Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 56

Tit!

"Encik asyraff, ada seorang wanita datang nak jumpa encik. Dia kata encik yabg suruh dia datang sini."

Suara zarina setiausaha asyraff yang keluar dari interkom menyentakkan kan asyraff dari menyemak laporan kewangan syarikat.

"Okey zarina. Suruh dia masuk." Arah asyraff melalui interkom.

Tak sampai lima minit terdengar ketukan pintu pejabatnya dari luar. Setelah memberi arahan masuk, pintu itu dikuak dari luar.
Muncul wajah bertudung zarina bersama seorang gadis yang berpakaian agak sendat dan seksi.

Asyaff melorekkan senyuman buat dua manusia itu. Senyumannya dibalas mesra.

"Thanks zarina, awak boleh keluar." Ujar asyraff dengan nada yang bersahaja.

Zarina mengangguk, lalu terus keluar dari bilik itu.

"Hai, saya fikir awak tak jadi datang?" Terdengar tawa halus dari bibir gadis di hadapannya ini.

"Mesti lah saya datang. Tak baik kan, kalau kita hampa kan harapan orang?" Asyraff tersenyum senang dengan jawapan gadis itu.

"Duduk lah..." Pelawa asyraff.

Tanpa banyak bunyi gadis itu terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi yg tersedia di hadapan meja kerja asyraff.

"Ada hal apa awak suruh saya datang sini?" Soal gadis itu lembut. Matanya memandang raut wajah tampan asyraff tanpa di kalih ke lain. Handsome!

"Actually, saya datang sini nak mintak tolong dekat awak." Asyraff bersuara lirih.

"Minta tolong? Awak nak saya tolong ape?" Berkerut wajah gadis itu menyoal.

"Awak ingatkan? Yang awak pernah cerita dekat saya dua minggu lepas tentang arash?" Gadis itu mengangguk.

"Ye saya ingat. Kenapa?"

"Saya nak awak cerita kan balik pasal perkara tu dekat daddy saya, boleh? Awak ada bawak bukti tu sekalikan?"pinta asyraff pada gadis itu. Suara dilirih untuk meraih simpati.

Riak wajah kasihan di pamerkan oleh gadis itu. Dia tersenyum penuh maksud tersirat.

______________

Tok! Tok! Tok!

Ketukan dari luar pintu pejabat dato' syukor menghentikan kerjanya seketika.

"Masuk!"

Pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah asyraff bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya.

"Haa...asyraff duduk." Dia menggamit asyraff duduk di sofa yang terdapat didalam  pejabatnya itu.

Interkom di tekan. "Rabiah, tolong buatkan air. Saya ada tetamu."

"Baik dato'." Kedengaran suara rabiah setiausahanya menjawab. Butang interkom di lepaskan.

Mata di kalih memanfang fua figura manusia yang sudah duduk di sofa sebelum kakinya bergerak ke arah mereka berdua.

Punggung di labuh kan di sofa yang berhadapan dengan mereka.

Melihat wajah papanya yang tenang, asyraff memulakan bicara.

"Daddy, ini aishah. Aishah ni daddy saya."

Aishah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dato' syukor. Namun huluran itu hanya di pandang sepi tanpa di sambut. Dia mengigit bawah bibirnya menahan geram. Dah orang nak baik- baik dia buat muka selenga pulak orang tua ni! Marahnya dalam hati.

Huluran tadi di tarik balik. Riak wajah di kawal. Senyuman plastik di ukir di bibir bagi menutup rasa hati yang hendak memaki.

"Daddy, ini lah orang yang asyraff maksud kan tadi. Dia akan menceritakan segala persoalan yang daddy soalkan tadi." Kata asyraff agak sikit terketar. Wajah tenang daddynya tidak memberi makna yang daddynya itu tidak marah.

"Straight to the point. Cik aishah tahu kan? Apa tujuan cik aishah di panggil datang ke sini." Ujar dato' syukor tanpa berkias. Dia mahu kan jawapan dengan segera. Wajah putih dengan mekap tebal aishah di pandang tajam.

"Saya, sebenarnya ...."

Tok! Toκ! Tok!

Ayat aishah tergantung saat pintu bilik pejabat dato' syukor diketuk dari luar. Terjengul wajah rabiah bersama dulang yang berisi seteko kopi. Dulang tersebut di letakkan di atas meja kecil dan di hidangkan pada setiap orang yang berada di situ.

"Terima kadih biah, awak boleh keluar." Ucap dato' syukor lembut pada rabiah. Wanita yang berumur 30-an itu, setelah kerja menghidangnya selesai

"Sama- sama dato' " rabiah menghadiahkan senyuman manis pada semua yang berada di situ. Semua membalas dengan baik kecuali aishah. Gadis itu menjeling padanya.

Kaki terus melangkah keluar dari bilik pejabat dato' syukor yang luas itu. Naik menyampah pula menghadap gadis sombong yang berpakaian ketat itu. Dengan skirt singkat paras peha, blaus ketat yang menampakkan lurah dadanya, dan berambut perang panjang hingga paras bawah dada.

"Teruskan penerangan awak aishah?" Suruh dato'syukor pada  aishah Setelah kelibat rabiah sudah hilang dari bilik pejabatnya.

"Saya sebenarnya bukan nak masuk campur urusan keluarga dato', tapi sejak saya kenal layrah dan laurah, saya jadi tertanya- tanya siapa mereka yang sebenarnya. Yang paling membuat saya terkejut ialah arash rakan satu sekolah saya dahulu rapat dengan salah seorang anak dato'. Iaitu layrah.
Jadi dengan rasa tertanya- tanya saya cuba cari tahu hubungan mereka.

Dengan bantuan abang sepupu saya, akhirnya saya dapat tahu juga hubungan mereka. Arash dan layrah sebenarnya sudah hampir tiga bulan menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih." Terang aishah dengan lembut dan mempamerkan wajah yang lirih.

"Kalau dato' nak tahu, wajah layrah dan laurah sama persis dengan wajah arwah isteri arash, Sofea Hanni." Perkataan persis ditekankan.

"Arwah isteri?" Soal dato' syukor kaget.

Aishah mengangguk. "Arash pernah bernikah lima tahun lepas."

"Lima tahu lepas?" Semakin kaget dato' syukor di buatnya. Dari duduk bersandar dia terus menegakkan badannya.

"Awak ada bukti? Yang arash pernah bernikah?" Aishah mengangguk. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar pernikahan arash bersama isterinya. Kepingan gambar itu diserahkan pada dato' syukor.

Dato' syukor meneliti setiap gambar yang diberi oleh aishah tadi. Memang benar wajah isteri arash betul- betul serupa dengan wajah anaknya layrah. Jantungnya mula berdetak hebat. Mungkin kah? Kepala di dongakkan memandang wajah anak lelakinya. Kelihatan wajah arash juga agak tegang.

"Semasa arash dapat tahu perkhabaran yang isterinya meninggal didalam kemalangan, dia betul- betul tak dapat menerima kenyataan itu. Dia masih beranggapan yang isterinya masih lagi hidup. Waktu tu dia mengalami kemurungan yang teruk. Sehingga dia terpaksa menangguhkan pelajarannya ke universiti.

Bila saya dapat tahu yang arash dan layrah rapat, saya takut yang arash tak dapat kawal perasaan rindu dia pada hanni." Aishah buat mimik muka sedih. Air matanya yang jatuh cepat- cepat di seka.

"Saya takut arash memperlakukan layrah seolah- olah layrah tu isterinya. Dato' fahamkan maksud saya?" Dato' Syukor mengangguk perlahan.

"Arash dan hanni kawan rapat saya masa di sekolah menengah dahulu. Saya sayangkan mereka berdua, semenjak hanni meninggal saya cuma ada arash. Tapi arash dah tak pernah anggap saya kawan. Dia tuduh saya hendak merosakkan hubungan dia dan layrah pabila saya tegur keakrapan mereka berdua. Saya cuma nak bantu dia je, dato'. Saya tak pernah ada niat jahat dekat dia." Aishah mengangis bersungguh- sungguh bagi memperhebatkan lagi lakonan dia, agar dia dapat kepercayaan asyraff dan dato' syukor.

Dia tahu sedikit sebanyak dato' syukor pasti termakan kata- katanya. Dan dia juga tahu yang mereka mula tidak senang duduk. Mereka pasti gusar jika layrah betul- betul adalah isteri arash. Jika benar, pasti arash dapat membantu layrah memulihkan ingatannya semula dan dia bakal kehilangan layrah dan laurah sekali gus.

Peluh mula merinik di dahinya. Hawa dingin daripada pendingin hawa pejabatnya tidak dapat menghilangkan peluh tersebut.

"Sekarang daddy fahamkan? Kenapa asyraff nekad nak hantar layrah ke london?" Soal asyraff dengan suara yang lirih.

"Daddy faham. Btw thanks aishah, sebab awak dah bagi informasi yang penting untuk keluarga saya." Ucao dato' syukor pada aishah.

Aishah yang sedang menyeka air matanya mengangguk kecil. "Saya yang sepatutnya ucap terima kasih pada dato'. Kalau tak, saya tak tahu macam mana saya nak buat arash sedar." Aishah bersuara sendu.

"It's okey aishah." Asyraff bersuara lembut. "Nah minum dulu sikit. Hilangkan perasaan sedih awak tu." Asyraff menghulurkan secawan kopi pada aishah.

Aishah tersenyum lembut dan mengambil huluran tersebut. "Thanks asyraff " ucapnya lembut.

"Welcome."

Asyraff tersenyum senang. Senang dengan perlakuan lembut aishah.

Suasana sepi seketika.

"Lepas ni awak nak ke mana?" Soal asyraff memulakan bicara.

"Saya nak pergi office daddy saya."

"Ouhh..kalau macam tu biar saya hantarkan." Tawar asyraff beria. Wajahnya seperti bersemangat.

"Tak payah lah saya boleh pergi sendiri. Awak kan tengah kerja?" Aishah pura- pura menolak. Padahal dalam hati beria. 

"Takpe saya boleh hantarkan, kebetulan kerja saya pun dah habis. Bolehkan daddy?" Asyraff minta izin dari daddynya.

Dato' Syukor mengangguk dan tersenyum senang.

"Pergilah aishah, biarlah asyraf tu yang hantar. Lagi pun kami dah ambil masa awak kan hari ni?" Dato' syukor tiada bantahan malah lagi menyokong asyraff.

Aishah tersenyum senang. Laku dia mengangguk. "Sekali lagi terima kasih ye dato'."

"Sama- sama."

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu." Pamit aishah.

"Ehh nak pergi sekarang ke?" Soal asyraff terkejut.

"Haah...saya janji nak datang sana pukul 4 skrng dah dekat pukul empat dah ni. Saya takut lambat pula." Terang aishah.

"Ouhh..kalau macam tu, jom lah kita pergi sekarang." Ajak asyraff.

Aishah mengangguk. Beg tangannya di capai dan dia mula berdiri dari duduknya.

"Daddy, asyraff pergi dulu." Tabgan tua daddy di salam hormat.

Dato' Syukor mengangguk. "Hati- hati bawak kereta tu." Sempat dia beri nasihat pada anak lelakinya itu.

Aradh mengangguk dengan senyuman manis. "Okey daddy. See you at home. Asyraff terus balik tau." Pesan asyraff pada daddy dia.

"Yelah.."

Asyraff dan aishah terus keluar dari bilik office dato' syukor.

"Awak tunggu dekat sini kejap. Saya nak pergi ambil barang dekat office saya." Ujar asyraff sebelum kakinya melangkah pergi ke ruang pejabatnya.

Pemergian asyraff diiringi dengan senyuman sinis aishah.

"Game kita tengah berlangsung sayang. Kau dan isteri kau akan menderita dengan permainan aku ni. Aku bersumpah, yang korang berdua takkan bahagia sampai korang mati!" Ucap aishah penuh dendam. Senyuman sinisnya sentiasa menghiasi bibir.

____________

Layrah menangis teresak- esak. Muka di humban pada bantal agar esak tangisnya tidak kedengaran. Dia melepaskan segalan tangisannya sehingga lah dia puas.

Apabila tangisannya susah reda.  Gelang pemberian arash ketika di tasik dahulu di tatap lama. Gelang yang terukir cantik nama 'Sofea Hanni' di sentuh lembut.

"Macam mana hanni nak hidup tanpa abang, hanni tak kuat abang. Hanni tak kuat!" Air matanya jatuh lagi.

"Jangan nangis hanni, aku ada untuk kau." Satu suara menyentakkan layrah. Dia terus berpaling.

Terpampang wajah lembut kembarnya, laurah. Laurah terus mendekati layrah dan duduk di sebelah layrah.

Dari berbaring, layrah tegakkan badannya duduk menghadap laurah. Wajah terkejut terpamer di muka layrah. Air matanya diseka dengan belakang tapak tangan.

"Kau panggil aku apa tadi?" Soal layrah menyentuh tangan dingin laurah.

"Hanni. Nama kau sebenar kau Sofea Hanni kan?" Soal laurah tenang. Tiada riak terkejut pun di wajahnya.

Soalan laurah membuat detak jantung layrah berdegup laju.

"Laurah...macam mana kau..."

"Aku dah tahu segala- galanya layrah. Segalanya!" Ujar laurah lembut.

"Semuanya? Termasuk...."

"Termasuk yang arash tu suami kau." Sekali lagi layrah terkejut.

"Mana kau tahu semua ni? Aku tak pernah cerita apa- apa pasal ni?" Soal layrah pada laurah dengan penuh tanda tanya.

Laurah bangkit dan mengunci pintu bilik layrah. Takut kalau ada siapa- siapa yang terdengar perbualan mereka. Lalu dia kembali duduk disebelah layrah.

Laurah mengenggam kembali tangan layrah yang agak lembab dek air matanya tadi.

"Layrah...aku dah tahu lama yang kau sebenarnya Hanni Sofea, isteri yang arash nikahi lima tahun lepas. Dan aku juga tahu yang kita ni bukan adik beradik." Ayat terakhir laurah membuatkan layrah keliru.

'Maknanya laurah masih tak tahu yang kami sememangnya kembar.'

"Kau yakin ke yang kita bukan adik beradik, laurah?" Soalan layrah membuatkan laurah berfikir. Dia menunduk sejenak sebelum menatap wajah layrah.

"Aku tak tahu lah, layrah. Itu satu persoalan yang masih buat aku keliru. Kau rasa macam mana?" Layrah tersenyum kelat sebelum menggelengkan kepala.

"Laurah...sejak bila kau tahu semua ni?" Layrah cuba menukar topik.

"Sejak kau suruh aq berlakon jadi kau." Dahi layrah berkerut.

"Macam mana?"

Laurah menarik laci meja lampu tidur bahagian bawah sekali. Tempat dia menyembunyikan ubat- ubat layrah tempoh hari. Beberapa keping gambar dikeluarkan dari laci tersebut.

"Dari sini lah aku tahu siapa kau yang sebenarnya." Laueah menyerahkan gambar- gambar tersebut pada layrah.

Layrah menyambut huluran laurah dengan tangan yang terketar.

Gambarnya semasa bernikah dengan arash ditilik. Kemudian beberapa keping gambar bersama sarah, qisya, liyana dan empat orang lelaki sahabt arash semasa zaman sekolah menjadi santapan mata dan akhir sekali gambar keluarganya.

Menitis air mata layrah, gambar bersama keluarganya di tatap rindu.

"Aku rindu dengan diorang, laurah. Rinduuuu..sangat. Aku rindukan mama." Berjuraian air matanya jatuh.

Sebak hati laurah melihat layrah bergitu. Tak sangka selama ini layrah menyimpan beban kerinduan yang sangat berat. Di luar dia nampak gembira tanpa masalah, tetapi di dalam hatinya hanya layrah sahaja yang tahu.

Bahu layrah disentuh lembut. "Nanti aku bawa kau jumpa diorang ye?" Laurah cuba memujuk.

Layrah menggeleng. "Aku tak boleh jumpa diorang, laurah. Tak boleh...." Dia mengetap bibir menahan rasa. Rasa rindu yang telah menebal di dalam hati.

"Kenapa macam tu pulak?" Soal lautah hairan. Takkan nak jumpa  mak dan ayah sendiri tak boleh kot. Agak- agak lahh!

"Belum masanya lagi. Aku cuma boleh tengok diorang dari jauh. Aku nampak papa aku, dia duduk atas kerusi roda. Papa dah tak macam dulu, sekarang dia dah kurus, muka papa langsung tak menunjukkan yang papa tengah happy. Setiap masa murung je...entah apa yang papa fikir aku pun tak tahu.

Mama pun lebih kurang jer...cuma bezanya mama tak duduk atas kerusi roda. Muka mama nampak cengkung. Nampak macam tak bermaya. Aku risau kalau mama sakit. Aku tak nak mama sakit, laurah. Aku tak nakk.

Biar aku sorang je yang sakit. Aku sanggup tahan sakit ni dari pada tengok mama dengan papa yang sakit. Tengok mereka sakit lebih membuatkan aku lebih menderita berbanding derita menahan sakit leukimia ni." Ujar layrah dengan tangisan yang makin melebat. Terhenjut- henjut bahunya kerana menangis.

Makin libu hati laurah melihat layrah begitu. "Sabarlah layrah...nanti mesti ada jalan untuk kau dapat jumpa mama dengan papa kau depan- depan. Mesti ka...."

"Macam mana aku nak sabar!? Haa? Cuba kau bagitahu aku, macam mana aku nak sabarr!?? Abang dah buat keputusan nak hantar aku pergi london, dia sengaja nak hantar aku jauh- jauh sebab nak pisah kan aku dari arash! Tapi dia langsung tak sedar yang dia buat aku jauh daripada mama dengan papa." Suara layrah naik seoktaf. Apa yang terbuku dihati dia kekuarkan di hadapan laurah.

"Aku tak boleh, laurah..aku tak boleh. Aku tak nak pergi london, aku nak duduk sini, aku nak dekat dengan papa, dengan mama. Aku tak nak jauh dari diorang." Suara layrah mula rendah. Rintihan demi rintihan keluar dari mulutnya.

Laurah mendekati layrah dan terus memeluk erat tubuh itu. Bahu layrah diusap lembut bagi nenenang kan gadis itu.

"Aku janji layrah, aku janji. Aku akan tolong kau sedaya upaya aku untuk halang kau daripada pergi london. Aku tak sanggup nak berpisah dengan kau....tapi bila tengok kau macam ni, buatkan hati aku jadi sakit. Aku sayangkan kau. Aku takkan sesekali biarkan sesiapa pun sakitkan hati kau! Itu janji aku!" Kata laurah penuh makna. Air mata layrah dikesat lembut.

Layrah terkedu dengan ucapan laurah. Dibiarkan sahaja jari laurah mengesat air matanya. Matanya memandang tepat pada anak mata laurah. Dia nampak ketulusan ucapan laurah tadi dari sinar mata gadis itu.

Sungguh dia tidak sangka sedalam itu kasih sayang laurah buatnya. Kasih sayang yang selalu di impikan dari seorang saudara seibu dan sebapa.

Terus tubuh kembarnya itu di peluk erat kembali. Seperti mereka hendak terpisah jauh. Air mata mereka berlinangan dalam pelukan.

"Aku pun sayangkan kau, laurah. Aku sayang kau sangat- sangat."
'Ya allah, sungguh berat ujian yang engkau berikan ini. Namun aku tabah menghadapinya, aku redha dengan semua ujian yang telah engkau berikan padaku. Kuatkanlah hati ini ,ya allah. Hanya engkau sumber kekuatan bagiku.' Doa layrah dalam hati.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Huhuhu! Kali ni kita main emosi sikit 😭 apalah nasib layrah dengan arash lepas ni kan?

Apa lagi rancangan jahat si aishah tu? Suka sangat mengacau kebahagiaan orang lain! Jom ramai2 rejam aishah dengan batu..!! Hahaha! 😂😂

Untuk next chapter, mcm biasalahh kne vote bnyak2 😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro