Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 72

"Malam ni aku bagi lagi satu peluang untuk korang. Aku nak benda ni semua clear malam ni jugak! FAHAM?!!"  Aishah terus mematikan talian setelah memaki konco-konconya.

"Lembab!" gerutunya lagi.

Handphone di campakkan ke atas katil. Stress! Macam- macam cara dia fikir untuk hancurkan hidup arash. Tapi sampai sekarang dia masih lagi belum berjaya.

"korang tunggu giliran korang lepas ni." katanya penuh dendam.

________________

Perkarangan banglo Dato' Syukor terlihat amat indah dengan pokok- pokok bunga yang tumbuh mekar dan segar. Sudah menjadi rutin kerja bik surti setiap pagi selepas menyiapkan sarapan dia akan mengerjakan pokok- pokok bunga itu dengan menyiram dan memberi baja. sejak Datin Seri Dayang sakit itu kerjanya setiap pagi. Tangannya ligat menyiram pokok- pokok bunga itu dengan menggunakan paip pancuran. 

ting tong

Loceng dari luar pagar berbunyi. terus bik surti melepaskan paip getah ke tanah, dan melulu ke pagar utama.

"Ye encik, mau cari siapa?" soal bik surti setelah bertentang mata dengan seorang lelaki muda di luar pagar.

"Saya nak cari Datin Seri Dayang, dia ada dekat rumah?" soal arash kembali.

Belum sempat bik surti membalas, hanni keluar dari pintu depan kereta.

"Bik Surti, Layrah dah balik" ujarnya dengan mata yang bergenang.

"Ya Allah Layrah!!!" bik surti terus membuka pintu pagar untuk hanni dan arash. Lalu dia terus memeluk hanni dengan erat.

"kamu kemana layrah, bik surti rindu sangat- sangat." ujarnya dalam pelukan.

"layrah tak kemana pun bik, layrah cuma ikut suami layrah saja." kata layrah bersahaja.

Pelukan dileraikan bik surti. Wajahnya terpinga memandang layrah dan arash, lelaki yang baru dikenalinya ini.

Hanni senyum nipis. Tangan arash diraih ke dalam genggaman. Jari jemari mereka  yang bertaut di tunjuk pada bik surti.

"Layrah kenalkan ini suami layrah, Arash Raykal." ujar hanni.

____________________

"Datin, ade tetamu istimewa dekat bawah. Datin turun ya?" ujar bik surti dari belakang datin seri dayang.

Lamunannya terhenti saat terdengar suara bik surti. Pandangan dialih dari pemandangan luar balkoni kepada raup wajah separa tua bik surti itu.

"Siapa bik?" tanya datin seri dayang di selang dengan batuk- batuk kecil. Wajah pucatnya dipalingkan memandang Bik Surti di pintu.

Semua itu kerana menanggung rindu pada anak- anak perempuan kembarnya dan rasa takut kehilangan itu makin kuat di rasakan kini.

"Datin turun dulu, kita tengok siapa. Bibik yakin yang datin akan tersenyum lepas ni." ujar bik surti dengan yakin.

Dengan rasa tertanya- tanya Datin Seri Dayang bangun dari duduknya dan mula melangkah ke ruang tamu di bawah.

Dari atas dia sudah nampak ruang tamu rumahnya sudah penuh dengan dua buah keluarga yang agak di kenalinya juga. Dan dari situ juga dia nampak Hanni yang duduk di sebelah seorang lelaki yang agak kurang di kenalinya.

Matanya mula bergenang. 

"Layrah!!!" 

Meluru Datin Seri Dayang mendekati Hanni dan memeluknya dengan erat. Hanni membalas pelukan ibu angkatnya. Kemudian dia mengesat air mata Datin Seri Dayang. Sayu hatinya melihat keadaan ibu angkatnya itu, tubuh Datin Seri Dayang kini lebih susut berbanding dahulu. 

"Maafkan Layrah mummy" tangan datin seri dayang diraih dan dicium. 

"Layrah pergi tanpa izin mummy. Layrah dah buat mummy susah hati. Layrah terlalu ikut kan hati. tapi percayalah mummy, Layrah tak pernah ada niat pun nak tinggal kan keluarga ini lagi-lagi tinggalkan mummy. Layrah sayangkan mummy sangat-sangat." Rayu layrah separa melutut.

Tangan Datin Seri Dayang terus memaut bahu Hanni dan dipeluknya erat. 

"Mummy tak marah layrah, mummy cuma takut layrah tinggalkan mummy. walaupun layrah dan laurah bukan lahir dari rahim mummy, tapi mummy tetap sayang kamu macam anak kandung mummy sendiri. mummy tak pernah bezakan kasih sayang mummy pada kamu bertiga-beradik." ujar Satin Seri Dayang sayu. Lalu Ubun-Ubun Hanni diciumnya. 

Tambah sebak hati hanni bila dengar kata-kata mummynya. Rasa bersalah makin membuku di hati.

"Layrah minta ampun mummy. Layrah yang salah, Layrah tak patut tinggalkan mummy." deras tangisan hanni dalam pelukan Datin Sri Dayang.

"Layrah pandang mummy"

Datin Seri Dayang mengangkat wajah Hanni agar mereka berpandangan.

"Layrah tak salah dan Layrah tak perlu rasa serba salah. Mummy yang silap. Mummy cuba pisahkan Layrah dengan Arash padahal mummy tahu Arash adalah suami Layrah dan Layrah ada keluarga yang masih perlukan Layrah.

Mummy yang ego, pentingkan diri sendiri. Mummy yang patut minta maaf dekat Layrah lagi-lagi dekat Arash" mata Datin Seri Dayang memandang Arash yang jadi pemerhati drama mereka.

"Mummy mohon sangat dekat Layrah tolong jangan tinggalkan mummy. Mummy merayu" katanya yang masih dalam tangisan.

Lantas tangan Layrah menyeksa air mata mummynya.

"Mula daripada hari ni, Layrah takkan pernah tinggalkan mummy lagi. Layrah akan sentiasa ada dengan Mummy. Bila-bila masa mummy perlukan Layrah, Layrah akan datang dekat Mummy." kemudian tangan tua Mummynya diraih lembut.

"Tapi Layrah mohon dekat Mummy. Mummy jangan halang Layrah balik rumah mama papa Layrah please... " mata Layrah penuh mengharap pada Datin Seri Dayang.

Datin Seri Dayang tersenyum nipis.

"Mummy tak akan marah Layrah untuk balik rumah mama papa layrah. Bahkan Mummy tak akan pernah halang untuk Laurah pulang ke sana juga. Sebab mereka lebih berhak ke atas kamu berdua bukan mummy." katanya tenang pada sang anak.

"Thanks mummy. I love you so much"

Mereka berdua berpelukan sekali lagi.

"Ehemmm!!"

Deheman itu membuat mereka sedar dari dunia mereka.

"Amboi Mummy... Dah jumpa anak perempuan dia lupa dah dekat anak teruna kat sini." kata Asyraff separa merajuk.

Tergelak mereka berdua dengar kata-kata Asyraff itu. Yang lain pun ikut ketawa.

"Lupa pula Layrah nak kenalkan. Ni lah keluarga kandung Layrah dengan Laurah Mummy." Hanni memperkenalkan keluarganya pada Datin Seri Dayang seorang demi seorang.

Dari situ baru dia tahu bahawa pelanggan yang sering menempah baju di butiknya adalah ibu kepada Arash.

Mereka teruskan berbual dan mengenang cerita-cerita lama dahulu. Pn Sri Zalmah pun ada membuka kisah dimana Hanna pernah kena culik dahulu.

Arash tersenyum senang. Alhamdulillah tindakannya tidak salah. Dia berharap keputusan ini akan membawa kebahagiaan kepada mereka semua terutama Hanni isterinya. Dia bersyukur sangat semuanya telah selesai. Tiada apa lagi yang perlu dia rahsiakan.

__________________

Keluarga mereka berkumpul sampai lah jam 10 malam. Keluarga Hanni dan Arash beransur hendak pulang ke rumah.

"Kami pulang dulu ye Datin. Bila ada masa lagi datanglah ke rumah kami pula." pelawa Pn Sri Zalmah pada Datin Seri Dayang.

"Hishh tak perlu lah panggil datin dengan saya. Panggil seri je... Insya'allah...Nanti sampai juga lah kami di rumah Pn Sri nanti." ujar Datin Seri Dayang ramah.

"Awak pun sama tak perlu lah kita nak formal sangat. Kita kan dah jadi keluarga. Panggil Zal je...Zalmah" balas Pn Sri Zalmah pula.

Sesudah itu mereka bersalaman tanda pamitan. Yang lain semua sudah masuk ke dalam kereta.

Hanna yang berdiri di sebelah Datin Seri Dayang memeluk mama nya.

"Mama, Hanna nak tidur sini malam ni boleh ye ma?" pinta Hanna selepas meleraikan pelukan.

"Boleh sayang, mama tak kisah pun." kepala anaknya itu di usap lembut.

Jawapan dari mamanya membuat Hanna tersenyum senang.

"Thank you mama...Jom Hanna hantar mama sampai kereta." lalu Hanna berjalan berpimpin tangan mamanya.

Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Datin Seri Dayang. Mereka yang dalam kereta melambai-lambai pada yang tinggal.

Hanna yang jadi teruja turut melambai kembali. Kereta yang meluncur keluar di kejarnya sampai ke pagar rumah.

Kereta mereka telah pun hilang di telan kegelapan malam. Tiba-tiba datang satu van putih berhenti di hadapan hanna. Tak sempat dia lari hanna terus di tarik masuk ke dalam van tersebut.

"Laurahhhh!!!!"

Jeritan Datin Seri Dayang menjadi tarikan orang yang berada di dalam rumah.

Dia terus berlari cuba mengejar van tersebut. Tapi apalah daya wanita tua itu. Van itu terus memecut laju hilang dalam gelap malam.

"Mummy kenapa ni!?" Soal Asyraff cemas.

"Laa...laurah kena culik!! Cepat Asyraff kejar diorng!! Kejar adik kamu!!" kata Datin Seri Dayang separa menjerit. Tak ubah macam orang meracau.

"CULIKK!!"

Asyraff terkejut. Terus dia berlari ambil kunci kereta di dalam rumah lalu mendapatkan mummynya semula.

"Mummy... Mummy nampak tak nombor plat kereta orang yang culik adik?" soal asyraf cemas.

"Bukan kereta Van... Van warna putih tapi Mummy tak nampak nombor plat dia.... Cepat Asyraff selamatkan adik kamu. Ya Allah dugaan apa kali ni?!!" Datin Seri Dayang  menangis teresak-esak.

Asyraff terus mendail 999. Dia terus melaporkan kes penculikan adiknya. Lalu dia menerobos masuk ke dalam kereta cuba mengejar penculik itu dengan harapan dia boleh selamatkan adiknya.

"Datin kita masuk dulu ye? Kita serahkan dekat Asyraff."

Buk surti yang turut ada di situ terus memapah majikanya masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah selamatkan lah anak aku" kata-kata itu terus berulang dari bibirnya.

Sedih hati bik surti melihat majikanya. Keluarga itu baru sahaja hendak bahagia namun datang lagi ujian yang tak di duga.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dears Readers,

Author kalian ini minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ampunkan lia semua!!

Lia yang bersalah dalam hal ni. Lia yang pergi meninggalkan BCTM dan korang semua terlalu lama.

Ampunkan author yang banyak kekurangan ni. Sesungguhnya lia telah lalai dengan dunia kdrama.

Ampunkan SAYA!! 😭😭😭😭

By Syaliaa




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro