Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 55

"Apa mummy cakap? Mummy restu hubungan diorang?" Soal asyraff dengan wajah tak puas hati.

"Lepas apa yang dia hasut layrah buat benda yang bukan- bukan ni, mummy still nak maafkan dia? Siap restu hubungan dia dengan layrah lagi? Mummy fikir apa ni mummy?" Berang asyraff. Dia menoleh ke arah arash dan kawan- kawannya yang lain.

"Ehh arash! Aku pernah warning kau kan? Jangan pernah dekat dengan adik aku lagi. Aku penatlahh bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau ni...kau dengar sini baik- baik...lepas ni, aku akan pastikan yang kau dengan kawan- kawan kau ni, takkan pernah dapat jumpa adik aku lagi! Bahkan dengar suara dia pun korng takkan dapat!" Lantang asyraff bersuara.

"Abang!! Apa semua ni!? Adik dah besar lahh...adik bukan budak kecil lgi yang boleh abang arah- arah sesuka hati abang!" Layrah pula yang menjerit tak puas hati.

Dia betul- betul tak puas hati. Dia takkan biarkan abang asyraff pisah kan dia dari arash. Arash suami dia, takkan ada yang dapat pisahkan mereka kecuali ajal!

Asyraff menoleh memandang layrah yang mukanya sedang merah. Tak tahu lah merah kerana marah atau lepas nangis.
"Abang akan hantar adik belajar dekat London. Duduk dengan aunty sherry dekat sana. FAHAM!!" Jerkah asyraff kuat.

Dia betul- betul tak puas hati. Amarah telah memakan kewarasan dirinya. Tangan dan kakinya sejak tadi menggeletar menahan amarah. Penumbuk di kepal sehingga timbul urat- urat lengannya.

Layrah aku punya. Dan sampai bila- bila dia tetap aku punya. Kau jangan mimpi nak dapat adik aku lah arash!

"Mummy! Please mummy, adik tak nak belajar dekat london. Adik tak nak pergi london. Mummy tolong lah adik.." Rayu layrah pada mummynya. Air mata sudah berjuraian jatuh ke pipi. 

Datin seri dayang diam tanpa berkutik. Jujur dia juga tidak mahu layrah jauh darinya. Sayangnya pada layrah sudah betul- betul mendalam. Namun dia tidak mampu menolak keputusan asyraff. Asyraff seorang yang agak baran. Salah cakap binasa jawapnya. Hanya suaminya sahaja yang mampu mengawal asyraff.

Pandangan di kalih ke kembarnya pula. "Laurah...tolong lah aku..aku tak nak pergi london..tolong lah cakap dekat abang asyraff.." Dia menggoncang- goncangkan tangan laurah minta simpati.

Laurah memang tak boleh tengok layrah begini. Dia sudah terlalu sayangkan layrah.  Hatinya turut sakit bila layrah sakit. Dia betul- betul dapat rasakan kesedihan layrah tika ini.

"Abang...abang tak kesian ke dekat layrah. Dia sakit tau bang, abang sepatutnya lebih prihatin pada dia. Bukan buat dia macam ni." Laurah bersuara agak tinggi pada abangnya.

"Diam!! Di sebabkan abang prihatin dan sayang dekat dia lah abang hantar dia pergi london. Dekat sana pelajaran dia lebih bagus daripada dekat sini. Dan teknologi perubatan dia lebih canggih. Layrah boleh belajar dan berubat dekat sana. Dan dia akan ke sana hujung bulan ni! NOKTAH!" Perkataan 'noktah' ditekankan. Lalu dia terus mengangkat kaki pergi dari situ.

Baru sahaja kaki melangkah keluar dari bilik, dia berpaling semula. "Lagi satu..semua urusan pemindahan adik biar abang yang uruskan. Dan kau arash, kau dengan kawan- kawan kau tataplah muka adik aku puas- puas sekarang, lepas ni kau takkan dapat jumpa dia lagi dahh." Ujar asyraff sinis pada arash dan kawan- kawannya.

"Mummy, abang balik office dulu." Ujarnya pada datin seri dayang sebelum dia berlalu dari situ.

Layrah terasa lututnya mula longgar. Jantungnya seakan terhenti mendengar keputusan asyraff buatnya. Dia terduduk di tempat dia berdiri.

Berjuraian air matanya turun membasahi pipi. Dia menangisi nasib yang menimpanya kini. "Abang kejam! Abang tak pernah nak faham perasaan adik. Adik benci abang!! Aku benci abang asyraff!!" Jerit layrah sekuat hati.

Qisya, sarah dan liyana turut mengalirkan air mata. Ya allah ujian apa lagi yang engkau turunkan pada sahabatku ini!

Mereka bertiga terus menghampiri layrah. Tubuh itu di peluk erat. "Sabar..weyh, sabar. Aku yakin mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Yang pasti sekarang ni kau kena sabar." Suara liyana bergetar. Dia cuba memujuk sahabatnya itu.

"Kau kena ingat, kitorang sentiasa ada dengan kau walau apa jua keadaan sekalipun." Tambah sarah menenteramkan hati layrah.

"Aku sayang kau!" Ujar qisya pula. Sempat dia menyeka air mata layrah. Namun air matanya jatuh berjuraian.

'Mama, papa, hanni rindukan mama dengan papa. Hanni nak peluk mama dengan papa' rintih layrah dalam hati yang lebu.

Zahid menepuk- nepuk bahu arash tanda suruh bersabar. Ujian yang sahabatnya lalui ini bukan lah ujian yang ringan. Tetapi ujian yang sangat berat.
Sungguh dia kasihan kan pasangan suami isteri itu.

"Lepas satu, satu masalah yang datang, zahid. Aku penatlah macam ni." Air mata lelaki jatuh jua.

"Sabar lah, arash. Ingat, setiap ujian allah pasti ada hikmahnya. Yang penting sekarang kau kena tabah menghadapi dugaan ni." Irfan cuba menasihatkan arash.

Hanya nasihat yang dapat dia berikan. Dia tidak mampu membantu lebih. Sedih hatinya melihat arash bergini. Tapi ini belum setanding dengan keadaan arash sewaktu kematian hanni.

Terharu datin seri dayang melihat lapan sahabat yang ada dalam biliknya ini. Dia tidak menyangka yang layrah mempunyai kawan- kawan yang betul- betul baik. Mereka menjaga antara satu sama lain.

Tiba- tiba dia terasa ada pelukan di tubuhnya. "Mummy, adik tak sanggup tengok layrah macam ni. Please mummy, cakap dengan abang yang mummy tak nak layrah pergi. Adik tak nak layrah pergi mummy, adik sayangkan layrah." Teresak- esak laurah menangis di bahu mummynya.

Datin Seri Dayang mengelus lembut bahu anaknya. "Nanti mummy minta tolong dengan daddy. Biar daddy yang cakap dengan abang, ya sayang." Ujar datin seri dayang lembut.

Laurah mengangguk perlahan. Buatlah apa pun yang penting jangan bagi layrah jauh darinya. Dia tak sanggup. Terasa ada kucupan hangat di ubun- ubun. Dia biarkan sahaja. Pasti mummynya yang menciumnya.

Pandangan di kalihkan ke arah layrah yang sudah terduduk sambil berpelukkan dengan kawan- kawanya. Kau beruntung layrah, semua sayangkan kau. Termasuk aku. Desis hatinya. Sekali lagi air matanya jatuh.

_________

"Keputusan apa yang asyraff buat ni? Asyraff sedar tak yang layrah tu sakit? Kenapa buat dia macam tu!? Ini bukan cara itu asyraff hukum dia sebab dah tipu kita!" Bergema suara lantang dato' syukor di dalam ruang kerja asyraff yang sederhana besar itu.

Asyraff diam membatu, menerima semua amarah daddynya. Kejadian petang kelmarin di bilik hotel keluarganya terlayar kembali di ingatan.

Kebetulan waktu tu dia baru sahaja lepas meeting dengan client dekat hotel daddynya dan secara tak sengaja dia ternampak adiknya bersama kawan- kawan dia seperti bergegas ke bilik hotel. Dari situ dia buat keputusan untuk mengekori layrah yang disangka laurah.

"Asyraff buat semua ni bersebab daddy. Asyraff bukan buat keputusan yang membuta- tuli." Asyraff mula bersuara apabila melihat daddynya sudah berdiri menghadap tingkap pejabat dan memandang ke luar. Melihat pemandangan dari tingkat 21 itu.

"Bersebab? Sekarang daddy nak tahu apa sebab arash sampai buat keputusan macam ni?" Intonasi suara dato' syukor sudah mula turun.

"Sebab asyraff tak nak layrah dekat dengan arash." Terpanar dato' syukor mendengar jawapan anak lelaki tunggalnya itu. Apa salah arash sampai dia nak jauhkan layrah dari arash. Sepanjang dia mengenali arash, kawan layrah yang satu itu, dia dapat melihat yang arash bukan lah jenis yang berperangai tidak elok dan jahat. Dari mata kasarnya arash adalah lelaki  yang baik dan pandai hormat orang sekeliling, terutamanya orang tua.

"Apa masalahnya, kalau layrah dekat dengan arash? Arash tu budak baik. Dia tak pernah pun buat salah apa- apa pada layrah atau keluarga kita. Lagi pun mummy kenal dengan keluarga arash tu. Mummy kata semua keluarga dia baik- baik. Jadi apa salahnya kalau arash dekat dengan layrah? Papa suka tengok diorang rapat macam tu." Dato' Syukor betul- betul faham dengan cara pemikiran anaknya itu.

Asyraff terasa dadanya seperti di tikam bila dengar yang daddynya suka kalau layrah rapat dengan arash.

"Arash dekat dengan layrah cuma untuk mempergunakan layrah. Dia buat semua ini untuk kepentingan dia sendiri, daddy. Asyraff tak nak suatu hari nanti layrah akan kecewa. Itu akan bagi tekanan yang buruk untuk layrah." Ujar asyraff cuba meyakinkan daddynya dengan keputusan yang dia dah buat.

Daddy kena tahu semua tentang perkara ni. Dia tak nak dengan daddy dia sekali arash nak pergunakan.

"Mempergunakan apa ni? Daddy tak faham? Apa bukti asyraff yang arash tu mempergunakan layrah?" Soal dato' syukor lagi. Dia sudah cukup pening dengan semua ni. Dia duduk kembali di kerusi hadapan meja kerja anaknya itu.

"Mungkin asyraff takde bukti. Tapi ada seseorang yang boleh buktikan apa yang asyraff kata ni betul." Asyraff memandang mata daddynya dengan penuh pengharapan. "Sekejap, asyraff suruh dia datang office untuk terangkan semua dekat daddy."

Dato' Syukor terus berdiri dari duduknya. "Okey, daddy nak dengar semuanya. Ini amaran daddy, kalau daddy dapat tahu yang asyraff cuba tipu daddy. Daddy tahu apa yang daddy nak buat." Kakinya mula melangkah keluar dari ruangan kerja anaknya itu. Namun sebelum dia keluar dia sempat berkata "nanti kalau orang yang asyraff katakan tu dah sampai, suruh dia masuk bilik daddy dan asyraff kena ikut sekali." Kaki terus melangkah keluar sebelum sempat asyraff menjawab.

Asyraff mengeluh berat. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerjanya yang agak empuk itu. Mata menerawang memandang siling ruang kerjanya.

Kemarahannya pada arash semakin menggunung. Dulu sewaktu dia nampak layrah sungguh gembira bersama arash, dia pernah terfikir untuk relakan layrah pada arash asalkan adiknya itu bahagia. Setelah dia dapat tahu segala permainan arash terhadap adiknya itu, dia bertekat untuk merebut layrah dari arash. Dia takkan sesekali membiarkan arash menyakiti layrah! Tak akan!

Handphonenya di atas meja di capai. Nombor seseorang di dail sebelum melekapkan handphonenya ke telinga.

"Hello......"

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Opss! Asyraff call spe tuhh?
Klau nak tahu vote bnyak2 dulu...hehehe!

And sorry sebab lia lmbt update, lia bru start kje. Jdi prngai kne lah tunjuk yg elok cikit ye dok? Ni pun lia smpt update sbb curi2 main fon hahaha... Please jangan kecam lia 👉👈

#liajahat😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro