Bab 66
Arash berjalan mundar mandir di pintu utama rumah. Lepas sahaja dapat berita tentang hanni dari hanna, dia terus memecut kereta pulang ke rumah. Hatinya jadi tak tenang bila hanna beritahu yang hanni lemah.
Segala ubat hanni telah di siapkan di atas meja sofa. Papa, mama, ibu dengan ayah juga sedang resah menunggu hanni. Pn sri zalmah duduk didalam pelukan suaminya, tan sri zabir.
Pn sri munirah dan suaminya hanya duduk dan menunggu dengan tenang. Namun dalam hati mereka tetap ada rasa risau.
Pin!! Pin!!
Bunyi hon kereta menarik perhatian arash. Nampak sahaja kereta hanna sudah terparkir di pagar rumah, arash terus menekan remot pagar. Sebaik sahaj pagar terbuka arash berlari ke arah kereta hanna.
Dari luar dia dapat lihat yan hanni sudah terbaring di tempat duduk belakang. Pintu kereta di buka, lalu dia mencempung hanni masuk kerumah.
"Laurah, awak bawak masuk kereta. Parking dekat dalam." Arah arash.
Hanna mengangguk dan menurut.
Arash terus membawa hanni masuk kedalam rumah. Apabila penghuni ruang tamu itu nampak arash mencempung hanni, mereka terus memberi ruang di sofa panjang buat hanni.
Arash membaringkan hanni di atas sofa dengan perlahan. Kemudian dia duduk melutut di lantai. Pipi hanni di tepuk perlahan.
"Hanni, hanni dengar abang tak?" Ujar arash perlahan.
Mata hanni bergerak- gerak. Perlahan- lahan matanya terbuka kecil.
"Aa..abang"
Hanni cuba bersuara. Namun suaranya kedengaran begitu lemah dan serak.
Hati arash bagai di siat- siat bila lihat keadaan isterinya lemah begitu. Hidung dan pipi hanni penuh dengan kesan darah.
"Sayang bangun, makan ubat." ujar arash terketar. Dia mengangkat kepala hanni biar sedikit tinggi. Senang nak telan ubat.
"Arash, ubat." hulur pn sri munirah pada arash.
Arash menyambut beberapa biji ubat yang di hulurkan ibunya tadi. Biji- biji ubat itu di hancurkan sehingga menjadi seperti serbuk dengan menggunakan sudu. Lalu di suapkan ke mulut isterinya.
Hanni menelan serbuk- serbuk ubat itu dengan payah sekali. Kerana bila biji- biji ubat tadi menjadi serbuk, ubat itu terasa begitu pahit di lidah.
"Arash, hanni macam mana?" satu suara mengalih perhatian semua kepada pemiliknya.
Terbuntang mata pn sri zalmah melihat gadis di hadapannya kini. Wajahnya begitu mirip dengan hanni, dia jadi tergamam.
Begitu juga dengan yang lain, mereka turut tergamam. Kecuali arash. Kerana dia memang dah kenal hanna.
"Aa..a..a...aa"
Tergagap- gagap tan sri zabir hendak bersuara.
"Hanni!!!"
Jeritan arash mengejutkan semua orang. Semua mata terarah pada arash dan hanni.
"Sayang jangan buat abang macam ni, buka mata. Sayang buka mata." Hati arash jadi tak tentu hara. Sebaik sahaja hanni terpandangkan wajah hanna tadi, dia seolah hendak bercakap sesuatu. Namun semua itu terbatal apabila dia tiba- tiba pitam.
Hanna yang terkejut dengan jeritan arash terus berlari ke arah kembarnya.
Arash menjadi begitu kalut. Pipi hanni di tepuk perlahan. Namun hanni tetap tak sedar kan diri.
"Sayang janganlah buat abang macam ni. Bangun hanni!" Arash merintih.
"Hanni, bangunlah. Kau janji nak tolong aku kan? Kau kata kau sayang aku. Kau jangan lah tinggal kan aku!" Hanna merintih di sebelah arash. Tangan hanni di genggam erat.
Pn sri zalmah pula lemah tiba- tiba. Dia rebah di dalam pelukan sahabatnya, pn sri munirah.
"Zal! Zalmah"
Suasana betul- betul jadi begitu kalut tika itu.
"Arash, cepat bangun. Bawa hanni pergi hospital. Sekarang!" Arah tan sri razak pada anaknya.
Tanpa buang masa arash terus mencempung hanni ke keretanya.
"Munirah, awak tolong saya angkat zalmah masuk dalam kereta saya. Kita bawa dia ke hospital juga. Cepat!" Pn sri munirah akur. Dia terus membantu suaminya mengangkat pn sri zalmah ke dalam kereta.
"Hanna, hanna tunggu dekat rumah ye? Teman papa. Nanti kalau ada apa- apa, ibu bagitahu hanna." Ujar pn sri munirah lembut.
Hanna mengangguk perlahan. Dua buah kereta mewah telah hilang dari laman rumah banglo ini. Kini hanya tinggal dia bersama papa yang tidak pernah di kenali selama ini.
Dia berpaling memandang lelaki yang sebaya dengan daddynya itu.
Hanna berjalan mendekati papanya. Lalu dia melutut di sebelah kerusi roda tempat papanya duduk.
"Errr... uncle na.."
Belum sempat dia menghabiskan ayat, tubuhnya terus di peluk erat oleh lelaki di hadapannya itu.
"Maafkan papa hanna, papa cuai masa jaga hanna dengan mama dulu, kalau lah dulu papa dapat kejar penculik tu. Mesti hanna membesar depan mata papa dengan mama. Kalau papa tak cuai dulu, mesti semua ni takkan berlaku. Papa minta maaf,sayang. Maafkan papa, papa tak sengaja." Rintihan tan sri zabir kedengaran terlalu dekat dengan telinga hanna.
Dia jadi pilu. Lidah jadi kelu seribu bahasa. Mulut terasa kaku untuk bergerak. Segala ucapan yang di sampaikan oleh papa buatnya, betul- betul sampai ke dalam pelusuk hatinya.
Dia ingin bercakap sesuatu tapi kenapa suaranya seakan tersangkut di kerongkong. Dia menggigit bibir. Air matanya sudah basah membasahi pipi.
Tan sri zabir meleraikan pelukan. Wajah anaknya yang sedang menunduk itu di pandang sedalam yang mungKin. Dia gembira dapat bertemu kembali dengan anak yang sudah belasan tahum hilang. Namun dia pilu, kerana anak itu tidak dapat menerimanya lagi.
"Papa tak salahkan hanna kalau hanna nak marah papa. Papa sedar semua tu salah papa. Tapi satu je hanna. Jangan benci mama, selama ni mama hidup dalam kehilangan. Papa tahu mama terseksa.
Walau hari- hari dia mengukir senyuman, tapi jiwa mama kosong. Hanna nak tahu tak? Masa hanna hilang dulu, mama terkena penyakit meroyan. Dekat setahun mama abaikan hanni. Dan dalam tempoh setahun tu jugalah hanni terabai.
Papa sedih sangat waktu tu, bila tengok keadaan hanni yang kerap menangis, dengan mama pula hari- hari sebut nama hanna. Papa jadi buntu, papa sampai tak tahu nak buat apa. Tapi papa bersyukur. Sebab waktu tu, ada ayah razak yang tolong papa."
Hanna mengangkat pandang. Dahi nya berkerut.
"Ayah razak?"
Tan sri zabir mengangguk dengan senyuman yang nipis.
"Ayah arash. Papa dengan ibu ayah arash tu, berkawan dari kami zaman universiti lagi. Kami berempat rapat sangat. Ayah dan ibu arash lah yang banyak tolong papa dengan mama dulu. Papa tak tahu apa yang akan jadi kalau mereka tak ada." ujar tan sri zabir sambil tersenyum nipis. Teringat kisah pahitnya dahulu.
Hanna menunduk sahaja dari tadi. Namun telinganya mendengar butir bicara papanya.
Air mata yang membasahi pipi di seka. Dia mengangkat pandang melihat wajah tenang milik papanya itu. Dia dapat lihat keperitan kisah lalu papa buka kembali apabila mengingati itu. Semua. Dia kagum dengan papa, kerana papa dapat melalui masa- masa sulit dahulu dengan tenang. Hinggakan papa dapat bercerita tentang kisah itu dengan tenang. Tidak semua orang dapat membuka pekung keperitan lama dengan setenang itu. Dia yakin yang papanya adalah lelaki yang begitu hebat, sehinggakan papa dapat menyembuhkan mama dan membesarkan hanni.
Hanna mencapai perlahan tangan papanya. Tangan itu di genggam erat dengan kehangatan miliknya.
"Hanna tak pernah benci mama dengan papa. Tak terlintas pun dekat kepala ni untuk tak anggap papa dengan mama adalah papa mama kandung hanna. Walaupun hanna tak membesar depan mata papa dan mama, tapi papa percayalah. Kasih sayang hanna pada mama dan papa tetap ada, sama besarnya pada daddy dan mummy. Walaupun mereka bukan mummy dan daddy kandung hanna, tapi hanna tetap akan anggap mereka mummy dan daddy hanna. Boleh kan papa?" air mata yang ditahan oleh tan sri zabir dari tadi tumpah juga.
Dia betul- betul tak sangka hanna seorang yang berfikiran terbuka begini. Hanna betul- betul seorang gadis yang matang. Dia amat bersyukur hanna di besarkan dalam keluarga yang baik.
"Boleh sayang, boleh sangat- sangat." tubuh hanna di peluk sekali lagi. Pelukkan kali ini pelukan yang sungguh erat, pelukkan yang berat dengan kasih sayang. Dahi hanna di cium lama. Terluah segala rindu yang di pendam selama belasan tahun ini.
"Papa bersyukur sangat, hanna membesar dengan baik dan sihat. Sihat tubuh badan, sihat akal fikiran, yang penting hati hanna bersih dari perkara negatif." ujar tan sri zabir tersenyum lebar sambil mengusap kepala hanna.
"Hanna lagi bersyukur sebab ada papa yang berjiwa besar macam papa hanna ni" hanna melentokkan kepalanya atas riba papanya.
Tangan tan sri zabir mengusap lembut kepala anaknya. Tiba- tiba hanna teringatkan hanni. Terus kepalanya di angkat menghadap papanya.
"Papa, kita pergi hospital nak? Hanna risaukan hanni lah." ujar hanna sambil menggenggam tangan papanya.
"Tadi kan ibu dah pesan, suruh kita tunggu dekat rumah." ujar papanya lembut.
"Tapi hanna tak boleh tenanglah, papa." memek wajah hanna penuh dengan kerisauan.
"Insya'allah, hanni takde pape. Walaupun kita takde dekat sana, tapi kita boleh berdoa dari sini. Dari pada hanna fikir yang bukan- bukan, kan lagi baik hanna doa kan yang baik- baik sahaja untuk hanni." hanna menunduk, segala nasihat di serap ke dalam fikiran dan hati.
"Okey papa." kata hanna tersenyum nipis.
Papanya juga turut tersenyum.
"Okeyy, kalau macam tu. Kita nak buat apa sekarang?" soal hanna pada papanya.
"Ermmm." tan sri zabir mengecilkan mata memandang siling, seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Hanna pandai masak kan?" hanna mengagguk.
"Kalau macam tu hanna masakkan sesuatu untuk papa boleh? Lapar pulak malam- malam ni." hanna tergelak kecil mendengar ucapan papanya yang seakan kanak- kanak itu. Tan sri zabir turut tergelak sama.
"Elehh, kacang je ni." hanna petik jari. Poyo pulak minah ni. 😂 "papa nak makan ape? Papa sebut je, semua hanna boleh sediakan. Tapi, bergantung dengan apa yang ada dekat dapur tu jelah." Hanna tersengih. Menunjukkan barisan giginya yang tersusun elok itu.
Tergelak besar tan sri zabir di buatnya. Ternyata anaknya yang seorang ni pandai mengambil hati.
"Papa nak bubur jelah. Papa bukannya boleh makan sembarangan . Nanti penyakit pula datang." Ujar tan sri zabir.
"Okey bos" hanna menabik dahi. "Perintah akan segera di laksanakan." Ujarnya sambil tersengih lagi.
Meletus lagi tawa papanya.
"Sekarang ni papa duduk sini dulu tengok tv. Hanna nak pergi dapur nak masak untuk papa, okey?" Hanna terus memusingkan kerusi roda papanya menghadap tv.
"Ehh..ehh..ehh, siapa cakap papa nak tengok tv? Papa nak ikut hanna pergi dapur. Nak tengok anak dara papa ni masak untuk papa."
"Alah, papa ni. Bukan nya hanna nak letak bende yang bukan- bukan dekat bubur papa tu nanti. Papa tak payah risau lah." Hanna meyakinkan papanya.
"Kalau papa duduk sini, awak boleh cari ke dekat mana mama simpan barang dapur. Gula, garam, beras semua tu?"
"A'ah kan? Betul juga tu. Pandai lah papa ni." Tan sri zabir tersenyum poyo.
"Tengok orang lah"
"Cehh..dah tua pun nak poyo- poyo lagi papa ni. Orang tua selalunya pergi poco- poco. Bukan poyo- poyo. Ada paham!" Hanna memaling muka dan terus menolak kerusa roda papanya ke arah dapur.
Sekali lagi tan sri zabir tergelak besar. Kali ini bergema suara ketawanya di dalam banglo itu.
Tan sri zabir begitu senang dengan perangai hanna. Tak jauh beza dengan hanni, tapi hanni agak kasar sikit. Hanna pula jauh lebih lembut dari hanni.
______________
Keadaan di luar bilik kecemasan tika itu agak tegang. Tan sri razak dan isterinya duduk tenang di bangku hospital. Arash pula sejak tadi asyik mundar mandir je. Macam cacing kepanasan.
Rasa risaunya pada hanni amatlah tinggi. Mana taknya, baru tiga minggu lepas hanni lari dari wad, hari kena admit balik.
"Ya allah, janganlah jadi apa- apa pada isteriku. Kau selamatkan lah dia, ya allah. Hanya pada mu aku bermohon." Doa arash dalam hati.
Bila penat mundar- mandir macam sterika, dia dudukmenunduk di sebelah papanya. Wajah di raup kasar.
"Sabar lah arash, doa yang baik- baik sahaja lah untuk hanni. Insya'allah dia takde apa- apa." Tan sri zabir cuba menenangkan arash.
Arash mengeluh lemah. Dia bersandar pada kerusi dan mendangok ke siling. Mata di tutup rapat cuba menenangkan hati.
Pn sri zalmah telah di pindahkan ke wad biasa. Tiada apa yang serius padanya. Hanya tekanan darahnya rendah semula. Ia, sejak kemalangan lima tahun lepas. Pn sri zalmah terkena penyakit tekanan darah rendah.
Bunyi pintu bilik kecemasan terkuak dari dalam. Seorang doktor lelaki dengan seragam putihnya keluar dan berhadapan dengan ahli keluarga pesakit.
Arash yang menyedari itu terusa berlari ke arah doktor.
"Doktor macam mana isteri saya?" Soalnya cemas.
Pn sri zalmah berdiri di belakang arash bersama suaminya.
Doktor tadi mengeluh berat dan menggeleng kecil.
"Sebenarnya isteri encik......."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JENG! JENG! JENG!!!
siapa cakap lia jahat angkat tangan 🙋🙋♂️.
Hahahahaha😂😂
Okeyy, kita tunggu penghabisan dia ye. Sabar k, guys. Tinggal beberapa chapter je lagi sebum tamatnya BCTM.
Opss, abaikan typo's 😅
Stay tune. 😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro