Bab 53
Malam terakhir di langkawi mereka menikmati suasana malam di tepi pantai.
Duduk bersantai di bawah sebuah pondok buluh yang memang tersedia untuk para pengunjung.
Layrah duduk bersadar pada dada arash. Azim bersandar pada tiang pondok bersama gitar di dakapan. Entah lagu apa- apa yang dia duk petik dari tadi.
Irfan melayan kan azim. Zahid dan liyana entah kemana perginya. Tadi kata nak beli air, dah 10 minit tak muncul- muncul lagi. Qisya dan sarah berkongsi handphone, duk layan instagram.
"Hani, kau takde buat lagu baru ke?" Soal azim. Buntu hendak petik lagu apa dari tadi. Sama juga dengan irfan, dari tadi takde idea.
"Asal kau tanya?" Soal layrah kembali. Dengan kerutan di dahi.
Azim tersenyum. "Takde...manalah tahu kau ada buat lagu baru. Lagipun aku suka dengan semua lagu- lagu yang kau buat. Semuanya best." Jawab azim ikhlas. Irfan mengangguk tanda setuju dengan azim.
Dari bersandar layrah tegakkan badan dia. Begitu juga arash. Elok- elok layan mood pantai tiba- tiba keluar soalan macam tu pulak dari azim.
"Kau puji ni...ikhlas ke tak?" Soal arash sarkastik.
"Ikhlas lahh...ape? Kau pikir aku ini tau sakitkan hati orang je ke??" Soal azim sambil menjeling ke arah qisya. Mahu lihat riaksi qisya.
Ternyata qisya menggulingkan bola mata dia tanda meluat. Dengan mulut terkumat- kamit seperti menyumpah seranah azim.
Sarah sudah tahan- tahan ketawa. Kelakar tengok muka meluat qisya. Tersenget- senget mulut dia mengutuk azim. Macam mengajuk balik ayat azim tadi ada jugak.
Azim tersenyum. Comel pulak qisya ni kalau tengah marah. Tak nampak ganas langsung.
"Ada! Tapi tak siap lagi." Jawab layrah tersengih.
Azim terus tersedar daripada terus memandang qisya. Muka dia dah mula memerah. Malu...nasib baik tempat tu agak suram. Takdelah yang nampam muka memerah dia ni.
"Ad..ade...laju otak kau pikir buat lagu baru kan? Bagus! Efektif sangat!" Puji azim gagap. Lalu diserahkan gitarnya pada layrah. Fuhh cover malu!
"Cerr..main sikit. Aku nak dengar lahh" pinta azim.
Layrah hanya menurut. Arash juga terkejut. Bila layrah dapat cipta lagu baru dalam masa sesingkat ini. Baru seminggu mereka berada di langkawi, lyrah berjaya menghasilkan satu lagi karyanya.
Petikan gitar layrah menarik perhatian semua kawan-kawannya. Zahid dan liyana yang baru sampai terus duduk menanti petikan gitar layrah.
Embun menitis...
Di jendela..
Tanda mentari akan tiba..
Nun jauh di sana...
Di balik hati hiba...
Tiada lagi...
Duka dan nestapa...
Tiada lagi gelap gelita.
Hanya senyum di bibirnya..
Terima kasih ohh kekanda
Buat hati ku gembira
Terima kasih semua...
Petikan gitar layrah tiba di penghujung.
Tiba- tiba arash mengambil gitar dari riba layrah. Di petiknya melodi lagu yang baru sahaja di mainkan layrah tadi.
Secara spontan arash menyambung.
Embun menitis...
Di jendela..
Tanda mentari akan tiba..
Nun jauh di sana...
Di balik hati hiba...
Tiada lagi...
Duka dan nestapa...
Tiada lagi gelap gelita.
Hanya senyum di bibirnya..
Terima kasih ohh adinda
Buat hati ku gembira
Terima kasih semua...
Sedang seronok felling main gitar layrah suruh arash berhenti.
"Opp!! Jap..jap, berhenti main gitar tu. Hanni dapat idea." Arah layrah. Kedua- dua belah tangannya di angkat tanda suruh berhenti.
Buku lirik dan pen sentiasa di bawa kemana- mana. Kapau ada idea baru pasti dia akan catat dalam buku tu.
Dalam keadaan samar layrah menulis. Pandangannya agak terhalang.
Dia suruh sarah suluhkan flashlight dari phone sarah. Sarah hanya menurut.
Suasana senyap seketika. Semua mata meluru melihat apa yang hendak di tulis layrah.
Sesekali dia membuai- buaikan jari telunjuknya mencari rentak lagu.
Satu persatu perkataan layrah tulis pada buku itu. Sehingga lengkap lirik sebuah lagu yang sempurna ciptaannya sendiri.
Layrah tersenyum girang.
"Siap!!" Kata layrah terjerit.
"Opocot mak kau kahwin tiga!"
"Ehh nenek kau beranak lapan kali!"
Dan macam- macam jenis latah yang keluar dari mulut mereka.
Hati yang gembira bertambah riang bila dengar latah kawan- kawan dia termasuk inche suami. Terbahak- bahak layrah ketawa.
Dia menekan- nekan perut menahan senak akibat ketawa berlebihan. Hahaha..ada ke statement macam tu? Bantai jelahh 😂
"Hishh...buat aku terkejut jelah minah ni. Nasib baik tak tercampak phone aku ni." Marah sarah.
Yang lain turut menggerutu memarahi layrah. Layrah menyusun sepuluh jari tanda minta maaf. Tak terkeluar suara dia menyebut perkataan maaf kerana menahan ketawa.
Bila ketawanya sudah reda. Wajah kawan- kawannya di pandang silir ganti. Sengihan panjang di hadiahkan.
"Okey...okey sorry. Aku cuma exited je. Sebabbbbbb lagu aku dah siap!!" Ujar layrah bersemangat. Buku lirik tadi diangkat dan ditunjukkan pada yang lain.
"Siap dah? Wahh terror lah kau! Tadi cakap tak siap lagi, touch up sikit- sikit tiba- tiba dah siap pulakk." Kata qisya turut teruja.
Buku lirik layrah diambil. Muka surat lirik yang di tulis layrah tadi dibuka dan di baca.
Belum habis baca lagi, buku tu dirampas oleh liyana pulak.
"Hoii!! Aku belum habis baca lagi lahh!!" Pekik sarah
Liyana buat tak endah. Gara- gara pergi berjalan dengan zahid tadi, dia terlepas cerita.
"Kau buat lagu duet hanni?" Soal liyana.
"Haah, plan nak buat lagu solo. Tapi bila arash sambung tadi...jadi lagu duet lah. Hehehe.." Sengih layrah.
Arash memandangnya seketika. Dia turut tersengih. Beruntung dapat jadi pencetus idea untuk bini sendiri. Hihihi...
"Ouhh..try lah main. Aku nak tahu juga, lagu kau ni best ke tak?" Pinta liyana.
"Meh sini jap aku nak tengok." Arash minta buku lirik layrah.
Setiap tulisan isterinya di baca dengan bantuan cahaya phonenya sendiri.
"Hanni, yang part lelaki ni siapa nak nyanyi?" Layrah yang sedang berbual dengan sarah menoleh.
"Abang lah...siapa lagi." Jawab layrah selamba.
"Abang? Kenapa abang pulak?"
"Yelahh...abangkan pasangan forever hanni." Kata layrah tersimpul malu. Tubuhnya dilentikkan dan dua jari telunjuknya diganding- gandingkan.
Arash tersenyum lebar. Dia mengenyit mata pada layrah. Suka pulak bila layrah macam ni.
Yang lain memandang jengkel. "Eiyy...geli lah aku tengok korang berdua ni. Nak termuntah tau tak." Kata zahid dengan gaya nak muntah.
"Entahnya, gedik betul." Sokong liyana.
Aikk..sehati sejiwa pulak diorang ni. Sejak bila? cer cerita? Sejak kejadian layrah lemas tempoh hari mereka semakin rapat.
Liyana orang pertama yang cuba memujuk zahid daripada terus menyalahkan diri sebagai punca layrah lemas. Dan dengan itu mereka jadi rapat tanpa mereka sedar.
Arash tarik layrah rapat padanya. Lengannya di sangkutkan pada bahu layrah.
"Asal? Jealous ke?" Soal arash menjongket kening ke arah liyana dan zahid.
Yang lain jadi penonton pergaduhan mereka berempat. "Suka hati je. Buat apa kitorang nak jealous? Takde faedah pun jealous kan korang berdua." Sanggah zahid.
"Elehh...dah jealous tu ckp jelahh..." Sampuk azim menyampuk.
Dia sangkutkan siku di bahu zahid. "Mehh..sini aku bagi tips...kalau kau nk jadi macam diorng kene..."
"Kene cepat- cepat jabat tangan tok kadi!!" Meletus tawa mereka semua.
Azim belum habis bercakap irfan dah potong.
Liyana dah tertunduk. Malu- malu meow gitu. Tidak kurang dengan zahid. Dia jugak malu. Masing- masing muka dah memerah.
"Ap..apa bendalah yang korang merapu ni? Aku nak salam tangan tok kadi, nak nikah dengan si...siapa?" Gagap pulak. Asal dengan aku ni???
"Sudah geharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula." Sarah join sekaki. Seronok pulak mengusik merpati yang tak beberapa nk sejoli sangat ni. Hahaa...
Zahid menoleh memandang liyana. Dia tahu gadis itu pasti sedang menahan malu. Sama sepertinya.
"Haa....sudah- sudah. Hanni, cepat lahh main lagu yang kau baru buat ni." Liyana berani kan diri. Dia nak tukar perhatian mereka yang sedang galak mentertawakannya dan zahid.
"Elehh...nak tukar topik pulakk! Okeyy, aku faham perasaan kau. Meh sini buku tadi, aku mainkan." Pinta layrah dengan suara yang masih menahan tawa.
Arash hulur buku tadi pada layrah.
Petikan gitar dari layrah mula berbunyi. Suara ketawa mereka sudah pun reda. Semua mata menghala ke arah layrah.
Alunan petikkan gitar dan suara layrah yang merdu membuatkan mereka terbuai.
_______
"Adikk!! Masa makan ubat.!"
Laurah yang sedang baca novel Jangan Menangis Cinta nukilan dari Siti Rosmizah tersentak.
Air mata yang membasahi pipi di kesat.
Datin Seri Dayang duduk di birai katil bersebelahan dengan laurah.
Dulang yang berisi segelas air suam bersama dua botol ubat diletak kan dia atas meja belajar yang berhampiran dengan katil.
"Adik..kenapa menangis ni? Adik sakit ke? Nak mummy hantar pegi hospital?" Soal datin seri dayang.
Tangan melekap di muka laurah. Wajah gadis itu di belek- belek. Mana tahu hidung dia berdarah lagi.
"Jom kita pergi sekarang!" Datin seri dayang menggenggam tangan laurah seraya ingin berdiri.
Tapi sempat di tahan oleh laurah.
"Mummy...adik tak sakit." Danggah laurah.
"Habistu? Kenapa adik nangis?"
"Ni..."
Tunjuk laurah pada mummynya. Novel yang di baca tadi diangkat. Dia tersengih menunjukkan giginya yabg putih elok tersusun.
"Lahh...menangis sebab baca novel?" Tergeleng datin seri dayang dibuatnya. Baca novel pun boleh menangis. (Lia baca novel sedih pun nangis 😭)
"Hishh..buat mummy panik jelah adik ni...tutup dulu novel tu. Sekarang makan ubat, nanti sambung baca." Arah datin seri dayang.
"Makan ubat? Ermm...takpe mummy letak je ubat tu dekat situ dulu. Nanti adik makan." Dalih laurah.
"No! Nanti- nanti! Mummy nak adik makan ubat depan mata mummy sekarang." Tegas datin seri dayang dengan nada yang lembut.
Laurah dah start terketar- ketar. Tak tau nak buat ape. Riak wajahnya dikawal sehabis baik.
"Alahh..mummy sama je kan? Kalau adik makan depan mummy atau belakang mummy. Yang penting makan jugak." Laurah cuba berdalih lagi.
"Asyara Layrah!"
Fuhh mummy kalau dah sebut nama penuh conferm no excuess!
"Okey mummy..." Balasnya mendatar. Nak tak nak dia kena sumbat juga ubat tu dalam mulut.
Datin seri dayang mengambil botol- botol ubat itu dan serahkan kepada laurah.
Laurah mengeluarkan dua biji ubat dari setiap botol tersebut.
Mummynya sudah sedia dengan segelas air di tangan.
Laurah teragak- agak hendak menyuap biji- biji ubat itu kedalam mulut. Dan tiba- tiba.
Tok tok tok
"Datin, di bawah ada Encik Marzuki nyari datin. Dia kata dia tak bisa lama- lama. Ada urusan lain lepas ini." Celah Bik Surti.
Suapan laurah terhenti. Mereka berdua menoleh ke arah bok surti.
"Suruh dia tunggu sekejap ye bik." Pinta datin seri dayang.
Bik surti mengangguk dan terus berlalu meninggalkan ibu dan anak itu.
"Mummy turun dulu. Makan ubat tu. Mummy tak nak tangguh- tangguh. Faham!" Huahh..arahan diktator mummy dah keluar. Inilah sikap mummy yang menurun ke abang asyraff.
"Baik boss" kata laurah dengan senangnya sambil menabik pada datin seri dayang.
Dia menghantar pemergian mummynya dengan pandangan mata.
Pap!
Pintu bilik tertutup. Fuhh...apalah nasib aku jadi macam ni. Haishh...layrah!! Balik lah cepat!!!!
Dia mengeluarkan dua botol kecil seperti botol ubat dari dalam laci meja lampu tidur. Botol yang di sorokkan di dalam lubuk laci agar tiada yang menjumpainya.
Biji- biji ubat itu di masukkan mengikut jenis kedalam botol- botol tersebut.
Setiap kali tiba waktu untuk minum ubat dia pasti akan simpan ubat- ubat itu ke dalam botol tersebut.
Dia tak sanggup nak buang ubat- ubat tu. Jadi dia simpan dalam botol tu. Ustazah pesan tak elok membazir. Tu amalan setan!
Bila dah selesai. Botol- botol itu disimpan kembali ke tempatnya.
Bila fikir- fikir balik. Aku ni pandai juga kan berlakon. Dari hari first aku jadi layrah tak pernah kantoi. Sampailah hari ni. Ada bakat jadi pelakon rupanya aku ni! Ahaks... Ter'over' hahahaa
Gelas yang berisi air suam tadi diambil dan di minum sampai tinggal suku. Biar mummy percaya yang dia dah makan ubat- ubat tu semua.
Jam di dinding dikerling...dah dekat pukul 6. Baik aku mandi sekarang. Nanti boleh sambung baca novel ni. Huhuhu...kesian Cinta kena caci dengan ayah dan nenek dia sendiri 😭.
Laurah terus bangkit dan mencapai tuala mandinya lalu memboloskan diri kedalam bilik air.
15 minit kemudian dia keluar dari bilik air dengan rambut yang basah dan berkemban.
Pintu almari dibuka. Dia menilik satu- satu baju yang hendak di sarung ke badan.
Tiba- tiba pintu biliknya dibuka dari luar oleh mummy dia.
"Adikk...dah makan ubat ke be..." Ayat datin seri dayang terhenti saat dia terpandang tanda lahir di bahu kiri laurah.
Laurah terus menoleh dan panik. Tuala yang tersarung di badan di naik kan sedikit bagi menutup tanda lahirnya.
Datin seri dayang terus menutup pintu bilik dan kunci. Tubuh laurah dibawa ke katil.
Kain tuala yang menutupi bahu kiri laurah cuba dilurutkan tapi laurah menahan.
"Lepas!!"
Laurah tetap berdegil.
"Asyara layrah binti dato' syukor!!" Suara datin seri dayang meninggi. Tapi masih dikawalnya. Takut anak lelakinya di bilik sebelah mendengar suaranya.
Laurah terpaksa melepaskan kain tuala itu. Datin seri dayang terkejut bukan main kepalang lagi bila melihat tanda lahir tersebut.
"Laurah!! Apa yang adik dah buat ni?? Kalau abang tahu dia akan mengamuk besar tahu tak??" Soal datin seri dayang terkejut.
Laurah sudah menunduk. Air matanya di tahan dari jatuh.
"Ya allahh....laurah mummy!" Gesa datin seri dayang.
"Ad..adik..adik cuma tolong layrah." Akhirnya suara laurah kedengaran walaupun serak.
"Tolong layrah? Maksudnya?"
"Layrah mintak tolong adik menyamar jadi dia depan mummy, daddy dengan abang. Dia tahu kalau dia minta izin nak pergi travel dengan kawan- kawan dia conferm semua tak izinkan sebab kesihatan dia."
Jawab laurah perlahan- lahan.
"So, kenapa adik ikutkan kehendak dia? Adik tahu tak kesihatan dia tu masih lagi lemah. Emosi dia masih lagi tak stabil. Kalau apa- apa kadi delat dia siapa nak tanggung? Haa?" Datin seri dayang sudah mula naik angin.
Tersedu- sedan laurah menangis. Air matanya bercucuran jatuh ke pipi.
"Adik cuma kesiankan dia." Jawab laurah dengan sendu.
"Kesian? Itu bukan menjadi alasan yang kukuh tau. Sekarang ni mummy nak adik call layrah.." Arah datin seri dayang.
Phone layrah di atas katil itu di capai dan di hukurkan pada tuannya.
Dengam tangan terketar- ketar laurah menyambut huluran itu. Nombor phonenya sendiri di dail.
Sebelum layrah pergi, mereka sempat menukar kad sim. Phone mereka sama jenama dan aksesori, jadi mereka tidak perlu tukar phone.
"Hello laurah! Asal kau call aku?"
"Layrahh...."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Opss...tanda tanya lagi. Vote banyak2 baru lia update bab baru. Hehehee...
Okeyy, lia janji nak update ari ahad ni kan? Tapi dah alang- alang chapter ni dah siap,lia terus update jelahh..lia takut ahad ni lia tak sempat update jerr
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro