Bab 64
Hanna berjalan sendirian di dalam shopping mall. Niatnya ke sana hendak mencari novel baru. Selapas graduation bulan lalu dia masih belum bekerja. sementara dia sedang menunggu mana- mana lamaran kerja untuknya dia bileh menghabiskan waktu dengan membaca.
Kedai buku MPH jadi pilihan. Hanya itu sahaja satu- satunya kedai buku di situ.
Rak yang menempatkan susunan novel dituju. Satu persatu novel di belek dan dibaca sinopsisnya. Bermacam- macam tajuk yang ada. Tapi satu tajuk buku amat menarik minatnya. Buku itu diambil dan di belek. Sinopsis di kulit belakang buku di baca.
Ngam! Buku itu memang ngam dengan dia. Tiga buah novel sudah dipilih, hanya tinggal untuk dibayar sahaja.
Kaunter pembayaran di tuju. Namun secara tak sengaja
Bum!!
Dia terlanggar seseorang habis barangnya dan barang orang di berterabur di lantai.
"Maaf, maaf saya tak sengaja!" hanna menunduk mengutip semua novelnya tadi dan barang orang itu sekali.
"Ehh...takpe, saya pun salah juga sebab jalan tak tengok kiri kanan." orang itu turut mengutip barang yang sudah berterabur itu.
Selesai sahaja mereka berdua berdiri serentak.
"Sorry, saya betul- betul tak sengaja. Tak sabar sangat nak pergi bayar semua ni tadi." novel di tangan di tunjuk sambil tersengih.
"It's okey. Takpe, saya pun melilau juga tadi cari novel. Barjalan tak pandang kiri kanan, kan dah kena." dia tertawa kecil.
Hanna juga turut ketawa.
"But the way, nama saya laurah. Asyara Laurah." hanna memperkenalkan dirinya.
"Asyara Laurah!? Yang penyanyi baru tu ke? Seriusly! Tak sangka boleh terjumpa dengan awak! Omg! Beruntungnya saya." orang itu seakan teruja.
"Alahh..awak ni, saya baru lagi lah. Jangan lah sampai macam tu sangat." hanna tergelak tengok gelagat gadis di hadapannya itu.
"Okey- okey, sorry. Err....nama saya aishah. Lepas ni awak sibuk tak? Kalau tak, boleh kita pergi minum- minum." pelawa aishah.
"Ermm...takde lah sibuk sangat, bolehlah. Saya pergi bayar ni dulu, awak tunggu saya dekat luar okey?" ujar hanna.
"Okeyy!"
Hanna terus meluru ke arah kaunter.
Aishah pula keluar dari kedai buku itu dengan senyuman penuh makna.
'It's your turn laurah'
________________
"Mama!!!"
Hanni menjerit sambil kakinya laju menuruni tangga. Sampai sahaja dibawah dia terus ke meja makan.
Mamanya yang sedang menghidang makanan tengah hari di peluk dari belakang.
"Ya allah, budak ni! Terkejut mama tahu tak!?" Marah pn sri zalmah pada anaknya.
Hanni tersengih serupa kerang busuk.
"Yang kamu duk terjerit- jerit ni kenapa? Dah macam budak kecil dah berlari- lari. Awak tu dah elok jadi mak budak dah tau." Bebel pn sri zalmah.
Hanni memuncung.
"Apalah mama ni, mak budak apenya? Hanni baru 23 tahun. Muda lagi." Ujar hanni. Dia duduk di meja makan. Pinggan di capai lalu nasi di cedok ke pinggan.
Satu persatu jenis lauk di cedok ke nasi.
"Bertuah betul budak ni. Heii! Makan tu tunggu lah laki kamu turun dulu. Makan sekali dengan dia. Cedok nasi, lauk semuanya untuk dia. Ini tidak lepas diri sendiri jerr." Pn sri zalmah mula membebel lagi.
"Mama....abang suruh hanni turun dulu. Lepas tu dia pesan, dia suruh hanni makan dulu. Jadi,,, hanni pun makan lah dulu. Ngap!!"
Satu suapan nasi di suap kedalam mulut sambil tersengih- sengih.
Pn sri zalmah menggeleng dengan perangai anak parempuannya itu. Tak nampak matang langsung. Sama persis macam budak- budak.
Beberapa minit kemudian arash turun dari bilik dan menuju ke arah dapur.
"Wahh..mama masak apa ni? Macam sedap je.." Soal arash dan duduk di sebelah hanni.
"Bukan mama yang masak, tapi ibu arash yang masak." Terang pn sri zalmah.
"Ibu? Mana ibu mama? Tak nampak pun." Soal arash lagi sambil menghulur pinggan kepada hanni.
Hanni yang faham maksudnya terus mengambil pinggan itu dan menyedok nasi buat suaminya.
"Ibu naik ke bilik kejap. Nak mandi katanya." Terang pn sri zalmah lagi.
"Abang nak lauk ape?" Hanni mencelah.
"Takpe lauk biar abang ambil sendiri." Hanni menyerahkan semula pinggan yang di isi dengan nasi tadi.
Arash mencedok sedikit lauk yang terjamah di depan mata. Memang dia lapar sekrang ni. Tapi entahlah selera makannya seakan hilang tika ini.
Bagi menjaga perasaan mama dan ibunya yang penat memasak dia jamah juga sedikit makanan yang terhidang.
"Sikitnya abang makan? Tadi kata lapar?" Soal hanni. Nasi di pinggannya sudah licin dari dari. Tangan pun sudah di basuh.
"Memanglah. Tapi tiba- tiba abang rasa tak selera pula." Terang arash.
"Abang demam ke?" Belakang tapak tangan hanni terus mendarat atas dahi arash.
"Tak panas pun."
"Memanglah, abang tak demam pun. Tak selera makan jer." Arash menolak lembut tangan hanni kebawah dan di daratkan ke pehanya.
"Macam- macam lah kamu berdua ni. Dah lah mama nak masuk bilik sekejap. Tengok papa." pn sri zalmah terus menuju ke biliknya bersama suami.
Arash membasuh tangannya dahulu sebelum makan, lalu dia mula menyuap nasi kemulut.
Baru beberapa suapan dia mula rasa loya. Isi perutnya seperti hendak terkeluar.
Cepat- cepat dia berlari ke singki, ingin memuntahkan segala isi perutnya.
"Uwekkkk!!"
Hanni pula panik tengok arash macam tu. Dia juga turut berlari ke sinki.
Belakang badan arash di gosok dan di tepuk perlahan.
Banyak juga isi perut arash yang keluar dari mulutnya.
Apabila reda sedikit rasa loyanya arash bersandar pada dinding di sebelah sinki itu.
Cepat- cepat hanni mengambil air dan di berikan pada suaminya.
Arash meneguk air itu perlahan.
"Abang tak sihat ni. Jom lah kita pergi klinik. Nanti melarat pula." ajak hanni. Lengan arash di tarik duduk di tempat tadi.
"Abang tunggu sini kejap, hanni pergi tukar baju." belum sempat hanni melangkah arash sidah menahan.
"Takpe lah sayang, abang okey. Sayang bawa abang naik bilik je. Kepala abang rasa berdenyut sangat ni. Berat." ujar arash perlahan.
"Betul ni abang tak nak pergi klinik?" arash mengangguk.
"Okey lah, hanni bawa abang naik bilik." hanni memapah arash menuju kebilik mereka di tingkat atas.
Anak tangga di daki perlahan- lahan.
"Ehh...ni kenapa ni?" soal pn ri munirah yang ternampak anaknya di papah hanni ke bilik.
"Abang muntah- muntah tadi bu. Lepas tu dia sakit kepala." terang hanni.
"Masuk angin agaknya. Takpe lah pergi masuk bilik dulu. Nanti ibu bawakan ubat." hanni mengangguk lalu meneruskan pendakian mereka ke bilik.
Sampai sahaja di bilik tubuh arash di baringkan di atas katil. Selimut di naikkn paras dada.
"Abang duduk sini. Biar hanni masakkan bubur untuk abang. Perut abang kosong tu, pagi tadi abang tak makan kan? Sebab tu muntah- muntah." ujar hanni.
Arash hanya mampu mengangguk. Kepalanya yang sungguh memberat dan berdenyut membuatkan dia berat untuk bercakap.
Melihat anggukan itu, hanni terus keluar dari bilik dan ke dapur semula.
Dalam jalan di terserempak dengan ibu mertuanya.
"Nak kemana tu hanni?" Tanya pn sri munirah.
"Dapur ibu, nak buat bubur untuk baby besar tu." Terkekeh dia ketawa.
Pn sri munirah juga turut ketawa dengar jawapan menantunya itu.
"Ade sahaja kamu ni. Nah ambil ni, bawa naik atas. Ibu dah jerangkan bubur untuk 'baby besar' kamu tu. Nanti siap lah."
Huluran ibu mertuanya di sambut.
"Baik bos!" Hanni menabik pada pn sri munirah.
Pn sri munirah hanya mampu menggelelang melihat sikap hanni. Dari dulu hingga sekarang perangai budak- budak dia tu tak hilang- hilang.
_____________
Suasana di starbucks di mall itu tidak terlalu sesak. Waktu oetang sebegini orang ramai lebih berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah.
Aishah dan hanna seronok, rancak berbual tentang diri mereka masing- masing. Dari A-Z . Namun hanna tidak mendedahkan rahsia keluarganya tentang identiti hanni yang sebenar. Orang ramai masih beranggapan yang hanna dan hanni adalah anak kembar dari keluarga usahawan terkenal, Dato' Syukor.
"Seronok borak dengan awak aishah." Ujar hanna dengan teruja. Dia tersenyum senang ikhlas dari hati.
Mungkin dia terkenal. Tapi dia tak ramai kawan. Kawannya selama ini hanyalah abangnya sahaja dan bila hanni muncul dalam hidupnya barulah dia rasa ada teman yang sebaya.
"Saya pun suka borak dengan awak. Saya fikirkan semua artis ni sombong, tak bergaul dengan orang yang macam saya ni. Rupanya saya salah." Aishah juga tersenyum. Senyum dengan penuh kepalsuan.
"Nanti bila- bila bolehlah kita jumpa, kita set satu date pastu saya akan bawa layrah sekali." Ujar hanna lagi.
"Boleh- boleh. Kalau awak bawa layrah sekali lagi best. Boleh lah kita jalan- jalan sekali, cuci mata."seloroh aishah.
Hanna senang dengan sikap aishah yang 'happy go lucky' dia berharap yang aishah dapat menjadi sahabatnya seperti hanni.
"Insya'allah. Okey lah saya kena pergi dulu. Ada hal malam ni." Hanna sudah mula mengemas barangannya.
Air miliknya yang terhidang di atas meja terus di habiskan. Alang- alang tinggal suku habiskan aje lah.
"Lahhh...nak balik dah ke? Saya tak puas lagi borak dengan awak." Kata aishah dengan nada menjauh hati.
"Sorry, tapi saya kena balik sekarang ni. Lain kali kita jumpa lagi. Bye aishah." Hanna terus berdiri dan berlalu dadi situ.
Kelibat hanna di hantar dengan pandangan mata yang penuh dendam oleh aishah.
"Bye laurah...kau tunggu jelah saat kau nanti."
Abaikan typo's 😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro