𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐨𝐧𝐞
"Kau orang! Esok petang, semua di jemput hadir ke rumah aku. Akan ada jamuan makan-makan sebab hari ni kan hari lahir aku!" Semua pelajar di dalam kelas bersorak dengan riang sekali.
Aku hanya memandang Nicole, rakan sekelas aku, dengan sekilas pandang sahaja.
"Camille, kau pergi tak?" soal Maria, kawan baik aku, yang duduk di sebelah meja aku.
Aku memandangnya dengan wajah bosan.
"Entahlah. Rasa macam malas," jawabku dengan nada santai.
"Rugilah kalau kau tak pergi. Keluarga Nicole tu sudahlah kaya, mesti mewah makanan yang bakal di sediakan nanti," sampuk seorang lagi rakan aku, Nancy, yang duduk di hadapan aku dengan wajah yang girang.
Aku menjongketkan bahu dengan malas. Isi buku nota milik aku yang berwarna hitam putih itu aku baca dengan penuh tekun.
Nampak sahaja seperti aku sedang membaca buku tetapi fikiran aku memikirkan benda lain.
'Kalau aku pergi ke jamuan tu, aku nak pakai baju apa? Tak kanlah aku nak pakai baju yang biasa aku pakai?' desisku di dalam hati sebelum mengeluh panjang.
"Camille? Camille? Camille!" Terhinjut bahu aku apabila dijerkah oleh Nicole yang secara tiba-tiba, berdiri di hadapan aku.
Kacau saja aku nak berangan!
"Apa dia, Nicole?" Soalku dengan nada yang penuh kemalasan.
Pandangan aku sepenuhnya memandang ke arahnya yang kelihatan sinis.
"Kau datang ke tidak ke jamuan dekat rumah aku tu?" tanya Nicole dengan angkuh sekali. Kukunya yang berwarna hijau itu di tilik dengan penuh minat.
Aku mengetuk dagu aku menggunakan pensel berkali-kali dengan wajah seperti sedang berfikir.
"Erm... entah. Lihat sajalah nanti," balasku sekadar menjawab persoalannya.
'Aduh... bila dia nak pergi dari depan aku ni. Menyampah pula bila lihat lama-lama. Daripada aku tengok dia, baik aku pandang luar kelas. Lagi indah pemandangan,' rungutku.
"Aku tak kesah kau nak cakap apa tapi yang pasti, semua pelajar dalam kelas ni diwajibkan hadir termasuklah kau. Sudahlah, baik aku pergi rehat."
Dia melangkah pergi meninggalkan kami bertiga yang masih setia memandang ke arahnya.
"Camille, kau datang saja. Nanti ayah aku akan bawakan kita bertiga ke sana. Ingat tahu." Pesan Maria sebelum menarik tangan Nancy agar pergi berehat bersama-sama.
Kini, aku kembali bersendirian. Termenung dan terus termenung.
𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣 𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞 𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢
"Mama, papa. Camille dah balik," laungku dengan nada sederhana kuat.
Kasut yang tersarung di kaki, aku tanggal dahulu sebelum menapak masuk ke dalam rumah.
"Mama? Papa?" panggilku namun hampa, tiada sebarang sahutan diberikan.
Kaki aku melangkah ke arah bilik di mana kedua orang tua aku tidur.
"Camille? Bila kamu balik?" soal seseorang di belakang aku.
Langkah aku terhenti secara mengejut sebelum dada diusap dengan perlahan. Nasib baik jantung dia tak terkeluar.
Aku menoleh memandang gerangan yang memanggil aku sebentar tadi.
Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an, memandang aku dengan raut wajah yang inginkan jawapan.
"Eh, mama! Dari tadi Camille panggil mama dengan papa tapi tak ada orang sahut pun. Ingatkan mama dengan papa ada dalam bilik," balasku dengan sengihan.
Mama aku, Puan Linda, hanya menggeleng sebelum kepala aku di usap dengan penuh kasih sayang.
"Maaf ya, sayang. Mama ada dekat dapur tadi. Itu yang tak dengar. Tak apa, kamu pergi masuk bilik dulu lepastu tukar baju. Mama nak siapkan makan tengah hari kita."
Aku hanya menurut dengan arahan yang diberikan oleh mama aku.
Terus sahaja aku berjalan ke bilik aku. Pintu bilik di buka sebelum ia di tutup kembali.
Baju berlengan pendek yang sudah lusuh itu aku pakai setelah baju sekolah yang tersarung pada badan aku sebentar tadi, telah di buka.
Aku bukanlah seperti kebanyakan anak orang lain. Kami sekeluarga hanya tinggal di rumah usang yang sudah lama di tinggalkan.
Kami hanya tidur beralaskan sehelai selimut. Itupun sudah terkoyak di banyak bahagian.
Tapi aku tak kesah kerana yang hanya aku perlukan cuma mama dan papa aku sahaja. Itupun sudah mencukupi.
Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, mereka tidak pernah jemu melayan telatah manja aku.
Pada mulanya, aku sememangnya pelik kerana ramai murid kata yang wajah aku langsung tiada iras dengan kedua ibu bapa aku.
Tapi, lantaklah. Aku malas mahu ambil peduli. Merepek sahaja semua itu!
Namun, sijil lahir juga sememangnya aku tidak ada. Setiap kali guru kelas aku minta salinan sijil lahir aku, pasti mama akan datang ke sekolah dan berbincang dengan cikgu.
Sudah beberapa kali aku bertanya pada mereka berdua mengapa aku tak ada sijil lahir seperti kawan-kawan aku yang lain tapi mereka sering kali cuba mengelak untuk menjawab.
Pada akhirnya, aku mengalah dengan sendirinya untuk terus bertanya.
Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri? Entahlah, aku malas hendak ambil kesah.
"Elena Camille! Mari makan!" jerit Puan Linda seraya menyedarkan aku dari lamunan.
"Baik, mama!"
Aku berlari anak setelah keluar dari bilik kerana tidak mahu membuatkan Puan Linda tertunggu-tunggu.
"Mari makan. Hari ni kita makan biasa saja."
"Ini pun dah cukup bagi Camille!" balasku sebelum duduk di atas kerusi kayu yang sudah rapuh itu. Janji masih boleh digunakan.
"Papa mana, mama?"
"Bah!"
"Argh!"
Jeritan aku itu diiringi dengan tawa seseorang. Aku memandang pemilik punya suara tersebut. Sudahku agak!
"Papa!" Aku memukul bahu Encik Lois, iaitu papa aku, dengan manja.
"Tak baiklah papa buat macam tu dekat anak kesayangan papa ni," rungutku sekali dengan pakej muncung sedepa.
"Alolo... anak papa ni janganlah merajuk. Papa main-main saja," pujuk Encik Lois dengan sisa tawanya.
"Tengok tu! Papa gelak lagi! Mama, papa kacau Camille!" Aduku pada Puan Linda agar mendapat pembelaan.
"Sudah-sudahlah tu. Mari makan." Tanpa di suruh, aku mencedokkan nasi yang masih panas itu pada pinggan mama dan papa aku.
Kami makan dengan penuh aman dan sedikit gurau senda.
𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣 𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞 𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢
"Camille, mari ke sini," panggil Puan Linda agar aku masuk ke dalam bilik tidurnya.
Aku tidak membantah mahupun bertanya dengan banyak, terus masuk ke dalam bilik itu dan duduk bersebelahan Puan Linda.
"Ya, mama? Kenapa mama panggil Camille?" soalku hairan apabila melihat wajah Puan Linda yang manis sahaja dari tadi.
"Ini, baju lama mama. Mama nak berikan pada kamu."
Gaun yang berwarna biru lembut itu aku tatap dengan perasaan kagum. Macam mana mama boleh dapat baju cantik seperti ni?
"Wah, cantiknya! Terima kasih mama!" ucapku dengan girang sekali. Gaun yang di beri oleh Puan Linda itu, disuakan pada badan aku.
"Cantik sangat!"
Puan Linda memeluk aku dengan penuh kasih sayang. Entah mengapa, pelukan itu terasa lain.
Seperti ada maksud yang tersembunyi di sebaliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro