Bab 47
Di dalam bangunan KLIA seorang perempuan berjalan sambil menolak bagasi besarnya keluar dari bangunan itu.
Dia berjalan dengan sungguh gah dengan dress pendek dan sendatnya serta kaca mata hitam yang tersangkut di atas hidung dari jenama yang mahal. Pakaiannya langsung tidak menunjukan yang dia adalah orang melayu.
Setelah sampai di luar bangunan itu matanya melilau mencari pemandu keluarganya yang bertanggungjawab menjemputnya di situ.
Wajahnya dikipas- kipaskan dengan tangan. Bahang kepanasan di Malaysia lebih terasa berbanding di Swirtzeland yang kini di penghujung musim sejuk.
"Aduhh...panasnya! Manalah orang tua ni? Lembab betul lahh!" Berangnya sendiri. Marahnya seperti sudah berjam- jam menunggu. Padahal baru lima minit.
"Maaf Cik Aishah. Pak Abu dah sampai lama dah, tapi tadi pak abu pergi tandas sekejap." Terang lelaki tua yang umurnya sekitar 50-an. Selaku pemandu keluarga besar Tan Sri Malik.
"Alasan lah pak abu ni. Dah lah cepat! Panas tahu tak!" Bentak aishah. Dia terus berjalan kearah kereta keluarganya yang terparking di pinggir jalan.
Bagasinya yang besar itu ditinggalkan sahaja. Dia membiarkan lelaki tua itu yang membawa bagasi besar tersebut. Terkial- kial pak abu menarik bagasi itu.
Dengan tubuhnya yang kurus melidi itu. Namun dia tetap melakukan kerja bersama kudrat yang masih ada. Setelah memasukan bagasi tadi di dalam bonet, pak abu membukakan pintu belakang kereta untuk Aishah. Kemudian barulah dia masuk ke tempat pemandu.
Sepanjang perjalanan tiada satu suara pun yang keluar. Aishah memandang keluar tingkap. Melihat pemandangan Malaysia yang sudah 5 bulan ditinggalkan.
Tan Sri Malik terpaksa menghantar dia ke Swirtzeland rumah adiknya yang merupakan bekas tentera di situ, kerana perangai aishah sudah terlalu liar. Keluar petang pulang pagi, terkadang aishah langsung tidak pulang kerumah. Sikapnya yang degil dan keras kepala itu sering merunsingkan kepalanya dan isteri tiap kali memikirkan soal aishah.
Lima bulan berada di rumah pakciknya membuatkan aishah terasa tinggal di kem tentera. Setiap perkara ada peraturan dirumah itu. Dan peraturan yang dicipta oleh pakciknya sering membuatkan aishah rimas dan serabut.
Kehidupannya di sana langsung tidak bebas. Dia seperti seorang pesalah yang harus diperhatikan gerak- gerinya 24 jam. Memikirkan apa yang jadi terhadap dirinya, dendam aishah pada Hanni Sofea semakin membara. baginya hanni adalah penyebab dia melakukan semua ini. Jika dari dahulu hanni tidak mendekati arash mungkin dia tidak akan bertindak sejauh ini.
Tapi kini rasa cintanya pada arash semakin pudar. Rasa ingin memiliki arash hampir pupus. Yang ada hanyalah dendam. Hanni dan Arash sudah cukup menghancurkan hidupnya. Dia berjanji pada diri sendiri akan menghancur dua manusia itu.
Arash Raykal, Hanni Sofea. Korang tunggu lah detik hitam untuk korang dari aku. Muahahaha! Dia ketawa jahat dalam hati. Senyuman sinis menghiasi bibir.
_____________
"Tak nak! Kau gila ke apa? Kalau kantoi dengan mummy ngan daddy macam mana? Kena pulak dengan abang lagi lah naya." Laurah tolak bulat- bulat permintaan layrah. Dia berjalan ke balkoni biliknya. Baginya pertolongan yang diminta oleh layrah cukup tak masuk akal.
"Alah...takkan kantoi punya. Mummy dengan daddy takkan tahu kalau kau pandai berlakon. Cuba kau tengok,rupa kita sama, fizikal kita pun sama, cuma perangai je yang lain sikit. kau buat biasa- biasa je. Takkan kantoi punyalahh." Rayu layrah lagi. Dia menghampiri laura yang berdiri di balkoni.
Laurah memicit- micit dahinya memikirkan sesuatu. Susah betul kalau dapat kembar yang terlebih berani ni. Payah- payah!
"Kalau..aku ikut sekali tak boleh ke? Takdelah aku susah-susah nak kena berlakon bagai. Lagipun aku bosan lah... please!!" Pinta laurah. Dia merapatkan kedua belah tapak tangannya.
"Aku bukan tak nak bawak kau. Tapi...." panjang pula tapi si layrah ni.
"Sampai hati kau kan. Selama ni aku yang tolong kau, aku yang selalu ada dengan kau bila kau susah. Tapi sekarang bila kau senang kau tinggal kan aku sendiri kat sini." Potong laurah tanpa sempat layrah menghabiskan ayatnya.
Layrah mengeluh berat. Rasa bersalah menyentak dada. Perlahan air matanya jatuh. Walaupun dari luar dia nampak brutal. Tapi bila menyentuh perkara orang- orang yang dia sayang dia akan jadi lemah.
"Aku mintak maaf. Aku..aku takda niat pun nak buat kau kecil hati. Aku..." layrah zudah tersedu- sedan.
Laurah garu kepala. Niatnya cuma nak bergurau. Tapi lain pula jadinya. Sangkanya layrah akan faham gurauan tu. Dia terus menghampiri layrah yang terduduk di birai katilnya.
Bahu layrah dipeluk erat. "Alah weyh..aku gurau je. Jangan lah ambil hati." Laurah cuba memujuk. Tapi tangisan layrah tidak berhenti. "Aku janji, aku tolong kau." Terus sendu tangisan layrah terhenti.
"Amboi! Bila aku cakap yang aku nak tolong terus hilang rengek kau ye." Kata laurah bercekak pinggang.
Layrah tersengih. Sisa air mata yang mengalir di sapu dengan tangan.
"Tapi! Kau kena beli kan aku ole- ole yang istimewa. Janji!" Laurah menghulurkan jari kelingking kanannya.
"Janji!" kata layrah dan menyimpulkan jari kelingkingnya dengan kelingking laurah.
Mereka berdua tersenyum. "Bila kau nak pergi?" Soal laurah membuka kata bila suasana kadi senyap seketika.
"Minggu depan!" Jawab layrah lurus. Terbeliak mata laurah bila dengar jawapan tu.
"Minggu depan!? Awalnya! Berapa lama pula kau dekat sana?" Soal laurah lagi.
Layrah angkat jari telunjuknya bagi menjawab soalan laurah itu.
"Apa tu? Semalam?"
Layrah geleng.
"Sehari?"
Layrah geleng lagi.
"Habistu, seminggu?"
Kali ni baru layrah angguk. bertambah panjang sengihan layrah. Serupa kerang busuk!
Melopong laurah dibuatnya "Matilah nak.." dia menepuk dahi dan mengeleng kepala. Menyesal pula setuju nak tolong sikembar yang terlebih berani ni. Nasib baiklah dia sayangkan layrah tu kalau tak, lantak kau lah nak jadi apa pun. Emangnya gue pikirin!
Layrah peluk laurah sekuat hati. "Aku saaaayang kau." Pipi laurah dicium sekilas lalu dia berlari masuk kebiliknya.
"Euww....apa ni cium- cium. Gelilahh!" Marah laurah. Pipi kiri yang dicium layrah tadi di sapu dengan tangan. Erghhh..kembar siapa lah ni!
_______
"Adik, nanti dekat sana jaga diri ya. Mummy tak nak dengar apa- apa cerita buruk tentang anak mummy ni. Satu lagi, keselamatan tu penting. kalau nak keluar hotel nanti keluar ramai- ramai. Jangan keluar sorang- sorang. Bahaya!" Pesan Datin Seri Dayang pada anak perempuannya.
Di luar Sarah dan Qisya sedang menunggu dengan penuh sabar. "Banyak pulak bebel makcik datin ni!" rungut Sarah perlahan. Tapi cukup jelas di telinga Qisya.
Qisya terus mencubit lengan kiri Sarah. "Aduh! Sakitlah!" Marah sarah dalam nada suara yang dikawal. "Apa benda lah kau cakap macam tu. Biarlah mak cik tu nak cakap apa pun, tu kan anak dia." Bebel qisya dalam nada suara yabg dikawal juga.
Sarah memuncung. Bekas cubitan tadi diusap- usapnya perlahan. "Buat muncung macam tu! Aku sepit dengan penyepit baju baru tahu!" Gertak qisya. Sarah menjeling. Dia buat endah tak endah sahaja dengan qisya.
"Alah awak ni seri. Laurah tu tahu lah dia jaga diri dekat sana. Lagi pun dia beramai, bukanya sorang je dekat sana. Tak usah lah awak nak nasihat dia macam dia tu budak tadika pula." Dato' Syukor pula membebel dekat isterinya.
Datin Seri Dayang mencebik. "Biarlah anak saya. Abang apa tahu!" Balasnya. Layrah dan laurah sudah terkekeh- kekeh ketawa melihat riaksi mummy mereka.
"Dah- dah, suka pula kamu berdua ketawakan mummy. Laurah pergi cepat, kawan- kawan kamu dah lama menunggu dari tadi dekat luar tu." Arah daddy mereka.
Cepat-cepat mereka berdua berhenti ketawa dan tersengih. "Okey daddy! Mummy adik pergi dulu ya. Assalamualaikum." Kedua orang tuanya disalami. Kelakuan harus lembut seperti laurah. Stady layrah!
Kemudian dia terus melangkah ke arah sarah dan qisya. Beg pakaiannya diletakkan kedalam bonet kereta qisya. Lalu dia terus buka pintu kereta bahagian belakang. Sebelum dia masuk kereta dia sempat melambai arah mummy, daddy dan laurah. Dia terus memboloskan diri kedalam kereta.
Sebelum bertolak Qisya dan Sarah menyalami tangan datin seri dayang. "Kami pergi dulu aunty." Kata Qisya lembut.
"Yelahh, bawa kereta hati- hati ye." Pesannya pada qisya. Qisya beri senyuman manis dan mengangguk.
Setelah itu mereka berdua masuk kedalam kereta. Qisya yang duduk bahagian pemandu terus memecut kereta ke jalan raya.
_______
Setelah sampai di hentian rehat di Hentian Slim River & RNR Sg.Perak, qisya mengambil peluang itu untuk berehat sebentar. Kejung tangan dan kakinya memandu berjam- jam sejak dari rumah laurah.
Dia berpaling melihat ke sisi. Sarah sungguh enak di ulit mimpi, sama juga seperti laurah yang duduk di belakang.
"Sarah! Sarah! Bangun lah. Kita dah sampai R&R ni. Laurah! Bangunlah!" Qisya mengejutkan dua sahabatnya dari tidur.
Sarah lebih dahulu terjaga dari laurah. Qisya berdecit bila lihat laurah yang masih lena. "Susah pula nak kejutkan minah ni." Qisya merungut.
Sarah sudah keluar dari kereta. Dia merenggangkan segala badannya yang terasa sengal duduk berjam- jam di atas kerusi kereta.
Qisya juga turut keluar dan menuju ke pintu belakang sebelah kiri keretanya. Pintu itu di buka. "Laurah bangun lahh....kita dah sampai R&R ni." Qisya cuba mengejutkan laurah lagi.
"Hmmm...ape ni laurah! Aku ngantuk lahh, jangan lah kacau aku." Kata laurah dalam mamai. Dia langsung tidak sedar dengan apa yang dikatakannya.
"Laurah? hoii! ape ni, ngigau panggil nama sendiri!!" Suara qisya sudah naik seoktaf. Peha laurah ditepuknya.
Terus membulat mata laurah bila dia sudah tersedar atas kesilapannya. "Ermm..aku..aku sebut nama sendiri ke tadi? Erkk..aku salah cakap kot." Dalih laurah.
"Kejap- kejap. Kau sebenarnya layrahkan, bukan laurah? Baik kau cakap betul- betul dengan aku sebelum aku tinggalkan kau dekat sini." Ugut qisya.
Laurah telan air liur bila dengar ugutan qisya itu. Dia kenal qisya macam mana. Apa yang keluar dari mulutnya bukanlah cakap kosong semata- mata.
"Yelah..yelahh! Aku layrah bukan laurah." Akhirnya dia mengaku juga.
"Kan senang kalau macam tu. Tapi kenapa sampai korang berdua nak tukar- tukar identiti bagai ni?" Soal qisya. Dia tidak kesah siapa yang berada didepan matanya sekarang tapi dia tidak suka di tipu dan dipermainkan.
"Nantilah aku cerita. Aku lapar ni, jom makan. Lepas ni aku pula drive untuk kau ya?" Ajak layrah. Dia memang sudah kebulur dari tadi.
Qisya juga tidak banyak bunyi lagi dah. Dia juga sudah kebulur. Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke gerai- gerai makan yang tersedia di R&R di situ.
Selepas membuat pesanan makanan mereka bertiga berbual sambil menunggu makanan mereka sampai.
"Kau hutang cerita dekat aku, layrah. Sekarang aku nak kau cerita kenapa korang berdua tukar identiti?" Qisya menuntut janji layrah tadi.
Sarah terpinga- pinga. Dia langsung tidak tahu apa- apa. "Layrah? Bukan ke..." kata- katanya terhenti disitu.
Layrah menarik nafas sebelum memulakan cerita. Lalu dia menceritakan segala- galanya dari A sampai Z.
"Ouhh...kiranya family kau fikir sekarang ni yang pergi laurah bukan layrah?" Soal sarah.
Layrah mengangguk. "Tapi kenapa tak bawak laurah sekali? Kesian dia, sampai hati kau tinggal kan dia." Soal sarah lurus. Hati layrah tersentak. Rasa bersalah tinggal kan laurah masih melekat di hatinya.
Tapi apakan daya. Ini semua permintaan arash. "Aku...." ayat layrah tergantung bila pelayan menghantar pesanan mereka bertiga tadi.
Layrah memesan nasi goreng kampung bersama telur dadar,sambal belacan dan nescafe ais. Sarah pula memesan nasi putih bersama kailan goreng ikan masin, tomyam seafood dan milo ais. Qisya memesan nasi putih bersama paprik campur, kangkung goreng belacan dan teh ais.
Selepas baca doa, mereka bertiga terus makan tanpa banyak soal lagi. "Hello ladies, gelojohnya makan. Sampai tak tengok kiri kanan dah." Tegur seorang lelaki yang datang entah dari mana dan kini berdiri betul- betul sebelah qisya.
Mereka bertiga tersedak serentak kerana teguran lelaki itu. Masing- masing mencapai air masing- masing. Mereka minum dengan gelojohnya. Perit rasa di dada.
Lelaki itu ketawa berdekah- dekah melihat wajah terkejut mereka bertiga sehingga tersedak.
Bila rasa lega sikit qisya terus mencubit sekuat hati lengan lelaki tersebut. Terus terhenti tawanya. "Aduduhhh!! Sakit lah qisya! Lepas!" Adu lelaki itu.
"Haa! kau tau pun sakit. Minta maaf dulu baru aku lepaskan." Arah qisya.
"Okey! Okey! Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki." Cubitan dilengannya dilepaskan oleh Qisya.
Kini giliran sarah dan layrah pula ketawa berdekah- dekah tengok muka cemberut lelaki itu. "Padan muka kau. Lain kali bagi salam! Bukan main terjah macam tu je. Faham Azim Ikhmal." Kata layrah dalam tawa yang belum reda.
Azim buat muka toya. Dia menggosok- gosok bekas cubitan qisya tadi.
"Hey! Hey! Hey! Apa yang kecoh- kecoh ni. Dari tempat parking tu dengar suara korang ketawa tau. Asal ni?" Soal irfan yang baru tiba bersama liyana dan zahid.
"Azim kau kata tadi nak order dulu. Dah order belum? Yang kau buat muka macam tu asal?"soal zahid.
"Ada kera kena cubit tadi. Sebab tulah jadi macam tu." Jawab sarah bagi pihak azim.
Azim buat muka tak puas hati. Kurang garam betul. Dia samakan aku dengan kera! ini dah lebih!
Yang baru tiba juga turut ketawa bersama sarah dan layrah. Merah muka Azim bila ketewakan macam tu sekali. "Dah lah! Malas aku layan korang." Azim terus berlalu dan pergi memesan makanannya. Sakit hati pula hatinya.
"Alololohh...merajuk pula dia tu. Kau pergi pujuk dia qisya. Kau yang cubit dia tadi kan?" Suruh liyana.
Qisya memuncung. "Asal aku pula yang kena pujuk dia. Lantak dia lah. Dia yang start dulu kan tadi? Mana kau tahu aku yang cubit dia?"
"Aku nampak dari jauh tadi." jawab liyana ringkas. "Dah- dah. Jangan nak bertekak pula dekat sini. liyana kau duduk lah dekat meja ni dulu, jagakan meja ni untuk kitorang. Nanti ada orang duduk pula." Arah irfan sambil menunjukan meja yang kosong disebelah meja tempat tiga gadis itu duduk.
"Okey." Balas liyana pendek. Dia duduk di meja yang ditunjukan irfan tadi. Kemudian irfan dan zahid mengekori langkah azim.
Sarah, layrah dan qisya sambung makan semula. "Liyana, bukan kau kata nak bawa kereta sendiri ke? Kenapa naik dengan diorang pula." Soal qisya. Dia menghirup sedikit teh aisnya.
"Kereta aku buat hal tadi, tak boleh nak start pula. Jadi terpaksa lah menumoang kereta jejaka- jejaka malaya tu." Jawab liyana.
"Habis tu arash naik dengan siapa?" Soal layrah pula.
"Aipp..bertanya kan orang tu nampak." Sakat sarah.
Layrah buat tak tau saja. Liyana, sarah dan qisya ketawa kecil. "Arash dia bawa kereta sendiri. Nanti sampai lah tu." Jawab liyana.
Serentak dengan itu jejaka- jejaka malaya yang diperkatakan tadi tiba semula dimeja. "Sekarang turn aku pula pergi order." Baru sahaja ingin berdiri. Dia di halang oleh zahid. "Aku dah orderkan untuk kau. Kau duduk je dekat sini." Kata zahid.
"Kau order apa untuk aku?" Soal liyana. "Nasi goreng u.s.a dengan jus oren." Jawab zahid ringkas.
"Kau tau- tau je aku nak makan nasi goreng u.s.a kan?" duga liyana.
"Mestilah tahu! Kita kan soulmate." Jawab zahid selamba. "Huuuuu...." yang lain sudah mula menyakat. Memerah muka liyana bila di sakat begitu. Zahid pula hanya beriak biasa.
PIN! PIN!
Bunyi hon kereta menarik perhatian mereka bertujuh. "Tu arash! Ehh..tu bukan ke kereta arwah hanni?" Soal qisya membuatkan layrah tersentak. Gelaran arwah yang digunakan oleh kawan- kawanya membuatkan hatinya terhiris.
Aku hidup lagi lah korang!! Korang tak nampak ke?!! Jerit layrah. Tapi jeritan itu hanya keluar di dalam hatinya.
Selera makannya merundum jatuh. Nasi goreng di pinggan hanya dikuis- kuis sahaja.
"Hye! Lama dah korang sampai?" Soal arash. Dengan selamba sahaja dia duduk di sebelah layrah.
"Lama dah. Tapi yang empat orang tu baru sampai." Jawab sarah sambil menunjuk ke meja sebelah.
"Ni kenapa duk kuis je nasi tu? Makan lahh." suara arash membuatkan layrah tersedar dari lamunannya. Nasi yang tinggal suku sahaja lagi itu di tolak kehadapan.
"Kenyang lah." Jawab layrah pendek. "Kenyang? Tadi kau lah makhluk yang paling lapar, sekarang dah kenyang pula?" Kata- kata sarah membuatkan arash terfikir. Mesti ada sesuatu yang difikirkan dalam kepala isterinya itu.
"Dah- dah. Sekarang tak ada istilah dah kenyang abang tau sayang lapar lagi. Meh sini abang suap kan." Arash langsung tidak sedar dengan keterlanjuran ayatnya. Dia tarik nasi layrah kehadapannya.
Yang lain sudah ternganga. "Abang? Sayang?" kata yang serentak. Arash terkedu begitu juga dengan layrah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng! Jeng! Jeng!
Kali ni lia tinggal kan tanda soal lagi. Korang rasa apa yang diorang buat bila rahsia dah kantoi. Cer teka! Cer teka!
rdzaizwnie thanks sbb sudi sabar menunggu BCTM publish lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro