Bab 48
Yang lain sudah ternganga. "Abang? Sayang?" kata yang serentak. Arash terkedu begitu juga dengan layrah. Layrah buat muka dan mencubit peha arash. Dia marah dengan keterlanjuran arash tadi.
"Sekarang ni, aku pula yang takde selera nak makan. Baik korang berdua cerita apa yang dah jadi sekarang ni." Ugut qisya.
"Korang berdua ni ada apa- apa ke?" Soal azim
Arash dan layrah berpandangan sesama sendiri. Arash buat muka tanda minta izin untuk ceritakan pada semua. Dia takut yang layrah belum bersedia. layrah mengangguk.
Anggukan layrah memberikan lampu hijau untuk arash bercerita.
Lalu arash menceritakan segalanya pada mereka semua. Ada yang terkejut, ada yang bnyak soal dan ada juga yang mengalirkan air mata. Itu semua gelagat sahabat- sahabat mereka berdua.
Sarah terus berdiri dari tempat duduknya dan meluru ke arah layrah. Dia menarik layrah untuk berdiri. Tangan kanannya dihayun ke pipi kiri layrah.
Layrah hanya pejam mata menanti pipinya ditampar.
"Sarah!!"
Yang lain terkejut dengan tindakan sarah, mereka turut berdiri serentak.
Layrah masih lagi menanti, matanya masih lagi terpejam. Tiba- tiba dia terasa tubuhnya dipeluk dengan erat sekali.Layrah cuba membuka mata perlahan- lahan.
"Aku benci kau hanni! Aku benci kau! Kenapa kau sembunyikan semua ni? Tak boleh ke bagitau aku awal2? Haa? Kau tau tak aku rindu kau sangat- sangat. Kau tau tak?" Kata sarah dengan suara yang teresak- esak.
Layrah terkaku, tamparan yang dinantikan berganti dengan pelukan yang begitu erat.
Dengan perlahan layrah membalas pelukan Sarah. "Shh..dah tak payah nangis. Maafkan aku sarah, aku bukan nak tipu kau. Tapi aku terpaksa. Tapi aku tak kemanakan! Aku ada je depan mata kau sekarang ni. I'm here." Ucap layrah sambil mengusap belakang badan sarah. Kemudian pelukan itu dileraikan oleh sarah.
"Aku tak mimpi kan, layrah? Kalau aku tengah bermimpi, jangan, jangan pernah kejutkan aku, please!!" Rayu sarah dalam suara sendu.
Layrah tertawa kecil. Pipi kiri sarah dicubit geram. "Adui! Sakit lahh. Apa main cubit- cubit ni?" Marah sarah sambil mengusap bekas cubitan layrah.
Layrah tertawa lagi. "Sakit kan? Itu bermakna, kau tak mimpi. Dan aku bukan khayalan kau. Sofea Hanni ada depan mata kau. Aku belum pergi." jawab layrah sayu.
Sarah meluru peluk layrah semula. "Aku rindu kau! Jangan pergi lagi!" Kata sarah dalam tangis. Dia tidak dapat menahan tangisannya lagi.
Layrah juga tidak dapat tahan sendu lagi dia juga tewas dengan perasaannya sendiri. Mereka berdua berpeluk dalam sendu.
Para jejaka tersenyum senang. Yang gadis pula meluru ke arah mereka berdua dan mereka berpelukan beramai- ramai.
"Kitorang pun rindukan kau hanni." Kata qisya mewakili yang lain.
"Aku pun rindu kan korang semua." Syukur dipanjat ke ilahi. Setelah lama dia tunggu saat- saat begini. akhirnya allah tunaikan segala doa- doanya.
Irfan menyiku perut arash. "Pandai kau sorok rahsia besar macam ni daripada kitorangkan?" Soal irfan dalam gurauan.
Arash tersengih sambil mengusap belakang tengkuknya. "bahagialah kau arash, tu kekasih halal kau dah balik." zahid mengusik arash.
"Ermmm..nanti orang tu dah tak ingat kita dah.. dia kan dah ada kekasih halal a.k.a wife terchenta." Azim menambah perisa usikan zahid.
"Mana ada lupa korang!" Balas arash malu- malu kucing. Tiga sahabatnya itu ketawa terbahak- bahak melihat muka arash yang memerah.
Tawa mereka bertiga menarik perhatian empat orang gadis yang berpelukan tadi. Seraya itu pelukan mereka terlerai.
"Eiyyy..gelak macam apa tah." Serungut qisya. "Macam sekumpulan kingkong!" Tambah liyana. Mereka berempat juga turut ketawa beramai- ramai.
Pengunjung yang berdekatan hanya memandang hairan ke arah mereka berlapan.
"Haa! Udah- udah lah tawa tu dik oi. Ni makanan kamu semua dah sampai." Seorang pelayan wanita menghantar makanan mereka semua dengan menatang sebuah dulang separuh besar.
Mereka semua tersengih. "Terima kasih kak!" Ucap irfan. Semua kembali duduk di tempat masing- masing.
"Haa..dik! Nak order apa?" Soal pelayan wanita itu pada arash. "Ermm..bagi sama macam ni jelah kak." Jawab arash sambil menunding jari pada makanan layrah.
"Okey..10 minit siap." Gurau pelayan wanita itu. Arash hanya tersenyum senang.
Selepas itu, mereka semua kembali berbual seperti 5 tahun dahulu.
_______________
Lepas makan mereka kembali ke kereta masing- masing. Qisya menyerahkan kunci kereta pada layrah.
"Nah! Tadi kata kau nak drive kan?" Baru sahaja layrah ingin menyambut huluran Qisya arash lebih pantas merampasnya. Lalu kunci kereta itu diserahkan pada liyana.
"Nah! Turn kau pulak drive. Aku nak berduaan dengan 'wife' aku." arash sengaja menekan perkataan wife itu.
"Ewah! Ewah! Ewah! Suka suki je kau main suruh suruh. Aku nak naik satu kereta dengan hanni! Kau kan dah selalu dengan dia, bagilah change dekat kitorang pulak." Bantah qisya. Padahal liyana tak cakap pape pun.
"Tak ada change! change! Aku nak bawak wife aku! Full stop!" Layrah terus ditarik oleh arash masuk kedalam kereta tapi ditahan oleh layrah.
"Ehh..kejap! Kejap! abang, bagi hanni settle dulu k. Qisya, nanti aku berkepit dengan kau..je 24 jam. Aku janji!" Layrah beri jaminan pada qisya, dengan tangan diangkat seperti berikrar.
"betul ni?"
"Iyaa!"
"Janji?"
"Janji, Cik Qisya Farhana!"
"Okey.. aku pegang janji kau. Kalau kau tipu, siap kau!" Qisya beri amaran pada layrah.
Layrah dengan yang lain sudah tergelak. "Aku janji Qisya. Aku tak tipu." Layrah meyakinkan qisya.
"Hishh..macam budak- budak. Tak matang langsung." Perli Azim.
"Suka hati akulah nak buat apa pun. Apa masalah kau?" Berang qisya.
"Masalah aku ialah aku tak suka faham." Azim menunjal dahi qisya.
Qisya jadi tambah berang. Rambut Azim ditarik sekuat hati. "Ambil kau! Padan muka! Suka sangat kacau aku kan!!" Cengkaman pada rambut azim diperkemaskan lagi.
"Arghh..qisya! Kusut lah rambut aku!" Jerit azim.
"Qisya...dah dah lah tu! Jom!" Liyana menarik tangan qisya untuk masuk ke kereta. Sekali gus cengkaman pada rambut azim terlepas.
Yang lelaki ketawa terbahak- bahak melihat wajah cemberut azim dan ditambah dengan rambutnya yang sudah tegak ke atas seperti baru terkena renjatan elektrik. Nasib baik muka tak hitam. Kalau tak sebiji!
Azim dengan perasaan sebal terus masuk kedalam kereta irfan.
Layrah dan sarah turut ketawa. Liyana dan qisya sudah selamag masuk kedalam kereta qisya. Liyana tak mahu pergaduhan antara qisya dan azim bertambah.
"Dah lah sarah pergi masuk kereta, kita gerak sekarang." Arah arash.
Sarah hanya menurut. "Yang korang bergelak ketawa lagi ni kenapa? Masuk lah kereta!" arah arash kepada teman- teman lelaki pula.
"Huuu...ilek! ilek! Perangai headprefect dia dah keluar balik dah!" Zahid sengaja bergurau sambil menggosok dada arash suruh bertenang.
"Eiyy..aku bagi kang! Dah lah masuk! Nanti lambat pula sampai sana." Kata arash berura- ura hendak menumbuk zahid.
Zahid hanya tersengih lalu masuk kedalam kereta bahagian pemandu. Tadi irfan dah memandu kali ni giliran dia pula. Yang lain juga turut masuk kedalam kereta.
"Haa..ni lagi sorang! Terkekeh- kekeh ketawa! Dah masuk!" Arah arash pada layrah pula.
Layrah cuba mengawal riak tawa nya. Lalu dia mendekati arash dan menghulurkan tangan.
Berkerut dahi arash. Dia tidak faham. "Nak apa ni?"
"Nak tuu..." panjang muncung layrah mengahala ke arah kunci kereta yang dipegang arash.
"No way! Abang drive." Tanpa menghiraukan layrah dia terus menghala ke pintu kereta bahagian pemandu.
Namun layrah pantas menarik lengan arash. "Nak drive!" Rengek layrah.
"No darling! Biar abang yang drive okey." Sekali lagi dia cuba masuk kedalam kereta.
Namun dengan kepantasan yang layrah ada dia terus menolak arash sehingga arash terdorong kebelakang dan merampas kunci kereta yang ada di tangan arash.
"Bluekk..! Hanni nak drive jugak!!" Layrah menjelir lidah pada arash lalu terus masuk ke dalam kereta.
"Haihh..minah ni! dia punya ganas dari dulu sampai sekarang tak pernah hilang!" Rungut arash sendiri.
PINN!!
"Hoii! Cepat lahh, tadi suruh kita cepat. Ni dia pulak berdrama dekat parking ni!" Jerit Zahid dari dalam kereta. Tingkap kereta sudah diturun kan separuh.
Arash garu kepala dan terus masuk kedalam kereta satria milik hanni.
"Ready? Let's go!"
tanpa sempat arash menjawab soalan layrah, layrah terus menekan minyak keluar dari kotak parking.
"Sayang, abang tak nak sayang bawa laju- laju. Kalau tak, abang takkan izin kan sayang bawa kerera sampai bila- bila." Arash cuba memprovok layrah.
"Iyaa..hanni takkan bawak laju- laju. Tapi depends pada keadaan." Jawab layrah lalu tersengih.
Arash tidak mampu nak cakap apa lagi dah. Minat layrah pada kelajuan tidak dapat di pisahkan sampai bila- bila.
Sepanjang perjalanan mereka berbual- bual kosong untuk mengisi masa lapang sebelun sampai ke destinasi.
__________
Setelah berjam jam memandu akhirnya mereka sampai juga di resort tempat penginapan mereka.
Resort World Langkawi merupakan resort pilihan mereka semua.
"Fuyoo!! Cantik giler tempat ni. " bulat mata azim melihat sekeliling kawasan resort tersebut. Resort yang terletak betul betul di tepi laut.
Dekat luar dah nampak keindahannya, apa lagi kalau masuk dalam! duga hati sarah.
Dia juga terpukau dengan keindahan suasana yang ada di resort tersebut.
"Pandai kau cari resort qisya." Puji azim ikhlas.
"well..you know me!" Balas qisya dengan bangga. Sengaja menyakitkan hati azim. Dia terus masuk kedalam lobi utama resort untuk check in.
"Menyesal pulak aku puji dia." Rungut azim.
Yang lain sudah mengikut langkah qisya ke lobi. Tiba- tiba bahunya ditepuk dari belakang. Azim menoleh
"Kadang- kadangkan korang berdua ni sweet tau! Macam couple jer." Kata irfan sengih sambil menjongket kening.
"Banyak lah kau!" Azim menepis tangan irfan yang tersangkut di bahunya.
"Ehh..betul apa. Orang tua- tua cakap, tak elok selalu gaduh- gaduh ni, nanti sampai kejinjang perlaminan pulak!" Nasihat itu betul- betul terkena batang hidung azim.
Irfan ketawa terkekeh- kekeh meninggalkan azim. Azim pula muka dia dah merah sangat- sangat. Tak tau apa yang dia rasa. Malu atau marah.
"hoii..buat apa tercegat dekat situ. Sini lahh!" Jerit zahid dari jauh. Azim tersentak lalu terus mendekati rakan- rakannya yang lain.
Lepas check in diorang terus kebilik masing- masing. Qisya dah book kan dua buah bilik untuk mereka secara online. Tapi arash telah menambah sebuah bilik lagi untuk dia dan layrah.
"Ni kunci bilik perempuan, yang ni pulak kunci bilik lelaki." Qisya menyerahkan satu kunci pada irfan.
Irfan menilik nombor yang tertera pada kad akses yang diberi oleh qisya tadi.
"Tingkat 10! Mak oii tinggi nya!" Kata irfan buat- buat terkejut.
"Tak payah nak over sangat lahh. Jom naik!" Ajak liyana.
"No. Bilik korang berapa?" Tanya zahid.
"Bilik kita sebelah- sebelah je lahh. Jom lah naik atas. Aku nak rest ni." qisya terus berlalu menuju ke lif.
Yang lain juga terus mengekori qisya kecuali arash dan layrah.
"Ehh korang berdua nk gi mana?" Soal azim pula pada arash dan layrah bila arah mereka berdua tidak ke lif.
"Diaorang book chalet, jadi xyah naik lif. Kat luar tu je chalet diorang." terang qisya.
"Amboi, pandai korang cari time honeymoon kan!" Perli irfan.
Layrah dan tertunduk malu. Arash pula hanya tersengih.
"Dah lahh! Jom naik. Aku penat ni!" Rungut qisya lagi.
"Yelahh...bro kitorang naik dulu tau." Kata irfan sambil tepuk bahu arash.
Arash hanya mengangguk. Lalu mereka semua ikut haluan masing- masing.
Sampai je dekat tingkat 10 mereka berenam mencari bilik masing- masing. Yang lelaki bilik 304 yang perempuan bilik 305.
"haa...tu bilik bilik kita. 304 kan?" Tanya sarah pada qisya.
"Bukan lahh. Yang tu bilik lelaki. Kita punya 305." Jawab qisya.
"Jadi maknanya sebelah bilik yang sarah jumpa tu bilik kita lah kan? Jom lah, aku dah belengas giler dah ni. Aku nak mandi." Tungkas liyana.
Dia terus berlalu ke arah bilik yang sarah tunjuk tadi. Yang lelaki juga menurut dari belakang.
Sampai je depan pintu liyana minta kunci pada qisya, lalu dia membuka pintu bilik.
Terpukau mereka bertiga melihat bilik yang akan mereka inap.
Sarah meninjau sekeliling bilik itu. Sliding door balkoni yang sederhana besar ditolaknya. Tambah terpegun sarah dibuatnya. Pemandangan lautan yang sangat indah menyapa matanya.
"Subhanallah! Indahnya ciptaanMu!" Sarah memuji ciptaa tuhan. Dia menghirup udara lautan yang sungguh segar tanpa pencemaran seperti di KL.
Tudungnya beralun ditiup angin bayu laut.
"Segarnya! Hilang penat aku jadinya." Kata sarah sendiri sambil tersenyum panjang.
Manakala qisya sudah terbaring atas katil dan liyana pula sudah memunggah bag pakaiannya untuk mencari pakaian mandi.
Sementara itu di bilik lelaki pula tidak kurang hebatnya.
Azim dan irfan sudah terkulai baring diatas tilam, bagi lepas penat. Zahid pula membuka sliding door balkoni bilik mereka.
Berebut- berebut angin bayu laut masuk kedalam bilik. Zahid juga melakukan perkara yang sama dilakukan oleh sarah tdi.
Dia juga memuji kebesaran Allah S.W.T Tiba- tiba dia ternampak sarah yang begitu enak sekali menikmati suasana di balkoni sebelah.
"Cantik kan pemandangan dekat sini?" Tegur zahid tanpa salam.
Terhenjut bahu sarah sebab terkejut. Tapi dia cover cool deoan Zahid. Riak muka terkejut cuba dikawal.
Zahid tertawa kecil. Bukan dia tak tau Sarah cover cool je tdi. "Sorry buat kau terkejut." Ucap zahid.
"Sokeyy, aku memang senang terkejut." Dalih sarah.
"K lah, aku masuk dulu. Bye zahid." Sarah terus meninggalkan zahid sendiri di balkoni sebelah biliknya.
Pemergian sarah zahid hantar dengan pandangan mata. Lalu dia juga masuk semula kedalam bilik untuk bersihkan diri.
___________
Dibawah pula di Chalet arash dan layrah.....
"Abang...lawanya bilik ni." Ucap layrah terpegun dengan dekorasi chalet dia dan arash.
Kakinya melangkah keseluruh bilik. Chaletnya dan arash kelihatan begitu mewah dan romantik.
Sliding door chalet dibuka. Terpancarlah keindahan laut yang membiru. Senyuman panjang terbit dibibirnya.
Dia mendepakan tangannya merasai angin bayu laut. Tenang je rasanya. Tiba- tiba dia terasa ada tangan yang melingkari pinggang dia.
Dia cukup kenal pemilik tangan itu. Layrah hanya membiarkan sahaja. Dah macam babak dalam cerita titenic pulak!
Layrah sandarkan padan dia pada badan arash. Arash pula sangkutkan dagu dia dekay bahu layrah.
"Tenangkan bang, dekat sini?" Layrah bersuara.
"Ye, sayang. Tenang sangat. Apalagi kalau ada sayang dekat dengan abang." Jawab arash.
Layrah mengukir senyuman bahagia. Ya! Dia bahagia sangat bila di sisi arash. Rasa macam tak nak jauh dari suaminya.
Arash juga bahagia bila layrah ada disampingnya. "Abang, hanni nak masuk dulu. Nak mandi." Layrah cuba melepaskan pelukan arash dipinggangnya.
Tapi arash makin eratkan lagi pelukan itu. "Nak ikut!" Kata arash manja.
Terus layrah memusingkan badannya menghadap arash. Tapi pelukan arash tetap utuh.
"Eiyy...tak malunya. Ada ke nak ikut orang perempuan pegi mandi." Kata layrah dengan suara yang manja juga.
"Alahh..biarlah! Isteri sendiri. Takkan tak boleh kot." Kata arash.
"Boleh...but not this time abang. Nanti ya.." balas layrah.
Arash makin kejap memeluk layrah. Layrah pula berusaha lepaskan diri.
"Abang..hanni nak mandi lahh!" Rengek layrah.
Tapi arash tak peduli. "No! Abang nak mandi dengan hanni jugak!"
"abangg...kenapa tiba- tiba kepala hanni pening ni?" Kata layrah sambil memicit kepalanya.
Arash apalagi, terus jadi panik. Tanpa sedar dia dah lepaskan pelukan dia tadi.
Kepala layrah dipegang. "Sakit sangat ke? Jom kita masuk dalam." Arash memimpin layrah masuk kedalam bilik.
Sampai je tepi katil, laurah ambil kesempatan tolak arash sampai dia terbaring dekat atas katil. Lalu dia terus melarikan diri kedalam bilik air dan kunci.
"Hanni mandi dulu ya! Lepas ni turn abang pulak tau!" Jerit layrah dari dalam bilik air.
Dia sudah ketawa terkekeh- kekeh sebab berjaya kenakan suaminya.
"Hanni!! saja je kenakan abang yee. Siap nanti abang kerjakan!" Ugut arash. Dia langsung tidak bangkit dari terbaring tadi.
Malah dia selesa pula terbaring macam tu. Yelah dah berjam- jam duduk atas sofa kereta. Siapa je yang tak penat!
"Tak takut pun!" Balas layrah. Arash tersengih dengar balasan layrah. "Ouhh..tak takut ye..tunggu lah malam nanti." Dia berkata perlahan.
Hanya dia sahaja yang dengar. Sengihan senget terbit dibibirnya. Lalu mata dipejamkan, dia ingin berehat seketika.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hye guys! sweet tak arash dengan layrah? Lia tak pandai sangat buat babak sweet2 ni. Hehehe!
Yang pasal Resort World Langkawi tu lia reka je. Lia pernah dengar nama tapi tak pernah pergi.
Lia nak ckp thanks lagi sekali dekat rdzaizwnie sbb masih setia dgn BCTM ni.
Dan tqvm yg sudi bce cerita mengarut ni! Jangan lupa vote citer bnyak2 k.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro