Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 𝐭𝐞𝐧

Aku memasamkan muka sepanjang perjalanan ke dalam istana walaupun hati ini berdegup kencang kerana takut apa yang bakal terjadi di dalam istana di Carloes Anchaunter ini.

"Marah lagi ke?" bisik Tengku Sean yang jalan bersebelahan aku. Wajahnya ditatap sekilas sebelum menjeling dengan tajam.

"Eh tak adalah, gembira ni. Tak nampak?" sindirku geram.

"Siapa suruh susah sangat nak bangun. Sudahlah kepala tu berat. Memang aku ciumlah pipi tu bagi sedar." Aku memukul bahu lelaki itu. Apa dia fikir kepala dia tu ringan sangat ke? Sakit bahu aku, tahu tak!

"Kakanda!" teriak seorang kanak-kanak perempuan dari dalam istana itu sebelum berlari ke arah kami. Dia terus memeluk Tengku Sean dengan kuat sehingga mereka berdua jatuh terduduk.

Aku dan Tengku Isaac terkejut melihat aksi itu. Fuh... ganas betul.

"Amber!" Terjerit kecil Tengku Sean dibuatnya apabila tubuh kecil itu mendarat betul-betul di atas badan dia. Badan saja kecil, tapi berat serupa anak gajah!

"Ala... orang rindu kakanda Sean saja. Kenapa nak marah-marah," omel gadis kecil itu sebelum bangkit dari atas badan Tengku Sean. Terus sahaja dia melarikan diri ke arah Tengku Isaac dan memeluk lelaki itu.

"Ayahanda, kakanda marah Amber," adunya dengan manja. Mata bundarnya yang berwarna hazel itu merenung wajah Tengku Isaac meminta perlindungan.

"Siapa suruh Amber peluk kakanda Sean sampai jatuh?" soal Tengku Isaac dengan kening sebelah terangkat. Sengaja mengenakan anak gadisnya itu.

"Ish ayahan..." ayatnya tergantung apabila wajahnya menoleh untuk memandang wajah aku. Terus sahaja dahinya berkerut.

"Siapa ni, ayahanda?" La... baru sedar kewujudan aku dekat sini ke apa?

"Amber, pergi sapa Kak Camille," ujar Tengku Isaac lembut pada anak gadisnya itu tetapi dia masih tercegat di situ.

"Kak Camille? Tapi, kenapa muka dia sama macam Ayahda?" soal gadis itu lagi. Kakinya perlahan-lahan diatur ke arahku.

"Warna mata Kak Camille ni macam... warna mata bayi dekat dalam gambar yang selalu nenda tunjuk itulah!"

"Amber... betullah apa yang Amber kata tu. Kak Camille la bayi perempuan yang ada dekat dalam gambar tu," balas Tengku Isaac lagi membuatkan mata Amber membulat sebelum berlari ke arah aku.

"Kak Camille!"

"Amber!"

Hampir sahaja aku jatuh kebelakang jika Tengku Sean tak menahan belakang badan aku. Gadis kecil itu memeluk aku dengan erat hingga membuatkan aku rasa sedikit kekok.

"Ibunda dah lama nak jumpa Kak Camille! Jomlah masuk dalam! Mesti Ibunda suka!" katanya teruja lalu pelukan itu dilepaskan sebelum tangan aku pula ditarik agar ikut jejak langkahnya.

Aku langsung tidak menyangka yang mereka semua menyambut aku dengan baik sekali. Tengku Mary, iaitu ibu kepada Tengku Sean dan Tengku Amber terus sahaja memeluk aku apabila kelibat aku masuk ke dalam istana.

Selain itu, terdapat juga seorang lagi wanita yang dipercayai isteri pada Raja yang menggantikan tempat Tengku Elan buat sementara, Pemaisuri Eva, senyum sekilas pada aku sebelum pergi ke dalam bilik.

Pemaisuri Eva dan Raja Neil dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki kembar. Tengku Herry dan Tengku Henry diberi nama.

Dan sekarang ini, terdapat lima orang remaja termasuklah diri aku sendiri di dalam bilik tidur aku yang diberikan oleh Tengku Mary.

"Why do we need to get together? I want to go back to my own room," ujar Tengku Sean. Baru sahaja dia hendak bangun, Tengku Herry segera menegur.

"I know about it, Sean. I give you a choice between sitting back or..." ugut Tengku Herry sengaja menggantungkan ayatnya tanpa nada pada sepupunya yang keras kepala itu.

Tengku Sean mendengus lalu duduk kembali dengan wajah tidak puas hati. Dia bukannya takut, cuma Tengku Herry sudah tahu rahsianya terlalu banyak.

"Jadi... kenapa kita berkumpul dekat sini?" soal Amber dengan santai. Segelas jus oren yang berada di tangannya, diteguk perlahan. Aku lebih selesa mendiamkan diri di sebelah Tengku Sean.

"Kau orang ni, sepupu kita yang sudah lama kita cuba cari tahu itukan dah kembali. Tak kanlah tak nak berkenalan sesama sendiri?" kata Tengku Henry, cuba meriuhkan keadaan. Demi menceriakan lagi keadaan, Amber monyokong kata-kata lelaki itu.

"Suka hatilah," balas Tengku Sean menjeling aku tajam. Mata  dia ni memang tak tahu duduk diam ke? Nasib baik mata tu cantik, kalau tak dah lama cucuk pakai gergaji.

"Tuan Puteri Tengku Elena Camille, nama patik, Putera Tengku Henry Darrien dan berumur 18 tahun. Boleh panggil patik, Henry," ucapnya dan diakhiri dengan kenyitan mata.

Aku perasan yang Tengku Sean yang duduk disebelah aku, dari tadi merenung Tengku Erlan setajam pandangan helang.

"Baik... Hen... Henry?" ujarku kekok dan dapat anggukan laju daripada tuan punya badan.

"Amber pula! Nama saya, Puteri Tengku Amber Analice. Umur baru saja cecah 15 tahun. Kak Camille panggil saja saya, Amber." Sama sahaja reaksi yang aku berikan pada Tengku Erlan sebentar tadi, pada Amber.

"Nama aku Putera Tengku Herry Darryan. Umur, 18 tahun." Aku menganggukkan kepala. Perangai sebiji seperti Tengku Sean, muka sentiasa ketat.

Tidak lama selepas itu, kami berempat serentak menoleh ke arah Tengku Sean yang leka bermain telefon.

"Kakanda!"

"Okey, okey! Putera Tengku Sean Ethan, 18 tahun," balasnya cukup ringkas dan padat. Aku mengabaikannya lalu memandang wajah yang lain.

"Jadi... Camille," panggil Tengku Henry. Terus sahaja aku menoleh memandangnya.

"Ya?"

"Kau ada Instagram?" Aku mengerutkan dahi. Apa benda yang dia sebut tu?

"Apa gram?" soalku semula. Tengku Herry menunjukkan aku telefonnya dan aplikasi yang dimaksudkan oleh adik kembarnya itu.

"Selama ni, aku tak pernah ada gajet macam kau orang semua. Jadi, aku tak tahu menahu tentang semua benda ni," jawabku jujur. Secara tiba-tiba, Tengku Sean menghulurkan telefonnya ke arah aku.

"Apa?"

"Ambillah, tak kanlah pula nak suruh kau makan telefon ni. Jangan lurus sangat." Aku menggaru kening aku yang tidak gatal.

Tangan aku teragak-agak untuk mengambil telefon itu namun pantas dicapai apabila Tengku Sean merenungku tajam bagai hendak menerkam mangsanya.

"Ka..."

"Tak perlu risau tentang aku. Telefon aku ada empat lagi dekat dalam bilik tu," balasnya membuatkan yang lain termasuklah aku menggulingkan bebola mata dengan menyampah. Riak sangat!

'TOK TOK TOK'

"Masuk!" laung Tengku Amber. Pintu itu dibuka lalu terlihatlah seorang dayang menundukkan badannya terlebih dahulu.

"Tuan Puteri dan Tuan Putera, Tengku Isaac memanggil agar berkumpul dan bersantap di taman belakang istana."

"Baik." Pintu bilik itu ditutup kembali. Keadaan sepi buat sementara sebelum Amber bangun dan diikuti oleh Tengku Henry. Amber menarik tangan aku agar bangun dan mengikutnya beredar dari situ.

"Eh, nak pergi mana?" tegur Tengku Herry membuatkan kami menghentikan langkah.

"Pergi main kejar-kejar. Aduh... kakanda Herry tak akanlah tak dengar apa yang dayang kata? Nak pergi tamanlah. Kak Camille, jom kita pergi sekarang."

Aku mengangguk lalu kami berdua terus berjalan pergi dan meninggalkan para jejaka di belakang.

"Kak Camille nak tahu tak, kakanda Sean tu dari suka sangat..."

Sejak dari itulah Amber tidak henti bercerita tentang kisah zaman kecilnya. Walaupun aku tak faham, tetapi sebagai seorang kakak yang baik, aku mengiyakan sahaja. Hoho...

"Lepas tu, kakanda Henry... eh Kak Camille! Pandang depan!"

Baru sahajaku hendak menoleh, namun semuanya sudah terlambat. Tubuh seorang lelaki sasa di hadapan aku itu dilanggar.

"Aduh!"

"Auch!"

"Alamak! Mari Amber tolong," kata Amber sebelum menolong aku untuk bangun.

Aku memandang lelaki yang telah aku langgar itu dengan perasaan serba salah.

"Eh, maafkan kami berdua, Tuanku." Aku memandang wajah Amber di sebelah aku. Tuanku? Jangan cakap yang lelaki di hadapan aku ini...

"Raja Kerajaan Charloes Anchaunter?" soalku terkejut. Bukan ke Tengku Mary kata yang raja ada di luar negera sekarang ini?

"Eh, ayahanda. Bila ayahanda pulang?" soalnya Tengku Henry yang baru sahaja tiba sebelum menunduk hormat dan diikuti oleh Tengku Sean dan Tengku Herry.

"Baru saja tadi. Ini..."

Raja kerajaan Charloes Anchaunter, Raja Tengku Neil, merenung rantai pemberian Puan Linda sebelum ini tanpa berkelip membuatkan jantung aku berdegup kencang kerana terlalu gementar.

Tangan aku mula sejuk. Bagi aku, keadaan ini normal apabila aku mula berasa gementar.

"Puteri Tengku Elena Camille, puteri tunggal mendiang Pemaisuri Rosanna Carissa dan Raja Tengku Elan Hadley Harvey," balas Tengku Sean lalu berdiri di sebelah aku.

Aku sedar yang Tengku Sean menggenggam sebelah tangan aku yang kesejukan kerana gementar, secara perlahan-lahan.

"Hai, Tengku Elena. Akhirnya, kamu dah kembali ke sini semula. Have a nice day, little princess," ucap Raja Neil ramah sekali dengan pakej senyuman manis.

Aku membalas senyuman tersebut sebelum Raja Neil meminta diri untuk beredar dari situ. Kami menunduk hormat kepadanya sebelum dia beredar.

"Sudahlah... mari kita..."

Sesuatu yang berkilau disebalik dinding di istana itu menarik perhatian aku daripada terus mendengar apa yang telah mereka bualkan.

Disebalik dinding tersebut, dapat aku lihat yang Pemaisuri Eva memerhati kelibat kami dari jauh.

Apabila dia sedar yang aku terlihat kelibatnya di situ, terus sahaja dia berjalan pergi.

"Camille!" Tersentak aku dibuatnya apabila disergah sebegitu rupa oleh Amber dan Tengku Henry. Tak bayar sama betul dua orang Putera dan Puteri ini.

"Hah, hah. Ya saya."

"Kau pandang apa?" soal Tengku Sean curiga. Dia melihat tempat di mana aku termenung sebentar tadi namun tiada hasil.

"Tak ada apa-apalah. Jomlah, nanti lambat pergi taman," ajakku lalu tangan Tengku Sean yang sedang menggenggam tangan aku itu, ditarik.

"Sabarlah!"

"Kau lambat sangat!"

"Aku jentik dahi kau tu nanti."

"Sean!"

"Kita ni halimunan ke?" soal Tengku Henry yang masih tidak mengalihkan pandangan daripada terus menatap kami berdua.

Tengku Herry dan Amber menjongketkan bahu serentak sebelum mengeluh.

"What a single life."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro