Bab 69
Seperti yang dijanjikan, petang itu hanna menunggu aishah di cafe tempat yang mereka janjikan.
Jam tangan di kerling. Ada 10 minit lagi sebelum pukul lima. Sudah jadi kebiasaan dia apabila berjanji dengan orang, pasti dia akan datang 15 atau 10 minit awal dari waktu yang di janjikan.
"Hai! Laurah! Awalnya awak sampai." tegur aishah dan terus duduk di kerusi dihadapan hanna.
Hanna tersenyum.
"Takdelah awal sangat. Saya memang dah terbiasa macam ni. On time tu penting." ujar hanna sambil mengetuk- ngetuk jam tangannya dan tersenyum.
Aishah mencebik dalam diam. Meluat dia dengar semua tu. Acah bagus pulak.
"Ha'ah, betul lah tu. Kalau nak berjaya kenalah berdisplin kan?" ujar aishah dengan senyum penuh kepura- puraan.
"Betul tu" kata hanna dengan segaris senyuman. "Ehh, order lah dulu." ujarnya pada aishah lalu memanggil pelayan cafe tersebut.
__________________
Hanni duduk di atas katil sambil bermain- main dengan jarinya. Dia teragak- agak untuk bertanyakan sesuatu pada arash.
Matanya melirik pada suaminya itu yang sedang khusyuk dengan assigment dan komputer riba di sofa sebelah katilnya.
"Hmmm...abang~" panggilnya meleret.
"Ye sayang." jawab arash dan memandang hanni sekilas lalu kembali pada skrin komputer ribanya.
"Hanni nak...nak minta sesuatu boleh?" Cara hanni bercakap membuatkan tumpuan arash teralih pada isterinya. Segala kerjanya di letakkan ketepi dahulu. Lalu dia bangkit dan duduk di sebelah hanni, pinggang isterinya di rangkul.
Dia tahu, hanni kini berada dalam mood manja. Jadi setiap apa yang diingini harus di tunaikan. Pn Sri Zalmah pernah mengingatinya, bahawa melayan ibu mengandung ni kenalah banyak bersabar. Apatah lagi dengan keadaan hanni yang memerlukan 100% perhatian daripadanya.
"Nak mintak apa, sayang? Nanti abang pergi belikan." Ujarnya lembut di sebelah telinga hanni.
"Hanni bukan nak minta barang. Tapi...." Hanni teragak- agak untuk menyuarakan niat hatinya. Tapi dia dah tak sanggup nak tanggung rindu dan rasa bersalahnya pada seseorang.
"Tapi...?" Arash setia menanti ayat yang akan keluar dari mulut isterinya.
"Tapi, hanni sebenarnya nak...nak jumpa mum..mummy. Bolehkan, abang?" Hanni memandang suaminya dengan wajah simpati.
Arash terkedu, dia terdiam seketika. Mencerna permintaan yang keluar dari mulut isterinya.
Hanni perasan dengan riaksi suaminya yang seakan tidak setuju. Diamnya arash membuat kan dia rasa gelisah, serba- salah kerana menyusahkan suaminya sekali lagi. Padahal dulu dia sendiri yang minta arash bawa dia lari dari keluarga angkatnya itu. Tapi sekarang ni dia minta nak jumpa semula pula. Dia mengeluh kecil.
"Abang, tak apalah. Hanni tak nak paksa abang untuk tunaikan permintaan hanni yang mengarut macam ni. Mana mungkin hanni akan dapat berjumpa balik dengan mummy dan keluarga dekat sana. Sedangkan hanni dah ada keluarga sebenar hanni dekat sini. Kalau jumpa pun, mesti daddy dengan abang asyraff takkan benarkan hanni balik dekat abang. Jadi abang lupakan sahaja lah permintaan bodoh hanni tu." Ujar hanni dengan senyuman hambar.
Arash pula yang berasa serba salah. Tak seharusnya dia memisahkan hanni daripada keluarga angkatnya itu. Tak adil apabila dia pisahkan hanni dari keluarga yang telah menyelamatkannya daripada maut dan keluarga itu jugalah yang telah menjaga adik kembarnya, hanna dari bayi hinggalah sekarang.
Wajah hanni yang direndung kesedihan itu ditatap lama. Wajah yang hampir hilang dari hidupnya. Wajah itu juga yang menjadi keutamaan dalam hidupnya.
"Sayang....abang tak cakap apa- apa lagi, sayang dah buat kesimpulan sendiri." Ayat yang meluncur dari bibir arash membuatkan hanni terkesima. Dia mengangkat wajah memandang suaminya.
"Abang tak ada masalah kalau hanni nak jumpa dengan mummy dan keluarga dekat sana. Abang rasa dah sampai masanya untuk kita jernihkan semua kekacauan yang ada diantara dua keluarga ni. Keluarga sayang dan keluarga angkat sayang.
Abang kalau boleh tak nak ada apa- apa dendam dalam keluarga kita ni, dan abang harap semua dapat berbaik- baik. Lagi pun..." Arash terus mengusap- usap perut isterinya yang masih kempis. "Abi tak nak anak abi ni terkena tempias dalam masalah keluarga kita." Ujar arash lembut, betul- betul di telinga hanni.
Sekali lagi hanni terkesima, terkedu, terkaku, tersentak dan segala jenis 'ter' apabila dia mendengar dan melihat perbuatan arash.
"Ab...abang cakap apa tadi? An...anak abi? Maksud abang, hanni..." Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya. Tubuhnya rasa menggigil, lidahnya pula rasa tak mampu hendak berbicara. Dia memandang arash dengan wajah tak percaya.
"Ye sayang, sayang sekarang ni pregnant anak kita." Balas arash dengan senyuman yang lebar.
Hanni terus menutup mulutnya yang ternganga dengan kedua belah tangan. Air matanya sudah bergenang lalu terus mengalir ke pipi. Air mata bahagia.
"Abangg..!!" Dia memeluk suaminya dengan erat sekali. Serasa dunianya kini di penuhi dengan warna- warna yang ceria.
"Thanks sayang, terima kasih sebab sudi mengandung zuriat abang." Katanya dengan penuh mendayu di telinga hanni. Ubun- ubun isterinya di cium.
_______________
Di taman mini banglo milik Dato' Syukor, Datin seri dayang duduk menghadap kolam ikan koi sambil memberi makan ikan- ikan tersebut.
Walau begitu, wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Sudah seminggu batuk menjadi peneman siang dan malam. Asyraff juga pernah menggesanya agar berjumpa doktor malah suaminya juga memberikan nasihat yang sama. Tetapi dia enggan, dan memberi alasan kesembuhannya tidak mungkin akan menjamin kepulangan layrah.
Walaupun laurah ada bersama mereka, namun dia masih ingin memiliki layrah. Dia cukup terkilan dengan tindakan layrah yang tekad melarikan diri bersama arash, atau lebih tepat suami kepada Sofea Hanni.
Selama kehilangan hanni, mereka sekeluarga sudah tahu tentang status hanni yang sebenar dan laurah juga atau nama sebenarnya Sofea Hanna, berkomplot membantu hanni untuk melarikan diri dari hospital, yang lebih mengecewakan lagi, hanna sanggup menyembunyikan keberadaan hanni dan berpura- pura tidak tahu apa- apa tentang semua ni.
Mana keluarganya tahu tentang ni? Semuanya berkat usaha asyraff yang sanggup mengupah penyiasat persendirian untuk mencari keberadaan hanni yang sebenar, yang paling mengejutkan mereka ialah pasangan kembar itu kini mula rapat dengan keluarga kandung mereka.
Dan akhirnya mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk berdiam diri. Salah mereka juga kerana mendesak hanni untuk menyambung pelajaran ke London, negara yang begitu jauh dari malaysia dan mereka juga menyembunyikan perkara yang sebenar daripada hanni dan hanna.
"Uhukk! Uhukkk!"
Batuk menyerang lagi. Kali ini batuk itu agak kuat sehingga dadanya terasa begitu sesak. Tercungap- cungan datin seri dayang mengambil nafas.
Asyraff baru sahaja ingin keluar dan menuju ke arah keretanya berpaling sebaik sahaja terdengar bunyi batukkan mummynya itu.
Niat hendak keluar di tangguhkan dahulu. Kakinya laju menuju kearah kolam ikan tersebut.
""Uhukk! Uhukk! Uhukkk!"
Batuk datin seri dayang masih lagi bersambung sehingga arash tiba dan menepuk lembut belakang badannya.
"Bik Surti!! Cepat bawak air masak kesini..!!" Jerit asyraff kearah dalam rumah.
Batuk mummynya masih lagi belum reda. Tepukkan yang lembut tadi di selang selikan dengan usapan di belakang badan mummynya.
"Bibik!! Cepatlah sikit!!!" Jeritnya lagi seperti menengking.
Selepas itu, muncul bik surti yang yang tergopoh- gopoh berlari dengan segelas air masak di tangan.
"Ini air dia, encik"
Asyraff mengambil huluran air dari bik surti.
"Mummy, duduk tepi ni. Minum air dulu." Asyraff memapah mummynya duduk di bangku yang berada di gazebo berdekatan kolam ikan itu.
Kemudian air itu di suakan kemulut mummynya. Datin seri dayang meneguk air itu agak rakus hingga meleleh di tepi bibir.
"Mummy, dah banyak kali asyraff ajak mummy pegi jumpa doktor. Tapi mummy selalu sangat bagi alasan. Kali ni mummy tak boleh bantah lagi. Mummy kena ikut asyraff jumpa doktor roslan." Asyraff mula berleter. Tak sanggup lagi untuk melihat mummynya terbatuk- batuk seperti itu lagi. Sudah kerap datin seri dayang di serang batuk kuat, kali ini dia harus berkeras.
"Mummy tak nak asyraff, please faham mummy boleh tak!?
Kalau mummy sembuh pun family kita takkan jadi macam dulu lagi. Layrah dengan laurah pasti akan lebih memilih keluarga kandung mereka berbanding mummy ni. Walaupun laurah still lagi tinggal dengan kita, tapi mummy yakin dia lebih selesa duduk dengan keluarga dia berbanding dengan kita!" balas datin seri dayang membentak.
Asyraff manarik nafas panjang, dia mengeluh. "Okey fine! Kalau mummy tak nak pergi jumpa doktor, biar asyraff sendiri yang bawa doktor jumpa mummy." arash sudah agak hilang sabar.
"Mummy kata tak nak, tak nak lah!! Kamu ni dah kenapa!? Nak jadi anak derhaka ke? Ha!?" giliran datin seri dayang pula berangin. Dia terus bangkit dan masuk kedalam rumah, meninggalkan asyraff.
Dia terkedu. Bukan niat dia nak jadi anak derhaka, tetapi dia terlalu tertekan dengan sikap mummynya yang keras kepala. Sekali lagi dia mengeluh.
Kepalanya mula ligat memikirkan sesuatu.
"Tak ada cara lain lagi dah. Aku kena berdepan dengan diorang." tekad asyraff.
_______________
Setelah puas bercerita ini itu, mereka berdua ambil keputusan untuk berpisah. Sedar tak sedar jam sudah hampir menunjukkan ke angka 7 malam. Mereka sama- sama menuju ke arah basement parking shopping complex itu yang terletak di tingkat bawah.
Keadaan yang agak gelap malap di situ membuatkan hanna menelan liur. Entah kenapa dia merasa tak sedap hati. Bulu romanya mula meremang.
"Laurah awak okey tak?" Soal aishah bila terperasan riaksi hanna.
"Ss..saya okey, takde pape." Jawabnya dengan senyuman senget. Kenapalah tiba- tiba aku rasa macam ni? Tadi masa nak parking takde pon rasa seram sejuk ni. Monolog hatinya.
Aishah tersenyum senget. "Okey lah kalau macam tu. Saya balik dulu ya? Bye laurah!" Aishah terus meninggalkan hanna yang terpinga- pinga.
Pemergian aishah hanya di hantar dengan pandangan mata sahaja. Hilang sahaja kelibat aishah, hanna memandang sekeliling. Nafas ditarik dan di hembus panjang.
"Tak ada apa- apa ni, perasaan kau jelah hanna!" Dia bercakap sendiri untuk menyedapkan hati.
Dengan langkah teragak- agak dia menuju ke arah keretanya. Ketika dia hendak melintas tiba- tiba ada sebuah van putih berhenti betul- betul di hadapannya.
Hanna terkejut. Langkahnya seakan kaku.
Dua orang lelaki berbadan sasa dan bertopeng hitam keluar dari perut van dan mengheret hanna masuk kedalam van tersebut.
"Lepaskan akulahhh! Tolong!!!"
Hanna menjerit minta dilepaskan. Namun lelaki itu langsung tidak mengendahkan jeritan hanna.
"Diam!! Masuk je boleh tak?!" Balas salah sorang dari lelaki itu.
Kiri kanan lengan hanna di tarik kasar. Hanna meronta hendak melarikan diri, tetapi apakan daya seorang gadis seperti dia mahu melawan dua orang lelaki sasa seperti itu.
"Abang polis! Tolongg!!" Jerit hanna tiba- tiba.
Dua lelaki tadi terkejut. Serta merta cengkaman pada lengan hanna mula longgar. Hanna mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Dia merentap kedua lengannya lalu menendang penis salah seorang dari lelaki penculik itu.
"Arghhhhh!!" Penculik itu tertunduk menahan senak, yang lagi sorang mula rasa di tipu.
"Sial!! Jay bangun! Kita kena dapatkan juga perempuan tu!" Lelaki bernama jay itu memaksa dirinya untuk berlari menyusuli rakannya yang sedang mengejar hanni.
"Jib! Follow belakang!" Sempat dia berpesan pada pemandu van yang menunggu tadi.
"Erghhh! Cilaka kau perempuan!!"
Hanna berusaha melarikan diri. Kakinya terus berlari dan melangkah tanpa hala tuju. Dia menoleh kebelakang, mereka semakin hampir.
Aku kena cari tempat sembunyi! Desisnya. Dia ternampak sebuah kereta alpard hitam, lalu dia terus bersembunyi di belakang kereta itu.
Keadaan yang gelap dan malap itu, banyak membantu dia bersembunyi.
"Mana perempuan tu!?" soal jay yang baru tiba.
"Aku tak tahu, tiba- tiba je dia hilang." Jawab rakannya.
"Dia mesti ada dekat- dekat sini cepat cari!" Arah jan. Lalu mereka terus beredar mencari hanna.
Hanna menggigil ketakutan di belakang kereta. Dia menjenguk sedikit kepalanya ingin memastikan yang mereka benar- benar sudah pergi.
Dia menarik nafas lega pabila benar- benar yakin yang mereka sudah tak ada. Perlahan- lahan hanni melangkah keluar dari tempat persembunyian.
"Aku kena cepat lari dari sini sebelum diorng jumpa aku!" tukasnya sendiri.
Namun secara tiba- tiba tubuhnya direntap dari belakang.
"Arghhhhhhh!!"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Stay tuned....
Jgn lupa vote bnyak2 tau 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro