Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 62

Terbeliak mata layrah dengar ajakan arash. Mulutnya melopong. Senyuman panjang terukir di bibirnya.

"Betul ke ni, bang? Kita pergi rumah papa esok? Betul?" soal layrah teruja.   Hingga tak sedar yang dia telah mencengkam kuat lengan arash.

"Sayang..sakit lahh" arash menyeringai.

"Opss sorry, tak sengaja." layrah tersengih. Lengan arash diusap lembut.

"Betul ke esok kita nak pergi rumah papa?" soal layrah lagi.

"Iyee sayang. Esok kita pergi rumah papa. Kita jumpa mama dengan papa." ujar arash lembut. Dia menarik layrah duduk di birai katil.

Perlahan- lahan senyuman layrah bertukar mendung. Berkerut dahi arash.

"Heii..kenapa ni? Tak suka ke, abang bawa sayang jumpa mama dengan papa?" kedua belah pipi isterinya diraih dan di usap lembut.

Layrah tersenyum hambar. Tangan arash yang menyentuh pipinya diusap.

"Siapa yang tak suka jumpa mak ayah dia lepas terpisah lama? Tapi, abang dah fikir habis ke? Hanni cuma risau kalau ade apa2 yang jadi nanti." Arash tersenyum.

"Abang dah fikir masak- masak,
sayang. Abang rasa, dah sampai masanya kita dedahkan semuanya pada mama dan papa. Bila kita sembunyikan semua ni, abang rasa seolah- olah kita menyeksa papa dengan mama. Lebih- lebih lagi mama, abang pernah nampak mama duduk sorang- sorang dekat taman sambil tenung gambar sayang dengan hanna masa baby dulu. Mama menangis, mama peluk gamba tu, mama cium gamba tu. Hati abang jadi sebak bila tengok mama menangis macam tu." Ujar arash penuh rasa. Air matanya rasa hendak mengalir lagi sekali.

Layrah yang mendengar pun turut sebak. Maknanya bukan dia sahaja yang menanggung rindu. Ternyata mamanya juga terseksa kerana merindukannya. Air mata turun tanpa di pinta.

"Jadi, abang fikir. Abang nak tamatkan semua ni. Abang nak bawa sayang jumpa mama dengan papa. Abang nak buang semua kisah duka mereka, abang nak cuba mengukir senyuman mama dengan papa balik." Hujung ucapannya arash tersenyum.

"So, sayang nak ikut abang pergi rumah papa tak esok?" Layrah mengangguk laju. Makin lebar senyumannya.

"Apa yang abang pikir baik, hanni ikutkan je. Sebab hanni yakin drngan semua keputusan abang adalah untuk kebaikan kita semua." Lantas layrah memeluk lengan suaminya. Kepala dilentokkan pada bahu arash.

'Tunggu hanni mama, tunggu hanni papa. Esok kita akan berjumpa.'

_________________

"Muni banyaknya kau beli barang. Kita ada tetamu ke malam nanti?" Soal puan zalmah sambil mendorong troli yang penuh dengan barang dapur.

Puan zalmah dan puan munirah berjalan beriringan menuju ke arah tempat parking kereta. Pemandu mereka sudah menunggu di sana.

Puan zalmah hairam melihat sahabatnya itu tersenyum- senyum penuh makna.

"Memang kita ada tetamu pun malam ni. Tetamu istimewa." Puan munirah sengaja berteka- teki.

"Tetamu istimewa? Siapa yang istimewa sangat tu?" Berkerut dahi puan zalmah.

"Adalahh....yang penting meraka ni istimewa untuk kita semua, terutamanya kau dengan zabir." Makin hairan puan zalmah dengan sahabatnya itu.

Sampai sahaja di kereta. Hussien, pemandu mereka memindahkan semua barang yang ada dalam troli ke dalam bonet kereta. Setelah itu troli di kembalikanya ketempat asal.

Puan Munirah dan Puan Zalmah sudah meneroboskan diri kedalam perut kereta.

Apabila hussien telah kembali, dia terus pemandu kereta keluar dari super market giant itu.

"Kita nak kemana lepas ni, puan seri?" Soalnya pada majikannya di belakang.

Ya, puan munirah dan puan zalmah sudah dapat gelaran datin setelah suami mereka di anugerahkan oleh sultan johor dengan gelaran Tan Sri. Oleh kerana perniagaan keluarga mereka yang maju dan telah  menaikkan nama negara ke seluruh asia. Baju yang mereka tempah di butik datin seri dayang dahulu adalah baju untuk mereka hadiri majlis penganugerahkan tersebut.

"Kita terus balik sajelah hussien." Jawab puan munirah.

Hussien mengangguk dan teruskan pemanduannya.

Setelah tiba di rumah, hussien membantu majikannya mengangkat semua barangan tersebut kedapur.

"Takpe hussien letak sahaja semua barang tu dekat atas meja." Arah puan zalmah.

"Baiklah puan seri." Dia menurut

"Errr..puan seri, saya pergi dulu. Saya nak kena jemput tan seri razak dekat pejabat." Pamit hussien.

"Haa..yelahh, hati- hati bawak kereta tu ye." Hussien mengangguk dan terus berlalu dari situ. Sempat die menghadiahkan senyuman buat majikannya itu.

Puan Zalmah mengeluarkan satu  demi satu barang basah dari plastik dan di bawa ke sinki. Memang sudah jadi kebiasaan mereka, setiap barang basah yang di beli pasti akan di cuci dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais sama ada hendak masak atau tidak.

Puan Munirah yabg baru tiba dari biliknya turut membantu.

"Muni, kita nak masak apa ni?" soal puan zalmah sambil tangannya ligat mencuci ayam, sotong, daging, dan udang.

"Ermmm, kita masak ayam masak kurma, paprik campur dengan tomyam seafood. Pastu kita buat ulam sikit dengan sambal belacan. Fuhhh..sedapnya!! Terliur aku." puan munirah menelan liurnya saat membayangkan semua makanan yang disebut tadi terhidang di atas meja. Tangannya juga ligat mengeluarkan segala jenis barangan kering seperti bawang, kunyit, halia, serai dan sebagainya.

Puan Zalmah yang mendengar menu mereka agak terkedu seketika. Semua makanan yang di sebut sahabatnya itu adalah makanan kegemaran anaknya, Sofea Hanni. Namun cepat- ceoat dia menutup rasa sedih itu. Tidak mahu mencacatkan mood yang tengah happy ni.

Petang itu mereka terus memasak makanan makan malam hingga jarum jam berganjak ke angka 6.39

_________________

Arash sudah memarkir kan keretanya betul- betul di sebelah kereta satria hanni. Mereka sudah tiba di perkarangan banglo Tuan Zabir.

"Ab..abang, hanni nervous lahh" lengan arash di sebelahnya di peluk erat.

Arash tertawa kecil.  Isterinya yang masih duduk di sebelah seat pemandu itu direnung.

Pipi layrah di usap. Entah sejak bila tabiat usap pipi isterinya ini lun dia tak tahu. Sejak kebelakangan ini dia memang suka usap pipi layrah. Apa lagi waktu isterinya itu tidur, pipi pasti wajah layrah ditenung kemudian pipinya di usap lembut sebelum di cium lama. Itu lah tarbiat barunya kini.

"Sayang...buat apa nak nervous, sayang nak jumpa mama dengan papa kan? So, tak payah ada rasa nervous atau ragu- ragu. Ke...sayang tak nak jumpa papa dengan mama? Kalau macam tu kita balik jelah." arash berura- ura hendak menghidupkan enjin kereta semula.

"Ehhh...janganlah! Kita dah sampaikan? Jom lah turun." layrah memuncung. Lengan arash di lepaskan sebelum dia membuka pintu kereta dan keluar.

Arash tergelak besar. Sensitif betullah bini aku ni sekarang, tak boleh nak usik langsung. Usik sikit je pasti akan merajuk. Kalau dia marah dua kali ganda dahsyatnya dari biasa.

Arash terus keluar dari kereta dan mengejar langkah layrah.

Layrah sudah berdiri betul- betul di depan pintu utama, namun pintu itu masih belum terbuka.

"Alolohhh...abang gurau jelahh, sayang. Takkan lah abang nak patah balik. Sekarang ni kita masuk, kita jumpa mama dengan papa okey?" bahu layrah di peluk sebelum pipi isterinya itu jadi mangsa ciumannya.

Layrah menjeling arash di sisinya sebelum tersenyum. Senang saja dia cair dengan arash. Susah betul nak lawan aura lelaki tu. Rasa geram tadi terus bertukar dengan rasa berbunga.

"Okey, kita masuk." terus lengan arash di peluk semula. Pandangan terarah pada pintu kayu jati yang terukir cantik di hadapannya itu.

Dia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum nenghembus perlahan.

"Biar hanni yang tekan loceng." arash diam dan membiarkan tindakan isterinya.

Dengan ragu- ragu layrah menekan loceng, walaupun rumah itu adalah rumahnya, tapi keadaan sekarang ni amat berbeza. Mungkin dia berdebar, tapi hatinya sudah tidak sabar hendak bertemu dengan kedua orang tuanya yang sudah lama dirindui.

Ting tong...

Sekali tekan pintu masih belum terbuka.

Ting tong...

Kali kedua tetap sama.

Ting tong...

"Kejab- kejab datang ni..." kali ini kedengaran suara wanita menyahut dari dalam rumah.

Mata layrah sudah mula bergenang apabila mendengar suara itu.

Pintu rumah terbuka dari dalam. Terjengul wajah yang dirindui selama lima tahun ini.

Wajah yang sering hadir dalam mimpi tidurnya sepanjang malam.

"Ma...mama..."

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Okeyy..hanni dah dapat jumpa mama dia. Tunggu next chapter kalau nak tahu apa jadi lepas tu. Yang penting kena vote bnyak2. Jangan lupa tinggalkan komen, okey. 👌😁😇

Abaikan typo...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro