Bab 57
"Why daddy!? Daddy sepatutnya halang layrah daripada pergi london tu! Dan sepatutnya daddy tolak bulat- bulat cadangan bodoh abang ni, yang kononnya nak hantar layrah belajar jauh- jauh. Semuanya atas alasan tak munasabah abang yang tak suka layrah berkawan dengan arash!!" Bangkang laurah habis- habisan. Dia betul- betul tak puas hati. Apa yang daddy dia fikir sampai boleh setuju dengan keputusan yang tak masuk akal abangnya itu.
Semua yang ada di ruang tamu itu tersentak saat mendenar suara memetir laurah. Mereka tidak menyangka laurah yang selama ini bersikap lemah lembut dan sopan santun boleh meninggikan suara terhadap orang tuanya.
Asyraff terasa seperti mukanya sudah panas. Mengelegak api kemarahannya saat laurah mengatakan yang keputusan yang dia buat ini adalah keputusan bodoh. Padahal adik perempuan dia itu tidak mengetahui apa- apa.
Baru sahaja dia hendak berdiri melawan kembali kata- kata adiknya itu, tapi daddynya sempat menahan dia dari terus bersuara. Dia duduk kembali.
Dato' Syukor bangkit dari duduknya dan menghampiri laurah yang membelakangi mereka sekeluarga.
Bahu anak gadisnya itu di sentuh lembut. Tubuh laurah dipusingkan menghadapnya. Wajah laurah di tatap dengan pandangan yang lembut.
"Adik....memang pada awalnya daddy tak boleh terima bila abang buat keputusan untuk hantar layrah belajar dekat london tanpa berbincang dengan daddy dulu. Daddy pun tak ingin layrah pergi jauh dari keluarga, daddy tak nak anak- anak daddy jauh dari daddy. Tapi...keadaan yang mendesak daddy untuk hantar layrah belajar dekat london dan menetap dengan aunty sherry dekat sana. Daddy terpaksa sayang. Semua ni bukan kehendak daddy." Kata dato' syukor lirih pada anak perempuannya itu.
Layrah yang melentokkan kepala pada bahu mummynya terus menegakkan semula kepala dan badannya sebaik sahaja mendengar jawapan daripada daddynya itu.
"Keadaan terdesak apa daddy? Apa alasan daddy? Sebab apa daddy setuju untuk hantar adik pergi london?" Soal layrah dengan suara yanh serak. Air mata yang ditahan sejak tadi gugur juga. Matanya tepat memandang lurus ke arah daddynya.
Sungguh dia penat, penat merayu pada keluarga ini agar tidak menghantarnya jauh dari malaysia. Tapi mereka tetap juga berkeras hendak menghantarnya ke london atas dasar yang dia sendiri tak jelas.
Kalau nak di katakan sebab abang asyraff tidak suka dia dekat dengan arash itu sungguh tak logik, sebab daddy mereka yang satu ini tidak akan bertindak sebelum dia memikirkan baik buruk keputusan yang akan di buatnya.
Betul kata laurah, alasan abang asyraff yang tidak suka dia dekat dengan arash adalah alasan yang bodoh untuk dia menetap , belajar sambil membuat rawatan di london. Sedangkan sistem perubatan dan pendidikan melaysia tidak kurang hebatnya.
"Sebab...daddy sayangkan layrah....Itu saja alasan yang daddy dapat berikan buat masa ni. Daddy harap layrah faham dan setuju untuk ke london minggu depan." Ujar dato' syukor perlahan, namun cukup kuat untuk seisi keluarganya yang berada di ruang tamu itu mendengarnya.
Layrah tersentak. "Minggu depan!? No daddy, please jangan buat macam ni....pleaseee... Daddy tahu kan yang yang adik tak nak pergi sana?" Tak semena- mena air mata layrah yang tadinya agak reda menjadi makin lebat.
Pandangannya di toleh pada mummynya pula. "Mummy pleasee....adik tak nak pergi sana....mummy cakap dekat daddy, mummy. Yang mummy tak nak adik pergi..." Rayu layrah pada mummynya. Datin seri dayang hanya diam membisu. Cuma air mata dan wajah yabg suram sahaja di pertontonkan pada layrah sebagai jawapan.
"Mummy....say something please... Adik tak nak pergi. Pujuk lah daddy mummy.....tolong lah adikkkk.." Makin kuat rayuan layrah pada mummynya. Tangan mummynya digoncang- goncangkan bila mummynya tidak memberikan sebarang riaksi.
Namun dalam hati datin seri dayang, dia juga turut sedih akan keputusan yang telah di buat. Iya...dia sudah tahu segalanya. Suaminya telah menceritakan semua tentang arash dan hanni, arwah isteri arash. Semenjak dari saat itu dia jadi tak senang duduk, dia begitu takut yang layrah akan pergi meninggalkannya dan berpaling pada keluarga asal layrah. Dia sungguh takut kehilangan layrah.
Laurah tidak sanggup melihat layrah menangis dan meraung begitu, dia terus menghampiri layrah dan tarik layrah kedalam pelukkannya. Dia juga turut menangis. Entah kenapa setiap kali layrah menangis pasti dia tidak kuat menahan hati yang turut hendak menangis. Apa yang di rasakan oleh layrah, seolah- olah dia yabg berada di tempat layrah dan menanggung semua beban layrah. Mungkinkah ini naluri sepasang kembar? Tapi macam mana? Dia lahir dari rahim mummynya dan layrah berasal dari keluarga yang lain? Atau mungkin salah satu daripada keluarga kami adalah keluarga kandung kami? Banyak persoalan yang masih belum jelas dalam hidupnya.
"Layrahh...jom kita naik atas. Nanti kau sakit. Kau jangan layan kan perasaan kau, okey?" Pujuk laurah dengan suara seraknya dan layrah mengangguk setuju.
Laurah terus memaut bahu layrah untuk berdiri dan berjalan menaiki tangga menuju ke bilik layrah.
Yang lain hanya memerhatikan mereka dengan wajah yang sayu. Sayu melihat layrah menangis dan merintih seperti tadi. Tapi, apa pilihan yabg mereka ada? Hanya ini sahajalah jalan untuk mereka halang layrah daripada pergi meninggalkan mereka jauh.
Sepanjang waktu menaiki tangga, layrah hanya menangis dan menunduk pada anak tangga. Laurah memaut erat bahunya seperti takut dirinya jatuh.
Kerana terlalu memikirkan masalah yang membebani hati layrah, layrah tidak perasan yang darah dari hidungnya sudah menitis satu persatu pada anak tangga.
Oleh kerana laurah tidak menunduk, dia tidak perasan akan darah itu.
Saat memijak anak tanggan yang terakhir, laurah terasa yang tubuh layrah seperti tidak seimbang dan hendak jatuh. Pautannya dibahu layrah dieratkan lagi. Mereka berhenti seketika.
"Layrah....kau okey tak ni?" Soal laurah cemas. Soalannya hanya dibalas dengan anggukkan layrah. Secara tiba- tiba tubuh layrah menjadi longlai. Layrah jatuh tidak sedarkan diri.
"Layrahh!!!!"
Jeritan laurah membuatkan semua ahli keluarganya memandang ke arah mereka berdua.
Laurah menoleh ke arah anak tanggan. Ternyata banyak titisan- titisan darah di situ. Lalu dia menoleh pada wajah layrah pula. Betul sangkaannya. Hidung layrah berdarah. Pipi gadis itu sudar habis tercemar dengan aliran darah yang mengalir keluar dari hidungnya.
"Adik kenapa ni? Ya Allah layrah!!!" Jerit dato' syukor cemas. Asyraff yang baru saja tiba terus mencempung tubuh layrah.
"Adik, bukak pintu kereta abang. Ambil kunci dekat para sebelah pintu tu." Arah asyraff dengan nada yang panik. Laurah mengangguk dan terus melakukan arahan abangnya.
"Seri, awak pergi ambil ic layrah dekat dalam bilik dia. Kita bawak dia pergi hospital sekarang.!" Dato' syukor pula mengarahkan isterinya. Datin seri dayang menurut dan ceoat berlalu.
Asyraff terus menuruni tangga dengan cepat dan berhati- hati. Tubuh layrah di baringkan pada seat belakang keretanya.
Laurah sempat mencapai shawlnya yang berada di sofa dan memboloskan diri di seat sebelah pemandu.
"Daddy, asyraff pergi dulu." Pamit asyraff dan terus memecut keretanya dengan laju tanpa sempat dato' syukor membalasnya.
"Seri!! Cepat sikit! Asyraff dah pergi ni!" Jerit dato' syukor dari tingkat bawah. Entah bila dia turun ke bawah, dia sendiri tak perasan.
Dari tingkat bawah dia boleh nampak isterinya terkocoh- kocoh menuruni anak tangga dengan beg tangan yang sudah tersangkut di bahu dan lengkap bertudung.
"Jom kita pergi sekarang!"
Mereka berdua terus memboloskan diri kedalam kereta Marcedes dato' syukor dan menuju ke arah hospital.
_________________
Suasana malam itu amat mendamaikan. Cahaya bulan dan bintang menyinari malam yang indah. Arash berdiri berteleku di beranda bilik. Melihat kolam renang yang bersinar dek pancaran cahaya bulan dan bintang.
Entah mengapa dia berasa cemas. Angin malam yang bertiup lembut ke wajahnya tidak dapat menenangkan hatinya itu. Dalam fikirannya cuma ada satu nama. Hanni Sofea!
Dia asyik terfikirkan keadaan isterinya itu dari tadi. Tangan dilekapkan ke dada. Cuba menenangkan hati yang sedang berkecamuk.
Arash mengambil keputusan untuk ke dapur. Sampai je di dapur mug putih di capai dan di letakkan di atas meja dapur.
Kemudian air sejuk di keluarkan dari peti sejuk lalu di tuangkan ke dalam mug tadi.
Arash duduk di kerusi meja itu. Air yang dituangm di minum dengan perlahan. Sekeliling rumah yang gelap di perhatikan dengan pandangan risau.
Jam 12 begini memang rumah ini akan gelap semua sudah masuk kedalam bilik masing- masing.
Setelah habis air tadi di minum, mug di bawa kesinki dan dibasuh. Entah apa silapnya, mug tadi terlepas dari tangan dan jatuh di atas lantai. Pecah!!
Arash terkejut. Cepat- cepat dia kutip balik serpihan kaca mug yang pecah tadi. Disebab kan itu, hatinya makin dilanda gelora kerisauan. Entah mengapa dia rasa ada sesuatubyang terjadi pada isterinya.
"Ya allah...kau lindungi isteriku. Walau di mana jua dia berada." Doa di panjatkan ke ilahi.
"Arash? Kamu ke tu?" Soal satu suara yang amat arash kenali.
"Ye, ibu..arash ni." Balas arash dan teruskan kerja mengutip kaca tadi.
"Buat apa tengah- tengah malam dekat dapur ni? Dalam gelap pulak tu. Ibu fikirkan pencuri tadi." Soal puan munirah dan duduk dikerusi meja dapur itu.
"Xde apa bu..arash haus tadi. Sebab tu pergi dapur." Terang arash. Kaca yang dah dikutipntadi dibuang kedalam tong sampah. Lalu dia duduk disebelah ibunya.
"Ibu..." Panggil arash pada ibunya.
Puan munirah menganglat pandang melihat anak lelakinya.
"Arash rasa tak sedap hati lah bu..arash asyik fikirkan hanni je sejak tadi." Adu arash pada ibunya.
Puan Munirah merenung kedalam wajah satu- satunya anak dia punya. Jelas diwajah itu terpamer riak sedih dan gelisah. Dia turut sedih melihat nasib anaknya ini yang sering ditimpa pelbagai ujian dan dugaan dalam usia muda. Namun dia bangga dengan arash. Sehingga kini arash tabah dan redha menjalani segala dugaan yang dikirim allah untuknya.
"Kalau arash risau, call dia." Tenang suara si ibu berkata.
"Tak boleh ibu. Abang angkat dia dah ambil handphone hanni." Kening puan munirah berkerut. Macam ada yang tak kena sahaja. Kenapa abang angkat hanni rampas handphone hanni?
"Kalau macam tu, call hanna." Cadang puan munirah lagi.
Arash mengangguk. "Arash cuba bu." Handphone diambil dan nombor laurah di dail.
Tidak sampai 20 saat panggilannya berjawab.
"Hello laurah..."
"A..arashh"
Suara laurah kedengaran seperti serak lepas menangis. Dengar je suara laurah macam tu buat arash tambah risau.
"Laurah..kenapa ni? Kenapa awak nangis." Terdengar esak tangis laurah dihujung talian.
"Layrah...di.dia.." Suara laurah tenggelam timbul kerana menangis.
"Layrah kenapa laurah?? Cepat bagitahu saya!?" Desak arasg tak sabar.
Puan munirah mengusap- usap lembut belakang badan arash. Agar arash lebih bersabar.
Arash menarik nafas dan mengembus perlahan.
"Okeyy laurah saya mintak maaf. Layrah kenapa laurah? Please jangan buat saya macam ni." Rayu arash. Dia meraup rambutnya ke belalang. Cuba menenangkan gelora hati.
"Layrah di...dia ada dekat dalam wad ..ke..kecemasan" sekali lagi esak tangis laurah terhambur di hujung talian.
"Apa!!?" Suara arash separuh menjerit membuatkan ibunya terkejut.
"Arashh...perlahan sikit suara tu. Nanti mama dengan papa terjaga." Tegur puan munirah pada arash.
Arash meraup kasar wajahnya.
"Okeyy..laurah, awak kena tolong saya. Dalam 10 minit saya sampai."
Mendengar persetujuan laurah, arash terus menamatkan talian.
"Ibu arash pergi dulu."
__________________
Suasan di hospital amat cemas. Sudah setengah jam layrah berada di dalam wad kecemasan.
Datin Seri Dayang duduk di kerusi yang telah disediakan di ruang menunggu. Dato' Syukor pula duduk disebelah isterinya. Bahu isterinya dipeluk erat. Bagi menyalurkan sedikit kekuatan yang dia punya. Namun dia juga tidak lah beberapa kuat untuk semua ni.
Asyraff berdiri dan bersandar pada dinding hospital. Kepala ditundukkan memandang lantai. Hatinya cukup risau dengan keadaan adiknya yang satu itu.
Laurah pula duduk dikerusi menunggu jauh dari keluarganya. Dia betul- betul kecewa dengan sikap keluarganya yang pentingkan diri itu. Namun dalam sisi yang lain dia cukup risaukan keadaan layrah. Dari tadi dia tak habis- habis berdoa agar layrah tak akan apa- apa.
Tiba- tiba handpone laurah berbunyi minta di angkat.
Arash!
Cepat- cepat butang hijau dileretkan.
"Hello arash."
"Awak dekat mana?"
"Tingkat 3"
"Okey, saya datang sekarang."
Talian di matikan oleh arash.
Tak sampai seminit arash sudah muncul di hadapan laurah.
"Laurah...layrah macam mana?" Soal arash cemas. Laurah menggeleng tak tahu.
"Doktor tak keluar lagi." Jawab laurah pendek.
Arash mengeluh berat. Pandangan diterbangkan pada ahli keluarga dato' syukor. Jelas riak diwajah mereka sungguh gelisah. Hinggakan kehadirannya disitu tidak mereka perasan.
Tiba- tiba pintu wad kecemasan terbuka. Orang pertama yang berlari ke arah doktor adalah asyraff, barulah di ikuti dengan yang lain.
"Doktor, adik saya macam mana?" Soal asyraff cemas. Doktor itu tersenyum pahit.
Senyuman itu membuatkan mereka semua jadi takut.
"Layrah mengalami tekanan yang agak kuat dan dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, dia dah lepas daripada masa kritikal dia." Terang doktor lelaki dihadapan mereka dan semua mengucap syukur.
"Bila kami boleh tengok layrah, doktor?" Soal datin seri dayang.
"Lepas ni kami akan memindahkan layrah ke dalam wad biasa. Tapi hanya dua orang sahaja yang boleh jenguk dia dalam satu masa. Kami tak nak pesakit rasa terganggu jika terlalu ramai orang di dalam wad." Sempat doktor itu memberi peringatan.
"Baik doktor." Jawab dato' syukor.
Arash hanya berdiri di belakang mereka dan mendengar penerangan doktor setelah itu dia terus beredar tanpa sempat keluarga itu perasan akan kehadirannya. Memang dia tidak mahu mereka perasan.
"Kalau macam tu saya pergi dulu, dato', datin." Doktor itu terus berlalu dari situ.
Mereka semua kembali duduk dengan hati yang agak tenang.
"Semua ni salah daddy, mummy dengan abang! Kalau semua tak paksa layrah pergi london, layrah takkan sakit macam ni!! Sekarang korang puas!!? Ha!!? Puas tengok layrah terlentang sakit macam tu..!!?" Hambur laurah pada keluarganya. Setitis air matanya tumpah lagi.
"Korang semua selfish! Semua pentingkan diri!!" Sambung laurah dan terus berlalu dari situ.
Pemergian laurah dihantar dengan pandangan mata ahli keluarganya.
Mereka semua mengeluh berat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai..haii...haiiii, hehehe lia comeback. Sory guys lia lmbt update. Lia sebenarnya kekeringan idea plus agak bz skit.
Demi tak nak hampakan korang semua, lia usaha jgak untuk update citer ni..
Kesian layrah kan? Terpaksa tanggung beban masalah dan derita penyakit yang dia hidapi. Haishhh...pape pon klau nak tahu next chapter, kene vote bebanyak dulu. Heheheheee
Happy new year guys!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro