Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Aleya mengetap bibirnya menahan geram memikirkan apa yang berlaku kepada ibunya semasa berada di Malaysia dan tentang keengganan Dato Syed Mohd Kadir menceraikan ibunya. Dan juga tentang Datin Kartika yang cuba membunuh ibunya! Ini yang buat dia marah.

Semalaman dia tak tidur memikirkan keadaan ibu dan adik-adiknya di sana. Jika ikutkan hati, dia ingin segera pergi ke Malaysia. Tetapi, banyak lagi projeknya yang belum diselesaikan. Dia perlu siapkan projek di sini dengan kadar segera. Dia bimbang jika sesuatu perkara yang buruk berlaku. Langkah Aleya terhenti sebaik saja melintasi meja setiausahanya.

"Mary, I want you to rearrange all my appointment for next month."

"Alright, Miss Aleya! I've got phone call from Jaya Bersatu. They eargerly looking forward to work with you. Their representative are waiting to discuss with you again. His name is..." Mary melihat ke arah buku catatan yang berada di atas meja.

"Iskandar."

"Iskandar?" Berkerut dahi Aleya. Aleya mengeluh. Mereka ni memang tak faham bahasa! Aku dah cakap tak nak! Tak naklah. Tiba-tiba telefon di atas meja Mary berbunyi.

"I think it's him again!" kata Mary sambil melihat ke arah majikannya.

"Okay. Let me talk to him." Aleya terus masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Tangannya terus mencapai telefon di atas mejanya.

"Helo!"

"Finally, I have a chance to speak with you! Assalamualaikum..." Tengku Iskandar tersenyum apabila panggilannya disambungkan. Pagi ni sudah beberapa kali dia menelefon wanita ini. Mata Tengku Iskandar melirik ke arah jam dindingnya. Sudah pukul empat petang!

"Waalaikumussalam. Yes! Mister Iskandar, what can I help you?"

"Tentang tawaran kami... I nak you pertimbangkan lagi." Senyuman lebar terukir di bibirnya. Tahu juga jawab salam... Ingatkan dah tak tahu.

"What should I do to make you understand? I'm not interested.

"Jika mengenai bayaran, I boleh bincang dengan you lagi. Berapa you nak?"

"It's not about money! I have my own reason why I can't accept you offer," jawab Aleya, tegas.

"Apa alasan you? Jika you beri alasan yang munasabah, I akan putus asa tapi jika I rasa alasan you tidak munasabah, I akan pujuk you sehingga you terima tawaran I. Untuk pengetahuan you, I ni degil orangnya."

"It's all about personal problem." Aleya sudah mula geram.

Tengku Iskandar tiba-tiba ketawa. Lucu mendengar jawapan Aleya.

"Why are you laughing? There's nothing funny at all." Sakit hati Aleya mendengar lelaki itu ketawa.

"You tolak tawaran I disebabkan masalah peribadi you. I sangka you ni profesional... Nampaknya telahan I salah. You tak tahu nak bezakan hal peribadi dengan hal kerja."

"You don't know me! You don't have right to judge me!" Aleya sudah naik angin. Ternyata lelaki ini sedang memperlekehkan dirinya.

"Semua perempuan sama saja... Jika berkaitan dengan hal peribadi, mereka tak tahu bagaimana cara untuk menguruskannya. Hanya fikirkan tentang diri mereka saja. Yang pelik tu, bangsa lain you boleh tolong tapi bangsa sendiri you enggan tolong. You tak rasa malu ke pada bangsa awak sendiri?" Tengku Iskandar tersenyum.

"What?" Bulat mata Aleya mendengar kata-kata pedas daripada lelaki itu.

"You ni anti Melayu atau anti Malaysia sehingga tak nak tolong bangsa sendiri? Mentang-mentanglah you membesar di luar negara... Jadi you lupa asal usul you sendiri. Hmmm... Baiklah, jika you tak nak bekerjasama dengan syarikat I, nampaknya you takut pada cabaran I. I silap sebab menaruh harapan tinggi pada you untuk menjayakan projek ni. You bukanlah sepertimana wanita yang I sangkakan, seorang wanita yang sanggup menerima cabaran. Ternyata I silap!" Tengku Iskandar sengaja cuba menyakiti hati wanita itu.

"Fine! I accept your offer," kata Aleya tanpa berfikir panjang.

Tengku Iskandar tersenyum sebaik saja mendengar persetujuan daripada wanita itu. Dia dah agak dah. Wanita ini jenis pantang dicabar.

"Betul ke? Atau you sekadar cakap kosong saja untuk menyedapkan hati I?"

"I never break my promise! I always keep it. See you next month."

Aleya terus meletakkan telefon itu dengan kasar. Aleya merenung telefon itu. Sedap-sedap saja kata kat aku macam-macam. Kalaulah kau ada depan mata aku sekarang ni, dah lama lebam biji mata kau. Aleya berjalan ke arah tingkap.

Tiba-tiba Aleya mengeluh kuat. Kepalanya digeleng beberapa kali.

"Kenapalah aku terus setuju saja? Biarlah dia nak cakap apa pun." Aleya sedar dia sudah terlanjur kata. Aleya merenung ke luar tingkap. Dia ada sebab kenapa dia enggan bekerjasama dengan Syarikat Jaya Bersatu. Ini kerana syarikat itu ialah syarikat Dato Syed Mohd Kadir. Dia tak nak ada kena-mengena dengan syarikat tu dan Dato Syed Mohd Kadir tetapi nampaknya dia tak dapat larikan diri lagi. Janji tetap janji.

Zahari terkejut melihat wanita yang berdiri di hadapannya. Badannya kaku apabila wanita itu tersenyum kepadanya.

"Zahari, ini uncle kenalkan, Alina... Doktor Alina. Anak uncle." Dato Syed Mohd Kadir memperkenalkan Alina kepada anak sahabat karibnya.

"Just call me, Lina. Nice meeting you." Alina tersenyum. Alina hairan melihat Zahari ralit merenungnya. Alina rasa pelik.

"Zahari!" panggil Dato Syed Mohd Kadir.

"Aaa... Nice meeting you too." Zahari terkejut apabila Dato Syed Mohd Kadir memegang bahunya secara tiba-tiba.

"Zahari anak kawan abah. Dia baru saja balik dari overseas dua hari lepas. Sekarang ni dia peguam syarikat abah dan juga peguam abah."

"Oh... Ya ke? Buat PhD ke?" soal Alina.

"Ya." Dahi Zahari berkerut. Perempuan ni dah tak ingat aku ke atau berpura-pura tak ingat aku? Mustahil dia lupakan aku begitu saja. Tiba-tiba jadi peramah pula. Peliknya.

"Kamu berdua berbual dulu... Lina, abah nak masuk sekejap berjumpa dengan ibu kamu."

"Baik, abah." Alina tersenyum.

Sebaik saja Dato Syed Mohd Kadir masuk, Zahari mendekati Alina. Alina terkejut dan mengundurkan langkahnya.

"Awak dah lupa saya ke?"

"Dah lupa? Kita... Kita pernah jumpa ke?" Suara Alina terketar-ketar. Kenapa dengan lelaki ni?

"Dua hari lepas, di KLIA. Saya takkan lupa apa yang awak dah buat kepada saya."

"KLIA?" Alina berfikir seketika. Hmmm... KLIA? Dua hari lepas mana ada aku pergi ke KLIA? Tiba-tiba mata Alina menjadi bulat. Angah! Matanya bertentangan dengan mata Zahari.

"Jadi awak dah ingat?"

"Aaa... Ya!" jawab Alina. Apalah angah dah buat kali ni? Pasti Zahari ni ingat aku yang dia jumpa dua hari lepas.

"Baguslah... Saya tak sangka kita akan berjumpa lagi. Saya dah agak yang suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi tapi tak sangka pula secepat ni. Awak tahu tak disebabkan awak, semua orang kat KLIA ingat saya ni pervert? Awak dah jatuhkan maruah diri saya," marah Zahari. Apabila ingatkan peristiwa hari itu, dia betul-betul bengang.

"Pervert?" Alina mengetap bibirnya. Angah ni kalau tak cari pasal dengan orang tak sah!

"Aaa... Apa yang saya dah buat?" soal Alina ingin tahu.

"Awak dah tak ingat? Aaa... Awak jerit kata saya...Saya raba punggung awak." Mata Zahari meliar melihat ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika ada orang terdengar kata-katanya.

"Apa?" Alina terkejut. Hesy... Angah ni!

"Sedangkan saya tak buat apa-apa pun kat awak, hanya bertanya soalan. Takkan salah kalau saya tanya soalan kat awak?"

"Aaa... Maaf... Saya minta maaf banyak-banyak," kata Alina memohon maaf bagi pihak kakaknya.

Zahari terkejut apabila Alina meminta maaf. Biar betul perempuan ni minta maaf? Hari tu bukan main sombong lagi. Hari ni perempuan ini berbeza, terus saja minta maaf. Tak banyak cakap pula tu. Pelik.

"Awak, saya benar-benar minta maaf sebab jatuhkan maruah awak hari tu. Saya minta maaf. Saya harap selepas ni kita dapat berkawan." Alina tersenyum. Cuba memperbaiki keadaan.

"Aaa... Ya, saya maafkan awak."

"Zahari, kau dah berkenalan dengan Doktor Alina ke?" Langkahnya diatur kemas menghampiri sahabat karibnya.

"Dah... Yang kau ni tiba-tiba ada kat sini, kau tak kerja ke?" soal Zahari, hairan.

"Kau dah lupa ke? Ni hospital ayah akulah."

"Ya tak ya juga! Aku lupalah." Zahari ketawa.

"Hmmm... Lina masuk dulu. Kamu berdua berbual," kata Alina sebelum melangkah masuk ke bilik ibunya.

Zahari memandang Alina dengan pandangan yang pelik.

"Zahari, kau jangan pandang lebih-lebih. Aku dah cop dulu." Dr. Nazri tersengih. Dia sedar sejak tadi Zahari hanya memerhatikan Alina. Sedikit perasaan cemburu terbit dalam hatinya.

Zahari hanya menggeleng.

"Suziela kau nak letak mana?"

"Shhh... Kau jangan sebut nama tu. Mulut kau tu masin. Disebabkan mulut kau hari tu, aku dan Is terpaksa melayan perangai dua beradik tu."

Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan.

Zahari ketawa sebaik sahaja air muka Dr. Nazri yang berubah selepas nama Suziela disebut.

Dua puluh lima tahun yang lalu...

"Jemputlah duduk," pelawa Baharom. Dia tersenyum melihat Munirah kekok berada di dalam pejabatnya.

"Terima kasih." Munirah tersenyum. Kenapa tiba-tiba peguam keluarga suami aku nak panggil aku sekali? Aku ada buat salah ke? Munirah mula gelisah. Kedatangannya di sini tidak diketahui oleh suaminya. Jika dia tahu pasti, teruk aku akan kena.

"Pasti Munirah tertanya-tanya kenapa saya panggil Munirah datang berjumpa saya di sini."

Perlahan-lahan Munirah mengangguk. Lelaki ini adalah sahabat baik suaminya sejak kecil lagi malahan hubungan di antara keluarga suaminya dan keluarga Baharom sangat akrab.

Senyuman masih terukir di bibir Baharom. Dia simpati atas apa yang telah dilakukan oleh kawan baiknya terhadap Munirah. Munirah seorang wanita yang baik malah hatinya tulus. Kenapa Kadir tak nampak semua itu? Bermacam-macam cara dilakukan kepada Munirah semata-mata untuk melepaskan kemarahannya terhadap arwah uncle dan auntie kerana memaksanya berkahwin, fikir Baharom.

"Tentang wasiat terakhir uncle..."

"Wasiat? Bukan ke wasiat arwah abah sudah dibaca dua hari yang lalu?" soal Munirah. Hari ini sudah genaplah dua bulan pemergian arwah papa dan mama mentuanya. Munirah masih teringat lagi senyuman arwah abah dan arwah ibu mentuanya yang dilemparkan ke arahnya sebelum bertolak ke Johor Bahru. Itulah kali terakhir dia melihat mereka. Kemalangan jalan raya di Muar telah meragut nyawa insan yang disayanginya selama ini.

"Wasiat itu untuk Kadir tetapi wasiat ini untuk Munirah."

"Untuk saya?" Munirah terkejut.

"Ya."

"Tetapi..."

"Munirah dengar dahulu, ya..."

Munirah terdiam.

"Beberapa hari sebelum uncle pergi ke Muar, uncle ada berjumpa dengan saya. Dia suruh saya bukakan satu akaun bank untuk Munirah. Ini buku akaun Munirah." Baharom memberi sebuah buku kecil kepada Munirah.

Matanya masih merenung buku itu. Dia masih teragak-agak untuk mengambil.

"Ambillah..."

Satu keluhan dilepaskan. Abah buka akaun bank untuk aku? Untuk apa? Pemberian Baharom disambut. Munirah membuka dan terkejut dengan jumlah wang yang tertera di dalam buku itu. Mulutnya melopong.

"Terdapat seratus ribu ringgit dalam akaun Munirah... Dan ini pula geran tanah ladang kelapa sawit yang bernilai satu juta ringgit di Mersing. Saya telah melantik sebuah syarikat untuk menguruskan ladang itu. Setiap bulan, keuntungan daripada jualan kelapa sawit akan dimasukkan ke dalam akaun ini," jelas Baharom.

Baharom meletakkan sekeping kertas yang merupakan geran tanah milik Munirah. Dengan pantas Munirah menutup buku itu dan meletakkan kembali di atas meja.

"Saya tak perlukan semua ni... Saya tak ada hak langsung."

"Munirah berhak. Munirah mesti ingat, Munirah adalah satu-satunya menantu uncle. Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir daripada uncle. Terimalah, Munirah."

"Tetapi kenapa? Bagi Munirah, harta dan wang tak penting. Semua itu tak berguna. Munirah bukannya perempuan mata duitan. Jika... Jika Abang Kadir tahu tentang hal ini, pasti dia akan marah Munirah." Perasaan takut mula menghantui dirinya. Wajah Kadir mula terbayang.

"Tentang Kadir, Munirah jangan bimbang. Dia takkan tahu tentang hal ini. Ini rahsia antara kita berdua. Suatu hari nanti, semua ini akan berguna juga. Uncle dan auntie lakukan semua ini untuk masa depan Munirah. Jika sesuatu terjadi kepada mereka, semua ini dapat membantu masa depan Munirah pada suatu hari nanti. Terimalah. Ini adalah pemberian terakhir daripada uncle dan auntie. Jangan hampakan permintaan mereka. Munirah boleh gunakan duit ini apabila Munirah memerlukannya pada suatu hari nanti. Ambillah..." pujuk Baharom.

Dia merenung wanita yang berbaju kurung berwarna oren yang bercorak bunga kecil itu. Baharom tahu tujuan sebentar uncle dan auntie melakukan semua ini. Mereka bimbang dengan masa depan Munirah. Dahlah anak yatim piatu. Tiada saudara-mara. Ada suami pun macam tiada suami. Sakit hati Baharom setiap kali memikirkan layanan Kadir terhadap Munirah. Munirah dianggap seperti orang gaji, seolah-olah tiada harga diri. Nasihat aku langsung tidak diendahkan. Setiap kali aku bercakap mengenai Munirah, akan diakhiri dengan pertengkaran. Kau memang bodoh, Kadir.

Dahi Munirah sedikit berkerut. Dia masih teragak-agak. Jumlahnya terlalu banyak. Apa yang aku nak buat dengan duit tu? Dah ada tempat tinggal dan tempat untuk makan dan minum pun aku dah bersyukur.

"Ambillah, Munirah. Demi uncle dan auntie."

Munirah mengangguk perlahan sebagai tanda setuju.

Ketukan pintu menyedarkan Munirah. Dia melihat ke arah pintu. Lalu membetulkan kedudukan tangan kanan yang disimen. Terasa lenguh. Siapa pula yang datang ni?

"Assalamualaikum..." Senyuman lebar terukir di bibir Dato Syed Mohd Kadir sebaik sahaja pintu dibuka. Langkahnya diatur kemas.

"Waalaikumussalam." Munirah menjawab salam. Munirah mengetap bibir. Kenapa dia masih tak faham-faham lagi?

"Ini untuk Munirah." Dato Syed Mohd Kadir menghulurkan sejambak bunga ros berwarna merah kepada Munirah. Dia sangat rindukan wanita ni. Hatinya telah dicuri oleh Munirah. Setiap saat, dia hanya memikirkan tentang Munirah. Pilihan abah dan ibunya tak pernah silap, cuma dia saja yang telah salah tafsir niat baik mereka.

"Untuk apa lagi, Dato Kadir? Cukuplah. Boleh tak jika awak berhenti melawat saya. Hentikan semua ni... Saya tak mahu apa-apa daripada awak. Just stop it."

"Munirah! Kenapa ni? Tiba-tiba sahaja marah abang? Ada yang tak kena ke?" tanya Dato Syed Mohd Kadir.

Wajahnya merah. Perasaan takut tiba-tiba hilang. Yang ada hanya perasaan marah. Setiap kali melihat wajah Dato Syed Mohd Kadir, perasaan marah datang tanpa disedarinya. Apa yang berlaku sekarang ni adalah berpunca daripada lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku sekarang! Semua ini terjadi kerana dia!

"Kenapa? Saya tak boleh marah ke? Awak ingat awak sahaja boleh marah? Saya pun ada perasaan marah juga." Munirah mengambil jambangan bunga ros lalu dibalingnya ke arah dinding. Kelopok bunga mawar itu bertaburan di atas lantai.

Dato Syed Mohd Kadir terkejut. Inilah pertama kali dia melihat Munirah marah. Badannya kaku.

"Selama ini saya tak pernah minta apa-apa pun daripada awak. Susah sangat ke awak nak setuju dengan permintaan saya?" Munirah meninggikan suaranya.

"Munirah, bercerai itu bukan jalan penyelesaiannya. Seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab adalah haram hukumnya. Terdapat sabda Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud: Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai daripada suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau syurga yakni akan ditegah daripada mencium bau syurga." Kita boleh berbincang dengan baik."

Munirah mengetap bibir mendengar kata-kata Dato Syed Mohd Kadir.

"Berbincang dengan baik? Awak ingat saya tak pernah cuba cara tu ke? Dah berbuih mulut saya ni bercakap dengan awak. Tapi awak tak pernah ambil kesah..." Munirah melepaskan kemarahan yang selama ini dipendam.

"Munirah..." Nama Munirah disebut dengan lembut.

"Kenapa awak beri duit kepada saya setiap bulan dalam akaun bank saya? Apa niat awak sebenarnya, Dato Kadir?"

"Munirah... Percayalah, abang sayangkan Munirah. Abang tiada niat lain pun... Dah memang tanggungjawab abang untuk memberi nafkah kepada isteri abang. Abang ikhlas." Dato Syed Mohd Kadir masih memujuk.

"Sayang? Stop acting, please!" Munirah ketawa kecil. Geli hati mendengar perkataan yang keluar dari bibir Dato Syed Mohd Kadir.

"Perkataan itu tiada apa-apa makna lagi bagi saya. Cukuplah, Dato Kadir. Saya rimas. Rimas dengan semua ni. Kalaulah saya tahu duit tu sebahagian daripada duit awak... Jangan haraplah saya nak guna satu sen sejak awal lagi. Lebih baik saya mati kebuluran." Matanya merah menyala. Aku akan buat apa saja agar lelaki ni ceraikan aku. Keselamatan anak-anak aku lebih penting daripada segala-galanya. Ugutan Kartika tidak boleh dipandang remeh.

"Munirah..." Dato Syed Mohd Kadir terkejut dengan kata-kata yang lahir dari bibir Munirah. Mata mereka bertemu seketika.

Pantas Munirah mengalihkan anak matanya ke arah lain. Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja mata mereka bertautan. Munirah menggenggam erat jari jemarinya. Kenapa dengan aku? Selepas apa yang dia lakukan kepada aku selama ini, kenapa aku masih lagi mencintai dirinya? Kenapa? Munirah memejamkan matanya seketika.

"Abang rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita bincangkan perkara ini. Lebih baik Munirah berehat sahaja. Esok abang akan datang melawat lagi," ujarnya sebelum melangkah keluar dari pintu bilik itu.

Munirah menoleh ke arah pintu sebaik sahaja pintu itu tertutup rapat. Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipi. Munirah cuba bertahan namun gagal. Air matanya masih juga mengalir tanpa henti. Adakah ini dugaan untuk aku tempuhi sekali lagi? Munirah menekup mulutnya. Dia bimbang jika Alina dan Alisa mendengarnya menangis. Dia tak mahu mereka tahu apa yang dialaminya sekarang ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: