Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 54

Okeyy..jumlah vote chapter 53 tu, sebenarnya belum cukup memuaskan lagi.

Tapi demi tak nak hampakan para readers sekalian, lia updatekan juga next chapter!

Selamat membaca!!

________________________________

Mereka berlapan berkumpul di parking lot resort. Semua sudah bersiap sedia untuk bertolak balik ke kuala lumpur.

"Sedihnya..kita dah nak balik. Aku tak puas lagi weyh duduk sini. Dekat sini tenang je..." Qisya bersuara.

"Tulah...aku pun suka duduk dekat sini. Rasa berat pulak hati ni nak balik KL." sampuk sarah pulak.

"Aku pun tak nak balik KL..." Layrah join sekaki.

Mereka bertiga berpelukkan seperti tak hendak berpisah.

"Huhuhu...nanti aku dah jarang dapat jumpa korang." Luah layrah.

Mereka buat- buat suara sedang menangis bersama- sama.

"Sebab tu lah aku tak nak balik KL aku nak dekat dengan kau..." Luah qisya pula.

"Huhuhu...." Makin kuat pulak pakonan mereka ni.

"Hoii..kalau nak berdrama bukan dekat sini tempatnya." Celah azim.

Suara azim mematikan suara menangis mereka bertiga. Liyana jadi penonton jelahh. Tak rela jadi tiga suku macam diorang.

Mereka angkat kepala. "Hishh..biarlahh nak berdrama ke..meraung, manangis sekali pun...bukannya menyusahkan kau pun!!" Berang qisya. Potong fell betul lah mangkok ayun ni! Sekali aku hayun mangkuk dekat kepala kau baru tahu!

#qisyakejam..muahahaaa

Bibit- bibit pergaduhan sudah mula berbunga kembali.

Qisya dengan azim saling berbalas renungan tajam.

"Opp!!! Kalau korang nak buat movie triller bukan dekat sini ye..." Suara zahid menamatkan sesi renung merenung itu. Kalau renungan menggoda takpe jugak. Ini renungan macam nak mulakan sesi wrestling!

Yang lain sudah tergelak kecil. Qisya dengan azim ni memang tak boleh nak berdamai langsung. Asal jumpa saja mesti ade benda yang nak di gaduhkan.

Tiba- tiba ringtone phone layrah berbunyi. Handphone dikeluarkan dari poket seluar jeansnya.

Laurah?

"Siapa call?" Tanya arash.

"Laurah." Jawan layrah singkat

"Angkatlah"

Layrah mengangguk. Butang hijau dileretkan.

"Hello laurah! Asal kau call aku?"
"Layrahh..."

"Ye..kenapa ni? Asal suara kau macam tengah menangis?" Layrah jadi cemas.

Terdengar esakkan tangis laurah di hujung talian.

"Laurahh..jangan lah buat aku takut. Cakap lah dekat aku...jangan lah nangis lagi." Layrah cuba memujuk.

"Mummyy..."

"Asyara layrah!!"

Tersentak layrah mendengar suara keras mummynya. Maknanya mummy dah tahu segalanya. Mummy dah tahu lakonan mereka?

"Mum...mummy."

Perkataan 'mummy' yang keluar dari mulut layrah mematikan tawa mereka semua.

Tujuh pasang mata menghala ke arah layrah.

"Adik buat apa ni dik? Adik tahu takk perkara yang adik buat ni boleh buat abang marah besar?"

Liur ditelan kesat. Habislah aku!

"Mummy adik sebenarnya..."

"Sebenarnya apa? Haa? Mummy tak kira adik kena balik juga hari ni. Mummy tak nak abang tahu perkara ni. Bila sampai KL jangan balik rumah dulu. Mummy tunggu adik dekat hotel daddy. Faham!!" Arah Datin seri dayang dari hujung talian.

Air mata yang di tahan dari tadi gugur juga. Layrah kesat air matanya dengan hujung jari.

"Ba...baik mummy. Adik balik sekarang." Akur layrah. Suaranya cukup pilu.

Talian dimatikan serta merta. Layrah merenung jauh kedalam skrin handpone yang sudah gelap.

Air matanya gugur lagi. Mummy betul- betul marahkan aku. Apalah nasib kau dekat sana laurah? Maafkan aku sebab libatkan kau dalam hal aku.

Arash tarik layrah kedalam dakapannya. Makin kuat tangisan layrah.

"Shh...dah jangan nangis. Abang tolong sayang nanti okey?" Arash cuba memujuk. Namun hanya tangisan layrah yang menjawab.

Dia membiarkan layrah melepaskan tangisan di dadanya. Semua salah aku. Kalau aku tak cadangkan idea bodoh ni dekat Hanni, mesti semua ni takkan jadi. Maafkan abang sayang. Maafkan abang..maafkan abang. Arash mencium ubun- ubun layrah yang diselindungi di sebalik shawl yang di pakainya.

Yang lain memandang pilu. Lagi- lagi pasangan ini mendapat dugaan. Entah bila bahagia akan menyapa mereka berdua. Sedih hati mereka semua melihat layrah dan arash.

____________

Sampai je di Kuala Lumpur mereka semua memandu ke arah Zawiko's Hotel. Hotel itu adalah salah satu hotel milik dato' syukor.

Setelah sampai di hotel tersebut. Mereka semua memandu masuk kedalam parking basement.

Semua keluar dari kereta dan berkumpul di kereta satria hanni.

"Abang...hanni takutlah." Ujar layrah. Lengan sasa arash di peluk erat.

"Hanni, tak payah takut. Abang ada. Abang hantar hanni sampai dekat bilik okey? Abang teman hanni." Kata arash bagi menyedapkan gelojak jiwa isterinya.

Layrah mengangguk.

"Betul hanni. Kitorang back up kau okeyy?" Tambah qisya. Sambil mengenggam jemari layrah.

Wajah rakan- rakannya dipandang silih- ganti. Semua memberikan senyuman. Senyuman yang membuatkan gelora hatinya pergi.

Layrah sungguh tersentuh. Dia rasa sungguh dilindungi.
"Thanks korang. Aku beruntung sangat ada kawan macam korang semua." Ujar layrah. Pelukkan pada lengan arash di lepaskan lalu menggenggam tangan qisya dan liyana.

"Takde hal lahh...kita kan kawan? Apa gunanya kawan kalau tak boleh membantu kawan dia yang tengah susah? Kita hadap semua benda sama- sama. Senang sama- sama, susah sama- sama." Celah liyana pula. Kedua lengannya di angkat lalu merangkul bahu layrah qisya.

Bertambah panjang senyuman layrah. Ya allah, terima kasih kerana engkau telah mengurniakan sahabat seperti mereka semua.

Irfan juga merangkul bahu arash. Takkan nak join budak2 perempuan tu pulak kan? Azim juga buat perkara yang sama.

"Betul bro. Kitorang pun ada untuk tolong kau dan hanni." Ujar azim perlahan. Mereka akan bantu pasangan itu sehabis boleh.

Dah tak sanggup nak tengok diorang berdua menanggung dugaan yang berat lagi. Cukup lah kes kemalangan yang memisahkan mereka berdua lima tahun lepas dan perhubungan mereka langsung tidak di sukai oleh asyraff abang angkat layrah.

Arash tersenyum nipis.

"Okey...jom kita naik atas." Layrah bersuara tenang. Dia sudah lebih tenang kini untuk menghadap mummy yang sudah menunggu di atas.

Yang lain mengangguk. Arash mendekati layrah. Jari- jemarinya di tautkan pada jari layrah. Tangan isterinya itu digenggam erat.

Mereka semua berjalan bersama- sama menuju ke lobi utama.

"Kak zu, mummy ada datang tak tadi?" Soal layrah pada Zulaikha. Penyambut tetamu di Zawiko's Hotel.

"Ada...mummy awak ada dekat bilik biasa." Jelas zulaikha ramah. Segaris senyuman di hadiahkan pada anak majikannya itu.

"Terima kasih kak. Layrah naik dulu." Balas layrah lembut.

"Jom naik atas. Mummy aku dah sampai." Ajak layrah pada kawan- kawannya. Lalu mereka terus menapak ke arah lift.

Zulaikha memandang mereka pelik. Dia tidak pernah nampak semua kawan layrah itu sebelum ni. Tapi biarlah... Itu bukan hal aku... Bukan hal aku.. Itu bukan hal aku.

Amboi sempat pula dia menyanyi 😂

Ting!!

Mereka sudah sampai di tingkat 18. Sorang demi sorang keluar dari perut lift.

"Besar juga kan hotel bapak angkat hanni ni?" Bisik sarah pada qisya.

Qisya mengangguk setuju. Hotel milik dato' syukor memang besar. Dekorasinya yang ala- ala perancis itu juga cukup menajubkan. Perfect!

"Tulahh..lawa gila dohh hotel bapak dia ni." Balas qisya.

"Shh..." Liyana letakkan jari telunjuk di bibir tanda suruh diam.

Yang lelaki sudah seperti bodyguard mereka, mengekor dari belakang. Dah lah masing- masing badan tegap dan handsome.

(Omgg!! Lia tak boleh bayangkan 😍😍)

"Hanni..mana satu bilik mummy kau?" Soal liyana.

"Tu...yang paling hujung. Bilik tu memang di sediakan untuk keluar aku. Dan memang kosong. Khas untuk keluarga Dato' Syukor." Terang layrah.

Tiba je depan pintu bilik yang bertanda privasi. Layrah menarik nafas sedalam- dalamnya sebelum menghembus perlahan.

Dengan teragak- agak dia mengetuk pintu bilik tersebut.

Pintu terbuka kecil. Terjengul wajah laurah yang jelas sudah sembab.

"Laurahh...kenapa teruk sangat ni..haa?" Soal layrah prihatin.

"Maafkan aku layrah. Aku gagal jalankan tanggungjawab yang kau amanahkan." Ujar laurah sedih. Air matanya tumpah lagi.

Luruh hati layrah jadinya. Tubuh kembarnya itu dibawa kedalam pelukan.

"Its okeyy. Aku tak salahkan kau. Aku yang patutnya minta maaf sebab dah libatkan kau dalam masalah aku." Ujar layrah dengan nada terketar. Jatuh juga air matanya.

Tiba- tiba pintu terkuak besar. Wajah tegas datin seri dayang terjengul.

Terkejut juga dia bila layrah datang bersama kawan- kawannya yang lain. Dalam hati dia bersyukur kerana layrah berada dalam keadaan yang baik.

"Semua masuk!" Arah datin seri dayang.

Yang lain terkejut dengan arahan mummy si kembar itu. Namun mereka turutkan juga.

Pintu di tutup rapat tanpa di kunci oleh datin seri dayang apabila semua sudah masuk.

Terpegun mereka melihat dekorasi bilik keluarga dato' syukor ini. Sangkaan mereka hanya satu bilik seperti bilik- bilik yang biasa mereka lihat tetapi mereka silap.

Ternyata dalam bilik ini masih lagi ada beberapa buah bilik. Sudah seperti sebuah apartment atau kondominium. Dengan ruang tamu dan ada sebuah dapur yang di sediakan.

"Mummy, adik sebenarnya...."

Belum sempat habis kan ayat mummynya memotong.

"Dah- dah. Mummy tak nak dengar apa- apa penjelasan lagi.  Laurah dah cerita segalanya dekat mummy."

"Adik minta maaf mummy. Bukan niat adik nak buat mummy risau. Tapi adik teringin sangat nak keluar ikut diorang pergi travel.

Sejak semua tahu adik sakit balik...mummy, daddy dengan abang seumpama kongkong adik dekat rumah. Banyak benda yang adik selalu buat semua di larang.

Adik tak suka kena kongkong macam tu. Adik nak bebas, macam dulu. Sebab tu lah bila diorang ajak adik pergi travel, adik nak ikut. Tapi adik conferm mesti ni yang akan jadi. Semua tak izinkan adik pergi.

Jadi adik minta tolong laurah menyamar jadi adik depan mummy, depan daddy, depan abang juga. Bukan adik tak nak bawa laurah sekali, kalau adik bawa laurah. Mesti adik yang kena tinggal nanti." Ujar layrah panjang lebar dengan air mata yang sudah membasahi pipi.

Yang lain memandang layrah dengan sayu. Tak sangka ini yang layrah hadapi di dalam banglo mewah itu. Sangka mereka, sahabat mereka yang satu itu bahagia tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya raya seperti itu. Tapi sangkaan mereka jauh meleset.

Layrah mengalih pandang ke arah laurah. Tubuh laurah di dekati. Dan bahunya di peluk kejap.

"Adik beruntung sangat sebab adik ade kakak kembar macam laurah. Dia selalu faham adik. Tak pernah nak memaksa adik."

Mummynya pula di dekati.

"Please mummy...jangan hukum laurah. Hukum adik sorang sahaja. Laurah tak salah, adik yang paksa dia." Sambung layrah lagi. Dia memandang mummynya dengan wajah minta simpati.

Kali ini dia merayu habis- habisan. Dia tak nak laurah di persalahkan sekali. Biarlah hanya dia sahaja yang dihukum. Dalam hal ni dia yang dapat senang, bukan laurah.

"Mummy please...."

Rayu layrah teresak- esak. Dia melutut dan mencium tangan mummynya.

Semua kaget dengan tindakan layrah. Termasuk datin seri dayang. Dengan sekelip mata rasa marash yang menggunung tadi hilang. Melihat anaknya yang merayu seperti ini umpama menjerat diri sendiri. Dia tak sanggup.

"Layrah berdiri..." Arash datin seri dayang.

Layrah masih dalam posisi yang sama.

"Kalau adik nak mummy maafkan laurah. Adik kena berdiri sekarang." Ujar datin seri dayang agak tegas.

Perlahan- lahan layrah berdiri. Dia menunduk memandang lantai. Tidak mahu melihat wajah mummynya. Dia tahu wajah itu pasti bengis.

"Siapa yang ajar adik buat rancangan sampai macam ni sekali?" Soal mummynya lagi.

"Saya aunty. Saya yang bagi cadangan macam tu dekat layrah." Jawab arash memintas layrah. 

Pandangan datin seri dayang beralih pada arash.

Layrah menoleh. Tak sangka arash akan pertahankan dia seperti itu.

Arash memandang tepat ke anak mata darin seri dayang.

"Maafkan saya aunty, debab lancang masuk camour dalam urusan keluarga aunty. Tapi saya tak sanggup tengok orang yang saya sayang murung di sebabkan hal ni. Jadi saya bagi idea macam ni untuk bantu layrah." Arash bersuara berani. Wajah layrah di kerling.

Datin seri dayang cukup kagum dengan keberanian arash. Dengan itu semua, dia percaya yang arash adalah lelaki yang boleh menjaga dan membahagiakan puterinya yang satu ini.

Layrah memandangnya dengan wajah terkejut. Begitu juga dengan yang lain. Tak sangka yang arash berani meluah isi hatinya di depan datin seri dayang. Ibu angkat kepada layrah.

"Terima kasih..." Ayat yang keluar dari mulut darin seri dayang membuat mereka bertambah terkejut.

"Terima kasih, arash. Sebab sudi jaga anak aunty sepanjang dia ada dengan kamu semua. Aunty restu hubungan kamu dengan layrah.

Aunty pun nak ucap terima kasih pada yang lain,  sebab bawa pergi dan balik layrah dalam keadaan yang selamat." Ujar datin seri dayang lembut. Tiada lagi nada tegas seperti tadi.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Begitu juga dengan laurah dan layrah. Senyuman terukir di bibir mereka. Lalu mereka meluru dan memeluk erat tubuh mummy mereka.

Pelukan itu di balas datin seri dayang.

Yang lain ikut tersenyum senang. Alhamdulillah...kes hanni dan mummy dia dah settle!

"Thanks mummy! Thank you so muchhh." Kata layrah dalam pelukan mummynya.

"I love you mummy!" Luah laurah pula.

Belum sempat datin seri dayang membalas. Tiba- tiba pintu terbuka dari luar dengan kasar dan terhempas ke dinding.

Terjengul wajah bengis dan menggerunkan milik Asyraff Mikail...

......

|
|
|
|
|
|
|
|
|

Huishh....lagi2 tanda soal? Nampak tak kekejaman lia di situ. Hahahaaa 😂

Macam biasa kalau nak next chapter kena vote bebanyakk!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro