Bab 49
Selepas solat maghrib, lapan sahabat itu menikmati makan malam mereka di sebuah restoren makanan laut yang terletak di sebelah pantai.
"Abang, nak udang lagi!" Pinta layrah sambil menghulurkan mangkuk supnya yang sudah kosong pada arash.
"Hanni, dah banyak sangat makan udang ni. Nanti kalau sakit macam mana? Hanni kan tak boleh banyak sangat makan seafood." Pujuk arash.
"Alahh...siapa suruh abang bawak hanni makan seafood? Salah abang sendiri lah." Layrah sudah memuncung.
"Alololo...so swet! Suka lah aku tengok korang macam ni. Bahagia je." Sampuk liyana. Senang hatinya melihat wajah layrah dan arash yang jelas terpancar kebahagian.
"Kalau awak nak jugak, kita pun boleh sweet- sweet macam diorang." Celah Zahid. Keningnya dijongketkan memandang liyana yang duduk dihadapannya.
"Huuu...."
Yang lain sudah mula mengusik liyana dan zahid. Pipi liyana sudah mula kemerahan. Ikut kan hati nak je dia sumbat mulut zahid tu dengan serbuk kopi. Biar jangan manis sangat.
Dia mengjenggilkan mata pad zahid. Tapi zahid membalasnya dengan dengan kenyitan mata.
Tergelak sarah dan qisya lihat perangai dua sahabatnya itu.
"Nampaknya kita ada dua pasang kekasih lah dekat sini kan?" Kata irfan.
"Cer cerita, sejak bila korang start ni?" Celah qisya.
Yang lain sudah beri tumpuan pada zahid dan liyana. "Dah lama dah..sejak kita form 5 lagi." Selamba saja zahid menjawab.
Liyana spontan saja tendang kaki zahid dibawah meja. "Aduhh!" Zahid mengaduh kecil.
Liyana buat muka tak puas hati. 'Memandai je cakap aku dengan dia ade affair. Takgune betul!' Berang nya dalam hati.
"Ehh..kau dah kenapa?" Soal azim.
"Xde pape, ade nangka hempap kaki aku tadi." Jawab zahid spontan.
Tergelak layrah dengar jawapan zahid. Dia tahu mesti liyana tendang kaki zahid. Dia dah cukup masak dengan perangai semua kawan- kawan dia termasuk liyana.
"Mana pulak datang nangka ni?" Soal arash bendul.
Layrah cubit lengan arash perlahan. "Auch!"
"Abang ni lurus sangat kenapa?" Ujar layrah.
Yang lain terkekeh- kekeh kerawa lihat arash kena marah dengan layrah.
Hanya layrah sahaja yang boleh buat arash lemah.
Layrah menceduk sendiri sup udang yang di minta dekat arash tadi ke mangkuknya. Ini sudah masuk kali ketiga dia bertambah.
"Degilnya lah makcik ni! Ehh..bini siapa ni degil sangat?" Soal arash bergurau pada kawan- kawannya.
Layrah mencemik. Dia buat muka toya. Tanpa rasa bersalah dia suapkan nasi yang dah dicampur sup udang tadi kedalam mulut.
Berdekah- dekah yang lain ketawa lihat muncung layrah yang serupa itik itu.
Selesai sahaja makan mereka berlapan duduk bersantai di tepi pantai sambil menikmati angin malam laut.
Mereka duduk mengelilingi unggun api yang dibuat sendiri. Dah macam orang tengah ber'camping' pulak.
Hari ini mereka memang plan tak nak ke mana- mana dahulu. Sejak sampai petang tadi baru sekarang mereka keluar dari bilik masing-masing.
Mereka ingin berehat dan kumpul tenaga untuk berjalan esok.
Azim leka dengan gitarnya. Dari tadi takde satu lagu pun yang dipetiknya.
"Zim! Main lah satu lagu. Aku tengok dari tadi ko asyik telek je gitar tu. Baik takyah bawak kalau kau nak buat perhiasan jer." Gumam sarah.
Yang lain menyokong. "Yelah zim, main lah satu lagu." Pinta qisya.
Entah kenapa jantungnya rasa berdegup laju je dengar suara manja qisya tu. 'Haishh..hati, jangan nakal.'
"Okey, korang nak lagu ape?" Soal azim pada mereka.
"Tergantung sepi!"
"Terakhir!"
"Cinta muka buku!"
Bila tajuk lagu yang terakhir tu semua pandang sarah. Sebab sarah yang sebut lagu tu tadi. Sarah hairan. 'Kenapa semua pandang aku'
"Asal korang pandang aku?" Tanya sarah.
"Kau agak- agak lah lagu tu yang kau nak suruh azim main. Itu lagu orang perempuan." Tukas zahid.
"Biarlahh, aku sebut je. Lagi pun bukannya salah lelaki nyanyi lagu perempuan. Yang perempuan nyanyi lahu lelaki tu elok je aku dengar." Ujar sarah.
"Dah, dah. Jangan nak bertekak pulak kat sini. Zim, apa kata kau main lagu armada, asal kau bahagia." Cadang irfan.
"Haa..okey jugak tu."
"Aku setuju."
"Aku suka!"
Bila yang lain sudah setuju, azim pun memetik gitar mengikut melodi lagu yang dipinta.
Yank, kelmarin ku melihatmu
Kau bertemu dengan nya
Ku rasa sekarang kau masih
Menginginkan dirinya.
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku...
Katakan lah sekarang
Bahawa kau tak bahagi
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengan dia
Asalkan kau bahagia....
Mereka semua nyanyi bersama- sama hingga lagu habis.
"Fuhh! Tak puas lagi lahh. Apa kata kita suruh abang headperfect kita main satu lagu. Nak tak?" Ujar irfan.
Dia tahu yang arash baru sahaja mencipta sebuah lagu berasaskan cerita cinta dia dan layrah isterinya.
"Apa kau ni. Suka hati je suruh- suruh aku." Dalih arash. Dibtahu irfan sengaja mengenakannya.
"Alah arash! Apa salahnya? Lagi pun kitorang tak pernah dengar kau main gitar sambil nyanyi sekali. Hanni cerita kau terer main gitar." Pinta liyana.
Wajah zahid dah berubah. Jeles ke incek habang! Hahaha!
"Seriusly! Aku rak tahu pun arash pandai main gitar." Ujar azim terkejut.
Dia terus menyerahkan gitar kesayangannya pada arash. "Nah! Kau ambil gitar ni, aku nak kau main satu lagu." Ujar azim.
"Aku nak main lagu apa?" Tanya arash.
"Main lagu yang kau buat untuk hanni tu." Kata irfan lurus.
Terbeliak mata arash dengarnya. Yang lain pun sama. 'Mangkuk batul lh irfan ni. Buat kantoi jelahh!'
"What? Siap buat lagu lgi untuk hanni. So sweet! Main lah arash lagu tu. Aku tahu hanni pun nak dengar jugak." Kata qisya teruja.
Layrah juga seakan tidak percaya yang arash buat lagu untuk dia. Fikirnya arash tidak minat sangat dalam penciptaan lagu ni. Katanya buang masa jer.
"Abang~ nyanyi lah lagu tu." Pinta layrah dengan suara manja.
Arash mengeluh perlahan. Kalau dengan layrah ni, nak kata tak pun tak sampai hati.
Lalu dia pun memetik tali gitar satu persatu.
Kau coretkan lukisan hidupku
Dengan warna- warna kelembutan
Ku hiaskan di kamar cinta
Biar menjadi tanda.
Dengar je lagu tu layrah dapat tangkap lagu yang mana arash nyanyikan. Ini lagu yang diciptanya dahulu.
Tetapi tak sempat nak habiskan sebab kemalangan 5tahun lepas.
Kau coretkan lukisan hidupku
Dengan warna- warna kerinduan
Kau hiaskan di taman cinta
Biar menjadi tanda.
Sampai sini sajalah lagu ini yang dia sempat habiskan. Smbungannya mungkin arash yang buat.
Rindu yang kau tinggalka padaku
Membawa aku ke dasarnya
Kau renangi dengan
Hilai tawamu
Kau biarkan aku terlena
Ku harap kau mengerti kasih
Ku harap kau terima sayang
Andai aku tiada lagi disini.
Andai ku bukan lagi milikmu.
[Mcm biasa, ni lgu asal die. Klau nk tau knp lia suke ambik lgu izue dgn kinah bleh dm atau komen k. Suke hati aq je panggil dia kinah 😂😂]
Nyanyian arash diakhiri dengan tepukan yang gemuruh dari rakan- rakannya.
"Tak sangka kau pandai buat lagu arash." Ujar liyana.
Arash tersegih sambil mengusap belakang tengkuknya. "Takdelah, ni lagu hanni sebenarnya tapi tak habis, jadi aku habiskan lah." Kata arash merendah diri.
"Patutlah hanni dapat sambung tadi lagu kau ni." Ujar zahid.
Layrah pula tersengih. "Pandai abang sambung lagu hanni. Nanti boleh buat lagu lagi." Kata layrah sambil tersenyum pada arash yang duduk di sebelahnya.
Arash hanya tersenyum dengan seribu makna. "Untuk sayang, bulan dan bintang pun abang sanggup berikan." Kata arash bermulut manis.
"Huuuuuu....."
"Auch! Sweetnya."
"Loving couplelahh!"
Yang lain sudah mula menyakat. Layrah sudah malu. Dia hanya tunduk. Mula dia juga sudah kemerahan.
Nasib suasana gelap sikit. Kalau tak conferm kawan- kawan perempuannya mula mengusik.
"Dah lah, jom naik. Dah dekat kul 12 ni. Esok kita nak pusing satu langkawi." Ajak irfan.
"Jom lah"
Yang lain menurut. Mereka sudah mula berdiri kecuali arash dan layrah.
"Korang berdua tak nak balik bilik ke?" Soal liyana.
"Chalet kitorang tu jer." Tunjuk arash pada chalet dia dan layrah.
"Api ni siapa nak padam kan?"
"Biar aku padamkan nanti. Korang naik lah dulu." Kata arash.
"Okey. Good nigth sweet couple." Jerit sarah.
Mereka berdua tersenyum. Arash paut bahu layrah. "Good night sarah." Balas mereka serentak.
Lalu mereka semua pun naik ke hotel untuk berehat. Tinggalah sepasang suami isteri tu saja.
Pautan dibahu layrah arash perkemaskan lagi. Layrah pula melentokkan kepalanya di nahu arash.
"Abang...kalau hanni nak tanya satu soalan boleh?" Kata layrah ragu-ragu.
"Kalau hanni nak tanya seribu soalan pun abang akan jawab." Ujar arash.
"Selama ni abang fikir hanni dah betul- betul mati ke?" Soal hanni perlahan. Dia mendongak kan kepala memandang wajah suaminya
Arash mengambil nafas kecil sebelum menjawab soalan isterinya tadi.
"Kalau hanni nak tahu Otak abang kata abang kena terima hakikat yang hanni dah takde. Tapi hati abang ni, hati abang selalu cakap yang sayang masih hidup sihat wal'hafiat. Masa tu abang keliru sayang, sama ada nak percaya yang mana satu." Terang arash panjang lebar. Matanya tepat memandang mata layrah.
"Macam mana abang boleh yakin yang hanni masih hidup?" Soal layrah lagi.
"Malam tu abang dengar suara hanni dekat radio. Hanni nyanyi lagu terukir dibintang. Lepas dari tu abang terus search pasal Asyara Layrah. Dari situ lah abang yakin yang isteri abang ni masih hidup lagi." Terang arash lagi.
Layrah terus memeluk arash dengan erat sekali. "Hanni sayang abang sangat- sangat. Hanni tak nak hilang abang lagi. Jangan tinggalkan hanni lagi,please!!" Rengek layrah. Air matanya sudah mengalir ke pipi.
Arash membalas pelukan itu dengan erat sekali. "Abang takkan tinggalkan hanni lagi. Dan abang takkan benarkan hanni jauh dari hidup abang. Takkan ade yang dapat pisahkan kita selain dari pada ajal." Ujar arash bersungguh. Lalu dia mencium dahi isterinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Chapter kali ni pendek jerr..kering idea lah awak 😁
Vote&Comment 👇
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro