Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 46

Terpanar puan munirah bila ternampak laurah yang berjalan ke arah mereka. Berbeza dengan datin seri dayang yang beriak biasa.

Laurah mendekat dengan mummynya. Tangan wanita itu disalam dengan hormat.

"Lambat sampai?" Soal datin seri dayang lembut.

"Layrah tu la, bersiap macam tuan puteri. Lepas tu bergaduh pulak dengan abang sebab berebut nak drive." Ujar laurah. Memang tadi layrah dan asyraff berebut hendak memandu. Tetapi akhirnya asyraff terpaksa mengalah selepas di belasah oleh layrah.

Berkerut dahi datin seri dayang mendengar ceritanya. Layrah masih lagi berdiri kaku melihat arash dan puan munirah sejak tadi.

"Abang? Dia tak pergi office ke hari ni? Kalau dia ada, mana dia?" Soal datin seri dayang lagi.

"Abang kata nak beli topup kejap. Entahlah abang tu. Tadi masa makan kata nak pergi office. Bila nampak adik dengan layrah nak keluar je terus kata tak jadi. Dia kata nak jadi bodyguard kitorang." Kata laurah lalu tersengih.

"Ada- ada jelah kamu bertiga ni. Mummy nak pergi betulkan baju customer mummy ni sekejap dekat bilik jahitan. Su, ambil kan baju sikembar ni." Arah datin seri dayang pada kak su. Dia terus melangkah ke bilik jahitan.

"Baik datin." Ujar kak su lalu pergi ke belakang.

Mata Puan Munirah masih lagi tidak berganjak pada laurah. Laurah pula rasa tak selesa bila di pandang begitu. 

Dia terus berlalu dan menghampiri layrah. Arash dan layrah berpandangan antara satu sama lain dan bergilir pada laurah dan puan munirah.

"Hye arash. Awak buat apa dekat sini?" Tegur laurah dengan ramah.

"Ss..saya teman ibu saya. Tak sangka pulak ni butik mummy awak." Jawab arash gagap. Layrah hanya mendiamkan diri.

Puan Munirah berjalan mendekati mereka bertiga. "Aa..arash, ni kawan- kawan arash ke?" Soal puan munirah lambat- lambat.

"Iya..ibu, ni kawan- kawan kolej arash. Laurah dengan layrah." Arash memperkenalkan mereka berdua.

Laurah menyalami puan munirah dan diikuti oleh laurah.

Puan munirah memegang pipi mereka berdua. Matanya sudah berkaca. "Ya allah. besarnya kuasaMU." ujarnya menahan suara.

Laurah sudah terkebil- kebil. Berbeza dengan layrah yang hendak menangis.

"Mak cik, mak cik okey?" Soal layrah lembut. Lalu meraih tangan puan munirah.

"Jangan panggil mak cik. Panggil ibu." Pinta puan munirah.

"Baiklah. Ibu okey?" Soal laurah lagi. Lancar sahaja lidahnya menggelar wanita yang baru dikenalinya itu 'ibu'.

"Ibu, okey sayang. Ibu tak sangka ada orang yang mukanya mirip sangat dengan anak perempuan ibu." Kata puan munirah.

"Anak perempuan? Mesti dia cantik kan ibu?" Soal laurah dalam memuji.

"Cantik sangat sayang. Cantik luar dan dalam." Jawab puan munirah dengan suara bergetar.

"Ibu.." panggil layrah perlahan.
Bola mata puan munirah beralih pula pada layrah. Jelas diwajah itu sudah sarat dengan kerinduan.

Puan munirah lantas memeluk erat tubuh layrah. Dia kenal dengan sorotan mata itu. Sorotan mata yang sama dimiliki oleh hanni sofea.

Lama pelukan itu bertaut. "Ibu rindukan hanni, sayang." Ujar puan munirah perlahan pada telinga layrah. Air matanya ditaham daripada jatuh.

"Hanni pun rindukan ibu." Balas layrah dalam nada yang sama. Mereka tidak mahu laurah mendengar percakapan mereka.

Layrah sudah tahu yang arash sudah beritahu semua tentang mereka pada puan munirah.

Pelukan dilerai kan. Masing-masing menghadiahkan senyuman paling manis.

"Laurah, layrah ni baju kamu berdua." Ujar kak su yang muncul dari belakang. Dia menghulur dua pasang baju kepada laurah.

"Haa..ye thanks kak su." Ucap.laurah. Baju yang dihulurkan oleh kak su diambil.

Laurah memberikan sepasang dress berwarna peach pada layrah. Dress miliknya punya  Berwarna dark blue.

"Cantiknya...simple but nice." Kata layrah teruja. Moodnya sudah berubah 360° darjah. Panjang senyumannya sampai ketelinga. "Ab...ermm..arashh, cantik tak?" Soal layrah teruja. Hampir saja tersasul.

"Cantik, pergi lah try. Saya nak tengok." Puji arash. Dia akui dress tu memang cantik. Kalau chenta hati pakai lagi lah menawan. Ahaks!

"Okey. Laurah jom." Layrah memarik tangan laurah lalu berlari ke arah fitting room.

"Hishhh..jangan lah tarik- tarik. Aku yang nak konvo, kau pulak yang lebih. Mentang- mentang kekasih gelap kau ada dekat sini." Gerutu laurah.

"Husband lah bukan kekasih gelap." Marah layrah. Laurah mencemik. Dia tidak pernah peduli dengan kata- kata layrah yang menggelar arash suaminya. Kerana baginya layrah hanya main- main.

Setelah menunggu beberapa minit, laurah dan layrah keluar dari bilik persalinan. Tergamam arash melihat layrah yang nampak sungguh cantik dan mempersonakan dengan dress yang tersarung dibadan.

Pandangan matanya hanya terarah pada layrah sahaja. Cantiknya! Desis hatinya.

"Ibu macam mana? Cantik tak?" Soal layrah pada puan munirah. Laurah turut menunjukan riaksi tertanya- tanya.

"Masya'allah. Cantiknya anak- anak ibu ni." Puji puan munirah ikhlas. Dia tidak menafikan layrah dan laurah sungguh mempersona.

Arash masih lagi kaku memandang layrah. "Arash...arash!" Layrah memanggil arash sambil tangannya dilambai- lambaikan di depan muka arash. Tiada respon.

"Arash!!" Jerit layrah geram. Arash terus tersentak. "Haa..ye, apa dia?" Soalnya dalam kebingungan.

"Awak tenung saya macam tu kenapa? Tau lah saya cantik. Tapi tak payahlah tenung sampai macam nak telan." perli layrah dengan membangga diri.

"Elehh..perasan. siapa tengok dia. Saya tengok laurah bukan awak." Balas arash dengan mencemik. Layrah kalau dah di puji, makin besar lah tanduk dia nanti.

"Tak nak mengaku pulak." Bidas layrah. Dia membetulkan tudung yang sudah lari dari tempatnya.

Laurah hanya menggelang. Perangai tak pernah berubah. Macam budak- budak. Bisik hatinya.

Tiba- tiba bunyi button loceng memenuhi ruang butik. Beberapa saat kemudian kedengaran suara yang amat dikenali layrah dan laurah menghampiri mereka.

"Abang!!" Layrah berlari kearah asyraff. Dia berdiri di depan asyraff sambil berpusing- pusing. "Cantik tak bang?" soal layrah teruja.

Asyraff tersenyum manis. "Mestilah cantik. Adik abang ni, pakai apa- apa pun cantik." Puji asyraff.

Pujian itu membuatkan hati layrah kembang. "Kan!...adik memang cantik. Orang tu je yang buta." Perli layrah.

Asyraff mengerut dahi. Orang? Orang mana pulak. Soal hatinya. Dia tepandang arash yang berdiri di sebelah wanita yang tidak dikenali dan sebaya dengan mummynya.

Layrah menjelir lidah pada arash. Arash juga membalas balik dengan perbuatan yang sama. Sakit hati asyraff melihat keakrapan mereka berdua. Namun dia berusaha bersikap bersahaja.

"Macam budak- budak lah kamu berdua ni. Umur dah besar panjang, tapi perangai macam budak tadika." omel Puan Munirah.

Layrah menghampiri puan munirah. Lengan wanita itu dipeluk. "Biarlah bu, baru lah sweet- sweet gitu." Seloroh layrah bersahaja.

bertambah sakit hati asyraff apabila mendengar jawapan spontan dari layrah.

"Ehh..asyraff baru sampai?" Soal datin seri dayang yang baru keluar dari bilik jahitan. Layrah terus melepaskan pelukan dari lengan ibu arash.

Asyraff tersenyum pada mummynya "Ye.. mummy" jawab asyraff ringkas.

"Layrah, kenal ke dengan customer mummy ni?" Soal datin seri dayang pada anaknya. Pelik juga melihat keakrapan layrah bersama puan munirah.

Layrah tersengih. "Hehe..baru kenal tadi. Kalau mummy nak tahu ni lah ibu arash." Jawab layrah semangat.

Datin Seri Dayang mengerut dahi. "Arash?" Soalnya pendek.
"Mummy ingat tak masa layrah masuk wad hari tu? adik bawak arash pergi hospital sekali." terang laurah.

"Ohh..ye, baru mummy ingat. Patut lah mummy macam pernah jumpa arash sebelum ni." Baru dia teringat peristiwa yang lepas.

"Arash kenapa tak ingatkan aunty dari tadi?" Soal datin seri dayang ramah.

Arash usap belakang tengkoknya. Dia tersengih. "segan lah aunty." Kata arash malu- malu.

"Eleh segan konon! Tengok saya dengan ibu mana ada segan- segan." Ujar layrah mengejek. Siap dipeluknya lagi lengan puan munirah.

"Awak tu lain. Saya lain. Tak sama." Bermula lah bunga- bunga pergaduhan sekali lagi.

Laurah dan asyraff hanya jadi pemerhati dari tadi. Kak su yang sedang ralit buat kerja jadi pendengar sahaja. Tidak mahu masuk campur hal orang lain.

"Dah mula lah tu nak begaduh lagi. Dari dulu sampai sekarang sama saja kamu berdua ni. Tak habis- habis bergaduh." Omel puan munirah lagi.

"Biasa lah tu puan, budak- budak." Ujar datin seri dayang senang. Dia berikan senyuman pada pelanggannya yang satu itu.

"Ehh..ni puan baju puan tadi. Saya betulkan semula jahitan bahagian belakang tadi." Datin seri dayang menghulurkan sepasang jubah moden kepada puan munirah.

Puan Munirah menyambut huluran itu. Jubah itu dibelek- beleknya. Sempurna!

"Wahh..cantiknya baju ibu."  puji laurah sambil menggamit jubah puan munirah.

"Kalau mummy aku yang jahit mestilah cantik." Ujar layrah sambil menjongket- jongket kening.

"Mummy aku jugak lahh." Geram betul laurah dengan layrah. Ada saja point dia nak cari gaduh. Tapi sikap itu yang amat disenganginya. Sejak layrah hadir dalam keluarganya, hidupnya seperti berwarna.

"Sudah...asyik nak bertengkar sahaja lah kamu ni." Marah datin seri dayang dalam nada lembut pada layrah.

"Layrah memang aunty. Kalau tak cari pasal bukan layrah lah namanya." Arash menambahkan lagi batu api.

"Ini lagi sorang. Tak sudah- sudah." Marah puan munirah pula sambil mencubit lengan arash.

Mereka semua ketawa dalam keriangan. Kecuali asyraff yang bertambah- tambah sakit dihatinya.

'Padan muka' layrah buat gerak mulut pada arash. Arash menjelir. Puan munirah dan datin seri dayang menggeleng dengan perangai anak mereka.

________

Petang itu laurah membantu mummynya memasak makan malam di dapur. Walaupun rumah mereka mempunyai pembantu. Tetapi datin seri dayang sering juga memasak untuk ahli keluarganya.

Baginya dia tidak mahu anak- anak diberi makan oleh pembantu sahaja. Sebagai ibu dia berasa tanggungjawab yang satu ini adalah tanggungjawabnya. Bukan tanggungjawab pembantu semata- mata.

Datin seri dayang sedang ligat menggaul gulai ketam yang sedang mendidih di dalam kuali. Sementara laurah pula sedang membersihkan udang, sotong,ayam dan daging untuk dibuat tomyam.

"Adik..tadi mummy dengar adik dengan layrah panggil ibu arash tu 'ibu'. Cepatnya kamu berdua rapat dengan puan munirah tu?" Soal datin seri dayang pada anaknya.

"Itu sebab ibu arash tu sendiri yang minta adik dengan layrah yang panggi dia 'ibu'. Ibu arash tu kata muka adik dengan layrah ni sama dengan muka anak perempuan dia." Jawab laurah lurus.

Datin Seri Dayang tersentak. Mungkinkah...tak..tak..mustahil. Dia cuba membuang pemikirannya.

"Kenapa mummy tergeleng- geleng ni?" Soal layrah hairan.
"Tak..takde apa. Leher mummy  rasa sengal sikit. Mungkin sebab malam semalam salah tidur agaknya." Dalih datin seri dayang.

Laurah hanya meng'o'kan sahaja. "Ibu arash ada cerita apa- apa tak tentang anak perempuan dia tu?" Soal datin seri dayang lagi.

Laurah menggeleng. "Tak ada pulak. Dia cuma cakap yang muka adik dengan layrah sama dengan muka anak perempuan dia. Tu je." Terang laurah.

Kepala datin seri dayang ligat memikirkan sesuatu. "Mummy, ni dah siap bersihkan. Mana nak letak?" Soalan laurah menyentakkan lamunan mummynya.

"Haa..err..adik letak dekat atas meja tu. Lepas tu potong kecil- kecil." Arahnya.

Laurah mengangguk. Dia mengikuti arahan mummynya itu.

Ya Allah KAU peliharalah kebahagian keluar kami. Doa datin seri dayang dalam hati.

________

Arash duduk di sebuah pondok yang berada di tepi tasik. Disini lah tempat pertemuan semula dia dan isterinya.

Kenangan pertemuan itu terimbau kembali di ingatan. Satu persatu terlayar di kepala. Dia tersenyum sendiri.

Gitar yang disandarkan pada tiang pondok itu diambil dan dibawa rapat ke dada.

Satu persatu tali gitar itu di petik lalu ia menghasilkan melodi lagu dia dan sofea hanni dahulu.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang pastikan bersatu...
Oh sayang didalam mimpimu...

Dia nyanyikan bait- bait lagi tersebut. Apabila sampai rangkap kedua, tiba- tiba ada satu suara lain yang menyambung.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang pastikan bersatu...
Oh sayang didalam mimpimu...

tak semena- mena petikan gitar arash terhenti. Dia menoleh tercari- cari pemilik suara itu. Suara itu amat dikenalinya. Bila tidak ketemu dia menyambung petikan gitarnya.

Malam ini aku sendiri...
Menanti dan terus menanti...

Namun selepas rangkap yang dinyanyikan nya ada lagi suara yang menyambung.

Malam ini aku sendiri lagi...
Menanti dan terus menanti...

Arash hentikan petikan gitarnya. Gitar itu disandarkan semula pada tiang pondok. Dia berdiri dan melilau mencari pemilik suara itu. Dia yakin yang dia tidak salah.

Dia terpandang sebatang pokok yang agak besar batangnya. Arash tersenyum senget. Mesti dekat situ, nak main- main kan abang yee! Desis hatinya.

arash berjalan terjengket- jengket menghampiri pokok itu. Sedangkan pemilik suara tadi menahan gelak sambil bersembunyi disebalik pokok yang satu lagi.

"Bahh..!!" Sergah arash disebalik pokok yang dihampirinya tadi. "Aikk! Tak ada?" Dia bingung sendiri. Dia sudah malu apabila pengunjung lain yang sedang berjalan berhampiran pokok itu memandang dan seperti mentertawakannya. Dia garu kepala yang tidak gatal.

Tiba- tiba dia terdengar petikan gitar lagu hanni dari pondok tempat dia duduk tadi. Arash terkejut lalu menoleh. Kelihatan layrah sedang memetik gitar sambil tersenyum. Layrah menyambung lagu arash yang tergantung tadi.

Usah ditangis lagi...
Usah dirindu lagi...
Pasti kita bertemu nanti...

Usah ditangis lagi...
Usah dirindu lagi..
Pasti kita bertemu pasti...
Pejamkan matamu kasih...

Arash berjalan menghampiri layrah. Lalu dia duduk disebelah isterinya. Hidung hanni ditarik manja. "Nakal! Suka kenakan abang ye, tadi?" Kata arash dalam nada menahan geram. Haihh! Nasib baik lah bini aku. Kalau tak dah habis dia ni! Gumam arash dalam hati.

Terpicing mata layrah bila arash menarik hidungnya. Dia tersenyum manja. "Alah...kenakan abang je" kata layrah bersahaja.

"Tahu tak abang malu, tadi orang pandang je abang menjerit dengan pokok." Gerutu arash. Layrah ketawa berdekah- dekah.

Arash naik geram pula bila diketawakan seperti itu. Lantas pipi layrah dicium. Tawa layrah terus hilang serta merta. Terkejut dengan tindakan drastik arash. Dia terpanar seketika.

"Diam pun." Kata arash dengan senang hati. Layrah pula naik geram. "Eiyy..!! Suka sangat ambil kesempatan." Badan arash ditumbuk- tumbuk lepaskan geram.

Giliran arash pula ketawa berdekah- dekah. "Okey...okey. dah sayang, dah. Sakit lahh!"

layrah berhenti menumbuk arash. "Malu tahu tak!? kalau ada orang pandang macam mana?" Marah layrah.

Arash tersenyum buat muka tak kesah. "Tengok tu buat muka tak bersalah pula." Layrah mencebik.

"Sayang...buat apa kita nak malu. Abang tak pernah malu untuk tunjukan yang abang sayangkan sayang. Biarlah semua orang nak pandang, bahkan satu dunia ni nak pandang pun abang tak kesah. Yang penting abang tahu yang abang hanya sayang dan cintakan Sofea Hanni Binti Muhd Zabir." Ujar arash lembut dari hati.

Layrah terpaku. Dia sungguh terharu dengan ayat yang keluar dari mulut arash. kepalanya di tundukkan agar arash tak nampak air matanya jatuh.

Arash tahu gelora hati layrah. Gitar yang dalam dakapan layrah diambil dan dialihkan ketepi. Arash mengangkat dagu layrah. Jelas dimatanya air mata si isteri yang mengalir.

Mata arash menerawang seluruh wajah layrah. "Abang rasa ada sesuatu yang hilang lah, sayang." Kata arash membuatkan laurah berkerut dahi. Tak romantik langsung laki aku ni. Gerutu hatinya. 

"Apa yang hilangnya?" Soal layrah dalam nada sebal. Arash tersenyum. Tudung layrah yang berterbangan di tiup angin diperbetulkan sedikit.

"Senyum! Senyuman sayang hilang. Kejap erk abang cari kejap." Arash berdiri dan berjalan sekeliling seperti mencari sesuatu.

Tanpa sengaja layrah tertawa semula. Arash menoleh, dia turut tertawa kecil. Lalu dia duduk kembali di sebelah layrah.

"Sekarang dah jumpa." Kata arash lembut. Senyuman layrah bertambah lebar. Pipinya dah mula kemerahan. Rasa bersalah pulak mengata laki sendiri tadi.

Dia menyandarkan badannya pada dada arash. Arash hanya membiarkan sahaja. Dia tidak mengelak, malah dia lebih suka dengan perangai yang suka bermanja layrah itu.

"Sayang! Baru abang teringat. geng2 kita dah set tarikh trip  pergi langkawi tu tau." kata arash membuatkan layrah terus duduk tegak semula dan memandang suaminya.

"Yeke!? Bila?" Soal laurah teruja. "Hari ketiga kita cuti." Jawab arash. "Hari ketiga...." layrah menghitung hari dengan jarinya. "Maknanya dua minggu lagi lah kan?" Soalnya lagi. Arash mengangguk.

Senyuman layrah semakin melebar. Teruja nak pergi langkawi. Tak sabar. Tiba- tiba senyuman nya mengendur. "Kenapa ni?" Soal arash hairan.

"Hanni, tak bagitau mummy lagi nak pergi trip ni. Kalau mummy rasanya dia izinkan kut. Tapi...abang dengan daddy tulah. Macam mana?" Soal layrah mintak pendapat arash.

Arash berfikir seketika. Ting! Mentol dekat kepala dah menyala. "Hanni, meh dekat sikit. Abang ada idea." Ujar arash menggamit layrah.

Layrah mendekatkan dirinya dengan arash. Arash merapatkan lagi mulutnya pada telinga layrah.

"Nanti hanni buat macam ni....."







Hye guys, lamanya lia tak update. Ni semua fon rosak punya pasal. Sorry sebab mungkir janji. Ari tu kata dah nak siap, tapi update lambat gegila. Hahaha... membebel lak.

Korang agak2 apa yang ada dalam kepala arash tu? Klau korang ada apa2 idea nnti tinggalkan comment atau dm lia je terus. Okey👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro