Bab 45
Layrah kini telah memulakan segala rawatan yang dijadualkan oleh doktor untuknya. Ubat juga dimakan mengikut masa yang ditetapkan. Sudah dekat dua bulan dia menjalani kehidupan sebagai pesakit leukimia semula seperti dahulu.
Dia duduk bersendirian di gazebo mini garden mummynya. Pemandangan di situ cukup cantik dengan hiasan pelbagai jenis bunga- bungaan yang berwarna warni.
pandangannya menerawang jauh pada bunga- bunga yang ada disitu. Fikirannya terbang melayang memikirkan kisah hidupnya.
Rindu...sungguh dia rindukan keluarga yang sudah lama ditinggalkan. Mama,papa,ibu,ayah dan kehidupannya dahulu bersama arash. Dahulu tiada apa yang menghalangnya untuk bertemu dan bersama dengan arash tetapi kini, mereka terpaksa bertemu secara sembunyi- sembunyi. Mujur juga ada laurah yang sentiasa membantunya.
Dia tidak nafikan tentang kebaikan laurah terhadapnya. Dia sudah terlalu sayangkan laurah. Sungguh dia tidak sangka selama ini dia mempunyai saudara kembar. Saudara yang telah hilang ketika mereka masih bayi dan saudara yang disembunyikan kewujudannya oleh kedua orang tuanya.
Iya...dia sudah tahu segalanya dari arash. Arash telah menceritakan tentang Hanna Sofea padanya. walaupun sedikit terkilan kerana perkara sebesar ini disembunyikan darinya tapi dia bersyukur kerana selama ini dia mempunyai adik- beradik yang lain.
Sofea Hanni adalah kakak dan Hanna Sofea adalah adik. Terasa kelakar pula bila difikirkan semula. Kini mereka tertukar posisi yang sebenar.
Dia teringin sekali mengenalkan laurah pada mamanya. berdasarkan cerita arash, dia tahu penderitaan yang sedang di lalui mamanya selama ini. Dia ingin mengubat duka pada hati mamanya. Tapi apakan daya.
Secara tak sengaja air matanya jatuh tanpa dia sedar. Bila teringatkan tentang mama, hatinya jadi luruh. Dia amat merindui wanita itu. Dia rindukan belaian mamanya.
Flasback
Malam sebelum hari pernikahan hanni...
Hanni dan mamanya puan zalmah menghabiskan masa berdua didalam bilik hanni yang telah dihias cantik sebagai bilik pengantin.
Hanni berbaring diatas riba mamanya sambil rambutnya diusap lembut oleh mama. "Dah besar anak mama, esok dah nak jadi isteri orang. Tanggungjawab mama dan papa dah terlaksana. Hanni kena ingat ya sayang, bila dah jadi isteri ni kita kena selalu patuh pada suami kita. Jangan sesekali melawan dan meninggikan suara pada suami, itu nusyuz namanya." Nasihat puan zalmah.
Hanni mengangkat pandang pada mamanya. "Mama, layak ke hanni pegang title isteri tu? Dapat ke hanni jadi isteri yang baik untuk arash? Hanni baru 16 tahun, mama." Soal hanni perlahan.
Puan Zalmah tersenyum kecil. "Hanni, perkahwinan yang bahagia lahirnya dari hati yang ikhlas menerima pasangan kita tu. rumah tangga yang harmoni lahirnya dari pegangan agama yang tinggi. Selagi kita ada kedua- dua elimen ni, insya'allah perkahwinan kita akan kekal hingga ke jannah." Terang puan zalmah lembut.
Hanni bangkit dari perbaringan. Wajah lembut mamanya direnung "Thanks mama." Hanni terus memeluk erat tubuh puan zalmah.
Kenangan bersama mamanya masih kuat di ingatan. Setiap pesan yang keluar dari wanita itu tetap di ingati. Kerinduan pada mamanya kian menggebu dihati.
Air matanya mengalir tanpa segan. Mama, hanni rindukan mama. Hanni janji kita akan bersatu kembali macam dulu. Hanni akan bawa adik hanni sekali jumpa mama. Mesti mama happykan waktu tu. Hanni janji, mama. Hanni janji. Tekad layrah dalam hati.
"Layrah!!"
Layrah tersentak apabila terdengar suara yang menjerit namanya. Muka yang basah dek air mata diseka dengan hujung lengan bajunya.
"Layrah!! Kau dekat mana?!!" Jerit laurah lagi bila dia masih tidak nampak kelibat kembarnya.
"Aku dekat sini!" laung layrah.
Laurah berpaling, dia berjalan menuju ke arah suara layrah. Akhirnya ketemu jua dengan pemilik suara.
"Lah kau dekat sini ke? Puas aku cari kau satu rumah. Kau buat apa dekat sini?" Soal laurah lalu duduk di sebelah layrah.
Layrah berpaling wajah bila laurah memandang wajahnya. Takut laurah perasan wajahnya yang agak sembab.
Tetapi layrah silap. Laurah sudah perasan akan tubir mata layrah yang masih basah.
"Kau nangis ke?" Soal laurah.
Layrah menggeleng perlahan. "Tak ada lah, mana ada." Nafi layrah.
"Ouhh..okey. kau tak jawab lagi soalan aku. Kau buat apa duduk sorang- sorang dekat sini?" Laurah tahu yang layrah berbohong tetapi dia tidak mahu mendesak.
"Tak ada, saja duduk dekat sini. Tenangkan fikiran, rileks kan minda. Daripada hadap muka kau baik aku duduk sini lagi funtion." Seloroh laurah.
Laurah mencebik. "Eleh, muka ni jugak yang tolong kau jumpa dengan kekasih gelap kau tu. Kalau tak ada aku, jangan harap kau dapat berdating dengan dia." Balas laurah dengkel.
Layrah menahan tawa bila dengar balasan sentap dari laurah. "Alololohh..janganlah marah. Kita gurau jer!!" Usik laurah sambil mencubit manja kedua belah pipi laurah.
"Hishh..sakitlah!" Marah laurah. Tangan layrah digenggam dan ditolak jauh dari pipinya. Layrah sudah ketawa terkekek- kekek melihat muka cemberut laurah.
Laurah mengusap- usap pipinya. Laurah terperasankan gelang yang dipakai layrah. Tangan layrah diangkat tinggi. Gelang yang dipakai layrah itu dibelek.
"Weyhh..cantik lah! Bila kau beli ni?" Soal laurah teruja.
"Mana ada beli, husband aku bagi lah!" Jawab layrah selamba.
Laurah mengangkat pandang. "Husband? Eiyy...gatai, belajar tak habis ada hati nak kahwin. Cakap jelah terang- terang yang gelang ni arash yang bagi, kan?"
Layrah tergelak kecil. "Biarlah, yang penting we love each other..."
Laurah mencebik. "Untunglah ada boyfriend. Ada orang peduli, ada yang ambil berat. Kita ni mana ada orang nak, pandang pun tak ingin agaknya." kata laurah merendah diri.
Layrah agak tersentak dengan ayat laurah itu. "Weyh...kau sabar jelah, aku yakin mesti ada orang yang simpan perasaan dekat kau. Lagipun kau dengan aku sama je copy and paste. Tengok muka kita samakan? yang bezanya cuma lambat dengan cepat tu je." kata layrah cuba membuang fikiran negatif laurah.
Nak tergelak laurah bila dengar ayat copy paste tu. Layrah juga tergelak dengan ayat sendiri.
Akhirnya mereka ketawa bersama.
"Tapikan, serius lawa gelang yang kekasih gelap kau ni bagi. Dia beli dekat mana erk? Aku nak jugak lah." Soal laurah.
Layrah angkat bahu. "Entah, aku pun tak tahu. Dia kata gelang ni dia tempah khas untuk aku." Terang layrah.
Terlopong laurah dibuatnya. "Tempah? Gila lah! Bukan main sayang lagi dia dekat kau kan? Siap sanggup berhabis tempah gelang macam ni." Luah laurah.
"aku wife dia, mestilah dia sayang." Kata layrah bangga.
"Tak habis- habis lagi ke kau ni? Masalah korang pun belum settle lagi. Tak pe aku faham perasaan kau yang kemaruk bercinta ni. Kalau ada jodoh kahwin lah korang berdua nanti." kata laurah berbaur kasihan.
Layrah hanya tersenyum nipis. kau salah laurah, kau salah. Arash suami aku yang sah. Maafkan aku sebab berahsia dari kau. Kenyataan ni akan buat hidup kau berubah satu hari nanti. Kata layrah dalam hati.
"Dah lah, jom masuk. Aku keluar tadi nak panggil kau makan. Sekarang dah melalut pulak. Jom!" Ajak laurah sambil menarik tangan layrah masuk ke rumah.
"Hishh..jangan lah main tarik- tarik." Marah layrah. Laurah terus melepaskan tangan layrah. "Bik surti masak apa hari ni?" Soal layrah.
"Bik surti masak makanan favorit kau." jawab laurah perlahan.
layrah dah tersengih sampai ketelinga. "terung goreng udang sambal?" duga layrah teruja.
"ye.."
makin panjanglah sengihan layrah. "yeayy.!!" laurah terlompat- lompat sambil bertepuk tangan tak ubah macam budak tadika.
Dia terus berlari ke arah meja makan meninggalkan laurah. Laurah garu kepalanya yang tidak gatal bila melihat perangai layrah sebegitu. Orang tengah angau memang macam ni erk perangai dia? soal laurah sendiri.
Dia teruskan langkahnya ke meja makan.
Sedari awal perbualan mereka berdua didengari asyraff yang bersembunyi dia sebalik dinding rumah yang berhampiran dengan gazebo mini garden tempat mereka berbual tadi.
Asyraff menggenggam kuat tangannya. Terketar- ketar giginya menahan amarah. "Layrah abang punya, bukan arash. Abang akan pastikan yang layrah akan tetap bersama abang." asyraff bicara sendiri. Tekadnya sudah bulat. Dia tidak akan sesekali membiarkan layrah rapat dengan arash.
Dia sudah tidak dapat menipu diri. Dia mengaku yang dia cintakan layrah. Sejak kejadian malam arash menghantar layrah pulang dahulu, hatinya jadi sakit bila lihat layrah rapat dengan arash. Dia sudah tidak peduli layrah itu adiknya. Kerana dia tahu status sebenar mereka. Dia sudah terlalu obses pada layrah. Dia ingin memiliki layrah sepenuhnya.
Dinding itu ditumbuk kuat bagi memghilangkan marah. Denyutan kesakitan pada tangannya sudah tidak dipedulikan lagi.
_________
Selesai makan bersama laurah dan abang asyraff tadi layrah terus mengurung diri didalam bilik. Dia menghabiskan masa dengan membaca novel triller kegemarannya.
Tiba- tiba handphonenya bergetar menandakan ada mesej masuk.
Mr.husband! Itu nickname yang ditetapkan oleh layrah pada nombor telefon arash. Layrah membuka mesej yang dihantar oleh arash padanya.
Syg, geng2 kita plan nk wat trip seminggu kt langkawi cuti sem ni. Awk nk ikut tak? kita2 je yg pegi. Diorng kata rindu nk lepak2 mcm zaman2 sch dulu.
Bulat mata layrah membaca setiap butir mesej itu. "Trip? Nak ikut. Rindu dohh nak lepak dengan diorang" kata layrah teruja sendiri.
Abang! Nak ikut!! Jangan tinggal hanni!
Hahaha...okey2 abg tak tnggl kan syg. Kn abg tgh tnya ni? tpi klau syg ikut, syg nk bgi alasan apa dkat family syg?
layrah berfikir sejenak sebelum membalas mesej arash. Ha'ah kan, aku nak bagi alasan apa dekat mummy dengam daddy?
Mesti diorang susah nak lepaskan aku. Desis layrah sendiri.
Ermm..yg tu nnti pndai2 lah hanni bgi alasan, yg penting hanni nk ikut abg!
Okey syg. Nnti klau ada pape abg update dkt syg. Tc dear. Jgn lupa mkn ubat. love U so much.😘
Okey abg jgn lupa update dkt hanni. Love you more 💕💕
Layrah menutup handphonenya lalu dilekap ke dada. Tak sabarnya nak tunggu cuti sem ni! Dia tertawa riang.
"Apa yang kau suka sangat tu?" Sergah laurah yang muncul entah dari mana.
Terlompat layrah kerana terkejut bila dengar suara yang betul2 rapat di sebelah telinganya. Dia mengurut dada bila ternampak wajah laurah yang tersengih macam kerang busuk.
"Hishh..kau ni kan! Dah berapa kali aku cakap masuk bilik aku bagi salam dulu. Ini tak, main sergah je. Kalau aku ada penyakit jantung dah lama aku gol." Marah layrah.
Laurah masih lagi tersengih. "Hehe..sorry, sengaja." Usik laurah.
Layrah rasa macam nak tenyeh- tenyeh saja muka laurah ni. Geram punya pasal.
"Hishh..tumbok kang!" Kata layrah dan berura- ura ingin menumbuk laurah.
"Hehe..jangan lah, sakit." Balas laurah. Tahu takut!
"Kau dah makan ubat, belum?" Soal laurah.
"Dah, tadi." Jawab layrah pendek.
"Kalau macam tu, kau pergi lah siap." Arah laurah.
"Siap? nak pergi mana?"
"Pergi butik, tadi mummy call suruh datang butik fitting baju. Mummy kata baju kita dah siap." terang laurah.
"Ouhh..okey." layrah mengangguk. Baru dia teringat akan baju yang dijahit di butik mummynya untuk pergi ke majlis konvo laurah. Haih...untungnya habis belajar awal!
Namun layrah masih tidak berganjak dari duduknya. Laurah mula naik geram. "Hishh..tadi kata okey, tapu tak bergerak- gerak." Marah laurah.
"Yelahh..nak bangun lah ni. Kau tu buat apa dekat bilik aku? Pergi lah siap! Suruh orang siap tapi dia pula yang duduk tercongok kat sini." Rungut layrah.
Laurah bangun dari duduknya. "Nak keluarlah ni. Cepat sikit tau aku tunggu dekat bawah." Arah laurah.
Layrah hanya mengangkat thumbs up tanda mengiyakan kata- kata laurah.
Laurah terus keluar dari bilik layrah dan bersiap di biliknya sendiri.
________
Arash dan puan munirah dalam perjalanan pergi ke Asyara's Butique.
Arash menemani ibunya mengambil tempahan baju untuk menghadiri majlis pengistiharan pangkat dato' untuk ayah dan papanya.
"Terima kasih arash sebab sudi hantar ibu pergi butik hari ni. Ayah kamu tu asyik sibuk manjang je. Entah bila nak free pun ibu tak tahu." Luah puan munirah pada arash.
Arash yang duduk sebelah ibunya dan memandu hanya tersenyum.
"Alah..buat apa lah ibu nak terima kasih bagai. Dah alang- alang arash free sekarang ni arash tolong lah ibu. Lagi pun tu kan memang tanggungjawab arash. Berbakti pada orang tua." Kata arash lembut.
Puan Munirah tersenyum senang. Alhamdulillah, didikkannya pada arash tak pernah kurang. Senang hatinya melihat sikap arash yang bertanggungjawab.
"Tapi kan ibu, baju mama kita ambil sekali ke?" Soal arash. Menghilangkan suasana sunyi.
"Yelahh..mama tak boleh keluarkan? Sebab papa demam. Jadi kita lah tolong ambilkan sekali." Ujar puan munirah.
Arash mengangguk tanda faham. "Okey dah sampai" kata arash sebaik sahaja dia memarkingkan kereta honda civik nya.
"Alhamdulillah, syukur kita selamat sampai." Ucap puan munirah. Sudah jadi kebiasaannya ucap sebegitu apabila selamat tiba dari mana- mana lokasi atau menerima rezeki.
Lalu mereka berdua keluar dari kereta dan menuju ke arah Asyara's Butique.
Puan Munirah menekan button loceng sebelum pintu butik itu dapat dibuka. Arash hanya menurut dari belakang.
"Assalamualaikum datin." Puan munirah memberi salam swbaik sahaj dia ternampak Datin Seri Dayang menghampiri mereka.
"Waalaikumusalam, sampai juga puan akhirnya. Fikirkan puan tak jadi datang tadi." Soal datin seri dayang dengan ramah. Pelanggan adalah raja. Raja seharusnya dihormati.
"Mestilah jadi datin, cuma lambat sikit saja. Suami saya tu ha! Last minute dia buat hal, tak dapat nak menghantar. Katanya ada mesyuarat." Ujar puan munirah.
"Ni, nasib anak bujang saya ni balik tepat pada masanya. Dapat lah dia menghantar saya ke sini." Sambung puan munirah lagi.
Datin Seri Dayang memandang lama pada arash. Macam pernah jumpa tapi di mana? Desis hatinya.
Arash sudah tidak senang duduk. Dia tidak menyangka butik yang ibunya membuat tempahan adalah butik mummy layrah.
"Ouhh..begitu. Takpelah mari kita masuk tengok baju. Puan nak ambil baju puan zalmah sekali ke?" Soal datin seri dayang. Membuang fikiran.
"Ha'ah. Zalmah tidak dapat datang, suaminya demam pula di rumah." Jawab puan munirah ramah.
Datin seri dayang membawa puan zalmah ke ruang utama butiknya. Arash hanya mengekori jauh dari belakang.
Tidak mahu mendekat dengan ibunya. Takut mummy layrah akan mengecam dirinya.
Dia duduk jauh dari dua wanita itu. Hanya jadi pemerhati jarak jauh. Tidak berani mendekat.
Sedang asyik melihat ibu nya yang teruja menilik baju kurung moden hasil jahitan mummy layrah. Tiba- tiba ada seseorang yang menekan button loceng butik itu dari luar.
"Su! Tengok siapa yang datang." Arah datin seri dayang pada pembantu kedainya.
"Baik datin." Kak su menurut arahan majikannya. Arash hanya memerhatikan kerja kak su dari jauh.
Ternyata yang datang adalah pasangan kembar laurah dan layrah. Bertambah panik arash jadinya.
"Kak su, lambatnya buka pintu. Panas tau dekat luar tu." Rungut layrah.
"Sorry lah, kak su ada kerja kat belakang tadi. Mummy korang pulak ada pelanggan." Ujar kak su.
"Entah dia ni, tak faham- faham." Usik laurah. layrah menjenggelkan matanya pada laurah. Laurah tersenyum mengejek.
Mereka bertiga berjalan masuk ke ruang utama butik. Bertukar riak wajah layrah apabila ternampak arash.
Laurah pula terus berlari mendapatkan mummynya.
"Mummy...adik dah sampai ni!" Kata laurah dari jauh.
Datin seri dayang dan puan munirah berpaling pada laurah. Terlopong puan munirah bila ternampak laurah yang berjalan ke arah mereka.
__________
Surprise!! kali ni lia bagi korang suspens apa akan jadi dengan layrah dan arash kalau ibu arash berjumpa dengan si kembar tu.
Lia tengok kan BCTM ni ramai readers tapi vote dengan comment tak banyak pun. Jadi rajin2 kn lah jari korng tu vote dan comment. Lia rasa story ni macam sunyi lahh...
pleasee!! Korang vote lah story ni bnyak2 k. Vote stiap chapter pun tak pe 😂 hahaha..melebih lak!
K lah dah bnyk sgt membebel. Jgn lupa vote dgn comment ya readers terchenta..!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro