Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 65


Bab ni sbenarnya lia nk publishkan skali dgn bab 66, tapi bila ada yg dh mula tnye bila lia nk update, lia jdi kesian plak. Jadi, selamat membaca ye semua. 😉

______________




Keadaan di taman tasik tika itu agak sunyi, tiada aktiviti malam kerana keesokkan harinya hari isnin, orang akan bekerja.

Hanni menunggu kehadiran hanna di sebuah pondok yang agak gelap bersendirian. Dia keluar senyap- senyap tanpa pengetahuan ibubapanya dan suaminya sendiri. Ketika dia keluar arash sudah tidur kerana keletihan akibat muntah- muntah, ibubapanya dan mertuanya berbual di r

Jam di tangan di tilik. Jarum jam menunjukkan sudah hampir pukul 8 malam.

"Mana dia ni?" Hanni mula resah. Takut kalau- kalau kembarnya itu ada masalah dalam perjalanan.

Nombor hanna cuba di hubungi.
Berdering, namun tidak di angkat.  Dia mencuba sekali lagi. Tetap sama.

Kali ketiga dia mencuba panggilannya berdering. Namun deringan itu seperti dekat dengannya. Dia cukup kenal fengan bunyi ringtone handphone hanna.

Dia memandang sekeliling. Manalah tshu hanna dah ade dekat- dekat situ.

Dia toleh kiri kosong, kanan juga kosong. Lalu dia berpaling.

"Bahhhh!!"

Pangg!!

"Arghhhh..!! Layrah, sakitlah" jerit hanna sambil memegang pipi kirinya yang terasa pijar.

Hanni terkejut sambil menerkup mulut.

"Weyhhh....!! Soryy aku tak sengaja." kelang-kabut dia mendapatkan hanna yang sudah tertunduk. Rasa bersalah menyerang diri.

"Sakit tak?"

Hanna buat muka toya, boleh tanya pula sakit ke tidak.

"Sakitlah mak cik!" dia ternaik suara.

"Alahh..soryy lah. Salah kau juga, siapa suruh main cak- cak. Kan dah kena. Kau tahu tak, aku takut tadi tu?!" hanni pula yang tarik muka.

Hanna yang masih terasa pijar pipinya cuba memujuk. Dia mengaku, dia juga salah sebab mengejut hanni begitu tadi. Dia terlupa keadaan mereka sekarang.

Keadaan yang mereka harus lebih berhati- hati. Takut- takut kalau ada yang mengintip dan mengekori. Mereka takut daddy atau abang mereka yang mengupah pengintip. Dan rahsia kedudukan hanni terbongkar.

"Okey- okeyy, aku pula minta maaf erk?" tubuh hanni di peluk erat. "Aku rindu kau sangat- sangat." ujar hanna dalam pelukan.

Hanni tersenyum kecil. "Aku pun rindukan kau, rindu sangat- sangat." hanni membalas pelukan hanna.

Setelah pelukan terlerai, mereka duduk di pondok tempat hanni menunggu hanna tadi.

"Laurah, ak...aku ada satu rahsia yang aku nak bagitau kau." ujar hanni teragak- agak.

"Rahsia? Ada apa- apa lagi ke, yang aku tak tahu?" soal hanna. Mata terarah pada hanni.

Hanni mengenggam tangan hanna erat. "Ya, ada lagi satu rahsia yang kau perlu tahu. Mungkin perkara ni akan mengubah hidup kau dan hidup kita semua." kata hanni dalam suara terketar.

Hanna membalas genggaman tabgan hanni. "Okey, sekarang aku dah ready dengan apa yang engkau akan cerita dekat aku. Biarlah apa pun yang akan jadi, yang penting aku tetap ada kau." ujar hanna dengan segaris senyuman. Senyuman yang mampu menguatkan orang lain. Namun dia sendiri tak tahu, yang dia kuat untuk dengar apa yang bakal di katakan hanni nanti.

Hanni menarik nafas dalam- dalam sebelum menceritakan tentang hubungan mereka yang sebenar- benarnya dan kisah bagaimana mereka terpisah dahulu.

"Sebenarnya............"

__________

Didalam bilik arash masih lagi lena tidur. Akibat kepenatan memuntahi segala isi perutnya dia tertidur bersama sakit kepala yang menyerang. Sebelum tidur tadi hanni telah memberinya ubat dan membantu memicitkan kepalanya.

Tika itu arash terjaga dari tidurnya kerana tahap kedingin pengahawa dingin agak rendah. Dia kesejukkan.

Apabila mata di celik, dia memandang ke sisi nya. Hanni tak ada. Dahinya berkerut. Dia terpisat- pisat sambil mata di kelipkan berkali- kali agar pengelihatan jelas.

Dia memandang sekali lagi, benar hanni tiada di sebelahnya. Kemana isterinya itu pergi.

Dia cuba mengangkat badan dan bersandar pada kepala katil.

"Sayang...."

Tiada sahutan yang membalas laungannya.

"Sayang... Sayang dalam bilik air ke?" tiada juga balasan. Dia mula berfikir yang bukan- bukan.

Dia gagahkan dirinya bangkit dari katil dan menuju ke arah bilik air. Kepala yang berdenyut di tidak di endahkan.

Dinding bilik menjadi bahan sokongannya untuk berdiri.

"Sayang...."

Tombol pintu bilik air cuba di pulas. Tak berkunci!. Pintu dikuak dari luar.

"Hanni...."

Ternyata hanni tiada di dalam. Hatinya bertambah risau.

"Kemana pula dia ni?" monolognya sendiri.

Akhirnya dia melangkah keluar dari bilik. Ingin mencari isterinya di dapur. Mana tahu dia ada di sana.

Anak tangga di turuni perlahan- lahan. Panahan di sebelah kanannya di genggam erat. Takut- takut dia salah langkah dan terjatuh.

Dari jauh dia dapat lihat keadaan dapur yang gelap. "Haihh? Takkan lah dia duduk dalam gelap?" tiba sahaja di dapur dia memetik suis lampu. Beberapa saat sahaja dapur itu sudah terang.

Hanni tiada juga di situ. Hatinya makin di pagut risau. "Ya allah, sayang....mana sayang pergi ni?"

Dia cuba menjenguk kereta hanni. Mana tahu kalau- kalau dia keluar belikan ubat untuk dirinya. Bukannya dia tidak tahu perangai  isterinya itu. Degil, dia sudah bilang pada hanni tidak perlu keluar belikannya ubat atau sebagainya. Kerana dia tahu sakitnnya ini hanya sekejap.

Tempat letak kereta di jenguk melalui tingkap. Kereta hanni tiada.

"Sah! Ni mesti dia keluar juga pergi cari ubat. Haihh degil betul lah dia ni, bini siapa agaknya lahh?" bebel arash sendiri.

Sakit kepalanya seakan hilang apabila terfikirkan keselamatan isteri tercinta itu.

Lalu dia langsung kembali kebiliknya. Handphone di capai. Nombor hanni di dail.

Namun panggilannya terus masuk voice mail.

"Kenapa tak dapat pula ni?"

Dia cuba lagi. Tapi hasilnya tetap sama. "Ya allah sayang...jangan lah buat abang macam ni." dia cuba sekali lagi. Tetap sama. Masuk voice mail juga.

Fikiran arash buntu seketika. Apa yang patut dia lakukan sekarang. Dia betul- betul risau kan hanni.

"Mama!"

Kakinya terus melangkah kebilik mertuanya. Pintu bilik mertuanya di ketuk berkali- kali.
Ibu mertuanya di sahut berkali- kali.

Beberapa minit kemudian, barulah pintu terbuka dari dalam.

"Ye arash, ada apa ni? Kenapa arash nampak risau?" soal Pn. Sri zalmah.

"Mama, hanni ada nampak hanni tak?" soalan di balas soalan oleh arash.

"Hanni? Bukan dia ada dalam bilik kamu berdua ke? Sebab tadi dia yang masuk bilik dulu. Dia cakap dia nak teman kamu." terang pn sri zalmah. Tiba- tiba dia pula yang rasa tak sedap hati.

"Arash, hanni ada atau tidak dekat dalam bilik?" soalnya mula cemas.

Arash menggeleng. "Kereta hanni pun takda dekat luar." ujar arash perlahan.

"Allahh!...mana hanni pergi ni sayang. Janganlah tinggalkan mama lagi." pn sri zalmah memegang dada. Dadanya terasa sesak tika itu.

"Arash, kenapa ni? Zal, kenapa sampai macam ni sekali ni?" soal pn sri munirah. Dia terjaga dari tidurnya gara- gara terdengar bunyi bising dari bawah.

"Anak aku muni, ya allah." pn sri zalmah sudah mula teresak.

"Anak kau? Arash, kenapa dengan menantu ibu?" soal pn sri munirah dengan suara agak tegang.

Arash menggeleng. "Arash tak tahu ibu, arash bangun tidur tadi dia takde dalam bilik. Lepastu arash cari dia sekeliling rumah, tak jumpa juga. Akhirnya bila arash jenguk dekat luar kereta satria hanni dah takde. Arash cuba call hanni, tapi masuk voice mail." terang arash jelas.

"Arash, cuba call laurah. Tanya dia kalau- kalau hanni ada dengan dia." arah pn sri munirah. Lalu dia mendapatkan sahabatnya yang sudah tersandar lemah di dinding pintu bilik.

Arash mengangguk dan beredar dari situ.

Pn sri munirah membawa sahabatnya itu ke ruang tamu dan duduk di sofa.

Arash berdiri di gigi kolam renang, dia cuba mendail nombor handphone hanna.

Tapi panggilannya tidak berjawab. Dia cuba berkali- kali sehingga dia tidak dapat menunggu lagi. Dia betul- betul risau kan isterinya tika itu.

Bermacam- macam perkara buruk terbayang di kepala yang mungkin terjadi kepada hanni.

Akhirnya  dia membuat keputusan untuk keluar mencari hanni.

Dia masuk semula kedalam rumah. Kelihatan semua telah berkumpul di ruang tamu. Papa, mama, ayah dan ibu. Wajah mama sudah lecun dengan air mata, ibu pula duduk memeluk bahu mama di sebelah. Cuba untuk memejuk mama.

Papa pula kelihatan agak tenang berbanding mama. Ayah sudah berdiri dengan handphone di tangan. Cuba mendail anak buahnya untuk mencari hanni.

"Ibu, arash tak dapat call laurah. Arash kena keluar juga cari hanni!" arash terus berlari ke tingkat atas.

"Ehh..arash tunggu! Arashkan tak sihat sangat lagi. Ayah dah call anak buah ayah, suruh tolong carikan hanni." larang tan sri razak.

"Takpe ayah, arash tak boleh duduk diam selagi isteri arash tak ada depan mata arash." arash meneruskan langkahnya ke bilik.

Beberapa minit kemudian dia turun dengan berpakaian t-shirt dan seluar jeans. Kunci kereta yang tersangkut di dinding di gapai dan dia terus keluar dari rumah.

Enjin kereta di hidupkan dan dia terus memandu laju keluar dari halaman rumah.

_________________

"Jadi kita memang adik beradik?" soal hanna sebak.

Hanni mengangguk.

"Kita kembar yang dah lama terpisah?" soal hanna lagi.

Hanni hanya mampu mengangguk sahaja. Air kelopak matanya sudah lama bertakung.

"Jadi selama ni, aku hidup dengan keluarga angkat?" akhirnya tangisan hanna pecah juga.

Mendengar esakkan hanna, hanni juga tidak dapat menahan sebak.
Dia terus memeluk erat tubuh kembarnya itu. Bagi memberi sedikit semangat yang dia punya.

"Menangis lah hanna, kalau itu yang mampu buat kau tenang." Ujar hanni sambil menggosok belakang badan kembarnya.

Hanna turut membalas pelukan hanni. Dia memang lemah kini. Kenyataan yang baru sahaja yang di dengarinya telah membari satu impak yang telah merubah kehidupannya.

Dia tidak sangka yang selama ini dia hidup dengan penuh kebohongan. Perasaannya bercampur- baur. Antara marah, sedih, gembira dan terluka.

"Aku benci mummy dengan daddy! Kenapa diorang tak berterus terang tentang hal ni. Kenapa perlu berahsia." Esak hanna bersama tangisan.

"Kau tak boleh benci mummy dengan daddy. Walau apa sekali pun, mereka yang besarkan kau. Lengkapkan segala keperluan kau. Makan minum pakaian kau semua." Hanni cuba memujuk. Dia tak mahu hanna membenci keluarga angkatnya. Itu tidak patut sama sekali.

"Tapi kenapa perlu menipu. Perlu memperbodohkan aku selama 22  tahun ni." Hanna cuba menidakkan.

"Mungkin mereka tak sampai hati nak beritahu kau hal yang sebenar. Mungkin mereka takut kesihatan kau terjejas. Kau ada asma kan." Tangkas hanni lagi.

"Okey look, selama kau membesar dekat dalam keluarga tu, pernah tak kau rasa yang kau tu seperti anak angkat?" Soal hanni. Matanya tepat memandang wajah hanna.

Hanna menggeleng.

"Pernah tak mereka mempertikai kan status kau yang sebenarnya?"

Hanna menggeleng lagi.

"Pernah tak kau rasa yang mereka selalu membandingkan kau dengan abang asyraff?"

Hanna menggeleng lagi.

"See, itu maknanya mereka sayangkan kau. Mereka tak pernah anggap kau adalah anak angkat. Malah mereka bahagikan lasih sayang kau dengan abang asyraff sama rata. " hanna hanya diam membisu. Dia menunduk mendengar apa yang di kata kan hanni.

"Abang asyraff pulak, kau rapat dengan dia kan? Dan kau oernah cerita dekat aku, masa sekolah dulu kau selalu kena buli. Siapa yang tolong kau? Abang asyraff kan? Siapa yang lindungi kau? Abang asyraff juga kan?" Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daei mulut hanna. Dia masih lagi diam membisu. Dia cuba mencernakan semua omongan yang di lontar kan hanni.

"Kau tak boleh benci mereka hanna. Mereka sayangkan kau dan kau patut sayang mereka juga. Kau tak boleh hukum mereka atas kesalahn yang mereka buat hanya sebab mereka tak berterus terang tentang hal ni." Hanni menggenggam erat tangan hanna dengan kedua belah tangannya.

"Tak ada manusia yang sempurna hanna, semua manusia pasti melakukan kesilapan. Kau kena bagi peluang kedua untuk mereka, ya?" Kata- kata menusup masuk kedalam akal dan hati hanna.

Hanna mengangguk lemah lalu dia terus memeluk erat tubuh kembarnya itu.

"Aku sayangkan kau layrah. Sayang sangat- sangat." Ucap hanna dalam pelukan.

Ucapan keramat itu kedengaran dekat dengan telinga hanni.

"Aku pun sayangkan kau hanna." Balas hanni lembut. Namun dia merasa pelukan cuba di leraikan oleh hanna.

"Kenapa sejak tadi kau panggil aku hanna?" Soal hanna dengan kerutan di dahi. Air mata yang tersisa di seka dengan tangan.

"Sebab nama kau hanna, Sofea Hanna. Nama yang mama dengan papa bagi masa kita baru lahir dulu." Jelas hanni dengan segaris senyuman.

Hanna juga turut tersenyum. "Hanna? Dan kau hanni, kan?" Hanni mengangguk.

"Mula dari saat ni aku nak panggil kau hanni, dan kau kena panggil aku hanna. Nama yang telah melahirkan kasih papa dengan mama untuk kita." Hanni sebak dia mengangguk laju.

"Aku suka!" Hanni tersenyum lebar. Tiba- tiba pandangannya seolah kabur memandang wajah hanna tanpa dia sedar ada cairan merah mengalir keluar dari hidungnya.

Mata hanna dapat menangkap kehadiran cairan itu. Laju sahaja jarinya menyeka cairan itu.

"Hanni, hidung kau berdarah ni." ujar hanna cemas. Darah yang keluar dari hidung hanni seperti tidak mahu berhenti.

Mata hanni terkerdip- kerdip, cuba menjelaskan pandangannya. Tetapi pandangannya makin kabur.

"Hanni, ubat kau mana?" soal hanna cemas. Hanni menggeleng. Dia kelihatan makin lemah.

Hanna makin tak keruan. Dia mencapai bag silang yang sering di bawa hanni. Mana tahu ubatnya ada di dalam itu.

Hampa. Ternyata ubat itu tiada disitu. Hanna makin kalut. "Ya allah apa aku nak buat ni." hanni sudah tersandar lemah di kerusinya.

Tiba- tiba dia teringatkan arash. Dia meraba poket seluarnya untuk mencari handphone.

Dia melihat di lockscreen, ada 12 misscalled. Ternyata arash sudah menelefonnya dahulu sejak tadi.

"Patutlah tak dengar, silent mood rupanya. Hishh..bengong betul lah kau ni laurahh!" dia memarahi diri sendiri. Lalu jarinya laju membuat panggilan semula.

"Hello arash, saya nak awak sent location rumah awak sekarang!" ujar hanna tanpa memberi salam.

"Location rumah? Awak nak buat apa? And saya nak tanya, isteri saya ada dengan awak tak?" soal arash bertubi- tubi.

"Hanni ada dengan saya. Tapi sekarang ni yang penting awak sent location rumah yang awak dengan hanni, sekarang!" suara hanna naik seoktaf. Geram dengan soalan arash. Lain yang di suruh lain pula yang di tanya.

"Okey! Saya akan sent location tu. Tapi nak buat apa?" arash pula yang geram dengan hanna. Kita tanya elok- elok nak marah- marah kenapa.

Hanna baru tersedar yang dia tinggi suara pada arash. Dia mengeluh. "Arash, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sekarang ni hanni ada dengan saya, keadaan dia lemah sangat. Ubat dia pula takda. Jadi saya nak hantar dia balik rumah awak dan bagi dia ubat dengan segera. Dan saya nak awak send location rumah awak sekarang. Saya akan hantar hanni balik, awak tunggu saya sampai rumah awak, faham!" ujar hanna panjang lebar.

"Okey- okey. Saya send location sekarang. Awak please, bawa dia balik cepat." suara arash kedengaran cemas.

_________________

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Hai korng, soryy lia lmbt update. Lia pikir kan bila dh abis skola ni snang lah skit nk update sbb bnyak masa, rupanya makin xde mse adelah 😂 sbb lia kje. So, skrng lia buat slow update yer.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro