Bab 7
" Aku terima nikahnya Sofea Hanni Binti Muhd Zabir dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai." dengan sekali lafaz Hanni sudah menjadi isteri kepada Arash.
Air matanya tidak dapat ditahan lagi akhirnya ia gugur disitu juga. Bacaan doa dibaca oleh tok kadi yang menikah kan mereka. Pandangan Arash jatuh pada raut wajah Hanni. Pandangan mata mereka beradu seketika.
Puan Zalmah menyiku lembut lengan Hanni ia membuatkan Hanni tersedar dari khayalan. "Hanni senyum sikit. Jangan menangis lagi." Kata Puan Zalmah sambil menyapu air mata anaknya.
Dari jauh kelihatan Arash mula bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah menuju kearah Hanni. "Senyum sikit mengantin lelaki dah datang nak sarungkan cincin tu." Hanni menguntumkan senyuman di bibirnya saat semua mata terarah padanya.
Arash melutut didepan Hanni lalu dia mencapai sekotak cincin yang dihulurkan oleh sepupunya Ammar.
Majlis nikah mereka hanya dihadiri oleh saudara mara yang terdekat sahaja. Hanni menghulurkan tangan kirinya pada Arash. Lalu Arash menyarungkan cincin emas putih yang bertahtakan belian. Kemudian Hanni melakukan perkara yang sama pada Arash.
Hanni mencium tangan Arash kemudian Arash mencium dahi Hanni *alah yang macam orng² lepas nikah buat tu*
🌼🌼🌼🌼
Jam sudah berganjak jam 10 malam. Saudara Arash masih lagi berbual dengan orang tua Hanni dan Arash.
"Okey lahh Zalmah,Zabir,Razak, Munirah kami balik dulu lah dah malam sangat dah ni.. Kamu semua pun mesti penat kan?" Kata ayah Ammar iaitu Tuan Jamal.
"Takdelah...kami pun seronok jugak dapat berbual lama macam ni. Rasanya dah lama sangat kita tak berkumpul ramai² macam ni" ujar Tuan Razak.
Keluarga Tuan Jamal hanya memberikan senyuman. Setelah bersalam mereka terus berangkat pulang kerumah mereka sendiri.
"Alhamdulillah..lega rasanya bang majlis kita hari ni berjalan dengan lancar." kata Puan Zaah dengan penuh kesyukuran.
"Alhamdulillah." ucap yang lain serentak.
"Arash dan Hanni mana? Tak nampak pulak budak² tu dari tadi?" soal Puan Munirah.
"Entahlah... kat dalam bilik gamaknya.." duga Puan Zalmah.
"Ouhh..biarlah mereka tu penat agaknya." ujar Puan Munirah.
🌼🌼🌼🌼
Ini merupakan malam pertama Hanni berkongsi bilik dengan seorang lelaki.
Dalam usia yang muda dia telah menggalas satu tanggungjawab yang agak besar baginya.
Hanni duduk di birai katil. Cincin nikah yang tersarung cantik pada jarinya ditatap lama.
'Tak sangka aku dah jadi isteri orang. Kahwin dengan kawan baik sendiri pulak tu. Macam mana lah kalau member² aku tau yang aku dah kahwin mesti kecoh kan?'
Gumam Hanni dalam hati. Dalam tak sedar dia tersenyum sendiri. Tiba² pintu bilik air terbuka dari dalam. Tergamam Hanni bila terpandang Arash yang hanya bertuala dari paras pinggang sahaja.
"Argghh!!" Hanni terjerit.
Tangan nya laju mencapai bantal yang berada di kepala katil lalu menutup muka. Arash kaget bila mendengar jeritan Hanni yang macam nampak hantu tu.
Yelahh sapa yang tak terkejut bila keluar je dari bilik air dengar orang menjerit macam pontianak.
"Shhh!! kau ni dah kenapa terjerit-jerit? Macam pontianak tau tak? Kang kalau mama papa dengar nanti macam mana? Tak pasal² aku pulak yang kena!" dengus Arash.
"Yang kau keluar bilik air bertuala macam ni pahal? Tak reti nak pakai baju dalam bilik air ke??" balas Hanni dengan nada yang tinggi. Tapi mukanya masih ditekup dengan bantal.
'Hek elehh..minah ni itu pon nak kecoh' gumam Arash dalam hati.
Arash memandang Hanni dalam keadaan tertiarap menutup muka itu sambil tersenyum senget.
'Haa...aku ada idea'
Arash merapat kan badannya dengan Hanni dalam kata lain baring sebelah Hanni.
"Sayangg..." panggil Arash meleret.
Suara Arash kedengaran rapat pada telinganya. Hanni membuka pandangan perlahan-lahan. Terjerit dia sekali lagi tapi kali ni kaki dia memberikan kerjasama, secara drastik dia menendang Arash.
Bukkk...
Arash jatuh dari katil macam nangka busuk. Nasib baik tuala yang melilit pinggangnya tidak tertanggal.
'Hahahaa...padan muka kau, kacau aku lagi' Bisik hati Hanni ketawa kepuasan.
"Hanni,Arash ape bende yang jatuh tu?" soal Puan Zalmah dari luar pintu yang kebetulan lalu di depan bilik mereka.
"Takde pape ma.. Ni haa..ade nangka busuk jatuh katil." ujar Hanni.
Puan Zalmah yang mendengar hanya menggelengkan kepala dengan perangai anak dan menantu nya.
Hanni ketawa lepas bila suara mamanya sudah tidak kedengaran. Arash memandang Hanni dengan pandangan yang tajam.
"Oii..sakit tau tak belakang aku ni!! Yang kau main tendang² ni pahal? Kalau nak menendang pergi main bola lah sana." gerutu Arash.
"Haa...tulah kau nak kenakan aku kann, last² diri sendiri yang terkena." bicara Hanni dalam tawa yang masih tersisa.
"Dah lah gelak, bising tau tak!?" marah Arash bila mendengar Hanni masih tertawakannya. Hanni menutup mulut dengan telapak tangan tapi ketawa nya masih tidak dapat dihentikan .
'Siap kau Hannii!!!!' Arash menjerit didalam hati.
__________________
Hai korangg.. 😀 sorry lah author baru dpat muncul kan diri sekarng. Sebelum ni rasa macam segan pulak nak menegur. 😂😂 sekarang baru ade keberanian sikit.
Author orang baru dalam bende² ni semua, harap korang semua suka dengan novel fisrt yang author buat ni .
Jangan lupa vote dan comment ye bila abis baca😊😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro