Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 52

"Layrahh!!"

"Layrahhh...!!"

Jeritan asyraf bergema satu rumah. Dia pulang dari pejabat dengan wajah yang cukup menggerunkan.

Hatinya panas...panggilan 'adik' yang sering digunakan untuk si kembar telah bertukar dengan nama sahaja.

Tergopoh- gapah laurah berlari menuruni tangga, terkejut punya pasal. Hampir sahaja dia tersandung, tapi dia dapat imbangkan badan semula.

Wajah si abang dipandang cuak dari jauh. Liur ditelan kesat. Apahal pulak abang ni? Ke dah kantoi? Aduhh habislah aku.. Layrahh!! Ni kau punya pasal.

Sampai sahaja di depan abangnya dia berdiri kaku. Kepala ditundukkan memandang lantai.

"I..iye bang...ada apa?" Soal laurah tergagap- gagap. Sungguh dia takut waktu ni. Kalau ade kuasa halimunan, nak je dia hilangkan diri dan menyorok dekat mana- mana. Yang penting jauh dari abang muka rimau macam ni.

"Laurah pergi trip dengan siapa?" Soal asyraff garang.

"Pe..pegi dengan kawan- kawan dia lahh..ke..kenapa abang?" Dia mengangkat pandang. Suaranya tersekat- sekat.

Tapi berani pulak tanya soalan dekat abang rimau ni. Yelahh pelikkan kalau abang tanya soalan macam tu. Padahal abang dia dah tahu kembar dia tu pergi mana.

"Abang tanya lagi sekali, laurah pergi trip dengan siapa?!!" Suara asyraf mula memetir.

Terhenjut bahu laurah di buatnya. Perasaan takut menyelubungi diri. Dia tahu, abang asyraf takkan marah- marah tanpa sebab. Kelopak matanya mula bergenang.

Kepala di tundukkan semula. Air mata sudah mula mengalir perlahan. Tangan bermain dengan jari- jemari.

"Dengan kawan- kawan dia.." Jawab laurah menahan esak tangis. Sesekali jarinya menyeka air mata yang mengalir di pipi.

Mendengar esak tangis laurah membuatkan asyraff tersedar atas kesilapannya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dihembus perlahan.

Entah mengapa sejak melihat keakrapan antara layrah dan arash dia jadi sering naik angin. Amarahnya mudah sahaja menguasai diri.

Kedua belah bahu adiknya diraih dan ditarik rapat tubuh itu menghampirinya. Tubuh laurah dipeluk erat.

"Shh..dah jangan nangis. Abang minta maaf, sebab tengking adik." Pelukan di regangkan. Air mata laurah disapu lembut dengan jari.

Dia takut adiknya jatuh sakit pula akibat ditengking kuat begitu. Doktor telah menasihati keluarganya agar menjaga emosi layrah. Gangguan emosi akan menambah buruk lagi keadaan kesihatan layrah yang sedia ada.

"Tapi adik jangan lah tipu abang, adik tahu kan abang tak suka kena tipu." Sambung asyraff lagi.

"Betul...adik tak tipu abang. Laurah pergi trip dengan kawan- kawan dia. Abang kan tahu juga." Balas laurah dengan suara yang masih serak akibat menangis tadi.

"Adik nak tahu tak abang dapat video apa? Ni, kawan abang send video ni tadi pagi." Asyraff menunjukkan video yang dimaksudkan kepada adiknya.

Terbuntang mata laurah melihat seorang gadis yang amat dikenalinya sedang membelasah dua orang lelaki sekali gus tanpa bantuan sesiapa.

Selang beberapa minit datang pula seorang lelaki membantu gadis itu. Degupan jantung laurah sudah berdegup tiga kali ganda dari yang biasa.

Tapi yang menyelamatkan keadaan adalah dihujung video gadis itu menyatakan dirinya ialah Hanni, Puan Hanni. Bukan Asyara Layrah yang dikenalinya.
Berkerut dahi laurah seketika. Kenapa dia gelar diri dia hanni? Dengan panggilan puan pulak tu... Soal hati laurah.

Padahal dia yakin gadis yang dilihatnya kini ialah layrah, adik kembarnya. Dan lelaki yang membantu layrah membelasah dua lelaki bertopeng didalam video itu adalah arash, teman lelaki layrah.

Beribu persoalan menyinggah di kepalanya. Apa sebenarnya yang layrah cuba buat? Apa tujuan asal layrah buat semua ni? Apa mungkin...ohh no!! aku kena halang benda ni cepat sebelum abang dapat tahu.

"Sekarang adik faham kenapa abang tanya soalan macam tadi tu?" Suara asyraff menyentakkan layrah dari lamunannya.

Kepala diangkat memandang si abang. Lalu dia mengangguk kecil. Wajah asyraff ditatap lama, mencari gelojak hati abangnya. Dia cuba menggunakan cara psychometric yang diajar oleh pensyarahnya di dalam kelas.

Jelas dalam anak mata abangnya menunjukkan bahawa abangnya itu sedang menyimpan rasa marah yang teramat. Itu sudah cukup membuatkan laurah gerun.

Riak wajahnya cuba di kawal. Selama empat hari dia menyamar sebagai layrah, setakat ini keluarganya tidak mengesyakki apa- apa. Namun dengan kehadiran video ini telah menggugat keamanan rancangan mereka berdua.

"Tapi kan bang, mungkin tu bukan laurah. Jelas lagi nyata yang perempuan tu kata dekat polis yang nama dia hanni, Puan Hanni tau? Adik abang yang sorang tu belum kahwin kan? Abang pun nampak yang perempuan tu pun pandai belasah orang, macam adik! Hehehe... Laurah tu kan lembut, ayu je...mana reti nak belasah- belasah orang ni!" Terang laurah panjang lebar. Sempat lagi dia memuji diri sendiri, cover line punya pasal, langgar jelahh!!

Berkerut dahi asyraff mendengar penerangan adiknya itu. Sedikit sebanyak dia termakan juga kata- kata laurah.
"Hmmm..betul juga tu. Tapi kan..." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya laurah sudah memotong.

"Haa....takde- takde. Nanti makin melalut otak abang tu fikir. Lebih baik sekarang ni, abang pergi naik atas solat dulu lepas tu turun makan, hari ni adik yang masak untuk abang." Laurah cuba menyelamatkan keadaan. Dia menolak tubuh abangnya untuk naik ke atas.

Asyraff menahan tolakkan itu lalu memandang pelik wajah adiknya.

"Ehh..kejap! Sejak bila pulak rajin nak memasak bagai ni? Selama ni laurah je yang rajin tolong mummy atau bik surti masak kat dapur. Awak tu kalau abang tunjuk bawang pun mungkin tak tau pebende." Sergah asyraff.

Laurah telan liur. Macam mana boleh tak perasan pula ni? Kepalanya yang tidak gatal di garu buntu. Lalu dia tersengih memandang abangnya.

"Hehehe...sejak belajar masak dari laurah? Hishh...dah lah! Banyak soal pulak abang ni! Pergi lah naik atas.." Tubuh asyraff di tolak lagi.

"Hahaha...okey, okey! Jangan lah tolak- tolak. Nanti kalau abang jatuh adik pula yang susah." Usik asyraff.

Berkerut dahi laurah. "Apasal pula adik yang susah? Kalau abang jatuh, abang bangun sendiri lah! Itu pun nak orang tolong." Balas laurah selamba. Dia berpeluk tubuh.

Tergelak asyraff dengar jawapan adiknya. Dari dulu smpai sekarang tak pernah reti jaga perasaan orang. Main tembak je..

"Comel lahh adik abang ni." Dia mencuit hidung laurah, yang disangkanya layrah itu.

"Abang naik dulu tau. Siapkan lunch abang mewah- mewah sikit." Sambungnya lagi. Sempat tangannya menggosok kepala laurah hingga membuatkan rambut adiknya itu serabai sebelum kakinya laju melangkah meninggalkan laurah yang sudah cemberut.

"Hishhh..abang ni kan!!!" Jerit laurah geram. Hilang sudah rasa gerunnya tadi terhadap asyraff. Yang tinggal kini hanya rasa nak tenyeh muka abang dia tu jadi lempeng pisang. Boleh makan untuk minum petang. Hasyudahh...melalut pulak dah ni! Hahaha 😂

Setelah kelibat abangnya hilang dari pandangan. Kakinya dilangkah ke arah dapur untuk menyediakan makanan makan tengahari abang yang terchenta! Huh!! Terchenta lah sangat 😝

__________

Malam itu layrah sedang duduk bersandar di kepala katil. Tangannya menari- nari dengan sebatang pen di atas buku yang sering dia gunakan untuk menulis lirik lagu.

Sedang asyik menulis, arash muncul dengan segelas susu bersama dua botol ubatnya.

Layrah angkat pandang. Dia mengeluh kecil. Melihat ubat yang harus telan membuatkan dia lemah. Hidup bergantung pada ubat memang memenatkan.

Arash melabuhkan punggungnya bersebelahan layrah di birai katil. Susu tadi diletakkan seketika di meja lampu tidur di sebelah katil.

Layrah memandang redup pada botol- botol ubat yang di pegang arash. Dia mengeluh lagi.

Berkerut dahi arash dibuatnya. "Sayang...kenapa mengeluh ni? Tak baik tau kalau kita selalu mengeluh." Tegur arash lembut.

Pandangan layrah beralih pada suaminya. "Hanni cuma penat abang. Penat kena telan semua ubat- ubat ni. Bila hanni boleh sembuh abang? Hanni rindu dengan kehidupan hanni yang dulu. Hanni nak jadi macam dulu." Luah layrah dengan suara yang sayu. Manik jernih sudah bergenang di kelopak mata. Tunggu masa nak jatuh jer.

"Hanni...hanni kena ingat satu benda je. Setiap sakit yang kita alami ialah salah satu cara Allah hendak menguji kita. Menguji keimanan terhadapNya. Hanni sepatutnya bersyukur tau? Sebab hanni adalah salah satu daripada kalangan hamba Allah yang terpilih untuk menerima ujian macam ni. Hamba yang diuji oleh Nya adalah hamba yang disayangiNya. Setiap ujian yang Allah beri pada kita, tak pernah melebihi tahap dan batas yang mampu kita harungi." Nasihat arash dengan suara yang lembut.

Tangannya mengenggam erat tangan kiri isterinya sebagai penyalur semangat.

"Sebelum hanni mengeluh, cuba hanni bayangkan orang yang lagi hebat dugaan dia dari dugaan yang hanni lalui sekarang ni. Macam mangsa- mangsa perang dekat palestin tu, hari- hari yang diorang hadap adalah bunyi tembakan sana- sini, bunyi bom merata tempat, malah diorang hidup dalam ketakutan setiap masa.

Yang paling menakutkan, diorang akan sambut jenazah ahli keluarga atau kaum kerabat diorang setiap hari, bukan penyakit yang meragut nyawa, tapi pembunuhan kejam yang mereka saksikan.

Dugaan yang hanni lalui ni tak seberapa, sayang. Penyakit hanni pun belum sampai ke tahap yang serius. Hanni patut berdoa pada Allah, mintak dekat dia untuk sembuhkan hanni. Mengeluh atas apa yang jadi dekat kita, umpama kita tak terima takdir Allah. Doa abang sentiasa ada untuk hanni. Wanita kedua yang wajib abang cintai. Sayang kena sentiasa kuat melawan penyakit tu." Sambung arash lagi.

Hanni hanya tekun mendengar usrah dari suaminya. Betul kata arash dia tidak seharusnya mengeluh. Dia sepatutnya bersyukur.

Astagrhfirullahal'azim, ampunkan hambamu yang kerdil ini Ya Allah...kerana aku telah menyalahkan takdirmu untukku.

Layrah bersandar pada bahu arash. "Hanni janji abang. Hanni janji yang hanni takkan pernah mengeluh lagi. Asalkan abang sentiasa ada untuk hanni setiap masa." Ucap layrah perlahan lalu memeluk tubuh sasa arash.

Arash tersenyum lalu membalas pelukan itu. "Abang sentiasa ada untuk sayang." Ubun- ubun isterinya dicium lembut.

Layrah memejam mata saat arash menciumnya. Terasa hangat ciuman itu. Dirinya berasa selamat bila bersama arash.

Beberapa saat kemudian arash meleraikan pelukan itu. Dia mengambil semula botol- botol ubat layrah lalu disuakan kepada isterinya.

"Sekarang abang nak hanni makan ubat, okey. Tak mau mengeluh lagi." Arah arash dengan lembut.

Layrah tersenyum kepala dianggukkan lalu mencapai ubatnya. Kemudian dia menghulurkan sebelah lagi tapak tangan pada arash. Muka dicomelkan.

Berkerut dahi arash tanda tidak mengerti.

"Apa ni?" Soal arash bendul.

"Air..."

Layrah sengaja buat suara manja. Dengan muka yang masih dicomelkan. Ala- ala teletubis gitu...

Arash tepuk dahi. Lupa pulak nak bawak air masak sekali tadi.
Layrah pula yang kerut dahi. Pelik dengan perangai suami dia ni.

Arash menoleh ke arah susu yang di bawa tadi. Dia langsung tak teringat nak bawak air masak.

Arash pula yang mencomelkan wajahnya. Susu di meja lampu tidur tadi diambil dan di hulur kan pada isterinya.

"Nah! Abang lupa lah nak bawak air masak tadi. Hehehe.." Dia tersengih kerang busuk.

Layrah memuncung. "Mana ada orang makan ubat minum susu. Abang ni suka dia je.." Rungut layrah.

Arash garu kepala. Apa aku nak buat ni. Nak keluar balik malas pulak. Berkerut- kerut dahi dia memikir.

Tetiba layrah berdiri dan berjalan menuju meja soleknya. Handbag dibawah meja itu di capai. Lalu dia mengeluarkan sebotol air mineral 500ml.

Botol itu ditayang di depan arash sambil menjongket kening. Senyuman mengejek terukir di bibir.

Arash sudah menjuih bibir. Tak rela di sindir macam tu.

Layrah kembali ke tempat duduknya.

"Ini baru betul. Kalau nak makan ubat minum air kosong... Faham!" Layrah sengaja mengejek suaminya.

"Faham..." Jawab arash tanpa rela. Muka pula dah berubah masam. Lalu gelas yang berisi susu tadi di letakkan semula di meja lampu tidur. Kena dengan bini sendiri, malu thokk!

Layrah menahan tawa bila melihat wajah cemberut suaminya.

Dua biji ubat dikeluarkan dari setiap botol. Sekali gus dia menelan ubat tersebut dengan air mineral tadi. Berkerut kening dia telan ubat. Macam kene telan biji durian je.

Selain dari pada kena urut, Layrah juga memang tidak suka telan ubat dari kecil sampai lah kebesar. Tapi demi kesembuhan dia redha sahaja lahh..

"Dahh..."

Ujar layrah sambil menghulurkan botol mineral tadi pada arash.

Arash ambil botol itu dan letakkan di sebelah gelas susu. Kemudian dia ambil susu itu dan beri pada layrah.

"Nahh..minum susu ni sebelum tidur. Habiskan." Suruh arash.

Demi menjaga hati suami, layrah ambil sahaja susu itu dengan senang hati dan di minum dengan rakus sehingga habis. Lagipun dia memang suka minum susu. Hehehe...

"Dahh..."

Ayat yang sama diulang. Gelas yang dah kosong diberi pada arash semula.

"Jom tidur, ngantok lahh." Kata layrah buat- buat menguap. Buku dan pen yang diletakkan di tempat tidur arash di alih kan ke meja lampu tidur. Lalu dia terus baringkan badan.

Arash sembunyi senyum bila melihat telatah layrah yang cuba memujuknya. Comel pulak!!

Gelas tadi diletakkan di tempatnya semula. Lalu arash lompat ke sebelah layrah.

Elok je arash baring, layrah terus peluk tubuh arash. Dia berbaring di atas dada arash.

Arash menunduk melihat perangai pelik isterinya itu. Dia tersenyum dengan kerutan di dahi. Tapi dia suka bila layrah bermanja macam ni.

Suasana senyap seketika.

Tubuh layrah dipeluk erat. Dia mengucup lembut rambut layrah.

Layrah dapat rasakan kucupan itu dengan hangat sekali. Dia suka dibelai begini oleh arash.

Layrah memindahkan baringnya di sebelah arash. Dia mengiring memandang suaminya. Arash juga begitu. Pandangan mata mereka beradu.

Arash memandang tepat pada mata bundar isterinya. Dari mata turun ke hidung dan ke mulut kecil layrah yang suka berceloteh. Dia tersenyum lagi.

Jantungnya berdegup kencang. Rasa macam nak terkeluar je dari dada. Naluri kelelakian dia rasa bergetar.

Wajahnya di rapatkan ke wajah layrah. Dahi layrah dikucup lembut. Kemudian beralih ke hidungnya.

Layrah merapatkan tubuhnya pada arash. Leher arash dirangkul erat. Wajah mereka bertambah rapat.

Yes! Greenlight!!

Arash memeluk pinggang layrah rapat kepadanya. Bibir munggil layrah dikucup hangat.

Malam itu berlangsung lah penyatuan antara dua jiwa yang telah lama terpisah. Perpisahan yang membuatkan mereka menderita secara batin.

Ya Allah, jangan kau pisahkan kami lagi. Jauhkan lah jurang perpisahan daripada kami. Engkau dekat kan lah kebahagiaan dalam hidup kami....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Yes!! Double update! Lia comeback..rindu tak dgn lia..haha..perasan, mana ade org nk rindu kau 👉👈

Pape pon lia nk ucap kn terima kasih pada siapa yang setia menunggu update daripada lia. Lia hargai sangat kesetiaan korng tu..cehh bermadah pujangga plak 😂

K,k ni lia hadiah kan utk korng yg setia menanti dari awal sampai lah akhir. 2 chapter untuk korng. 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro