𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐫𝐭𝐞𝐞𝐧
Kami berlari secepat yang mungkin setelah jet yang kami naiki itu, mendarat dengan selamat di kawasan taman belakang istana yang luas itu.
Pintu istana yang besar itu terbuka sahaja, alangkah terkejutnya kami semua apabila mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar dan setiap penjuru istana.
Tengku Sean yang berada di belakang aku segera menutup mulut dan hidung aku menggunakan pelitup muka yang sentiasa berada di dalam poket bajunya.
"Ayahanda..." panggil Tengku Sean tanpa nada ke arah Tengku Isaac yang kelihatan masih terkejut.
"Kita terpaksa berpecah. Ruang dalam istana ni terlalu luas. Sean dan Camille, tolong pergi cari sepupu dan adik kamu. Ayahanda dan ibunda akan pergi cari yang lain. Pengawal, lima orang ikut mereka dan lima orang ikut kami," arah Tengku Isaac tegas sebelum beredar dari situ bersama para pengawal dan Tengku Mary.
Aku memandang Tengku Sean dengan resah.
"Sean, nenda dan ayahda akan selamat ke dekat dalam jet tu?"
"Ayahanda dah tinggalkan lebih 10 orang dekat sana. Dia orang akan selamat. Camille, jom cari yang lain." Tangan aku ditarik agar sentiasa dekat dengannya.
Sudah lebih kurang 15 minit kami mencari mereka di sekitar istana namun, langsung tidak nampak batang hidung. Tetapi kami tidak mengalah, kami meneruskan pencarian. Sepanjang perjalanan, tidak sah jika tiada tubuh para pengawal yang sudah tidak bernyawa di atas lantai.
"Aduh... mana Herry dengan yang lain ni. Susah betul nak cari. Masa main sorok-sorok, dia mana pandai menyorok dengan elok," rungut Tengku Sean membuatkan aku memukul bahunya dengan kuat. Mulut tu suka sangat merungut!
"Tentang Raja Niel, kita Jangan beritahu dia orang dulu. Aku tak nak Herry dengan Henry tahu. Biar ayah mereka sendiri yang beritahu," kata Tengku Sean.
"Okey."
"Good girl." Rambut aku digosok perlahan. Jika sebelum ini, dahi aku sering dijentik olehnya, sekarang ini dia kerap menggosok kepala aku dengan penuh kasih sayang.
Serta merta pipi aku berubah kemerahan. Aduh... janganlah buat aku rasa berdebar sampai macam ni.
'Kreek'
Aku dan Tengku Sean menghentikan langkah dan terus memandang sesama sendiri apabila terdengar bunyi itu. Pandangan kami teralih pada almari yang berada bersebelahan dengan pasu-pasu bunga.
Tengku Sean menghampiri almari itu lalu pintunya dibuka dengan pantas sebelum menapak beberapa langkah kebelakang.
Kelihatan Tengku Herry seperti melindungi Amber yang berada di belakangnya manakala Tengku Henry sedang elok tidur bersandarkan bahu abang kembarnya.
"Sean!"
"Kak Camille!"
"Kenapa? Kenapa?" soal Tengku Henry mamai sebelum dipukul pada bahagian kepala oleh Tengku Sean membuatkannya mengadu kesakitikan.
"Apa kau ni Sean?"
"Orang lain tengah cemas nak selamatkan diri, kau boleh pula tidur. Memang dapat pukulan daripada aku la," katanya membuatkan Tengku Henry mencebik.
"Habis tu, kau nak aku buat apa lagi? Herry jagakan Amber, kau pula jaga Camille. Aku? Jaga anak ayam?"
"Anak ayam pun kau tak pernah tengok, apatah lagi nak jaga," sindir Tengku Herry sebelum terdiam. Baru sahaja Tengku Henry hendak membalas, segera mulutnya ditekup oleh Amber.
"Masuk perpustakaan," arah Tengku Sean dan segera dituruti oleh kami berempat.
Selepas sahaja masuk ke dalam, kami menyorok di bahagian rak buku yang sempit untuk mengelakkan daripada ditangkap.
'TAP TAP TAP'
Bunyi tapak kasut yang kuat itu membuatkan jantung kami berdegup dengan kencang. Amber memeluk aku dengan erat menandakan yang dia sedang ketakutan. Aku menggosok belakang badannya perlahan.
Apabila bunyi tapak kasut itu semakin menjauh dan menghilang, nafas lega dilepaskan.
"Jantung aku macam nak terkeluar tadi," omel Tengku Henry yang sedang membetulkan cara duduknya.
"Apa yang dah terjadi sebenarnya ni?" soalku yang dari tadi hanya membisu. Terus sahaja wajah Tengku Henry berubah serta merta manakala Tengku Herry menepuk bahu adik kembarnya itu.
"Masa kita main sorok-sorok pagi tadi, kau pergi mana? Masa aku dengan Amber tengah lari untuk selamatkan diri dari kena kejar dengan orang-orang yang menceroboh istana ni, barulah kau muncul dan terus tarik kita orang masuk dalam almari tu," soal Tengku Herry panjang lebar.
Muka serba salah ditunjukkan oleh Tengku Henry membuatkan aku rasa seperti ada benda yang tidak kena. Mungkin... dia tahu sesuatu yang kami semua tak tahu?
"Tapi, ini bukan istana main-main. Istana ni ada kawalan keselamatan yang kuat! Macam mana dia orang boleh menceroboh masuk dekat dalam ni? Macam tak logik!" sampuk Amber dengan hujahnya.
Aku dan Tengku Sean berpandangan. Kalaulah mereka tahu yang punca dia datang daripada Raja Neil sendiri, apa reaksi yang bakal mereka berikan agaknya?
"Semua ni boleh berlaku kalau orang dalam yang bersubahat dan lakukan semua benda ni."
Mata kamu berempat memandang ke arah Tengku Henry yang menundukkan kepalanya ke bawah.
"Apa maksud kau?"
Tengku Henry diam sahaja. Kelihatan serba salah untuk berkata-kata.
"Henry! Apa maksud kau? Orang dalam? Kau mesti tahu sesuatu yang kita orang tak tahu!" teriak Tengku Herry tanpa sengaja sambil menggoncangkan bahu adiknya.
Baru sahaja Tengku Sean hendak menghentikannya, aku perasan ada sesuatu menuju ke arah kami.
"Sean, hati-hati!" Aku menariknya ke tepi sebelum sempat sebatang anak panah menembusi kepalanya.
Anak panah yang tertancap pada dinding itu kami pandang dengan gerun. Kalaulah terkena salah seorang daripada kami sebentar tadi...
"Dia orang ada dekat sini!" Terkejut kami dibuatnya apabila penceroboh yang melepaskan anak panah itu sebentar tadi, memanggil rakan-rakannya yang lain.
Apabila sedar keadaan akan menjadi semakin memburuk, segera kami bangun dan melarikan dari situ mengikut pintu belakang perpustakaan yang tersembunyi.
"Cepat! Dia orang nak larikan diri!" Semakin laju larian kami. Baru sahaja kami hendak membelok ke dalam dewan tarian, muncul dua orang penceroboh di hadapan kami berlima membuatkan larian kami terhenti secara mengejut.
"Mana Tuan Putera dan Puteri hendak lari? Pengawal semua dah mati, yang lain semua hilang," katanya dengan sinis. Kurang ajar!
"Apa yang kau orang nak sebenarnya, hah!" jerkah Tengku Herry dengan muka bengis. Amber yang berada di sebelahnya cuba dilindungi sebaik mungkin.
"Kami tak minta banyak, yang kami mahukan hanyalah dia." Jari telunjuk lelaki itu terarah pada aku. Jantung aku seperti berhenti berdegup. Dia... mahukan aku?
"Kau jangan sentuh dia! Jejak langkah mayat aku dulu!" teriak Tengku Sean. Tangan aku digenggam kemas agar tidak berpisah dengannya.
"Woo... rileklah Tuan Putera. Kalau kau orang beri dia pada kami, keselamatan Tuan Putera dan Puteri akan terjamin," tawarnya namun tidak dibalas apa-apa oleh Tengku Sean. Aku memandang wajahnya sebelum melepaskan keluhan.
"Baik, saya akan terima tawaran tu tapi awak kena tepati janji awak untuk lepaskan dia orang," balasku mengejutkan mereka berempat. Maaf, aku tak ada jalan lain untuk selamatkan kau orang.
Baru sahaja aku hendak melepaskan genggaman tangan di antara aku dan Tengku Sean, dia kembali mengetatkan pegangan.
"Kalau kau lepaskan genggaman ni, jangan harap aku nak lindungi kau lagi," ugutnya dengan suara mendatar membuatkan aku membatu.
"Sean..."
"Lepaskanlah kalau berani."
Pada ketika ini, aku dalam dilema teruk. Kemarahan Tengku Sean akan semakin meningkat, tetapi jika aku tak terima tawaran tu, nyawa kami akan diancam memandangkan kami sudah dikepung.
"Maaf Sean..."
Genggaman tangan di antara kami berdua, aku lepaskan. Tengku Sean memandang aku dengan wajah terkejut. Amber cuba mendapatkan aku namun sempat ditahan oleh Tengku Herry dan Tengku Henry.
"Kak Camille!"
Aku menghampiri lelaki itu dengan riak serius.
"Good choice. Sekarang... tangkap dia orang!" Mata aku membulat.
"Kau dah janji!"
"Apa guna wujudnya sebuah perjanjian kalau bukan untuk dimungkiri," balas membuatkan aku berdecit kegeraman.
Aku cuba untuk menghentikan para penceroboh itu daripada menangkap mereka berempat, tetapi lelaki di hadapan aku itu menangkap aku dengan pantas.
Aku sedaya upaya cuba melepaskan diri namun semuanya hanya sia-sia... kudrat seorang lelaki lebih kuat.
"Jangan kau sentuh dia orang!" jerkah Tengku Sean sebelum pistol yang berada di dalam jaketnya di keluarkan lalu di arahkan pada setiap orang penceroboh di sana.
"Alololo... Tuan Putera guna pistol mainan ke? Iyalah... anak-anak raja manalah reti guna semua benda ni." Tengku Sean tersenyum sinis.
"Yakin?"
'BANG! BANG! BANG! BANG!'
Empat tembakan dilepaskan begitu sahaja pada empat orang penceroboh itu sehingga membuatkan mereka tumbang serta merta. Kini, hanya tinggal satu sahaja penceroboh yang masih hidup.
Terkejut beruk penceroboh yang menangkap aku itu.
"Shit!"
Sepucuk pistol berwarna hitam di keluarkan dari poket belakang seluarnya sebelum mereka berdua serentak mengarahkan pistol itu pada diri masing-masing.
"Berani ke nak tembak? Tak takut tersasar dekat kekasih kau ni?"
Dalam keadaan serius sekarang ini, dahi aku berkerut. Kekasih? Aku ke?
"Saya ke?"
"Eh taklah, mak cik yang dah mati dekat dapur tu," balasnya membuatkan aku sakit hati. Lelaki memang suka sakitkan hati dia eh?
"Kalau budak bawahan kau ni aku boleh tembak tepat dekat jantung dia orang, apatah kau," kata Tengku Sean serius. Lelaki itu mendesis marah.
"Say goodbye..."
'BANG!'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro