Bab 70
Dia menjerit, tapi mulutnya segera ditutup.
Dia di bawa ke suatu tempat yang lebih gelap dan agak menyeramkan.
Hanna meronta- ronta minta di lepaskan. Dia menjerit- jerit dalam tekupan tangan yang memeluk tubuhnya dari belakang.
"Shh! Jangan jerit kalau awak tak nak kena tangkap" ujar pemilik tangan itu. Suara lelaki.
Hanna tersentak, dia terdiam dan menggangguk. Lelaki itu terus melepaskan hanna.
Dengan tubuh yang masih menggigil hanna berpaling. Wajah lelaki itu tidak jelas. Samar- samar dalam kegelapan.
"Aw..awak siapa?" kini dia lebih berani. Kerana dia yakin lelaki ini hendak membantunya. Dan bukan salah seorang dari penculik tadi.
"Nanti awak akan tahu. Sekarang ni awak ikut je arahan saya kalau awak nak selamat." ujar lelaki itu.
Lelaki itu kejap memegang tangan hanna. Hanna hanya mampu mengangguk. Ketakutannya tidak dapat mengatasi rasa aneh yang menjalar di dalam dada.
Pandangannya hanya tertacap pada wajah lelaki itu. Walaupun dalam gelap entah mengapa dia ingin sekali menatap wajah itu sahaja.
Dari tempat mereka sembunyi, mereka dapat lihat penculik- penculik tersebut seperti bertikam lidah. Lalu mereka masuk kedalam perut van dan beredar.
Mereka berdua menarik nafas reda.
"Sekarang dah selamat. Jom keluar!" Lelaki itu terus menarik hanna keluar dari tempat itu. Pegangan pada tangan hanna amatlah erat.
Hanna seperti orang yang kena jampi hanya menurut sahaja. Dia mengekor lelaki itu sehingga lah sampai ke tempat keretanya diletakkan.
Mata hanna masih tertancap pada wajah lelaki itu. Kini wajah itu lebih jelas dengan selerakkan cahaya lampu pada wajah itu.
"Ehemmm"
Hanna tersentak. Dia tertunduk malu. Rasa takut tadi sudah hilang dengan hilangnya penculik- penculik tadi.
Kini yang ada cuma rasa malu yang menyimbah diri.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Suara lelaki itu mendatar.
Hanna menggeleng. "Takde apa, cuma...saya nak cakap terima kasih. Sebab selamatkan saya." Tukas hanna masih menunduk. Gugup.
"Sama- sama. Kebetulan saya nampak awak tadi." balas lelaki itu.
"Ermmm..saya rasa tangan dah boleh lepas kot." ujar hanna lagi.
Lelaki itu tersentak. Terus dia melepaskan tangan hanna. Baru sedar keterlanjurannya. Belakang tengkuk digosok. Kini dia pulak yang ter'malu'. Namun riak wajah dikawal sebaik mungkin.
"Errr...awak, kalau takde pape saya balik dulu lah ya? Dah malam dah ni." hanna terus menekan remote keretanya.
"Hanna!"
Hanna berpaling. Mana dia tahu nama aku? Dahinya berkerut.
"Ya?"
"Saya hantar awak balik. Tapi jangan pakai kereta awak. Kita naik kereta saya." ujar lelaki itu.
"Eh takpe lah, saya boleh drive sendiri. Lagipun kalau saya balik dengan awak, kereta saya macam mana?" tolak hanna.
"Takpe soal kereta, awak tak payah risau. Nanti saya boleh uruskan." lelaki itu masih bertegas.
"Tapi kenapa kena naik kereta awak? Tak naik kereta saya?" hanna masih lagi ingin berdegil. Suka- suka kau je nak arah- arah aku. Kau fikir aku adik kau! Dah lah baru kenal. Tetiba nak mengarah kita pula. Hatinya berdongkol geram. Tapi muka dia ni macam familiar lah, dekat mana erkk?
"Cik Sofea Hanna, cuba awak fikir. Kalau kita naik kereta awak, buatnya penculik tadi tunggu awak dekat luar sana tu macam mana? Tak ke kena kejar nanti?" Lelaki menduga.
Hanna telan air liur. Betul jugak tu, buatnya aku kena tangkap tak ke naya. Dia memandang anak mata lelaki itu. Mencari ke ikhlasan dia untuk menolong. Mana lah tahu kot- kot dia pun salah sorng dari perompak tu.
Lelaki itu berkerut dahi. "Kenapa pandang saya macam tu?" Soalnya. Dia pandang diri sendiri atas bawah. Ada benda yang tak kena ke?
"Betul awak nak tolong saya ni?" Soal hanna curiga.
"Lahh, betul lah. Takkan saya nak main- main pulak." Ujar lelaki itu tersenyum.
"Okay kalau macam tu, jawab dulu soalan saya. Dari mana awak tahu nama saya?" Hanna masih lagi menduga.
"Awak tak ingat saya ke? Saya irfan lah. Kawan arash, abang ipar awak." Jawapan irfan buatkan hanna terkedu.
Irfan? Dia cuba mengingat semula.
"Ouhh...yang awak bawak hanni dengan saya jumpa kawan- kawan awak dekat KFC tu?" Tukas hanna polos.
Sudah lama sekali dia tidak bertemu dengan irfan. Sejak hanni sakit semula, irfan seperti hilang. Arash juga sentiasa sendiri kalau ke kolej. Sedangkan dia sendiri sudah menamatkan pengajiannya empat bulan lepas. Tapi kini arash sudah mula jarang masuk kolej. Semua kerana dia ingin menjaga hanni dan memberi 100% perhatian pada isterinya itu.
Irfan tergelak kecil. "Ya awak. Apa? Awak fikir saya salah sorang penculik tadi ke apa?" Soal irfan dengan tawa yang tersisa.
"Iya lahh, kalau ikut kan saya trauma tau tak? Saya mana pernah kena kejar sampai macam ni sekali. Saya takde musuh pun. Family saya pun takde jugak." hanna mula membebel.
"Dah..dah..dah. Tak perlu nak berleter. Meh sini kunci kereta awak. Pandai- pandai saya lah nak settle nanti." masing- masing dah tunjuk perangai sebenar.
Mereka terus berjalan ke arah kereta irfan dan beredar dari situ.
______________
"SIAL!! SIAL!! SIAL!!"
Tiga perkataan pertama yang keluar dari mulut aishah pabila bertentang mata dengan konco- konconya.
"Bodoh!! Macam mana korang buat kerja ha?!! Perempuan lembik macam tu pon susah sangat ke korng nak settle kan?!" Jerit aishah menghamburkan kemarahannya.
"Maaf bos, kami rasa ada orang yang tolong dia. Tak mungkin dia dapat lari senang- senang macam tu je daripada kitorang." Jawab jay.
"Dahh, DIAM!!! Aku tak nak dengar apa- apa alasan bodoh daripada mulut korang. Walau macam mana sekali pun, aku nak perempuan tu ada dalam tangan secepat yang mungkin." Berang aishah. Panas hatinya bila segala rancangannya tak menjadi.
"FAHAM TAKK!!"
"Faham boss!!"
Aishah terus berlalu keluar dari rumah usang itu dengan hati yang mendidih.
Kerja senang pun tak boleh nak buat. Useless!!
___________
Jururawat perempuan menanggalkan alat pengukur tekanan darah dari lengan hanni. Hanni memperbetulkam duduknya dengan bantuan arash.
"Nampaknya tekanan darah puan dah normal. Daripada maklumat kesihatan puan, mungkin puan dah boleh discharge. Tapi kena tunggu arahan doktor dulu lah." Ujar jururawat itu mesra.
Hanni dah tersenyum senang. Tak sabar rasanya nak keluar dari hospital ni, bosan.
Arash juga sama seperti hanni. Kalau isterinya dah keluar wad, senang sikitlah kerja dia. Takde lah nak ulang- alik ke hospital lagi. Lagipun final exam dah nak dekat. Walau dia sentiasa fokus pada hanni, tapi pelajaran tak pernah ditinggalkan.
"Terima kasih nurse." Ucap arash ramah dengan senyuman mesra. Dia terus pindah duduk dari kerusi ke sebelah hanni.
Hanni dekat sebelah dah pandang lain macam. Nak mengorat ke apa ni??
"Sama- sama. Dah tugas saya. Saya keluar dulu." Senyuman di balas senyuman. Kelibat jururawat di hantar dengan pandangan.
Ha..sudah! Yang berdua tu tersenyum- senyum. Hanni pulak dah mengeluarkan pandangan maut dia dekat arash.
Arash buat- buat tak perasan. Sengaja nak mengusik. Lagi di lebarkan senyuman dia tu dekat pintu keluar. Konon- konon terbayang yang jururawat tadi masih ada di situ.
Makin berasap telinga hanni bila tengok arash tersengih- sengih macam kerang busuk tu. Di sebabkan dah tak boleh sabar, maka hinggaplah kepitan ketam maut di lengan arash.
"Arghhh....sayang! Sakitlahh! Ampun..ampun tak buat lagi!" Jerit arash. Terangkat badan dia menahan kesakitan.
"Ouhh..tau sakit?...lain kali tak payah sengih- sengih macam tu, terus PINANG je nurse tadi tu!" Ujar hanni. Sakit hati jiwa raga dia tengok arash tadi. Puas hati dia.
"Takk sayangg...takde perempuan lain dalam hati abang selain sayang, percayalah....pliss lepaslah sakitt" rayu arash.
"Betul ni?"
"Iya..betul!"
"Tak tipu?"
"Tak tipu!"
Cubitan tadi dilepaskan. Arash terus mengusap- usap lengan dia. Habis merah dan agak bengkak sikit. Redha jelah dapat bini jari ketam.
Hanni pulak rasa bersalah. Walaupun hati puas, tapi kesian pulak tengok laki dia terkinja- kinja tahan sakit tadi. Terus lengan arash ditarik ke ribanya.
Arash terpanar. Bekas cubitan tadi di usap perlahan oleh hanni. Usapan tu rasa lembut je. Sakit kena cubit tadi macam beransur pulih pulak. Tiba- tiba hanni cium bekas cubitan tu.
Fuhh! Macam magic. Terus hilang rasa sakit tadi tuh.
"Sorry abang..."
Hanni tersengih minta simpati. Alahai! Comel pulak bini aku buat muka macam ni.
"Suka- suka je. Dia dah buat kita, pastu say sorry senang- senang macam tu je." Rungut arash. Acah- acah merajuk.
"Alahh...hanni kan dah minta maaf. Janji lepas ni tak buat lagi." Hanni angkat lima jari dengan muka tak bersalah.
"Tak nak maafkan, kecuali...."
"Kecuali apa?" Hanni kerut dahi.
Arash menunjukkan pipi kirinya pada hanni. Hanni tercengang. Tak malu nya...
"Okeyy....tutup mata dulu." Arah hanni. Arash segera tutup mata.
"Okey dah. Cepat lah sayang!"
Hanni mula tersenyum nakal. Lima jarinya dirapatkan jadi bentuk burung. Lalu hujung jari- jarinya di lekatkan ke pipi arash.
"Cupp..cupp..cupp...muahh..muahh..muahh."
Terus terbuka mata arash. Buat muka tak puas hati. "Heii..mana aci. Abang nak kiss bukan yang ni!"
"Hahaha..sama je lah ni. Kan kiss jugak" hanni terus ulang perbuatan yang sama. Berdekah dekah dia ketawa.
Muka arash terus cemberut. Lain yang di harapkan. Lain yang dapat!
___________________
Kereta irfan berhenti di depan pintu utama hospital.
"Awak betul ke nak saya turun kan awak dekat sini?" Soal irfan. Tak yakin pula nak turun kan hanna di situ.
"Betul lahh, apa yang tak betulnya? Lagipun saya nak tengok hanni dekat atas." Terang hanna.
"Ouhh..kalau macam tu saya ikut sekali lah." Tak sempat hanna nak menghalang irfan terus memandu ke tempat parking.
Selesai je parking kereta, mereka berdua terus menapak ke dalam hospital dan menuju ke wad hanni.
Pintu wad hanni di kuak hanna dari luar.
Arash dan hanni berpaling bila dengar bunyi pintu di buka.
"Hanni.." panngil hanna.
Dari pintu dia boleh nampak arash sedang mengemas semua barang- barang hanni. Hanni pula tidak lagi menyarung baju hospital.
"Ehh...dah kemas- kemas? Kau dah boleh discharge ke?" soal hanna.
"Dah...lepas kemas semua ni, boleh lah discharge. Hurghh! Aku dah bosan duduk sini. Aku nak balik." ujar hanni buat muka bosan.
Hanna terkekeh ketawa lihat muka hanni.
"Asalamualaikum" Ucap irfan yang baru tiba.
"Ehh...irfan! Lama tak jumpa kau." ujar arash. Mereka saling bersalaman style mereka sendiri.
"Tulah, sebab tu aku datang sini bila dapat tahu hanni masuk wad. Saja nak jenguk dia." bohong irfan.
Semua ni permintaan hanna. Hanna tidak mahu hanni dan arash tahu yang mereka datang bersama. Nanti pasti cerita tentang dirinya hampir di culik pasti terbongkar.
"Yekee? Atau...korang berdua datang sekali?" hanni mula mengusik.
Hanna terkedu. Riak wajah di kawal. Tak nak sampai kantoi.
"Ehh..mana ada datang sekali. Aku kan ada kereta, so datang sendiri jelah." bohong hanna pula.
"Mmm...yelah tu. Nak silent relationship konon." arash menambah perisa. Terkekeh- kekeh hanni ketawa lihat muka merah- merah hanna.
Irfan hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak mencelah di mana.
Hanna memandang irfan minta bantuan. Tapi hampa. Irfan cuma buat donno je.
"Hishh..sudah lah tu. Pebenda korang ni. Barang kau semua dah siap kemas ke? Meh sini aku tolong kemas sekali." hanna cuba berdalih. Dia terus ke katil dan buat- buat melipat baju-baju hanni. Tutup rahsia dan tutup malu sekali.
Tambah berdekah hanni ketawa kan hanna. Arash juga turut serta ketawakan adik iparnya itu.
Irfan pula sembunyi senyum. Terjentik pula hatinya lihat hanna terkulat- kulat menahan malu macam tu. Comel.
Selesai sahaja mengemas barang dan menyelesaikan bil hospital. Hanna membantu memapah hanni ke tempat arash parking kereta. Arash dan irfan pula jadi tukang angkut semua barang hanni.
Semua barang di letakkan di dalam bonet kereta. Hanni duduk di sebelah tempat pemandu.
"Hanni aku tumpang kau dengan arash balik rumah boleh?" pinta hanna.
Berkerut dahi hanni dengar permintaan hanna.
"Boleh, tapi..mana kereta kau?" soal hanni.
"Kereta...kereta aku rosak dekat mall tadi. Haa....so aku datang sini naik grab." bohong hanna gagap. Berharap sangat pembohongan dia tak terbongkar.
Hanni masih lagi curiga. Dia kenal hanna macam mana, tak mungkin kereta boleh tiba- tiba rosak dekat mall.
"Serius ni? Asal aku rasa susah nak percaya erk? Hanna aku kenal kau bukan sehari dua. Kau mungkin boleh tipu orang lain, tapi bukan aku. Kalau betul lah apa yang kau cakap ni, kenapa kau berpeluh?" Hanni cuba serkap jarang.
Berpeluh? Hanna meraba muka dia. Yess!! Dia berpeluh. Hanna mengeluh lemah. Betul kata hanni, dia mungkin boleh tipu orang lain. Tapi bukan hanni.
"Okeyy, Aku mengaku! Aku datang sini dengan irfan. Kereta aku tak rosak pon. Sebenarnya tadi dekat mall aku hampir kena culik. Tapi mujur ada irfan. Dia yang selamat kan aku." nak tak nak hanna terpaksa menceritakan perkara sebenar.
Hanni dan arash ternganga
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan lia korng 😭 lia skrng memang super duper bz 👉👈 lia akn tetap update. Tpi lmbt erkk. Soryy sesngat 😟
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro