08 : Buli II
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
"Dah siap," kata Aziq sambil memberikan kerja sekolah Athirah dan lain-lain. Athirah mengambil buku itu malas-malas dan meletakkan di tepi.
"Sekarang pergi masak dekat aku. Aku lapar," arah Athirah.
"Tapi awak kan ada pembantu rumah? Suruhlah dia masak. Kalaupun saya masak, saya nak masak apa?" tanya Aziq
"Pembantu rumah aku dah suruh balik. Saja bagi cuti. Nak masak apa? Ada aku kisah? Pergi masak. Aku dan kawan-kawan aku lapar. Kau masak tak sedap siap kau aku kerjakan!" kata Athirah kemudian dia naik ke atas semula.
Aziq menarik nafas dalam. Dia harus tenang dan bersabar. Bukan mudah untuk kawal perempuan itu.
Aziq terus memasuki dapur dan melihat apa yang ada di dalam peti ais. Tak banyak barang yang tinggal. Dia kemudian melihat di dalam periuk mempunyai nasi. Selepas mengambil kira, dia membuat keputusan untuk membuat nasi goreng. Mudah, cepat dan paling penting sedap! Tambah-tambah makan waktu hujan ni memang berapa pinggan dia tambah.
Aziq mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng. Nasi goreng itu adalah resepi emaknya. Pasti mereka akan menyukainya.
Aziq menggorengkan ikan bilis terlebih dahulu dan mengasingkan. Dia kemudian menumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Sengaja dia tidak menggunakan mesin pengisar. Maknya pernah bagitau yang masakan cara tradisional lebih enak!
Aziq kemudian memasukkan sedikit minyak dan menumis bahan yang ditumbuk tadi. Aroma mula naik dan memenuhi ruang dapur itu. Dia kemudian memasukkan tiga biji telur dan ayam yang telah dipotong dan mengacaunya sampai rata. Kemudian dia memasukkan nasi dan secubit garam, gula dan sedikit sos untuk menambahkan perasa. Dia mengacau dalam empat hingga lima minit sebelum memasukkan sayur kangkung dan ikan bilis yang digoreng tadi.
"Siap!" sorak Aziq kegembiraan. Bau nasi goreng itu terlalu mengasyikkan. Sedapnya! Dia mencedok nasi tersebut lalu diletakkan dalam pinggan. Dia terus memanggil mereka bertiga.
Athirah, Zakwan dan Hasif duduk di meja makan. Aziq menghidangkan makanan kepada mereka. Aroma nasi goreng mula menerpa hidung mereka. Zakwan dan Hasif terlebih dahulu merasanya. Mereka kemudian terkejut dengan kesedapan nasi goreng itu. Namun apa yang ditunggu-tunggu oleh Aziq ialah suapan Athirah.
"Kau masak apa ni?" tanya Athirah sambil memerhatikan makanannya.
"Nasi goreng kampung. Resepi mak saya. Rasalah. Sedap tau," kata Aziq gembira. Tak sabar dia nak lihat reaksi Athirah.
"Nasi goreng? Kau biar betul?" tanya Athirah.
"Betullah. Nasi goreng. Erm by the way boleh aku makan? Perut aku berbunyi dari tadi. Tadi tak sempat nak makan," pinta Aziq. Walaupun dia masak dan dia boleh sahaja menyimpan atau memakannya sebelum memanggil mereka namun dia tak akan berbuat begitu. Ini bukan rumahnya dan dia perlu minta izin.
"Kau nak biar aku makan nasi goreng? Hey! Seumur hidup aku... tak pernah aku makan nasi goreng. Kau sapa nak bagi aku makan. Nasi goreng macam ni tempat dia dekat tong sampah saja," kata Athirah sebelum melemparkan pinggan yang berisi nasi ke lantai. Habis pecah pinggan.
"Astagfirullah. Apa yang awak buat ni. Nasi goreng pun makanan. Itu rezeki. Tak patut awak buat macam tu. Zakwan dan Hasif elok ja makan," kata Aziq cuba melawan.
Sejurus itu, Athirah terus memandang mereka berdua. Zakwan dan Hasif berhenti makan.
"A... apa kau cakap? A... aku cuma lapar. Ha lapar. Kalau ada makanan lain memang aku tak akan makan makanan sampah ni!" kata Zakwan sebelum membaling juga pinggan itu. Perbuatan itu diikuti oleh Hasif.
"Nampak? Masakan kau ni tak kena dengan taste aku. Kami ni orang kaya bukan macam kau. Kami tak makan makanan ni. Oh ya, kau lapar kan? Ha makan la nasi tu. Makan sekarang nasi yang tumpah dekat lantai tu. Kau kan alim. Mana boleh membazirkan dalam Islam?," arah Athirah kasar.
Aziq terkelu dengan kata-kata Athirah. Perlukah dia terus bersabar? Dia tak mahu orang nampak dia lemah... tapi apa perasaan mak ayah dia apabila tahu dia bersalah? Adakah dia patut jujur kepada mak ayahnya? Tak... tak. Nanti pasti mak ayahnya akan sedih.
Tangan Aziq terketar-ketar mengutip nasi itu dan menyuapnya ke dalam mulut. Dia cuba menahan api kemarahannya daripada meletus. Memang silap haribulan penampar dia akan bagi.Tapi sekarang dia perlu tunduk kepada perempuan di hadapannya.
"Lepas makan kau boleh balik. Harap kau sukalah dengan hadiah yang aku bagi," kata Athirah tersenyum.
Aziq mendongak. Hadiah? Apa hadiah yang dia bagi?
"Hadiah?" tanya Aziq risau.
"Ye hadiah. Aku dah hantar dekat mak ayah kau. Tapi sebelum tu... kemas semua ni," arah Athirah sebelum pergi dari situ.
Aziq kalut-kalut menyimpan dan mengemaskan ruang makan itu. Selepas itu dia mula bergegas pulang. Dia berjaya menahan teksi yang lalu lalang di kawasan itu. Hatinya sudah mula berdebar-debar. Takkanlah Athirah bagi gambar itu? Tak... tak mungkin.
Sampai sahaja di rumah, dia terus memberi salam. Namun tiada sahutan daripada mak ayahnya. Jam di tangan ditilik. Sudah pukul 6:30. Dia masuk ke dalam rumah dengan kunci yang dia ada. Mulutnya tidak berhenti istigfar. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Mak dan ayahnya duduk di ruang tamu. Namun suasana ketika itu agak tegang. Aziq menelan air liur.
"Aziq Fiqrie... mari sini," panggil ayahnya, Encik Zul.
Aziq bergerak perlahan-lahan ke ayah dan emaknya.
"Duduk," arah Encik Zul. Aziq duduk di hadapan mereka. Dikerling emaknya di sebelah. Merah mata emaknya. Mungkin menangis?
"Ada apa yang Aziq nak cerita? Atau nak jelaskan?" tanya Encik Zul.
Aziq menelan air liur.
"A... ada orang yang hantar gambar? Adakah Athirah yang hantar?" tanya Aziq.
"Tak kisahlah sapa yang hantar. Ayah tanya ada apa yang kamu nak terang. Ayah nak dengar kedua-dua belah pihak!" kata Encik Zul namun waktu itu nadanya makin meninggi.
"Maafkan Aziq," kata Aziq sambil menggengam tangannya kemas.
"Jadi betullah apa yang kami nampak dalam gambar itu?" tanya Puan Salmiah dalam nada sedih.
"Betul," balas Aziq jujur.
"Kenapa jadi sampai macam tu? Boleh Aziq terang?" tanya Puan Salmiah lembut. Dia tahu anaknya tidak akan berbuat begitu.
"Aziq cuma..."
"Cuma apa?" tanya Encil Zul dengan nada yang tinggi. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Rasanya dia membuat kesalahan dengan menyuruh anaknya berpindah ke sini.
πΉπΉπΉ
Vote Komen Share! Sorry late! Lately agak sibuk. Happy reading! Macam biasa ada teaser bab 9!
"Kenapa seronok pula. Bukan sepatutnya mak ayah kau malu? Marah? Keluarga jenis apa kau ni?" tanya Athirah.
"Yang awak nak menyibuk kenapa? Awak bukan ahli keluarga saya. Kalau ya pun mak ayah saya malu? Mak ayah saya marah... nak suruh saya buat apa? Gelabah? Saya nak cakap sikitlah. Mengenai perkara semalam... jangan ingat saya lemah. Jangan ingat saya lemah sebab awak buli saya. Saya buat sebab saya taknak mak ayah saya dapat malu sebab perkara tu. Tapi tak sangka... mak ayah saya memaafkan saya. Itulah orang cakap. Buat jahat akan dibalas baik," kata Aziq sambil tersenyum.
"Eh lelaki... kau biadab eh dengan makwe aku," marah Zakwan sambil memegang kolar baju Aziq.
Aziq terus memulas tangan Zakwan dengan kuat.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro