Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 60

Arash masuk ke dalam bilik. Matanya menyapa layrah yang masih lena di atas katil.

Dia tersenyum kecil sebelum dia mengambil tuala dan memboloskan diri ke dalam bilik air. Badan yang sudah berpeluh membuatkan dia tak selesa.

Selesai sahaja mandi dan pakai baju dia duduk dibirai katil sebelah layrah.

Bahu isterinya itu digoncang perlahan.

"Sayang....bangun sayang. Dah dekat pukul 10 dah ni." Arash cuba mengejutkan layrah.

Layrah yang terasa tidurnya di ganggu, dia bergerak sedikit dan tidur balik.

"Aikk..tidur balik. Pikirkan nak bangun.." Arash mengoncang lagi bahu layrah.

"Sayang....bangun.." Kejutnya lagi perlahan.

"Hmmmm...."

"Bangun sayang, dah dekat pukul 10 ni." Ujar arash lembut.

Tak nak memaksa layrah sangat. Yelahh sepatutnya layrah masih lagi dalam pantauan doktor. Tapi nak buat macam mana. Dah ini yang layrah minta. Dia ikutkan sahaja lahh. Lagi pun dia juga tak nak layrah pergi jauh dari dia.

Layrah bangun terpisat- pisat. Dia duduk bersandar pada kepala katil sebelum mengeliat.
Kedua- dua belah matanya di gosok agar pandangannya jelas.

"Ehh...kan abang dah pesan, jangan gosok mata macam tu. Nanti mata sayang tu boleh calar." Cepat- cepat arash menghalang tangan layrah dari terus menggosok mata.

Layrah blur. Mata dikelipkan beberapa kali. Akhirnya pengelihatannya jelas.

Dia memandang arash seketika. Kemudian dia terus berbaring semula di atas riba arash.

"Nak tidur....ngantuk lagi." Rengek layrah manja.

Arash garu kepala. Nak manja- manja pulak isteri dia ni.

"Alahh...jangan lah tidur lagi. Bangun lahh..abang ada buatkan sarapan untuk sayang dekat bawah." Terus terbuka besar mata layrah.

Dia duduk kembali dan memandang arash dengan muka tak percaya.

"Abang masak?"

"Yelah, abang masak. Apa? Sayang fikir suami sayang ni tak pandai masak ke? Helloo...ni chef arash okey. Anak didik chef wan." Layrah tergelak besar dengar pengakuan suami dia itu. Hilang terus rasa mengantuk yang memberat tadi. 

Dia menekan perut menahan senak ketawa.

"Hahahaha....perasannya suami hanni ni. Angkat bakul masuk sendiri." Kedua belah pipi arash dicubit geram.

"Ahhh..!! Sayang ... Sakitlahh" arash melepaskan cubitan layrah dari pipinya. Kedua belah pipinya diusap perlahan. Bisa cubitan layrah masih lagi terasa. 
"Bisa ketam dia ni tak pernah hilang dari dulu." Rungut arash.

Layrah masih lagi ketawa. Ketawa kecil. "Alololohhh...meh sini, akak bidadari tolong sembuhkan." Pipi arash diusap lembut sebelum dicubit semula.

"Eeiiiiii...geramnyaaaa!!"

"Hanniii... Sakitlahhh"

Berdekah- dekah layrah ketawa. Dengan berbaju tidur itu dia terus berlari tinggalkan arash.

"Ouhhh... Akak bidadari nak lari ye, mari sini abang hang tuah nak kejar." Arash terus mengejar layrah.

Dan bermula lah sesi kejar mengejar di dalam banglo itu. Layrah berlari keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu.

Laju sahaja kakinya berlari menuruni tangga. Arash pulak yang cuak tengok isteri dia lari macam tu. Takut layrah jatuh. Dah lah belum sembuh sepenuhnya.

"Sayang...!!" Jerit arash. Namun layrah tetap lari darinya.

Sampai di ruang tamu sofa jadi penghalang. Sempadan antara mereka berdua.

Layrah cuba lari ke kanan. Arash juga ikut kekanan. Bila dia hendak ke kiri. Arash juga mengikut ke kiri.

"Mana nak lari ha!?" Arash mengacah- acah untuk menangkap isterinya.

Layrah menjelir lidah. "Nak lari dalam hati abang. Chia chia chiaa..! Hahahaha" dia ketawa dengan jawapan sendiri. Begitu juga dengan arash.

"Nak main chia chia pulak dia." Arash terus melompat di atas sofa dan menangkap layrah yang sedang leka ketawa.

"Arghhh..abanggg!" Terjerit layrah bila arash menariknya jatuh ke atas sofa.

Tergelak- gelak mereka berdua. Layrah duduk bersandar atas riba arash. Arash pula bersandar pada sofa.

"Haha...penat lah abang." Ujar layrah dengan sisa tawanya.

"Haa...tau pun penat. Sape suruh ajak main kejar- kejar." Balas arash sarkastik.

"Alahh..nak manja- manja dengan abang pun tak boleh." Rungut layrah. Bibir di muncungkan ke depan.

Arash sudah tergelak. "Eiyyy..muncung ni. Nak kena cium ke?" Arash mengepit bibir layrah dengan ibu jari dan jari telunjuknya.

"Arghhh, abang..! Sakit lahh." Layrah melepaskan bibirnya dari terus di kepit arash. "Kalau nak cium, cium je lah tak payah lah na..."

Cupp!

Sekilas ciuman di hadiahkan arash pada bibir layrah. Layrah pula terdiam. Loading kejap dengan apa yang jadi.

"Haa...tau pun diam. Dari tadi asyik nak membebel jerr " perli arash.

Muka layrah sudah bertukar kemerah- merahan menahan malu. Wajah di sembamkan pada dada arash. Sudah jadi kebiasaannya kalau malu dengan arash pasti dada lelaki itu jadi mangsanya.

Arash tergelak kecil. 'Comelnya bini aku kalau tengah malu- malu macam ni.' Desis hatinya.

"Amboi...amboi...amboi...amboi..."

Terkejut mereka bila di sergah dengan satu suara yang amat mereka kenal. Cepat- cepat mereka menjarakkan diri dan menoleh ke arah pemilik suara itu.

"I..ib...ibu" tergagap- gagap layrah bersuara. Makin merah lah muka dia bila kantoi dah sweet- sweet dengan arash dekat ibu mertuanya. Dia menunduk menahan rasa.

Arash pula buat muka tak bersalah macam takde apa yang jadi. Dengan selambanya dia memeluk pinggang layrah.

Layrah cuba menolak namun makin erat pelukan itu. Dan akhirnya dia mengalah.

"Kamu berdua ni dah mandi ke belum? Haa? Arash...hanni?" Bebel puan munirah.

Arash mengangguk. Layrah mengeleng. Mereka berdua tersengih.

"Bertuah punya budak. Di bawaknya isteri dia bergelut dengan tak mandinya lagi." Bebel puan munirah lagi sambil bercekak pinggang.

"Arash..! Bawa hanni naik atas, mandi." Tangan di tunjukkan ke arah atas.

"Sekarang ke ibu?" Soal arash blur.

"Sekaranglahhh....takkan tahun depan pulak." Marah puan munirah.

Cepat- cepat arash tarik tangan hanni dan berlari naik ke bilik semula.

"Heii..!! Jangan lari jatuh pulak nanti!" Jerit puan munirah dari bawah. Menggeleng dia melihat perangai anak, menantunya itu. Tak ubah macam perangai budak- budak.

Dia terus ke dapur dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Selepas 20minit, mereka berdua turun dan terus kedapur. Bau semerbak nasi lemak, sambal sotong dan ikan bilis menerosbos masuk ke dalam rongga hidung mereka.

"Ibu...sedapnya bau." Puji layrah. Dia terus duduk di meja makan dan arash juga menurut duduk di sebelah layrah.

Di meja makan sudah terhidang sarapan untuk mereka bertiga.

Puan munirah meletakkan sejag teh'o' di atas meja. Kemudian dia juga duduk sekali bersama anak menantunya.

"Abang, mana sarapan dari chef arash tu erk? Tak nampak pon." Soal layrah. Sengaja mahu kenakan suaminya itu.

"Ni semua ni abang lah yabg masak." Jawab arash bangga.

Layrah buat- buat terkejut. Matanya terbeliak.

"Ni semua ni abang yang masak!?" Arash mengangguk.

"Betul ke bu?" Pandangan di alih kan pada ibu mertuanya.

"Suami kamu ni nak masak!? Harapan lahhh" terletus tawa layrah dan puan munirah.

Muncung arash sudah panjang sedepa. Cemberut.

"Ehh...abang tolong ibu masak lah tadi. Kiranya abang jugalah kan, yang masak?" Arash tak puas hati. Masih lagi mahu mempertahankan diri.

"Ha'ah...memang lah arash tolong ibu tadi. Tolong mengacau ibu dekat dapur adalah." Ujar puan munirah. Makin giat layrah mentertawakan suaminya.

"Ouhhh...suka ye gelakkan abang." Arash mengepit hidung layrah dengan dua jarinya.

"Abangg.!!!"

Layrah tolak tangan arash dari terus kepit hidungnya. Hilang terus ketawanya tadi.

"Padan muka...bluwekk" arash menjelir lidahnya pada layrah.

Layrah pula jadi geram. Terus dipicit muncung suaminya macam dilakukan arash di sofa ruang ramu tadi.

Tergelak puan munirah melihat perangai mereka berdua. Sudah lama dia tidak lihat arash ketawa begitu. Sejak berita kematian hanni, arash terus bertukar 360°. Dari seorang yang periang kepada seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.

Namun hari ini ketawa arash kembali lagi. Jelas terpancar sinar kebahagiannya bersama hanni.

'Ibu harap kebahagian kamu berdua berkekalan macam ni. Lihat kamu berdua bahagian, turut membuatkan ibu gembira. Ibu sayang kamu berdua.' Desis hatinya.

"Ibu..."

"Ibu..!!"

Tersentak puan munirah dari mengelamun. Mata terus di fokuskan pada anak menantunya.

"Haa? Ye...apa dia??" Soal puan munirah. Riak wajah dikawal.

"Hanni tanya ibu, bila ibu sampai sini? Ayah okey ke? Kalau ibu keluar pagi- pagi datang sini?" Soal layrah semula. Daei tadi dia menyoal ibu mertuanya itu. Namun puan munirah masih tetap berkhayal.

"Ouhh...ayah tahu ibu kesini. Tapi ibu tak cakaplah yang hanni dengan arash pun ada sekali. Ibu cuma cakap, yang ibu datang sini cuma nak tengok- tengokkan rumah ni jer." Terang puan munirah panjang lebar.

Layrah terangguk mengerti.

"Ouhhh...abang pulak bagi alasan apa dekat ayah? Takkan lah ayah tak ambil tahu pasal abang?" Soal layrah pada arash pula.

"Abang cakap, abang ikut irfan ke kampung seminggu." Jawab arash. Nasi lemak yang sudah disenduk tadi bersama sambal sotong disuap ke mulut.

"Ouhhh...abistu bila pulak abang kemas rumah?" Soal layrah lagi.

Nasi yang masih penuh di pinggan tidak dipedulikan.

"Pagi tadi abang kemas. Ibu sampai je abang terus kemas rumah. Ibu pulak masak dekat dapur." Terang arash. Dia meneruskan suapannya lagi.

"Hishh..semalam kata nak kemas sama- sama. Kenapa tak..."

"Hanni....abang bukan tak nak kejutkan hanni. Tapi hannikan tak sihat sangat lagi. Abang tak sampai hati nak kejutkan hanni." Layrah mengangguk lagi.

"Angguk- angguk..! Dah macam burung belatuk dah abang tengok. Banyak sangat soal tu. Makan cepat!" Arah arash selamba.

Layrah sudah memuncung. Terus disuap lagi nasi lemak kedalam mulut.

Suapan demi suapan akhirnya mereka selesai sarapan bersama.

Layrah membantu puan munirah membersihkan dapur dan meja makan.

Arash pula terus kedalam bilik mengemas pakaian yang di bawa semalam.

"Hanni, nanti ajak suami kamu tu pergi beli barang dapur. Barang yang ibu pakai masak nasi lemak ni pun ibu beli dekat kedai seberang sana." Ujar puan munirah sambil tangannya ligat mencuci segala pelaratan yang digunakan tadi.

"Okey bos!" Layrah tersenyum panjang sambil menabik dahi pada ibu mertuanya.

"Nak pergi bila ibu?" Soal layrah.

"Sekaranglah....super market pun dah buka waktu- waktu macam ni." Jawab puan munirah. Pinggan yang siap basuh di serahkan pada layeah untuk dikeringkan dan di susun ke rak.

"Okeyy.." Pinggan tadi terus di letakkan di rak tanpa di keringkan dulu. Tanpa sempat puan munirah bersuara dia terus berlari kebiliknya.

"Heii...jangan lari hanni. Jatuh nanti!" Puan munirah menggeleng.

"Hanni...hanni. Dah besar panjang macam tu pon, perangai tak berubah- ubah. Masih lagi macam budak kecil." Bebelnya sendiri. Dia terus menyelesaikan kerjanya yang tertangguh.

Selesai sahaja kerja di dapur. Puan Munirah ke ruang tamu hendak berehat sebentar.

Punggung dilabuhkan di atas sofa dan dia bersandar selesa.
Nafas di tarik dan di hembus perlahan.

"Ibu.. !!"

Layrah turun dari tangga sambil berlari ke arah ibu mertuanya.

Puan munirah tertoleh. Melopong dia dibuatnya.

"Hanni..!! Berapa kali ibu nak pesan. Jangan berlari! Jatuh nanti, sakit siapa yang susah." Bebelnya pada layrah.

Layrah yang sudah berdiri di hadapannya tersengih macam kerang wangi. Tak busuk erkk...dia dah mandi wangi- wangi tadi. Siap pakai perfeum lagi. Nak pergi super market je pon.

Layrah terus duduk di sebelah ibu mertuanya. Bahu wanita itu dipeluk erat sambil tersengih- sengih.

"Dah penat arash tegur dia bu. Langsung tak nak dengar. Masuk kiri, keluar kanan." Sampuk arash yang entah bila sampainya. Tangannya sempat menunjuk arah telinga kiri ke kanan.

Layrah menjeling geram. Ada je nak pekenakan kita. Tumbok kang. Layrah menunjukkan penumbuk ke arah arash.

Arash buat muka toya jer. Tak takut pon. Lidah di jelirkan pada layrah.

Puan munirah menggeleng. "Rupa dah boleh jadi mak bapak budak dah. Tapi perangai korang berdua ni, serupa macam budak- budak." Ujar puan munirah.

Layrah terus memeluk bahu puan munirah. Kepala yang sudah bertudung di lentokkan pada bahu wanita itu.

"Elehh..nak manja- manja pulak." Perli arash. Dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan mereka berdua. Dia juga sudah bersiap sedia untuk ke super market seperti layrah.

"Elehhh...jeles lah tu."

Puan Munirah tertawa kecil. "Alahh..biarlah rash. Ibu pun rindu dengan hanni ni." Pelukan layrah dibalas erat.

Arash tarik muka. Menyampah! Padahal dalam hati memang cemburu. Namun di biarkan sahaja. Dia tahu yang layrah rindukan mamanya. Biarlah dia melepas rindu pada ibunya sahaja.

"Dah lahh..cepat! Tadi kata nak pergi beli barang." Ujar arash dan terus berdiri.

Layrah menjeling. Potong betul lah dia ni. Dengan terpaksa, dia juga turut berdiri.

Tangan wanita yang sudah berusia di hadapannya di salam.
"Hanni pergi dulu ibu."

Arash juga menurut.

"Pergilahh...bawa kereta tu baik- baik arash. Jangan ingat nak sampai cepat je." Pesan puan munirah pada mereka berdua.

Arash dan layrah sudah bersiap sedia hendak masuk kereta. Kereta apa? Satria hanni lahh.

"Yeee ibu...kami pergi dulu ye." Mereka berdua terus masuk kedalam kereta. Tak sampai lima minit arash sudah memandu kereta keluar dari laman banglo ayahnya

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Helloo!! Awak- awak semua. Done for chapter 60.

Kali ni lia bagi part arash dengan hanni jer..bagi peluang diorang nak sweet- sweet...hehehehe...

For next chapter... Mcm biasa. Kne vote bnyak2...hahaha.

Jgn lupa vote dgn komen yerr...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro