Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 67

Maafkan saya atas kelewatan ini *muka bersalah* 👉👈

Sebagai balasan, lia belanja ✌chapter sekali gus. 😁

Selamat membaca..... 📖

______________

"Sebenarnya isteri encik dalam keadaan lemah sekarang ni. Isteri encik juga mengalami sedikit tekanan." ujar doktor lelaki di hadapan mereka itu.

Arash dan keluarganya menarik nafas berat setelah mendengar berita itu.

"Err..kalau boleh, saya sarankan agar encik arash dan keluarga  jangan biarkan pn hanni dalam keadaan stress atau tertekan. Kerana ia akan membahayakan kesihatan pn hanni dan janin yang ada dalam kandungan pn hanni sekarang ni." terang doktor itu lagi.

"A..apa doktor? Kandungan? Janin? Maksudnya?" Soal arash blur.

Ibu dengan ayah dia dah tersenyum senang dah dekat belakang dia. Alahai, lambat betul lah arash ni.

"Ouhh, encik arash belum tahu lagi lah, yang pn hanni sedang mengandung." Doktor itu meraih tangan arash dan berjabat tangan sebelum tersenyum.

"Tahniah encik arash, awak akan jadi ayah tak lama lagi." Ujar doktor itu tenang.

Arash ternganga. Tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia menepuk pipinya sendiri. Takut- takut kalau semua ni hanya mimpi.

"Aduhh... Maknanya ni bukan mimpi." Dia usap pipi sendiri. Dah macam orang mereng.

"Dok..doktor tak main- main kan?" Soal arash inginkan kepastian.

"Saya tak main- main encik. Isteri encik mengandung dan usia kandungannya dah cecah satu bulan." ujar doktor itu meyakinkan arash.

Arash meraup wajahnya tanda syukur.

"Syukur alhamdulillah ya allah. Ibu, arash akan jadi ayah." arash peluk ibunya se erat yang mungkin.

Pn sri munirah mengusap belakang badan anaknya. Sungguh dia bersyukur sangat.

Tan sri razak menepuk bahu arash tanda ucapan tahniah. Arash meleraikan pelukan, lalu dia memeluk ayahnya pula.

"Tahniah arash. Ayah ikut gembira dengan semua ni. Sebab, sekejap lagi ayah jadi atok." Kata  tan sri razak sebelum mereka menghamburkan ketawa.

"Doktor, boleh kami masuk tengok hanni?" Ujar Pn sri munirah.

"Boleh pn sri. Pn hanni akan di pindahkan ke wad biasa. Jadi buat masa ni pn sri dan tan sri tunggu sebentar sementara menunggu proses pemindahan pn hanni." Terang doktor itu.

"Encik arash, saya ada perkara yang hendak di bincangkan. Mari kita ke bilik saya." Sambung doktor itu lagi.

"Ayah ibu, tunggu sekejap ye. Nanti arash datang balik." Pamit arash.

Mereka berdua terus berlalu dari situ.

"Perkara apa yang doktor hendak bincangkan dengan saya?" Soal arash setelah mereka sampai di bilik doktor lelaki itu.

"Begini, hasil dari pemeriksaan saya pn hanni mungkin berisiko kalau dia menyimpan kandungan ni. Sama ada terhadap bayi, atau terhadap ibu kepada bayi." Arash mengerut kening, tak mengerti.

"Maksud doktor?"

"Okey macam ni, untuk kes pn hanni agak berbeza dengan ibu- ibu mengandung yang lain. Dalam kondisi pn hanni yang mempunyai penyakit leukimia ini mungkin akan memberikan kesan terhadap bayi ataupun diri pn hanni sendiri jika tidak di jaga dengan baik. Tapi kesan ini akan lebih kepada bayi." Terang doktor itu.

"Kesan yang macam mana tu doktor?"

"Penyakit yang pn hanni hidapi akan menjadikan pn hanni mudah letih dan emosinya pun tak stabil. Apabila emosinya tak stabil dia akan lebih mudah merasa stress atau tertekan.

Sekiranya seseorang ibu mengandung ibu terlalu stress dan tertekan ia akan beri kesan yang buruk pada bayi. Sama ada keguguran atau bayi lahir pramatang." terang doktor itu lagi.

Arash terkedu. Tak sangka sampai begitu sekali kesannya.

"Jadi apa yang perlu saya buat untuk elakkan semua tu?" soal arash.

"Encik dan keluarga perlu memberikan perhatian yang lebih kepada puan hanni, pemakanannya juga perlu di jaga. Tak semua benda yang ibu mengandung boleh makan." arash terangguk- angguk mendengar keterangan doktor itu.

Tak kesah lah apa pun dia perlu lakukan. Bahkan nyawanya pun sanggup dia berikan jika itu yang mampu menjamin kesihatan hanni dan bakal anak mereka.

"Nanti saya akan berikan list pemakanan untuk puan hanni dan jadual oppoiment." kata doktor itu.

"Err..doktor. Saya nak tanya, ada kemungkinan tak yang anak kami akan mewarisi penyakit isteri saya tu?" soal arash.

"Kemungkinan tu ada, 50 - 50. Jadi encik dan keluarga kena bersiap sedia lah untuk sebarang kemungkinan tu." arash mengangguk mengerti.

"Rawatan kemoterapi isteri saya bagaimana? Adakah rawatan tu akan memberi kesan pada bayi."

Begitu banyak tanya arash ni rupanya,ya? Kesah apa dia, yang penting dia perlu tahu semua perkara yang berkaitan keselamatan isteri dan bakal anak mereka dari A-Z.

"Ketika trimester pertama, kemoterapi akan dielak kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan.

Namun, kemoterapi akan dilakukan ketika trimester kedua kerana ia selamat untuk pesakit hamil.

Hanya ubat kemoterapi tertentu sahaja yang akan diguna berdasarkan rawatan lalu yang berjaya dilakukan ke atas Puan Hanni.

Pada penghujung trimester ketiga, kemoterapi tidak akan di lakukan supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran." terang doktor dengan begitu teliti.

"Puan hanni akan saya pindahkan bawah jagaan doktor pakar bidanan dan sakit puan. Doktor itu lebih tahu baik buruk sesuatu perkara untuk puan hanni. Saya harap encik tak keberatan?" katanya lagi.

"Tak! Saya langsung tak keberatan. Kalau berkaitan kesihatan isteri dan anak saya, saya akan ikut sahaja apa yang doktor cakapkan. Tapi boleh saya buat permintaan?" soal arash tersengih kecil.

"Apa dia?"

"Kalau boleh doktor yang akan  rawat isteri saya tu nanti, doktor perempuan lah ya? Saya takut isteri saya tak selesa pula." ujar arash tanpa malu- malu.

Doktor di depannya tergelak kecil.

"Kalau itu encik jangan risau. Saya akan uruskan semua tu." kata doktor itu dengan segaris senyuman.

"Terima kasih banyak- banyak ye doktor. Sebab dah bantu saya." ujar arash dengan rasa syukur.

"Tak perlulah encik berterima kasih. Kerana itu semua memang tugas saya sebagai doktor." ujar doktor itu merendah diri.

"Baiklah, ada apa- apa lagi yang perlu saya tahu ke doktor?" soal arash.

"Setakat ini, itu sahajalah. Nanti kalau ada apa- apa saya akan beritahu encik arash." kata doktor.

"Baiklah. Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye. Sekali lagi, terima kasih ye doktor." ujar arash dan berjabat tangan dengan doktor tersebut.

"Sama- sama." balasnya dan menghantar pemergian akan dengan pandangan mata.

Keluar sahaja dari bilik doktor tadi, arash terus melangkah ke wad yang menempatkan isterinya.

Pintu di tolak dari luar.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumusalam." balas kedua ibu ayah arash serentak.

Kelihatan ibunya sedang duduk di kerusi sebelah katil. Ayahnya pula duduk di sofa yang memang telah di sediakan di ruangan wad itu.

Nampak sahaja kelibat arash, ibunya terus bangun dari kerusi itu dan berikan tempat duduk itu pada arash. Lalu dia duduk di sebelah suaminya.

"Ibu, ayah. Hanni macam mana?"
Soal arash sebelum duduk di kerusi ibunya tadi.

"Hanni okey dah. Nurse kata, dia hanya tidur kerana kesan ubat bius yang doktor bagi tadi." ujar ayahnya.

"Haa...arash. Apa kata doktor pada kamu?" soal ibunya pula.

"Err..yang tu, kita bincang dekat rumah lah bu. Dekat sini rasanya tak sesuailah." dalih arash.

"Kalau itu kata kamu, ibu ikutkan saja. Kamu lebih tahu tentang baik buruk untuk hanni." ujar ibunya lembut. Ayahnya juga mengangguk setuju.

"Ibu dengan ayah dah bagitahu papa dengan hanna tentang hanni dan mama?" soal arash lagi.

"Allah, ibu terlupa pula. Sekejap ya, ibu nak call rumah." ibunya terus mengeluarkan handphone dan mendail nombor rumah.

______________

"Iya!? Alhamdulillah. Baiklah ibu, nanti hanna bagitahu papa." ujar hanna senang.

"Okey, bu. Waalaikumusalam." hanna meletakkan ganggang telefon pada tempatnya semula.

"Macam mana hanna? Mama dengan hanni okey tak?" soal tan sri zabir tak sabar.

"Mama dengan hanni okey, tak ada apa- apa yang serius. Tapi kan papa, ada berita yang lagi serius yang papa kena tahu." ujar hanna teruja.

Tan sri zabir mengerut dahi. Pelik, kata serius tapi teruja teramat.

"Apa dia?"

"Papa akan jadi, atok! And I gonna be aunty!!" ujar hanna sambil menepuk- nepuk tangan dan terlompat- lompat teruja. Sungguh, dia happy sangat- sangat dengar berita ni.

Membulat mata tan sri zabir dengar berita itu. Macam tak percaya pula.

"Hanna nak cakap yang hanni..."

"Yess papa, hanni pregnent! Ya allah, tak sabarnya nak tengok baby tu. Kan pa kan!?" Soal hanna terlebih excited.

"Allahh, syukur alhamdulillah. Terima kasih ya allah atas anugerah yang terindah ini." Ucap tan sri zabir sambil menadah tangan lalu diraup ke wajah.

Tiada berita yang lebih gembira selain kegembiraan orang- orang yang di sayangi.

"Habis tu, mama macam mana?"soal tan sri zabir.

"Ibu kata, mama okey. Takde papa yang serius. Cuma tekanan darah mama turun. Esok atau lusa mama dah boleh keluar wad." Jelas hanna.

Tan sri zabir terangguk- angguk mendengarnya.

"Papa, kita pergi hospital nak?" Ajak hanna.

"Tak payah lah hanna, dah lewat sangat dah ni. Esok saja kita pergi melawat. Kalau datang sekarang pun bukannya boleh masuk. Waktu melawat dah lama habis." tolak tan sri zabir lembut.

"Hmmmm..okey lahh" hanna memuncung.

"Papa dah ngantok lah sayang. Kenyang sangat makan bubur yang hanna buat tadi." ujar tan sri zabir ciba mengubah topic.

"Jom lahh, hanna tolak papa masuk bilik." hanna terus menolak kerusi roda papanya ke arah bilik.

"Mana satu bilik papa ni?"

"Yang tu" tunjuk tan sri zabir.

Hanna terus menolak. Sampai sahaj dalam bilik hanna membantu papanya naik ke katil lalu dia menarik selimut sampai paras dada.

"Papa tidurlah. Hanna nak kemas dapur tadi sekejap." Ujar hanna lembut.

"Hanna."

"Ye papa."

"Nanti kalau nak tido, hanna naik bilik tetamu dekat atas. Hanna naik tangga, bilik tu ada dekat hujung sebelah kanan."  Ujar tan sri zabir lembut.

Hanna mengangguk dengan segaris senyuman.

"Thanks papa." Dia menyalam tangan papanya. Waktu itu juga dia dapat rasa satu perasaan yang sangat damai apabila papanya mengusap lembit kepalanya.

"Good night sayang,"

"Good night papa, assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Balas tan sri zabir sebelum kelibat hanna hilang dari biliknya.

__________________

Prangg!!

Segala benda yang ada di atas meja itu termasuklah botol minyak wangi, pasu bungan kecil  di baling pada gambar arash bersama hanni yang di lekatkan di dinding.

Habis bersepah lantai dengan kaca dan barang- barang yang di balingnya.

Tinggal satu sahaja lagi barang terakhir. Dia mengambil barang itu di baling sekuat hati dan menjerit melepas rasa.

"Arghhhh.... aku benci korang bodoh!! Aku meluat tengok korang bahagia!!" Bergema suaranya di dalam rumah usang yang sudah lama di tinggalkan itu.

Di situ lah tempat dia sering berjumpa konco- konconya. Di situ juga dia banyak menghabiskan masa memikir jalan untuk menyingkir kan hanni dan arash. Api dendamnya pada mereka berdua tidak pernah akan terpadam sampai bila- bila. Dia tidak akan dapat ketawa senang selagi arash dan hanni masih bernafas di atas muka bumi ini.

Aishah terus mengambil pisau dan menoreh- noreh gambar itu sekuat hatinya sehingga gambar itu hancur menjadi kepingan yang kecil.

"Aku akan pastikan korang berdua mati!! Dan aku akan pastikan anak kau takkan pernah dapat lihat dunia yang indah ni." Ujar aishah sinis lalu dia ketawa. Ketawa jahat.

______________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro