik. Ayah harap kamu tak akan mengulangi perkara yang sama," kata Encik Zul.
"Baik. Terima kasih ayah... mak. Aziq masuk bilik dulu."
*
*
*
Di dalam kelas, Aziq tekun belajar memandangkan peperiksaan pertama akan tiba. Sedang kusyuk dia belajar, dia didatangi Athirah dan lain-lain.
"Seronok dapat hadiah aku semalam?" tanya Athirah dalam nada perli.
"Seronok," jawab Aziq ringkas.
"Apa? Kau jawab apa?" tanya Athirah sekali lagi. Dia tidak percaya apa yang diucapkan oleh lelaki itu.
"Saya cakap seronok. Kenapa? By the way, terima kasih. Sebab awak saya dapat jujur dengan mereka. Sekurang-kurangnya hilanglah rasa bersalah. Terima kasih. Nanti kalau ada masa saya masakkan makanan orang kaya untuk awak," kata Aziq. Dalam kata-katanya ada terselit juga sindiran kepada perempuan itu.
"Kenapa seronok pula. Bukan sepatutnya mak ayah kau malu? Marah? Keluarga jenis apa kau ni?" tanya Athirah.
"Yang awak nak menyibuk kenapa? Awak bukan ahli keluarga saya. Kalau ya pun mak ayah saya malu? Mak ayah saya marah... nak suruh saya buat apa? Gelabah? Saya nak cakap sikitlah. Mengenai perkara semalam... jangan ingat saya lemah. Jangan ingat saya lemah sebab awak buli saya. Saya buat sebab saya taknak mak ayah saya dapat malu sebab perkara tu. Tapi tak sangka... mak ayah saya memaafkan saya. Itulah orang cakap. Buat jahat akan dibalas baik," kata Aziq sambil tersenyum.
"Eh lelaki... kau biadab eh dengan makwe aku," marah Zakwan sambil memegang kolar baju Aziq.
Aziq terus memulas tangan Zakwan dengan kuat.
"Kan saya dah cakap. Jangan ingat saya lemah. Lupa nak cakap... saya ada tali pinggang hitam taekwando. Awak ada? Setakat pegang-pegang... boleh pergi buli budak tadika," kata Aziq. Pagi-pagi dah cabar kesabarannya.
"Aduh... aduh. Sakit," kata Zakwan dengan mimik muka sakit. Aziq terus melepaskannya.
"Ingat. Jangan cabar kesabaran saya. Saya tak ganggu awak... jangan ganggu saya. Matlamat saya cumalah untuk masuk ke universiti. Awak tak apalah... lepas SPM duduk rumah goyang kaki pun duit masih masuk. Tapi awak nak masuk universiti juga ka? Saya dengar dari mulut semua orang yang awak taknak masuk? Ye la kan ayah awak dah kaya," kata Aziq sebelum meneruskan pembelajarannya.
Athirah menggenggamkan tangannya. Lelaki di hadapannya memang mencabarnya. Baiklah.
"Sapa cakap aku taknak masuk universiti? Aku nak masuk okey. Baik. Kita tengok sapa yang dapat masuk dan sapa yang tak dapat masuk," tutur Athirah yakin.
Semua yang ada dalam kelas terkejut dengan kata-kata Athirah. Memang sebelum ini mereka ada terdengar yang Athirah memang tiada cita-cita untuk menjejakkan kaki ke universiti.
"Apa pandang-pandang. Nak aku korek biji mata tu ka?" tanya Athirah sebelum bergegas keluar. Hatinya sekarang ini panas.
*
*
*
"Assalamualaikum Ellysa... Anisa dan Syafiq." Aziq memberi salam apabila dia bertemu dengan mereka di kantin.
"Waalaikumusalam," jawab mereka serentak dengan senyuman.
"Eh Aziq. Aku dengar yang minah kepoh tu nak masuk universiti juga selepas tercabar dengan kata-kata kau." Anisa mula membuka mulut.
"Ya. Kenapa?" tanya Aziq.
"Kau berani cabar dia. Minah tu akan guna apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak tau. Kalau kau nak tahu kelas tu kan dipenuhi dengan orang-orang bangsawan. Mereka akan gunakan apa saja untuk penuhi impian anak-anak mereka. Kau belum kenal dengan ayah dan mak perempuan kepoh tu," terang Syafiq bersungguh-sungguh.
"Oh ye. Apa nama ayah Athirah?" tanya Aziq kepada mereka.
"Ayah dia tu Tan Sri Zafir. Tapi orang panggil dia Profesor Zafir je. Sebab dia tu dari golongan berpendidikan. Mak dia pula Puan Sri Maimunah. Sama perangai dengan anaknya. Sombong. Keluarga mereka tu jarang berbual dengan golongan bukan bangsawan," terang Anisa.
"Ish kau orang. Apa kata macam tu. Tak baik label orang sombong," marah Ellysa. Aziq tersenyum. Ajarannya kepada Ellysa tampak berjaya.
"Erm Aziq. Nanti kita sama-sama baca Al-Quran nak? Dekat surau. Saya dengar ustazah cakap ada program bacaan sedikit. Nak join?" tanya Ellysa dengan senyuman di bibir.
"Boleh juga. Waktu rehat kan? Ada dengar haritu. Bolehlah saya pun free," kata Aziq.
Ellysa mengangguk. Mereka terus berbual-bual apa yang patut.
*
*
*
Athirah melemparkan begnya ke lantai. Dia mengusutkan rambutnya kasar.
"Ergh! Kau tunggu Aziq. Aku akan pastikan kau tak akan berjaya masuk universiti." Athirah tekad dengan rancangannya. Dia perlu memastikan Aziq tidak berjaya memasuki universiti. Athirah terus turun ke ruang tamu dimana mak dan ayahnya sedang bersembang.
"Mak... ayah. Athirah nak cakap sikit ni," kata Athirah selepas duduk di sofa bersebelahan maknya.
"Ada apa sayang?" tanya Puan Maimunah.
"Athirah dah fikir masak-masak. Athirah nak masuk universiti. Athirah nak mak dan ayah buat apa saja untuk Athirah masuk ke universiti," kata Athirah tekad.
"Betul ni? Kamu tak tipu?" tanya Encil Zafir. Pelik juga dia kerana sebelum ni sudah berbuih mulut dia menyuruh anaknya itu untuk masuk ke universiti.
"Betul. Ayah dan mak kena pastikan seorang lelaki ni tak berjaya masuk. Kalau berjaya... Athirah akan ikut cakap mak dan ayah," kata Athirah. Memang sebelum ini dia tidak sebulu dengan mak ayahnya.
Puan Maimunah tersenyum.
"Mak akan pastikan apa yang kamu nak akan dapat. Walaupun mak terpaksa guna kekerasan," kata Puan Maimunah yakin. Kalau bab ini serah saja dekat dia.
πΉπΉπΉ
Maaf lama tak update! Busy nakπ’ Jangan lupa vote, komen dan share! Jom tengok preview sikit bab 10.
"Aku nak dia jauh kedudukan dari anak aku. Dari segi akademik dan kokorikulum. Kalau boleh buatkan dia tempat terakhir. Anak aku benci dia. Kau faham tak?" tanya Puan Sri keras.
"Tapi Puan Sri. Dia pelajar baik dan pandai. Susah nak buatkan dia tempat terak-,"
"Kisah pula aku. Kau nampak muka aku Zambri? Ada nampak aku kisah dia pandai atau tak? Ada nampak aku kisah dia baik atau tak? Kalau kau nak sangat budak tu, kau pergilah terhegeh dekat dia. Jangan duk datang sujud dekat kaki aku," marah Puan Maimunah kuat.
"Maafkan saya Puan Sri. Saya akan ikut cakap puan," kata Encik Zambri.
"Melutut dan cium kaki aku sekarang. Baru aku maafkan kau," kata Puan Maimunah sambil menjegil matanya.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro