Bab 63
Okeyy, lia nk bgi thu awal2. Lia nk tukar panggilan 'layrah - hanni'
'laurah - hanna' 'puan zalmah-pn seri zalmah' 'puan munirah-pn seri munirah' (sme dgn laki diorang 😂)
Okeyy keep reading....
________________________
Pn. Sri Zalmah dan Pn. Sri Munirah sedang menyiapkan ape yang patut lagi untuk tetamu yang istimewa mereka.
Sampai sekarang pun Pn. Sri Munirah masih lagi belum mahu buka mulut tentang siapa tetamu istimewa mereka itu.
Katanya tetamu itu adalah kejutan buat pn. sri zalmah dan tan sri zabir. Jadi pn. sri zalmah diam kan sahaja. Dia hanya menunggu tetamu itu tiba dengan sabar.
Sejag fresh oren telah siap dibancuh oleh pn. sri zalmah. Tinggal nak hidang ke meja makan sahaja.
Lalu jag yang berisi fresh oren itu di bawa ke meja makan dan di letakkan di situ. Dia merenung makanan yabg telah tersedia di atas meja.
Semuanya nampak menyelerakan. Dia tersenyum siap jugak tugasnya dan pn. sri munirah untuk menyiapkan makan malam buat tetamu mereka.
Namun senyumannya perlahan- lahan bertukar hambar.
'Andai sahaja hanni ada dekat sini. Mesti hanni suka kan? Apa yang mama masak hari ni' terbayang- bayang hanni yang berselera tengah makan makanan yang terhidang itu.
"Siap dah, zal?"
Terus terbang lamunannya. Hilang sudah bayangan hanni tadi. Cepat- cepat dia menukar riak wajah. Senyuman manis di ukir. Lalu dia berpaling.
"Dah siap dahh...tinggal tunggu tetama istimewa kau tu jerr." jawabnya pendek.
Pn. Sri Munirah tersenyum.
"Haa...elok sangat lah tu. Jom lah rehat kejap. Duduk dengan inchek abang dekat depan tu." ajak pn. sri munirah lalu terus melangkah ke ruang tamu.
Pn. Sri Zalmah mengangguk sebelum mengekori langkah sahabatnya itu.
Masing- masing melabuhkan punggung di atas sofa. Melepas penat memasak dari petang tadi.
"Dah siap ke munirah?" soal tan sri zabir.
"Siap dah.... Tinggal tunggu diorang je" jawab pn. sri munirah.
"Ni...muni, siapa tetamu awak yang istimewa sangat tu." soal tan sri razak. Ternyata tan sri razak juga tertanya- tanya tentang siapa tetamu mereka nanti.
"Nanti abang tahu sendiri lahh...mereka dah on the way dah ni, bila- bila masa jer boleh sampai." jawab pn. sri munirah lembut.
Ting tongg...
Bunyi loceng rumah menghentikan perbualan mereka.
"Haa...tu tetamu kita dah sampai. Zal pergi lah buka pintu." pn sri munirah menolak lembut bahu pn sri zalmah.
"Ehh...asal aku pulak yang kena buka pintu? Kau punya tetamu kan? Kau lah yang buka!" dalihnya. Masih belum ada tanda yang dia hendak berdiri.
Ting tong...
"Zal...pergilah buka pintu. Aku yakin mesti kau suka bila jumpa diorang." pn sri munirah menolak lagi bahu sahabatnya.
Pn sri zalmah mengeluh kecil. Akhirnya dia mengalah dan bangun untuk membuka pintu.
Ting tong....
"Kejap- kejap...datang ni." sahutnya sambil berjalan ke pintu. Senyuman di ukir untuk menyambut tetamu yang tiba.
Kunci di pulas sebelum menguak pintu dari dalam. Senyumannya perlalahan- lahan bertukar kedur sebaik sahaja melihat tetamu mereka.
Dia terkedu, tergamam, terpaku dan segala jenis 'ter' lah. Lidahnya seakan-akan kelu. Mata bulat terbeliak. Tangannya menggigil.
Dia seolah- olah tak percaya dengan apa yang dilihat di depan matanya. Tangannya menggigil, jantungnya berdegup kencang.
"Ma...mama..."
Air mata gadis di hadapannya itu tumpah ke pipi. Gadis itu seperti ingin merapatinya.
Dia juga seperti ingin merapati gadis itu. Lelaki yang berada di belakang gadis itu hanya berdiri diam sambik menyaksikan drama mereka.
Kini dia dan gadis itu betul raoat berhadapan. Air matanya juga pecah. Tangan yang sedang menggigil itu cuba menyentuh pipi gadis itu.
Nyata! Hanni betul- betul berada di hadapannya.
"Arash...m~mama tak mimpi kan? Hanni betul...-betul dekat depan mama kan?" tersangkut- sangkut suaranya keluar.
"Ye mama, mama tak mimpi." jawab arash di belakang hanni.
Hanni menyentuh tangan mamanya yang ada di atas pipinya.
"Ma..mama...." teresak dia memanggil mamanya.
"Mama..hanni dekat sini, mama. Hanni dekat depan mama. Hanni rindu mama." esaknya. Lalu dia terus memeluk mamanya dengan erat sekali.
"Hanni rindu mama....." air matanya jatuh lebat. Dia ingin menangis di bahu mamanya sepuas hati.
Namun belum puas lagi dia melepas rindu. Terasa tubuh di tolak sedikit.
Pelukannya terlerai.
Pn sri zalmah memandang tepat pada mata dan wajah hanni. Matanya berkaca.
"Ni betul hanni kan? Hanni tak tipu mama kan?" soalannya seperti mendesak. Kedua belah pipi hanni di sentuh dengan tapak tangan.
"Ye, mama...ini hanni. Hanni takkan tipu mama." esak hanni lagi.
"Ya allah....anak aku dah balik. Hanni dah balik sayang. Anak mama dah balik. Allahuakhbar, besar sungguh kuasa mu ya allah." dia terus memeluk hanni erat sekali. Seolah- olah tidak mahu melepaskan gadis itu.
"Kenapa lama tak balik rumah? Hanni dah tak sayangkan mama ke? Haa!? Hanni dah tak rindukan mama?" Ujarnya dalam pelukan.
Hanni terus merenggangkan pelukan anak mata mamanya dipandang. "Mama pandang mata hanni, pandangan mata tak pernah menipu mama. Sekarang mama tengok mata hanni. Mama nampak ke yang hanni dah tak sayangkan mama? Mama nampak ke yang hanni tak rindukan mama?
Mama, ikutkan hati hanni ni, lepas je hanni dapat balik semua ingatan hanni, hanni nak balik sini. Hanni nak jumpa mama. Nak cium mama. Nak peluk mama. Hanni sayang dan rindu mama sangat- sangat. Jangan pernah cakap yang hanni dah tak sayangkan mama. Hanni sedih ma, dengar semua tu." Ujar hanni dalam juaraian air mata. Dia menunduk memandang lantai.
"Mama mintak maaf sayang. Mama salah."
Pipi dan dahi hanni di cium bertalu- talu sebelum memeluknya semula.
"Hanni?" pelukan mereka terlerai saat ada satu suara garau memanggil nama hanni.
Mereka menoleh. Kelihatan tan sri zabir yang duduk di atas kerusi roda bersama tan sri razak yang berdiri di belakangnya.
"Papa!" hanni terus berlari mendapatkan papanya. Dia terus melutut dan tubuh tua lelaki itu di peluk erat sekali.
Jelas kedengaran di telinga tan sri zabir esakkan anaknya. Tubuh hanni di peluk erat. Menitis juga air mata tuanya itu.
"Hanni rindu papa! Rindu sangat- sangat" esak hanni. Terhenjut- henjut bahunya kerana menangis.
Rasa syukur yang teramatlah besar di panjatkan kepada allah. Dia langsung tak pernah duga, anak yang di katakan telah meninggal dunia masih hidup dan sihat walhafiat.
Pelukan di lerai tan sri zabir. Wajah sembab hanni dipandang dengan segaris senyuman. Air mata anaknya itu di seka dengan jari. Bahu anaknya di paut suruh hanni berdiri.
"Bangun hanni kita duduk dekat ruang tamu ye? Mari, semua." hanni mengangguk. Dia mengambil alih tempat tan sri razak sebagai pendorong kerusi roda papanya. Pn Sri Zalmah mengekori mereka lalu jalan beriringan bersama hanni.
Tan sri razak dan isterinya senang dengan semua ini. Begitu juga dengan arash. Dia tersenyum melihat tangisan kebahagiaan keluarga itu.
Arash terasa bahunya di tepuk, dia menoleh.
"Ayah bangga dengan anak ayah ni, Good job." tan sri razak tersenyum senang sebelum berlalu ke ruang tamu bersama isterinya.
Pemergian ibu ayahnya dihantar dengan pandangan mata sebelum dia menekan remort pagar rumah.
Tiba- tiba dia ternampak satu figura berpakaian serba hitam memandang ke arah rumahnya. Apabila figura itu perasan yang dirinya dipandang dia terus melarikan diri.
Arash hairan. Hatinya jadi tak senang. Figura itu nampak mencurigakan. Dia dapat rasakan yang keluarganya dalam bahaya.
Cepat- cepat dia menutup pintu dan menguncinya.
'Aku kena siasat benda ni!'
_____________________
Di dalam rumah usang itu aishah mundar- mandir seperti sedang memikirkan sesuatu. Riak wajahnya menunjukkan yang dia tidak puas hati.
Pisau lipat di tangan di pusing- pusingkan seperti seorang yang handal dengan senjata.
"Arghhhh!! Tak guna betul!!"
Pisau di tangan di baling ke diding. Sasarannya tepat mengena gamba pernikahan sepasang suami isteri, arash dan hanni.
"Aku takkan biar kan korang berdua tenang! Korang tak layak untuk rasa tenang apatah lagi bahagia! Tak layak langsung!!" pisau yang terpacak di atas gamba arash dan hanni di cabut sebelum gambar itu di toreh- toreh melepas geram.
"Korang berdua dengar sini baik- baik. Aku akan pastikan korang merana! Kalau kematian akan membuatkan korang terseksa, apa salahnya kan? Hahahahaha!!" Dia tergelak jahat sebelum terpandang gambar gadis yang mirip dengan hanni, Hanna Sofea.
"Hai laurah, kau nak tak berkorban untuk kembar kau tu..opss" dia menutup mulut seperti tersasul dan terus bercakap dengan gambar tersebut.
"Hahaha...nama kau hanna atau laurah yerr? Aku yakin sangat yang kau mesti tak tahu apa- apa lagi kan? Ermmm...takpe, nanti aku tolong kau ye." Gambar hanna di sangkut ke diding dengan paku tekan. Dia mengambil jarak sebelum pisau di baling tepat pada wajah hanna yang ada di dalam gambar.
Dia tergelak jahat, dalam kepala sudah terancang pelbagai cara untuk menjatuhkan arash dan hanni.
"Aishah Zareena kau memang bijak. Dan kau hanni tunggu lah waktu sengsara kau." Dia tersenyum sinis.
____________________
"Macam tu lah cerita dia papa, mama." Sejak tadi semua yang ada di ruang tamu itu mendengar dengan teliti.
"Jadi, kamu berdua dah jumpa dengan hanna? Hanni dah jumpa adik hanni ke, sayang?" soal pn sri zalmah agak teruja. Yelah, siapa yang tak suka bila dapat jumpa balik anak yang dah bertahun hilang.
"Dah mama, hanni dah jumpa hanna. Keluarga hanna angkat hanna yang jaga hanni selama hanni hilang ingatan." Jawab hanni lembut.
"Ya allahh! Abang anak kita bang, anak kita dah jumpa. Alhamdulillah!" Pn sri zalmah meraup wajah mengucap syukur yang yeramat sangat.
Lengan suaminya di peluk. Menitis aii matanya bila mendapat berita ini. Begitu juga dengan tan sri zabir. Hanya allah sahaja lah yang tahu bertapa gembiranya hati dia kala ini.
"Hanni, bila mama boleh jumpa hanna? Mama rindu sangat dengan dia, mama nak peluk dia, nak cium dia dan mama nak cakap mama sayangkan dia." Luluh hati yang lain dengar bicaranya itu.
Hanni terbungkam. Bagaimana hendak memberitahu perkara sebenar pada hanna? Dia sendiri takut yang hanna tidak dapat menerima keluarganya ini. Kerana hanna di besarkan oleh mummy dan daddy.
"Satu saat nanti arash akan bawa hanna balik rumah ni ye, mama." Ujar arash lembut. Pandangannya terkalih pada hanni yang duduk di sebelah mamanya.
"Bila saat tu arash? Mama dah tak boleh sabar!" Hanni memeluk lengan mamanya dan lentokkan kepala di bahu mamanya.
"Secepat yang mungkin mama, hanni akan bawa adik hanni jumpa dengan mama." Ujar hanni lembut. Air mata yang menitis cepat- cepat di sekanya.
"Haa..sudah- sudah. Cerita sedih habis. Sekarang ni masa makan. Sejuk dah lauk tu semua sebab cerita sedih ni. Jomlah kita ke belakang." Ujar pn sri munirah pada seisi ruang tamu.
Tertawa mereka semua sebelum melakangkah ke dapur. Arash sengaja memperlambatkan langkahnya. Hanni dibiarkan bermanja dengan mama dan papanya.
Sebaik sahaja mereka kebelakang, arash terus mengeluarkan handphone nya dan mendail nombor seseorang.
"Hello, esok kita jumpa dekat tempat biasa..........pukul tiga......haa, okeyy" talian terus di putuskan.
"Arashh! Buat ape lagi tu? Sini makan!" Jerit tan sri xabir pada menantunya itu.
"Ye pa, datang ni."
Dia terus melangkah ke arah yang lain.
____________________
Abaikan typo's 😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro