Bab 68
Ringtone handphone hanna berbunyi. Dia sedaya upaya mencari handphonenya yang jauh terpelusuk di dalam tas tangan.
"Allahh! Mana pula handphone ni." Rungutnya
Jumpa!! Dia terus meleret skrin ke arah butang hijau.
"Hello, asalamualaikum." Ujarnya sopan.
"Wa'alaikumusalam. Ini nombor laurah ke?" Soal si pemanggil.
"Ya, ya saya laurah. Siapa ni?" laurah terus keluar dari bilik wad hanni. Dia tidak ingin mengganggu tidur hanni.
"Laurah saya ni, aishah. Awak ingat tak?" soal aishah.
"Ouhh, aishah. Mestilah saya ingat. Saya fikirkan awak dah tak nak kawan dengan saya. Yelah, awak tak call saya pun lepas kita jumpa tempoh hari." ujar hanna seperti berjauh hati.
"Ehh...mana ada, saya nak kawan dengan awak lah. Sebenarnya saya ikut papa saya pergi johor hari tu. Melawat tapak projek. Sambil- sambil tu, papa suruh saya belajar sebelum saya masuk syarikat papa." tipu aishah. Padahal selama ni dia sibuk mengendap hanni dan arash.
"Ouhhh, yeke. Tak sangka papa awak ada syarikat sendiri, awak tak pernah cerita pon?" kata hanna.
"Saya bukan tak nak cerita, bagi saya harta tu semua bukan saya punya. Saya akan lebih rasa bangga kalau semua tu usaha saya sendiri. But the way, bila kita boleh jumpa lagi? Rindulah nak keluar dengan awak." ujar aishah pusing cerita.
"Ermmm, sekarang ni tak sesuai lah. Kakak kembar saya masuk wad,"
"Haahh! Layrah masuk wad? Teruk ke? Sebab apa?" soal aishah buat- buat prihatin.
"Ehh, takde lah teruk sangat. Dia kena gastrik biasa je." tipu hanna. Tak nak aishah tahu perkara sebenar. Padahal aishah sudah tahu segala- galanya.
Di hujung talian aishah tersenyum sinis. Gastrik konon, kita tengok sejauh mana kau boleh menipu. Desis hatinya.
"Ouh, kalau macam tu saya datang hospital lah. Melawat layrah."
"Ehh...takpe takpe takpe. Err layrah dah nak discharge dah. Tak payahlah awak nak susah- susah." cepat- cepat hanna melarang. Takut aishah betul- betul datang pulak.
"Ouhh..kalau macam tu takpelah. Tapi saya nak jumpa awak boleh? Kita coffee- coffee ke? Macam hari tu." Ajak aishah.
"Err... Boleh lah, bila kita nak jumpa?" Dia terpaksa akur. Takut aishah fikir yang dia sombong pulak.
"Petang ni boleh? Saya nak share dekat awak novel baru saya." ujar aishah pura- pura teruja.
"Boleh, kita jumpa pukul 5 ye. Dekat cafe hari tu."
"Okeyy, see you there." aishah terus menutup talian.
"Ehh minah ni, aku tak habis cakap lagi dah tutup." bebel hanna sendiri. Dia terus menutup handphonenya dan masuk semula kedalam wad hanni.
Aishah pula di rumah usang itu sudah tersenyum sinis.
"Korang dengarkan? Dia nak jumpa aku pukul lima nanti. Aku nak korang pastikan kerja korang ni berjalan dengan lancar. Jangan sampai gagal. Faham?" amaran aishah pada konco- konconya.
"Rileks bos, bos macam tak tau kerja kami macam mana." ujar salah sorang konconya dengan senyuman sinis.
"Bagus, korang boleh blah sekarang." halau aishah.
Lalu tiga orang konconya terus keluar dari rumah usang itu.
"Hahaha...habislah riwayat korang nanti." ujar aishah sambil ketawa jahat.
___________
Hanna menyimpan kembali handphonenya ke dalam beg tanganya tadi.
"Hanna."
Kedengaran suara hanni memanggilnya.
"Hanni, kau dah bangun. Kau nak apa- apa tak?" soalnya.
"Air"
Pinta hanni dengan suara seraknya.
Hanna terus menyuakan straw air mineral pada bibir hanni.
"Dah? Tak nak lagi?" soal hanna.
Hanni menggeleng.
"Arash mana?"
"Arash balik rumah kejap. Aku yang suruh. Nanti dia sampai lah tu." ujar hanna lembut.
Hanni mengangguk mengerti.
Dia cuba mengingati perkara yang terakhir yang berlaku. Apa yang dia ingat, hanna bawa dia pulang ke rumah lalu arash memberikan dia ubat kemudian gelap. Dia dah tak ingat apa- apa.
Perkara tu semua membuatkan kepalanya seperti berpusing.
"Ap...apa yang jadi dekat aku semalam?" soal hanni.
"Kau lambat makan ubat. Then...kau pitam. Lepastu arash terus bawa kau pergi sini." jelas hanna.
"Hanna....lama lagi ke, arash nak sampai?" soal hanni lagi. Entah kenapa dia rasa terlalu rindukan arash pula. Dia rasa ingin di belai arash.
"Amboi..baru tinggal kejap dah rindu?"perli hanna dengan senyuman mengusik.
Hanni terkulat- kulat. Malu pula rasanya.
"Sabarlah sikit...nanti dia sampai lah tu." tukas hanna. "Kau tau tak...dia bersengkang mata jaga kau malam semalam...bagi lah dia rehat sekejap...at least, bila dia sampai ada juga tenaga dia nak manja- manjakan isteri dia yang brutal ni." makin galak hanna mengusik bila lihat hanni yang sudah malu- malu tu.
Bukan senang nak tengok dia malu- malu macam tu. Selalunya dia tayang muka tak tahu malu je..erk!
"K lahh, aku tunggu." hanni akur. Dia mengeluh kecil. Abangg, cepatlah datang!! Raungnya dalam hati.
"Hanni, aku nak pergi kantin kejap. Kau nak aku beli apa- apa tak? Aku tahu kau lapar, cepat kau nak makan apa?" soal hanna yang dah sedia dengan beg tanganya.
"Aku tak nak lahh. Aku nak tunggu arash." tolak hanni.
"Hanni, janganlah macam ni. Bukan kau sorang je tau yang nak makan. Kesian dia kebulur pulak nanti. Aku belikan kau sandwich tau, aku tahu...kau makan. Tunggu sekejap, nanti aku datang balik." ujar hanna dan berlalu dari situ.
Tinggallah hanni sendiri dengan bilik yang luas dan kosong tu. Yang ada cuma tv untuk mengisi kebosanan diri. Huhuhu...sedih hidup! Huhh!!
Tak lama kemudian ada orang datang dan menolak pintu wadnya dari luar. Terjengul wajah arash dengan dengan bekas makanan di tangan.
"Sayang, dah bangun?" soal arash dan duduk di kerusi sebelah katil hanni.
"Abangg!!"
Hanni terus memeluk arash erat.
Tersentak arash di buatnya. Tiba- tiba je. Siapa tak terkejut??
"Hei, kenapa ni?" soal arash cuba meleraikan pelukan. Wajah hanni di pandang
Hanni buat muka comel.
"Rin...du abang" ujar hanni meleret dan peluk arash semula.
"Haahh?" arash pelik. Memang perangai orang mengandung ni pelik- pelik macam ni ke? Tolong beri penjelasan!!
"O..okeyy, abang pun rindu kan hanni juga...tapi kenapa hanni pelik sangat ni?" soal arash lagi. Pelukan di leraikan.
Hanni menjongket bahu.
"Entah, tak tahu lahh. Hanni rasa macam nak peluk abang je. Kalau boleh tak nak lepas. Biar melekat sampai bila- bila." tukas hanni riang. Fuhh sungguh kuat penangan si arash ni!! Gilerr
Arash terkebil- kebil mendengarnya. Tak tahu nak bagi riaksi apa. Terpaksalah layan kan aje perangai isteri ter'cheta' ni.
"Dah..dah..dahh, sekarang ni...sayang makan. Abang ada bawa bubur. Ibu yang masak." ujar arash sambil tangannya lugat membuka penutup bekas itu.
"Ibu? Kenapa tak mama je?" soal hanni muncung.
"Sayang...mama pun admit juga. Ada dekat wad sebelah." jelas arash.
"Hahh!? Mama kena tahan wad! Kanapa?" soal hanni separuh menjerit.
"Tekanan darah ibu turun. Mungkin terkejut tengok keadaan sayang lemah semalam. Tapi nanti petang ibu dah boleh discharge." jelas arash lagi.
Tiba- tiba pintu di tolak dari luar.
"Hanni aku na....." ayatnya sangkut bila nampak arash di bilik wad itu.
"Opss, kacau erk? Sorry." hanna tersengih. Dia masuk dan letak sandwich yang dibelikan buat hanni tadi.
"Aku pergi tengok mama kejap erk? Korang sambung lah drama hindustan korang." ujar hanna tersenyum mengusik.
Hanni menjengil matanya.
"Pergilahh, shuhhh..shuhhh" halau hanni macam halau kucing.
"Huhhh! sampai hati kau. Tak nak kawan." hanna terus menapak keluar dengan buat- buat merajuk.
Hanni menjelir. "Takde sapa nak pujuk pun." tukas hanni bila bayang hanna dah hilang.
"Mendelah buat perangai macam budak- budak ni." bebel arash. "Dah lah makan ni" arash terus menyuakan satu sudu bubur ke mulut hanni.
Hanni menyambut elok suapan arash. Suapan demi suapan, akhirnya habis bubur satu bekas tu.
"Nak air" pinta hanni macam budak- budak.
Arash terus memberikan hanni air mineral tadi.
"Abang....hanni nak tengok mama." pinta hanni selepas meneguk air.
"Okey, tapi sayang kena makan ubat dulu." Arash terus menyuakan beberapa biji ubat pada hanni.
Tanpa banyak soal hanni menelan semua ubatnya. Namun dia pelik, kenapa ubat dia macam lain. Nantilah tanya, aku nak jumpa mama dulu. Desis hatinya.
"Dah, siap makan ubat. Jom....jumpa mama." Hanni menarik tangan arash yang sedang mengemas semua bekas makanan hanni tadi.
"Sabar sayang. Kenapa gelojoh sangat ni?" Soal arash.
"Hanni rindu mama...abang cepatlahh" rengek hanni tak ubah macam budak tadi minta lolipop.
"Ya...kejap, kemas ni dulu." Arash membuang sampah kedalam tong sampah kecil yang ada di sebelah katil hanni. "Okey, sekarang abang pegi pinjam kerusi roda kejap ye?" Baru sahaja dia nak melangkah hanni menahannya.
"Tak payah, hanni boleh jalan." Dengan pantas hanni mengambil kantung airnya dari tiang dan cuba bangun dari katil.
Tapi, baru saja berdiri dia rasa macam tak stabil. Badan dia terhuyung- hayang dan hendak jatuh.
"Ehh...hati- hati!!"
Jerit arash seraya menyambut tubuh hanni daripada menghempas lantai. Pelukan pada pinggang hanni di eratkan.
"Kan abang dah cakap...hanni kena pakai kerusi roda. Degil!" Arash mencuit hidung hanni lalu mendudukan isterinya di atas katil semula.
Hanni terpanar seketika. Kelibat arash yang keluar itu dihantar dengan pandangan mata. Dia tersenyum kecil. Sayang jugak arash dekat aku. Desis hatinya lalu tergelak sendiri.
________
"Mama, bangun dah. Mama nak apa- apa?" Soal hanna bila lihat mata pn sri zalmah sudah celik dari tidur.
Pn sri zalmah menggeleng.
Hanna menaikkan belakang katil mamanya agar lebih tinggi sedikit.
Pn sri zalmah membiarkan sahaja setiap perlaku hanna. Matanya langsung tidak berganjak dari hanna. Lalu dia mengerut dahi.
"Hanni dah sihat ke sayang? Mama tengok hanni macam takde pape je?" Soalannya membuatkan tangan hanna berhenti bekerja.
"Mama, ni hanna. Bukan hanni." ujar hanna lembut sambil meraih tangan mamanya.
Pn sri zalmah terkedu. Dia macam tak percaya yang ada depannya sekarang ini adalah hanna, bukan hanni.
"Ha...hanna?"
Panggilnya dengan mata yang berkaca.
"Ye mama." sahut hanna dengan mata yang mula berkaca juga.
Pn sri zalmah mengelus lembut pipi hanna.
"B..betul ke ni hanna? Betul ke ni anak mama yang hilang dulu?" soalnya dengan suara terketar.
"Mama, ini hanna anak mama. Sofea Hanna." Ujar hanna lalu gugur air matanya setitis.
"Hanna! Anak mama!" Pn sri zalmah terus memeluk erat tubuh hanna.
"Allah huakhbar! Ya Allah besar sungguh kuasa mu,Ya Allah. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah pulangkan kembali anakku." Ucapnya dengan penuh rasa syukur. Sekali- sekali di cium pipi hanna lama.
Rindu yang dipendam selama puluhan tahun itu akhirnya terbalas juga. Betapa gembira hatinya kini hanya tuhan sahaja yang tahu.
Kehilangan anak bukan sesuatu perkara yang kecil bagi seorang ibu. Setiap hari dia berdoa agar dikembalikan puterinya yang satu itu. Akhirnya tuhan memakbulkan juga doanya selama ini. Allahu!
Tiba- tiba pintu wad pn sri zalmah di tolak dari luar. Terjengul wajah arash yang sedang menolak kerusi roda hanni di belakang.
"Mama..."
Panggil hanni. Terkesima dia seketika bila melihat mama dan adik kembarnya berpelukkan begitu.
"Hanni, meh sini sayang...." Panggilnya sambil mendepa tangan ingin memeluk hanni sekali.
Hanni pantas ingin berdiri memeluk mamanya. Namun kakinya masih lagi belum dapat berdiri dengan baik. Terhuyung- hayang dia berjalan. Nasib ada arash yang membantu.
Arash terus memaut bahu hanni sampailah ke katil mamanya.
Pn Sri Zalmah memeluk kedua puterinya dengan erat sekali. Inilah impian yang dia simpan selama ini. Impian untuk memeluk kedua puterinya.
Setelah pelukan di lerai kan. Pn sri zalmah menatap wajah kedua puterinya itu. Sama! Dua- dua wajah dihadapannya serupa.
Dahulu dia kehilangan hanna ketika hanna masih bayi. Selepas itu, dia kehilangan hanni pula dalam kemalangan 5tahun yang lepas.
Namun kini, siapa sangka? Tuhan telah mengembalikan hanni semula. Bukan hanni sahaja, tetapi hanna sekali.
Takdir tuhan siapa sahaja yang tahu, ternyata kemalangan yang berlaku dahulu membawa banyak hikmah buat keluarga mereka.
Kehilangan hanni telah membawa pulang hanna ke dalam keluarga itu semula. Kini, keluarganya terasa lengkap dengan kepulangan sepasang kembar itu. Perancangan tuhan begitu sempurna. Allahu..
"Hanna, hanni. Mama rindukan kamu berdua." dahi hanni dan hanna di cium lama. Air mata mengalir.
Mereka berdua memejam mata merasai kehangatan ciuman dari mama.
"Mama, kenapa nak nagis? Hanni dengan hanna kan dah ade depan mama sekarang ni. Janganlah nangis." Ujar hanni sambil menyeka air mata mamanya.
Hanna juga buat perkara yang sama. Dia menyeka di pipi sebelah kiri, manakala hanni di sebelah kanan.
"Mama tak nangis sayang. Mama happy" ujarnya sambil tersenyum menahan sebak. Sungguh dia bersyukur sangat- sangat.
Arash yang jadi pemerhati sudah tersenyum bahagia. Ini lah saat yang dia nanti kan. Saat di mana dia dapat melihat keluarga itu bersatu semula, saat mama dapat tersenyum bahagia.
"Ehemm" Semua mata tertoleh pada arash.
"Sekarang ni, babak air mata dah habis okey. Korang berdua tu jangan nak menepek dengan mama je. Mama pun nak rehat juga." Perli arash. Cemburu sebenarnya.
"Elehh, abang jeles sebenarnya kan? Kan, kan, kan?" Ujar hanni sengaja nak perli arash.
"Ehh..mana ada abang jeles." Jawab arash tak nak kalah.
Tepat pada masa, ibunya sampai.
"Assalamualaikum." Ucap pn sri munirah.
"Abang pun boleh polok- polok macam tu." Terus tubuh ibunya dipeluk erat.
Hanni mencebik. Hanna dan mamanya sudah ketawa. Macam budak- budak laki bini ni!!
Pn sri munirah terpempan seketika.
"Apa ni, peluk- peluk ibu pulak rimas lah." Terus tubuh arash di tolak perlahan. Pelukan arash terlerai.
Arash buat muka. Apakah?!
Pn sri munirah selamba dengan muka tak bersalah mendekati katil sahabatnya.
Hanni sudah terbahak- bahak ketawakan arash. Menitis air mata di buatnya.
"Hahaha...padan muka." Hanni beri thumbs up pada arash.
Arash pula mencebik. Dia terus duduk di sofa sambil berpeluk tubuh dengan muka merajuk.
Terus tangan hanni di tepuk mamanya.
"Apa buat suami macam tu. Tengok tu, dah panjang muncung dia." tegur pn sri zalmah.
Hanna sudah gelakkan dia dari tadi.
Hanni terus tunjukkan penumbuk dia. Hanna buat muka. Dia menjelir lidah. Tak takut pun!
Hanni menghela nafas seketika dan berjalan perlahan ke arah arash lalu duduk di sebelah suaminya itu.
"Alololo...majuk pula dia ye." Ujar hanni acah nak memujuk. "Kalau ibu tak nak peluk abang meh sini hanni peluk."
"Ehemm!!"
Belum sempat dia nak peluk arash semua berdehem pada mereka berdua.
"Dekat sini ada orang tau, tunggulah time takde orang. Tak menyempat." sakat pn sri munirah.
Hanni tersengih lalu menunduk. Muka dia dah memerah.
Malu!!
____________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro