Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 50

Hari ni merupakan hari ke-4 mereka berada di pulau langkawi. Perancangan hari ni ialah mandi air terjun.

Mereka berlapan sudah siap sedia untuk berangkat pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh.

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang.

Yang lain sudah bersedia untuk bergerak. Hanya tinggal qisya sahaja yang masih belum turun dari biliknya.

"Aduhh! Mana makcik ni? Lembab betul lahh. Dah nk dekat kul 9 dah ni." Rungut azim.

Syarat mereka semua pergi mana- mana pun takkan pernah terpisah. Ini bandar orang. Bukan kuala lumpur.

Yang tahu selok belok langkawi hanya qisya seorang. Kerana qisya sering berkunjung ke sini bersama keluarganya.

"Sabar lah zim. Nanti turun lah dia tu." Kata arash ingin meredakan gelodak hati azim.

"Haa! Tu dia dah turun dah." Kata layrah sambil tangan nya menunjuk ke arah qisya yang baru keluar dari lif bersama beg galasnya.

"Hoii makcik! Asal lambat sangat? Kau tau tak kita sekarang ni dah lambat?" Sergah azim marah- marah pada qisya.

Qisya hanya menjeling dan buat tak tahu sahaja. Malas nak bergaduh pagi- pagi ni. Buat hilang mood jer!

"Okey, guys! Jom kita gerak. Sorry lambat sikit. Aku sakit perut tadi." Terang qisya pada yang lain.

"Sokey, jom lahh. Nanti lambat pulak sampai sana." Kata irfan cepat. Takut bunga- bunga pergaduhan mekar pulak nanti.

Berasap telinga azim dibuatnya. Qisya langsung tak menghiraukan dia dari tadi. 'Kurang asam gelukur betul lah dia ni'

"Ehh..qisy---"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia terasa ada tangan yang menarik bahunya dari belakang. Dia terus menoleh.

Kelihatan zahid dengan muka tenangnya menggeleng. Dia faham dengan maksud zahid tadi. Zahid tak nak pagi mereka dihiasi pergaduhan antara dia dan qisya.

Dia hormat dengan permintaan zahid itu. 'Jaga kau qisya! Nanti kena kau dengan aku' desis hatinya masih tidak puas hati.

Mereka semua sudah masukkan beg galas masing- masing ke dalam bonet kereta.

Baru sahaja layrah ingin masuk ke tempat pemandu satrianya ada tangan yang menariknya dari belakang.

Dia terus menoleh. Rupanya qisya.

"Kenapa?" Soal layrah.

"Nak naik dengan kau." Kata qisya manja sambil mengelip- ngelipkan matanya.

"Masuklah, tapi kau kena duduk dekat belakang. Sebab encik abang aku nak duduk sebelah." Ujar layrah.

Yang lain masih lagi belum masuk kedalam kereta. Mereka menunggu layrah dan qisya masuk kedalam kereta dahulu. Kerana qisya adalah penunjuk jalan.

Bukan tak nak guna waze, tapi qisya tahu jalan short cut untuk ke sana dari hotel mereka.

Qisya memandang arash minta simpati. "Arash..aku nak naik dengan hanni berdua je boleh tak." Rayu qisya.

Berkerut dahi arash dibuatnya. "Kenapa aku tak boleh naik sekali?"

"Aku nak cerita dekat hanni something. Tapi ni private, hal perempuan. Kalau malam mana dapat nk borak dengan hanni. Dia kan dengan kau." Qisya masih berusaha memujuk arash.

Arash berfikir sejenak. Bukan dia tak bagi mereka berdua sahaja naik kereta tu. Tapi dia risaukan isterinya.

Sofea Hanni akan lakukan apa sahaja yang dia suka selagi tiada dirinya yang menjadi pemerhati di sebelah. Dia takut layrah memandu secara bahaya. Memandangkan kesihatan layrah harus di jaga rapi.

"Ermm..okey lah. Tapi kau kena lepuk hanni tu kalau dia cuba bawa kereta laju- laju. Dia tu mana kesah dengan keselamatan yang dia tahu nak seronok je. Bila orang lain nak bawa kereta dia tak bagi." Bebel arash. Dia terpaksa mengalah. Dia tak boleh pentingkan diri.

Layrah dah mencemik.

"Haha..okey, aku akan lepuk dia kalau dia cuba bawa kereta laju- laju." Kata qisya dengan tertawa kecil.

Akhirnya, qisya dan layrah naik satria. Arash naik kereta irfan bersama tiga rakan lelakinya yang lain. Dua gadis yang tinggal naik kereta milik qisya. Liyana yang drive.

Satu persatu kereta mereka keluar dari kotak parking menuju ke jalan raya. Satria layrah keluar dahulu dan diikuti dengan gen2 irfan dan suprima's qisya.

Semua kerena jenama malaysia. Anak jati malaysia lah katakan. Hohoho! 😂

Sepanjang perjalanan layrah tidak menggunakan air-con kereta. Dia membuka tingkap kereta dan membiarkan embun pagi langkawi yang menyamankan udara di dalam keretanya.

Bila sampai di satu trafik layrah memberhentikan kereta kerana lampu merah. Tiba- tiba beg tangan qisya yang di letakkan di atas riba diragut oleh dua orang penunggang motosikal. Keadaan jadi cemas.

Qisya langsung tidak sempat menarik kembali beg tangannya.

"Hoii! Berhenti!" Jerit layrah.

"Arghh! Handbag aku lah!" Jerit qisya pula.

Layrah ambil langkah berani dengan melanggar lampu isyarat merah untuk mengejar peragut itu.

Kawan- kawannya yang lain tergamam dengan kejadian itu. Yang perempuan sudah terjerit. Biasalah perempuan jadi apa- apa mesti jerit dahulu.

Yang lelaki pula tergamam dengan cara pemanduan layrah.

"Gila lah bini kau rash!" Ujar azim yang duduk ditempat memandu.

"Azim! Kau keluar tukar tempat dengan aku sekarang!" Perintah arash dengan suara yang tinggi.

Jantungnya sudah tidak mengepam sepertia biasa. Ia berdegup tiga kali lebih laju bila tengok pemanduan isterinya itu.

Dengan segera azim keluar dari tempat pemandu dan terus menuju ke kereta qisya. Dia mengarahkan liyana berpindah ke tempat duduk belakang.

Secara serentak mereka berdua memecut mengejar layrah dan peragut tadi.

Layrah pula sudah memandu kereta melebihi 200 km/j.

Dia menghon peragut tadi berulang kali dan diringi dengan jeritan nya suruh berhenti.

"Hoii! Berhentilah jantan tak guna!" Jerit layrah bila keretanya sudah bersebelahan dengan motosikal peragut tadi.

Tergamam dua orang peragut itu bila seorang perempuan yang nampak ayu boleh memandu kereta seperti seorang pelumba lelaki.

Namun mereka tidak mengalah. Peragut yang membawa motosikal itu cuba meningkatkan kelajuan matosikalnya.

"Tak guna betul! Kau belum tahu aku siapa!" Berang layrah. Dia juga terus meningkatkan kelajuan keretanya.

Qisya yang duduk disebelah sudah pucat tak bersuara. Pemegang dibahagian atas kereta digenggam dengan erat sekali.

Sumpah dia takut sangat waktu ni. Dia rela hilang handbag tu daripada nyawa dia yang melayang.

Layrah yang sudah tidak sabar dengan peragut itu ambil tindakan berani dengan memintas mereka berdua secara drift.

Dia memusing sterring keretanya ke kanan serentak dengan menekan brek dengan kuat.

Akibatnya tayar kereta berdesing kerana berlaga dengan brek. Di atas jalan pula tertinggal jejak hitam yang terhasil dari tayar kereta layrah. Kereta layrah berhenti betul- betul depan motosikal dua peragut tadi.

Peragut yang bawa moto itu terkejut lalu menekan brek tangan dan kaki dengan serentak dan kuat.

Motosikal mereka sempat berhenti betul- betul di sisi kiri kereta satria layrah. Tinggal 1 cm je jarak motonya dengan kereta gadis yang diragutnya.

Pemandu- pemandu kereta yang lain sudah ke tepi jalan kerana takut berlaga dengan kereta satria yang laju itu.

Pada layrah pula langsung tiada rasa takut atau gentar dalam hatinya. Yang ada kini hanyalah perasaan yang panas dan membara terhadap dua peragut yang berani meragut handbag sahabatnya itu.

Layrah terus keluar dari kereta. Dia sempat mencapai steering lock yang berada di kakinya.

Dengan laju dia terus menghala ke arah dua peragut tadi.

"Baik kau pulang balik handbag member aku sebelum kepala korang seekor- seekor berkecai dengan aku!" Jerit layrah dengan nada yang tinggi. Steering lock itu di acukan betul- betul di hadapan muka dua peragut itu.

Dia tidak dapat melihat wajah peragut itu kerana mereka memakai helmet dengan kaca yang gelap.

Orang ramai sudah berkerumun mengelilingi mereka.

"Hei perempuan! Kau fikir kitorang takut ke dengan ugutan perempuan lembik macam kau ni. Haa! Kau memang cari pasalkan? Kau nak mati ke haa!!" Sergah peragut yang duduk dibahagian belakang. Dia sudah berdiri berhadapan dengan layrah.

Layrah tersenyum sinis. Serentak dengan itu kereta gen2 dan suprima's milik kawan- kawan layrah tiba dan berhenti di belakang motosikal peragut itu.

Mereka semua terus keluar dari kereta dan dapatkan layrah yang sedang berdebat dengan peragut.
Liyana dan sarah dapatkan qisya yang sudah menggigil ketakutan dalam satria layrah.

"Kau kata aku apa tadi? Perempuan lembik!? Kau belum kenal lagi aku siapa! Kau belum kenal lagi Sofea Hanni siapa! Kau salah orang lah jantan keparat!" Jerit layrah dengan penuh emosi.
Dua lelaki peragut itu rasa tercabar dengan kata- kata perempuan di hadapan mereka.

Mereka mengeluarkan pisau lipat yang di selitkan di dalam poket belakang seluar jeans mereka.

Handbag yang di ragut tadi di letak kan di dalam bakul moto. Mereka berdua meluru ke arah layrah untuk menyerang. Namun setiap serangan mereka dapat di tepis dengan kemas sekali oleh layrah.

Orang awam yang di sekeliling mereka sudah tergamam melihat keberanian layrah.

Ada yang memuji tindakan layrah dan ada juga mencemuh. Kerana mereka menganggap tindakan layrah tidak sedap mata memandang.

Berlawan dan bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim. Apa lagi layrah memakai tudung, lagi rancak mereka mengutuk.

Tanpa buang masa, arash menuju ke arah layrah dan membantu isterinya.

"Korang berdua jangan sesekali sentuh bini aku lah sial!!" Berang arash.

Dia menarik layrah berdiri di belakangnya.

"Ouhh! Bini kau ke? Hurmm..boleh tahan! Kalau aku pinjam sehari boleh tak?" Kata salah seorang dari peragut itu.

"Kurang ajar!"

Dushh!!

Satu tumbukkan keras  dihadiahkan oleh arash pada perut peragut yang bermulut celupar itu.

Tanpa mereka sedar pergaduhan mereka di rakam oleh salah sorang dari orang awam yang menyaksikan pergaduhan itu.

Tersembul darah keluar dari mulut peragut tersebut. Dia sudah terbaring tidak bermaya di atas jalan tar.

Peragut yang sorang lagi ingin menolong kawannya dengan cuba menikam arash dari belakang.

Tapi tindakannya terbantut bila layrah menepis tikaman itu dengan menarik lengannya yang memegang pisau. Lalu layrah memulas lengannya kebelakang badan, belakang lututnya ditendang kuat oleh layrah sehingga membuatkan dia melutut dan tersembam di atas jalan tar.

Layrah mengunci ketat pergerakannya. Dia langsung tidak dapat bergerak serta- merta.

Azim mengambil kesempatan untuk ambil kembali handbag qisya yang di ragut tadi.

"Nah! Ambil handbag ni, check kalau- kalau ada benda yang hilang." Arah azim pada sarah.

Sarah terus mencapai handbag itu dari tangan azim.

Tiba- tiba kedengaran siren polis datang mendekat ke arah mereka. Entah siapa yang menelefon polis pun mereka tak tahu.

Dua buah kereta polis kelihatan sudah mendekat dan berhenti di sebelah kereta satria layrah.

Dua orang anggota polis datang ke arah arash dan layrah bersama gari ditangan.

Peragut itu terus digari tangan mereka ke belakang badan oleh dua anggota polis tadi.

Mereka tidak melawan kerana sudah kelelahan bergaduh dengan arash dan layrah.

Seorang anggota polis lain berjalan ke arah arash dan layrah. Lalu dia menghulurkan tangan pada arash.

Mereka berdua berjabat tangan.

"Saya Inspektor Daniel, saya sungguh kagum dengan keberanian kamu berdua melawan dua peragut itu tadi. Apa lagi cik ni. Jarang kita dapat lihat gadis yang seberani cik..."

"Puan Hanni!"

"Puan Hanni?"

Inspektor itu tersenyum seketika. Mungkin tak sangka gadis di hadapannya sudah berkahwin.

"Saya nak awak berdua ikut saya ke balai untuk buat laporan." Kata inspektor daniel ramah.

Arash dan layrah menghadiahkan senyuman manis pada inspektor itu.

"Baik inspektor, saya akan ikut dari belakang." Balas arash juga ramah. Orang berbudi kita berbahasa!

Orang ramai sudah beransur bersurai apabila arash dan kawan- kawannya sudah hilang dari pandangan.

Dalam ramai- ramai orang awam ada seorang yang tersenyum sinis melihatan adegan tadi.

"Ini hanya permulaan sayangku! Game start!" Muahahaha! Dia ketawa jahat dalam hati.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Opss! Sape yang ketawa jahat tu? Mesti korang smua bleh teka kan? Agak2 apa rancangan jahat dia erk?

Kali ini update awal sikit! Lia nak try habiskan story ni cepat. Nnti dalam exam terkenang pulakk! 😂😂

Jgn lupe vote&comment👇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro