02 : Ellysa
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
Aziq melangkah masuk ke dalam kelas bersama guru kelasnya. Sebentar tadi selepas kejadian yang memalukan itu, dia terus bergerak ke bilik guru dan mencari Puan Haryani.
Kelas yang tadinya bising terus sepi selepas Puan Haryani berdehem.
"Assalamualaikum... baiklah hari ini kita akan ada seorang pelajar baharu. Jadi saya nak kamu semua berkawan dengan dia," ucap Puan Haryani sambil tersenyum kelat.
Pelajar dalam kelas itu hanya sekadar memerhati. Kemudian seseorang mencelah untuk bercakap.
"Siapa dia sampai kami perlu berkawan? Ikut suka hati kami la nak kawan dengan siapa pun," jawab perempuan itu.
Aziq terkejut dengan pertuturan pelajar perempuan itu. Tidak sedarkah dia yang berada di hadapannya itu ialah seorang guru?
Malas Puan Haryani mahu bertekak, dia mempersilakan Aziq untuk masuk. Dia melangkah masuk dengan senyuman di bibir. Namun matanya tertumpu kepada seseorang. Ya! Rasanya dia kenal perempuan itu. Dan suara tadi pun dia pernah dengar. Bukankah itu Wan Nur Athirah? Perempuan yang 'membulinya' sebentar tadi?
"Pak Ustaz rupanya. Ingatkan siapalah tadi," kata Athirah sambil tersenyum sinis. Rakan sekelas yang lain ketawa sejurus mendengar kata-kata Athirah.
Aziq tidak cepat melatah. Memang perempuan itu biadab. Tunggu masa saja untuk brain wash.
"Aziq... sila perkenalkan diri kamu," tutur Puan Haryani sambil tersenyum lemah.
"Baik cikgu. Assalamualaikum semua nama saya Azi-"
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, percakapannya dicelah oleh Athirah.
"Sejuklah kelas kita selepas ini. Ada ustaz... dah tak perlu pasang aircond dah. Kipas pun boleh tutup," perli Athirah. Rakan sekelas yang lain ketawa besar mendengar sindiran itu.
Aziq tersenyum.
"Kalau macam tu ... baguslah. Bolehlah awak pakai baju yang menutup aurat. Lagi sejuk nanti kelas ni. Alhamdulillah."
Athirah terdiam. Puan Haryani tersenyum sipi.
"Teruskan Aziq..." kata Puan Haryani sambil tersenyum. Aku sekadar mengangguk.
"Nama saya Aziq Fiqrie. Saya dari Maahad Tahfiz di Kedah. Selamat berkenalan,"
Namun tiada apa-apa maklum balas yang diterima. Mereka hanya sekadar memerhati dan tersenyum sinis.
"Habis nak kami buat apa? Sujud depan kau? Huh?" sindir Athirah.
"Sujud hanya kepada tuhan iaitu Allah SWT yang maha esa. Saya tak layak untuk disujud. Saya hanya manusia biasa. Walaupun kita manusia biasa, kita perlu hormat kepada orang yang lebih tua. Sedangkan Rasulullah pun menghormati orang yang lebih tua walaupun orang itu adalah musuhnya. Takkan la kita manusia biasa yang jauh darjatnya tidak menghormati orang yang lebih tua?"
" Ah ... panas!" perli Athirah lagi.
"Baguslah kalau panas. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya."
Athirah terdiam lalu menggepal tangannya. Siap dia kerjakan nanti!
"Aziq... awak boleh duduk dekat mana-mana tempat yang awak nak. Cikgu keluar dulu ye! Terima kasih," tutur Puan Haryani. Dia sekadar mengangguk dan tersenyum.
Aziq kemudian memerhatikan keadaan sekeliling. Dia tersenyum kerana melihat sebuah tempat yang kosong. Kakinya segera melangkah ke arah meja tersebut. Namun malang tidak berbau, apabila kakinya tersadung dan jatuh rebah ke atas lantai. Rupa-rupanya ada orang yang sengaja menyepak kakinya.
"Alahai... maaf! Sengaja hehe," kata seorang lelaki. Baru dia teringat itu lelaki sama yang memegangnya.
"Bagus, Zakwan. Macam ni la pakwe aku," kata Athirah sambil ketawa.
"Oh! Lupa nak perkenalkan diri. Aku Mohd Zakwan. Boyfriend Athirah. Kau jangan berani-berani sindir atau perli dia. Sekali kau sindir, aku tumbuk muka kau sampai pecah!" Zakwan memberi amaran keras.
Aziq malas mahu melayan. Terus berdiri dan mula berjalan ke tempat duduknya. Namun ada tangan seseorang yang memegang kolar bajunya.
"Oi! Kau dengar tak apa yang kawan aku cakap?" tanya seorang lelaki lain. Aku melihat tag namanya. Hasif Emir.
"Dengarla. Aku tak pekak lagi buat masa sekarang. Lepaslah aku!"
"Oh... melawan. Ambik ni," kata Zakwan sebelum melepaskan tumbukan tepat di pipi aku.
Aziq menahan kesakitan. Bukan taknak melawan. Bukan dia lemah. Tetapi mereka ramai dan dia seorang. Manalah dia mampu untuk melawan kesemua mereka.
Athirah mengambil air minumannya lalu dibuka penutup. Dia terus menuangkan air itu di kepala Aziq. Habis basah lencun baju dan seluar. Aziq mengetap giginya rapat. Geram! Tapi Rasulullah mengajar kita untuk bersabar. Maka dia kuatkan diri untuk bersabar. Apalah sangat dirinya kalau nak dibandingkan kesabaran Rasulullah. Rasulullah diancam mahu dibunuh ketika solat namun Rasulullah masih tetap bersabar. Maka dia patut mencontohi sikap itu.
"Kau orang buat apa tu?" tanya seseorang dari luar kelas.
Athirah membuat muka meluat.
"Kau nak apa Ellysa? Tak payah nak menyibuk boleh? Semak!" kata Athirah kuat.
Ellysa menggelengkan kepala. Dia segera ke arahku. Dia mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap muka dan tanganku.
"Awak okay?" tanya Ellysa. Aziq sekadar mengangguk. Namun apabila tangannya menyentuh kulit tangannya, dia segera menjauhkan diri.
"Maaf, haram. By the way, terima kasih sebab bantu. Nanti saya pulangkan sapu tangan ni,"
Ellysa mengangguk. Dia tersenyum kepada Aziq. Aziq membalas senyumannya kekok. Mungkin tidak biasa dengan seorang perempuan. Bukan apa... di Maahad Tahfiz dulu, tiada pelajar perempuan. Jadi bila dia berada di sekolah harian seperti ini, dia berasa agak kekok.
"Maaf kalau buat awak tak selesa," kata Ellysa sambil menundukkan mukanya. Aku berasa serba salah.
"Maaf awak. Saya bukan tak suka atau apa. Cuma saya kekok sedikit. Tak biasa begini,"
Ellysa mengangguk tanda faham.
"Eh Ellysa. Kau kena rasuk apa ni? Dah kenapa tiba-tiba baik macam malaikat. Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni," perli Athirah.
Ellysa tersenyum.
"Bila dah terlalu buat banyak benda jahat, mata dan hati pun akan jadi gelap. Sampai tak nampak mana satu intan mana satu kaca. Bawa mengucaplah Athirah," kata Ellysa terus tanpa berselindung.
"Haha... kau nak cakap pasal agama? Kau pun free hair. Banyak dah pahala?" sindir Athirah.
Ellysa terdiam. Aziq yang mendengar terus mencelah.
"Bukan tugas kita untuk mengira pahala dan dosa. Tugas kita adalah untuk mencari pahala dan tinggalkan dosa. Walaupun Ellysa free hair namun dia tetap seorang yang baik hati. Semua manusia boleh berubah. Saya pasti kalau Ellysa mendapat ajaran yang betul, dia boleh berubah. Perubahan memerlukan masa,"
"Kau diam!" marah Zakwan namun Ellysa segera melindungiku. Zakwan yang tadi ingin menumbuk terus terbantut.
"Dengar tu... aku boleh berubah. Awak... mulai dari sekarang, kita jadi kawan? Dan saya nak awak ajar saya tentang ilmu agama. Saya nak berubah," kata Ellysa sambil tersenyum.
Aziq melakar senyuman. Alhamdulillah. Ada yang mahu berubah. Aziq mengangguk tanda setuju.
Athirah membuat muka menyampah dengan perangai Ellysa. Sememangnya Ellysa merupakan musuh abadinya! Tunggu dia akan kerjakan kedua-dua orang itu. Jangan cabar Wan Nur Athirah. Ingat... jangan bermain dengan api.
πΉπΉπΉ
Vote, komen and share! Jadi macam mana dengan bab 2? Okay ke tidak? Jom tengok teaser bab 3!
"Ustazah mana pula kau bawa ustaz oi?" perli Athirah. Dia memandang wajah yang bertudung itu. Kemudian dia terkejut.
"Ellysa Maisarah? Kau ke ni? Kau bertudung? Haha. Tak rasa panas ke pakai tudung huh?" sindir Athirah.
"Oh Athirah. Tak pun. Tak rasa langsung panas. Malah aku rasa sejuk dan tenang saja. Mungkin sebab aku dah tutup aurat. Tutup perhiasan aku. Tenang sangat. Kau pun patut bertudung. Kalau nak kenal dengan lebih mendalam, jom sama-sama dengan aku. Kita belajar sama-sama dengan Aziq. Kalau aku mampu berubah... kau pun boleh," kata Ellysa sambil tersenyum.
"Kau tak payah acah alim la Ellysa. Kau dengan tudung ni boleh pergi mampus. Aku tak akan percaya kau. Dasar talam dua muka. Aku benci tengok muka kau. Kau buka saja la tudung tu. Tak payah tunjuk bagus," kata Athirah sambil menarik tudung yang dipakai oleh Ellysa.Β
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro