𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐞𝐢𝐠𝐡𝐭
Aku termenung sendirian di jendela. Masih tidak dapat menerima kenyataan setelah mendapat tahu segala rahsia yang telah dibongkarkan sebentar tadi.
Perbincangan sebentar tadi kembali terimbas seakan seakan pita rakaman.
"Ketika kamu masih bayi, Raja dan Pemaisuri perlu pergi ke istana nenda untuk melawat tokda kamu yang sudah tenat. Pada masa itu, kamu tinggal di istana dan baru sahaja berumur dua bulan."
Tengku Nelda menghembuskan nafas buat seketika untuk mengumpulkan kekuatan
"Ketika dalam perjalanan, di suatu selekoh, pemandu yang membawa Raja dan Pemaisuri di dalam kereta itu, brek seakan rosak dan akhirnya, kereta mereka jatuh terjunam di dalam lombong."
Aku terpaku. Tangan aku mula menggigil dan jantung aku berdegup dengan pantas.
"Segera bantuan diberikan kepada mereka bertiga namun... Pemaisuri dan pemandu itu, maut di tempat kejadian."
Kelopak mata aku mula memanas. Tak... tak mungkin...
"Pe... Pemaisuri? Ja... jadinya?" Kata-kata aku itu seakan tersekat di kerongkong. Tengku Nelda yang sudah mengalirkan air mata, cuba tersenyum ke arah aku.
"Ya, itu... ibu kandung kamu, Camille."
DUG
Jantung aku seakan berhenti berdegup. Air mata tidak dapat lagi aku tahan.
"Ta... tak mungkin! Ca... Camille tak pernah jumpa ibu lagi!" nafiku dengan harapan yang semua ini hanya gurauan semata. Baru sahaja aku hendak bangun, Tengku Sean menggenggam erat tangan aku.
Terus sahaja aku kembali duduk.
"Bagi nenda habis cakap dulu, Camille," pujuk Tengku Sean. Tiada lagi riak sombong dan dingin di wajahnya pada tika ini tetapi yang tinggal hanyalah... riak memujuk.
"Raja sempat diselamatkan, namun..."
"Namun apa, nenda?"
"Dia sudah terlantar koma selama 16 tahun. Tiada sebarang perkembangan dari segi fizikal mahupun mental. Sekarang ini, adik kepada Raja dan abang kepada Isaac yang telah menyandang tugas itu buat sementara."
Dada Aku mula sesak. Apakah ini takdir yang sudah tertulis untuk diri ini?
Kehilangan seorang wanita yang bergelar ibu kandung, tanpa sempat aku memeluk mahupun melihat wajahnya.
Sang ayah pula sudah terlantar sejak 16 tahun yang lepas tanpa sebarang reaksi.
Mengapa, mengapa semua ini terjadi pada diri ini? Kenapa?
"Macam mana dengan... Puan Linda dan Encik Lois?" soalku teringat akan kedua orang tua yang telah menjaga aku dari kecil itu.
Pada realitinya, aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka berdua bukanlah ibu bapa kandungku yang sebenar.
"Mereka akan di penjara seumur hidup kerana melarikan Tuan Puteri," jawab Tengku Isaac dengan tenang. Lidah aku terkelu.
"Ta... tapi, dia orang yang jaga saya sejak dari kecil hingga besar walaupun telah menculik saya. Tak boleh kurangkan hukuman terhadap mereka?" rayuku pada Tengku Isaac dan Tengku Nelda.
"Maaf Camille, ini semua peraturan yang telah ditetapkan."
"Jadi, kalau raja masih hidup, dia dekat mana?" Tengku Nelda dan Tengku Isaac berpandangan sebelum menoleh ke arahku serentak.
"Mari ikut nenda."
Aku bangun dan mengikuti langkah Tengku Nelda dari belakang meninggalkan Tengku Isaac dan Tengku Sean di dalam bilik itu.
Apabila tiba di hadapan pintu bilik berwarna merah putih, kami menghentikan langkah setelah tiba di destinasi.
"Itu... Raja Tengku Elan Hadley Harvey. Daddy kamu, ayah kandung kamu yang sudah terlantar di atas katil ini selama 17 tahun." Mata aku membulat.
"Kenapa semua ni berlaku dekat diri aku..." omelku perlahan.
Pemandangan dari jendela bilik aku, sedikit sebanyak dapat menenangkan diri ini. Langit yang berwarna biru cerah itu di tenung.
"Langit hari ni cantik kan?" soal seseorang di sebelah aku.
"You bast... oh my god, Sean! Ada juga yang aku campak dari jendela ni nanti," marahku tetapi Tengku Sean hanya mempamerkan wajah tidak kisah.
"Have you already met him?" soal Tengku Sean tanpa memandang wajahku.
Aku melepaskan keluhan berat.
"Yes."
"Do you remember him?"
"No."
"So, that means you don't even remember me too." Aku memandang Tengku Sean. Ingat tentang dia?
"What do you mean?"
"Masa kau baru lahir, akulah yang paling seronok sebab masa tu, aku tak ada adik perempuan lagi. Di saat itu jugalah aku berjanji pada diri ini yang aku akan lindungi kau walau apapun yang berlaku hinggalah hujung nafas aku sendiri."
"Tapi semuanya... tipu belaka. Masa kau hilang, aku tak keruan. Aku menangis tak henti, padahal aku baru dua tahun pada masa tu." Tengku Sean berhenti berbicara sebentar sebelum kembali menyambung ayatnya.
"Dua tahun selepas kau menghilang, aku dapat adik perempuan. Tapi, perasaan aku pada masa tu, langsung tak sama dengan waktu kau lahir." Aku terdiam. Serius ke lelaki di hadapannya ini?
"Itu tak bermakna yang aku tak sayang kan adik aku. Bukan eh. Tapi lepas aku jumpa kau dua hari lepas, perasaan nak lindungi kau tu, kembali hadir. Aku sendiri tak tahu kenapa," ucapnya jujur.
Aku tersenyum senget sebelum mendekati Tengku Sean tanpa dia sedar.
"Woi, woi! A... apa kau nak buat ni, Camille!" jeritnya apabila tersedar perbuatan aku yang semakin menghampirinya.
Aku tahu yang Tengku Sean mahu melarikan diri tetapi... semuanya sudah terlambat. Badannya bertembung dengan dinding manakala aku masih dengan senyuman nakal di hadapannya.
"Ca... Camille..."
"So, you are telling me that you've liked me since you're little?" Kening aku terjongket sebelah.
"Wha... what do you mean? N... no I don't!" nafi Tengku Sean tergagap. Dia memalingkan wajahnya daripada terus memandang muka aku. Dapat aku lihat yang telinganya sudah berubah menjadi merah.
Aku tergelak besar apabila dapat mengenakannya. Padan muka!
Tengku Sean yang baru sahaja tersedar yang dia sudah dipermainkan, terus membuat muka masam.
Setelah itu, dia mendapat suatu akal untuk mengenakan aku semula.
Aku yang masih tergelak sakan itu, dia tarik agar bertukar posisi dengannya.
Sekarang ini, aku pula yang berada di hadapannya dan pada tika ini, wajah kami seakan tiada ruang langsung.
"Usik aku, hurm?" Mata aku bertembung dengan pemilik mata berwarna hijau itu. Pipi aku mula memerah. Damn! Aku terkena semula!
Aku seakan dipukau. Aku tidak dapat menggerakkan badan malahan mata ini langsung tidak dapat berhenti merenung mata Tengku Sean.
"Urm... children?"
𝙗 𝙪 𝙠 𝙖 𝙣 𝙥 𝙪 𝙩 𝙚 𝙧 𝙞 𝙗 𝙞 𝙖 𝙨 𝙖 || 𝙖 𝙞 𝙢 𝙧 𝙖 𝙞 𝙢
"Urm... children?"
Aku dan Tengku Sean menoleh ke arah pemanggil. Oh shoot!
"E... eh? Aya... ayahanda," sebut Tengku Sean kekok. Segera aku menolaknya sebelum menoleh ke arah Tengku Isaac yang masih ternganga melihat aksi kami sebentar tadi.
"Ayah chik... ada apa-apa ke nak beritahu?" soalku cuba untuk menutup malu.
"Oh... kita balik ke Charloes Anchaunter sebentar lagi. Ayah chik nak beritahu pada Sean dulu tapi dia tak ada dalam bilik. Rupanya, dia dekat sini," sindir Tengku Isaac membuatkan aku seperti hendak terjun dari jendela ini. Malu!
"Eh, bukan patutnya balik esok ke?" tanya Tengku Sean membetulkan rambutnya yang berwarna perang asli itu dengan janggal. Mungkin dia masih berasa malu.
"Pak usu kamu nak jumpa ayahanda. Katanya, nak bincang tentang Camille."
"Tentang Camille?" tanyaku pula. Sehelai rambut Tengku Sean aku tarik lalu tercabut.
"Aduh, sakitlah!" Aku tersengih ke arahnya yang sudah seperti singa kelaparan.
"Camille, ayah chik rasa, seeloknya kamu pergi melawat ayahda kamu sebelum kita bertolak," cadang Tengku Isaac. Aku mengangguk sebelum memohon untuk keluar dari bilik itu.
Pintu bilik berwarna merah putih itu menjadi destinasi utama aku. Sampai sahaja di sana, pintu itu terbuka dengan sendirinya.
Kelihatan seorang lelaki yang memakai baju berwarna hijau lembut, terbaring lemah di atas katil itu.
Aku menghampiri tubuh yang kaku itu dengan senyuman tawar sebelum menggenggam tangan lelaki itu dengan erat.
"Ayahda, anakanda dah pulang. Ayahda tak nak jumpa Camille ke?"
Tiada respon.
Walaupun sudah 16 tahun terlantar, tetapi badan lelaki itu masih kelihatan gagah. Wajahnya pula, tidak sedikitpun berubah. Masih kacak.
Muka Tengku Elan itu aku tatap. Persis wajah aku. Sekarang aku tahu, mengapa wajah Puan Linda dan Encik Lois langsung tidak sama dengan aku.
Aku mencium dahinya lembut sebelum berbisik di telinganya.
"Camille balik Charloes Anchaunter dulu, ya? Ayahda jaga diri," bisikku perlahan sebelum bangun bangun dan terus keluar dari bilik itu.
Tanpa aku sedari, tangan Tengku Elan bergerak sedikit sebelum kembali kaku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro