Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐡𝐫𝐞𝐞

Cuaca pada pagi itu nyaman sekali. Bunyi burung-burung yang berkicipan kedengaran sungguh merdu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah aku.

'Waktu yang sesuai untuk tidur,' desisku di dalam hati. Tapi, apalah nasib... perlu ke sekolah pula.

Masuk sahaja di dalam kelas, aku segera menuju ke meja belajar yang terletak di sebelah tingkap.

Pada mulanya, sememangnya aku hairan. Kenapa bising sangat pagi ni? Selalunya, memang akan bising tapi hari ni, terlalu bising!

Maria yang sudah tiba lebih awal daripada aku, sedang leka memandang bawah mejanya. Apa yang dilihatnya, aku sendiri tidak tahu.

Bahu Maria aku cuit sedikit. Jelas reaksi yang diberikan, meyakinkan aku bahawa dia tidak perasan akan kehadiran aku.

"La... Camille rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi," ujarnya lega.

"Kenapa kelas kita bising sangat hari ni?" soalku yang masih dengan kemusykilan sebentar tadi.

"Kau..."

"Kau tak tahu?"

Tidak sempat Maria menyudahkan ayatnya, Nancy terlebih dahulu memintas dengan wajah terkejut. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Kau orang pasti sedang berborak tentang berita yang hangat diperkatakan itu sekarang, bukan?" sampuk Nicole, yang entah dari mana datangnya.

"Berita yang hangat? Berita apa?" soalku apabila keadaan makin memeningkan. Nicole memandang aku dengan wajah terkejut.

"Tak kanlah kau tak tahu lagi?"

"Kalau aku tahu, tak adanya aku tanya, pandai," bidasku dengan geram. Apa kata beritahu sahaja dari tadi. Ini tidak, asyik tanya aku soalan yang sama sahaja.

"Tentang Puteri kerajaan Charloes Anchaunter yang hilang tu," ujar Maria dengan riak teruja. Telefonnya yang dibawa secara haram itu, ditunjukkan pada aku.

"Jadi, Puteri tu sebaya dengan kita?" soalku setelah selesai membaca berita tersebut.

"Bukan sebaya saja, tetapi sekelas dengan kita!"

"Maknanya, dia orang dah lama tahu keberadaan Puteri itulah sebenarnya?"

"Agaknya?"

"Aku dah agak!" jerit Nicole seraya mengejutkan kami bertiga yang sedang bersoal jawab.

"Apa dia?"

"Semestinya akulah Puteri yang hilang tu!" katanya dengan angkuh dan yakin sekali. Kami bertiga yang mula berasa hairan itu, memandang Nicole serentak.

"Macam mana kau tahu?" soal Nancy yang tidak percaya.

"Selama ini, setiap kali kami sekeluarga pergi bercuti, pasti kerajaan Charloes Anchaunter yang menjadi tempat utama perlancongan kami. Dan, itulah bukti yang aku Puteri yang hilang itu! Kerana itulah agaknya, ibu aku selalu bawa aku pergi sana."

Aku, Nancy dan Maria memandang sesama sendiri. Di manakah kelogikan manusia ini?

"Tapi, agak mustahil kerana wajah kau dengan ibu kau seiras. Tak kanlah tiba-tiba saja kau jadi Puteri itu," ujar Maria membuatkan aku dan Nancy mengangguk tanda bersetuju. Terus sahaja wajah Nicole berubah masam.

"Kalau bukan aku, siapa lagi?"

"Mungkin aku!"

"Ada kemungkinan, akulah orangnya!"

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Fokus aku kembali pada pemandangan luar tingkap.

"Camille, kau tak nak ke jadi Puteri yang hilang tu?" soal Nancy dan mendapat keluhan sebagai balasan daripada aku.

"Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tak nak aku jadi Puteri tu," balasku tanpa memandang wajah mereka.

"Ikut kaulah. Kau memang pelik." Aku menjongketkan bahu tanda tidak kesah.

Selepas mereka bertiga pergi dari situ, fikiran aku tidak henti memikirkan tentang berita hangat itu.

"Siapa agaknya Puteri yang hilang tu?"

𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣  𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞  𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢

Puan Linda yang sedang duduk berehat di bawah rimbunan pokok yang berdaun hijau itu setelah melayan pelbagai karenah pelanggan di tempat dia bekerja.

Botol yang terdapat air masak di dalamnya itu, digogok dengan rakus.

"Kau dah dengar ke berita tu?" soal pemilik kedai, tempat di mana dia bekerja, kepada rakannya.

"Berita yang mana satu?" soal rakannya semula.

"Ala... berita tentang pengambilan semula Puteri yang hilang tu."

Air yang sedang Puan Linda minum itu, hampir membuatkannya tersedak apabila mendengar perbualan mereka berdua. Segera dia menutup botol air itu lalu memandang ke arah mereka berdua.

"Puteri yang hilang?" sampuk Puan Linda dengan wajah terkejut. Fikirannya mula terbayang banyak perkara buruk.

"Tak kanlah kau tak tahu, Linda? Berita tu tengah hangat diperkatakan." Puan Linda tidak membalas kata-kata itu malah dia terus mendiamkan diri.

"Kau rasa, siapa Puteri yang hilang tu sebenarnya?" soal rakan pemilik kedai itu lagi.

"Itu... aku sendiri pun tak tahu. Tapi yang pasti, Puteri tu sama sekolah dengan anak aku. Sekelas pula tu." Semakin terkejut Puan Linda mendengar maklumat tersebut.

Tanpa mengucapkan apa-apa terlebih dahulu, terus dia pergi meninggalkan pemilik kedai dan rakannya itu yang masih sedang berbual.

Sepanjang perjalanan pulang, fikirannya serabut memikirkan tentang perkara itu.

'Jadi, dia orang... dah lama tahu?' bisiknya di dalam hati.

Sampai sahaja di rumahnya, dia terus membuka pintu tanpa menyedari ada yang menunggu kepulangan dari tadi.

"Dayang Linda?"

𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣  𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞  𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢

"Semua, sila duduk di tempat masing-masing," arah guru kelas kami, Sir Hans, membuatkan kesemua rakan sekelas aku berlari anak ke meja belajar mereka sendiri.

"Sir, bila mereka semua nak datang?" soal Nicole secara tiba-tiba membuatkan kesemua rakan pelajar perempuan mengangguk dengan teruja.

Sir Hans menggeleng apabila melihat tingkah laku anak-anak muridnya yang tidak reti bersabar.

"Saya sendiri tak tahu tapi yang pasti, tidak lama sahaja lagi," balas Sir Hans dan mendapat sengihan daripada mereka semua.

Pada tika ini, ada yang sedang bersolek, merapikan rambut dan ada juga yang menyemburkan minyak wanginya pada seluruh badan. Tidak terkecuali juga Maria.

"Maria, kenapa semua pelajar perempuan nampak teruja? Sekali tengok, macam orang istana nak jemput satu kelas ni pula," bisikku di telinga Maria.

Terus terbantut perbuatan yang dia lakukan sebentar tadi. Kemudian, kami berbalas pandangan.

"Memanglah Puteri dia seorang saja tapi yang menjemput itu diminati ramai!" katanya yang membuatkan aku semakin bingung.

"Menjemput?"

"Ya! Yang bakal jemput Tuan Puteri itu pak ciknya, iaitu Tuanku Tengku Isaac dan anaknya, Putera Tengku Sean." Aku mengangguk. Pasti Tengku Sean itu kacak. Sebab itu ramai yang teruja hendak melihatnya.

"Baiklah, kalau tiada apa-apa lagi, semua murid sila..."

TOK TOK TOK

Bunyi ketukan pintu kelas itu memotong percakapan Sir Hans. Terus pintu itu dibuka lalu menampakkan wajah yang mengetuk pintu tersebut.

Buat seketika, keadaan kelas yang tadinya bising, terus sunyi. Sir Hans yang membuka pintu itu sebentar tadi, terus terkaku.

"Tu... tuanku."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro