Bab 44
Arash pulang kerumah dengan wajah yang serabut. Kaki melangkah kearah ruang tamu. Kemudian dia melabuhkan badan pada sofa. Beg galas dicampak di tepi sofa. Butang baju kemeja ditanggalkan pada bahagian atas bagi memudahkan udara masuk.
"Arash....baru balik ke?"
Soal satu suara. Arash menoleh. Kelihatan Puan Zalmah berjalan keluar dari dapur dan menghampirinya. Arash memberikan senyuman nipis pada mama zal.
"Ye mama, baru je sampai rumah." Jawab arash. Dia menyandarkan badannya pada sofa dengan mata yang tertutup.
"Kenapa nampak kusut je ni? Arash ada masalah ke? Nak share apa- apa dekat mama?" Soal puan zalmah lembut.
Memang begitu jelas kekusutan di wajah arash. Fikirannya hanya memikirkan layrah sejak dari tadi lagi.
"Takda apa- apa ma, cuma arash penat sikit sebab sekarang ni cuti penggal dah nak dekat jadi arash ada banyak assignment nak kena habiskan. Tu yang kusut sikit tu." bohong arash. Maaf mama sekarang bukan masa yang tepat untuk arash beritahu segalanya. Desis hati arash.
"Ouhh..kalau macam tu nak mama buatkan air? Nanti boleh hilang sikit kusut tu.." tawar puan zalmah.
"Ehh...tak pe. Mama rehatlah, arash nak naik atas mandi." pantas dia menghalang langkah puan zalmah.
Arash capai beg dan terus bangkit dari sofa dan naik kebiliknya.
Sampai sahaja dalam bilik, beg dicampak di tepi katil tubuh dihempaskan ke katil. Nafas ditarik dan dihembus panjang.
Mata dipejamkan seketika. Tubuh direhatkan. Telifonnya tiba- tiba berbunyi.
Laurah!
"Hello laurah"
"Hello arash, saya nak bagitahu awak ni.."
"Apa dia?"
"Layrah dah sedar"
"Alhamdulillah...okok, awak jangan lupa tau pasal tadi" balas arash teruja.
"Tak..saya takkan lupa"
"Okey, jumpa nanti bye asalamualaikum." talian dimatikan.
Senyuman terukir dibibir. Alhamdulilah hanni dah sedar...
Arash bangkit dari perbaringan dan dia mengambil tuala di ampaian kecil di sebelah pintu bilik air lalu dia terus memboloskan diri.
___________
Malam itu arash sudah lengkap berjaket kelabu dan berseluar jeans. Dia keluar dari bilik dengan perlahan- lahan. Tak nak sesiapa pun tahu yang dia hendak keluar. Maklum lah dah pukul 12 malam.
Dia menoleh kiri dan kanan. Clear! Kaki melangkah laju menuju ke pintu utama rumah. Kunci kereta diambil dari penyangkut.
Dengan berhati-hati pintu rumah dibuka. Agar tiada bunyi terhasil.
"Arash..?"
Badan arash terus tegak bila terdengar suara memanggilnya dari belakang. Alamak macam mana ni!!?
"Arash nak pergi mana tengah- tengah malam ni?" soal Tuan Razak.
Arash menoleh perlahan kearah ayahnya. Tuan razak yang berkain pelekat dan bert-shirt itu dipandang.
"Ermm..arash nak pergi hospital ayah."
"Hospital? Buat apa pergi sana time-time macam ni? Siapa yang sakit?" soal tuan razak bertubi- tubi.
"Err...kk..kawan. Yes, kawan arash masuk wad. Dia excident, irfan call tadi bagitahu. Semua dah tunggu arash dekat sana." arash cuba menyembunyikan sesuatu.
"Boleh arash pergi ayah?" sambung arash.
Tuan Razak mengeluh kecil.
"Pergilah. Lagi pun dah siap dah kan? Nanti balik tak?" soal tuan razak lagi.
"Mungkin tak kut. Takpe lah nanti kalau ada apa-apa arash call ayah. Arash pergi dulu ya..asalamualaikum." kata arash lalu mencium tangan ayahnya.
Tuan Razak menggeleng kecil. Ada- ada sajalah si arash ni. Kata hatinya.
Kelihatan arash sudah menghidupkan enjin kereta lalu kereta itu keluar dari perkarangan rumah dan hilang dari pandangan.
Pintu rumah ditutup. Langkah dituju ke dapur. Niatnya turun dari bilik untuk meneguk segelas air.
__________
Pintu wad layrah ditempatkan ditolak dari luar. Kelihatan layrah sedang tidur dan laurah pula sedang leka bermain dengan telifon bimbitnya.
Bila terdengar pintu terkuak laurah menoleh.
"Arash..." laurah terus bangun dari duduknya dan memberikan tempat duduk sebelah katil itu pada arash.
"Duduk lah saya keluar dulu." kata laurah.
Arash tersenyum. "Thanks laurah. Sebab dah tolong saya. Kalau awak takde mungkin saya takkan dapat jaga layrah malam ni."
"Welcome. Jaga adik saya baik- baik. Kalau tak siap awak." Amaran laurah dalam nada bergurau.
Arash tersengih. "Yelahh..."
"Okey..kalau ada apa- apa call je saya. Saya nak pergi kantin kejap, haus lah pulak." ujar laurah. Lalu dia terus keluar dari bilik wad itu.
Arash mengambil tempat duduk laurah tadi. Wajah layrah ditatap lama. Pipi layrah yang mulus dan licin diusap dengan jari.
Disebabkan itu, tidur layrah terganggu. Dia terpisat- pisat. Mata dicelikkan. Wajah arash menyambut pandangan matanya.
Layrah terus duduk lalu memeluk arash. Air matanya jatuh perlahan.
"Aku tak nak pisah dari kau...jangan pergi..aku sakit...aku nak kau.." ujar layrah dalam tangisan. Dia sudah tahu segalanya dari laurah. Itu pun setelah didesak banyak kali.
"Shh....aku takkan tinggal kan kau. Kita tak kan terpisah lagi, itu janji aku." kata arash sambil menggosok belakang badan layrah.
Layrah meleraikan pelukan dengan perlahan. Arash tersenyum nipis. Air mata layrah di seka dengan cari.
"Dah..sekarang kau tidur. Malam ni aku yang jaga kau." dahi layrah berkerut.
"Macam mana kau boleh jaga aku pulak?"
"Aku kan terer. Setakat mummy kau apa lah sangat." arash membangga diri.
Layrah mencebik.
"Eiyyy...poyo giler husband aku ni....!!" Layrah mencubit geram pipi arash.
"Ad...dduh..duh sakit lahh, lepass..." arash terjerit kecil. Tak tahan bila pipi dicubit 'manja' oleh isterinya. Sakit dohhh!
"Bagi tahu cepat!!" layrah tidak termakan dengan rengekkan arash menahan sakit. Pantang betul bila ditanya elok- elok, jawab semberono je...
"Okey..yee..lepas..." arash mengalah. Layrah terus melepaskam cubitannya.
"Auww..." arash menekan- nekan pipi dari dalam dengan lidah dan jari dari luar. Terasa sengal pipinya bila cubitan sudah dilepaskan.
Layrah jadi serba salah pula. "Sakit sangat ke?" soalnya dengan nada risau.
"Sakit lahh...tahu tak dalam ni ada ulser." jawab arash sambil menunjuk pipinya yang dicubit.
"Sorry..aku tak sengaja. Kau lah suka sangat buat aku geram." layrah masih dengan egonya.
Arash hanya diam tanpa suara. Pipi masih ditekan- tekan.
"Meh sini aku tengok." layrah merapat kan wajahnya dengan wajah arash. Keadaan bilik yang malap menghalang pandanganya.
Kelihatan pipi arash sedikit merah. Pipi itu diusap perlahan dengan jari.
Arash membiarkan sahaja. Idea nakal singgah dikepala. Senyuman terbit di bibir.
"Sakit tak kalau aku tekan." layrah terus menekan pipi arash.
"Aushh...sakit lahh." adu arash. Padahal tak sakit pun. Yang ulser tu sengaja kenakan isteri terchenta. Hihihi...
"Opss...sorry!" layrah menggigit bibir bawahnya.
Arash membuat muka merajuk. Acah- acah mintak kena pujuk.
Alamak! Merajuk pula!
Layrah garu kepala. Dia mana reti pujuk orang ni. Apalagi lelaki yang tersayang. Ihiks!
"Arash..." panggil layrah meleret. Arash terus berpindah duduk di sofa.
Layrah mengambil kantung air yang digantung pada tiang ditepi katilnya. Air dari kantung itu masih lagi mengalir masuk kedalam tubuh. Dia berjalan dan duduk disebelah arash.
"Arash...please, aku janji aku akan ikut semua permintaan kau." layrah angkat tangan dengan lima jari.
Arash tersenyum senget.
Layrah meneguk liur. Rasa menyesal pula bagi offer macam tu tadi.
"Kalau macam tu aku nak bagi kau punisment..." kata arash sambil menjongket kening.
"Alahh tapi..."
"Aipp..dah janji kan?" arash provok layrah.
"Eiyyy..yelah apa dia?." soal layrah.
Arash menggerakan jari telunjuknya suruh mendekat. Layrah hanya menurut.
Arash seperti ingin berbisik. Mulut dirapatkan ke telinga layrah.
"Hukumanya adalah...."
Cupp...
Satu ciuman singgah dipipi layrah. Layrah tergamam.
"Eiyy...mana aci main tipu." dia terkejut dengan ciuman pantas dari arash.
Bahu arash ditumbuk- tumbuk. Arash ketawa keriangan.
"Auww..." layrah terasa jarum yang ada dalam kulit belakang tapak tangannya mencucuk.
Tampalan jarum itu diusap perlahan. Arash panik.
"Kenapa? Apa yang sakit?" arash membelek tangan layrah.
Wajah dirapatkan pada tangan layrah. Disebabkan itu wajah mereka hanya berjarak seinci sahaja.
Layrah merenung dalam pada wajah arash. Arash perasan yang diri ditenung mengangkat pandang.
Pandangan mereka bersambung. Merenung lama antara satu sama lain.
Cupp...
Kali ini pipi arash pula jadi sasaran. Layrah tersenyum lebar.
"Sekarang kita seri!" kata layrah.
"Nakalnya isteri abang ni..." ujar arash sambil menarik hidung layrah. Layrah menepis tangan arash.
"Apa dia? Cakap sekali lagi?" arah layrah. Aku tak salah dengar kan tadi? Soalnya dalam hati.
"Nakal..?"
"Bukan yang itu lah...yang lagi satu."
"Nakalnya.isteri.abang." arash penyebut satu persatu perkataan itu.
Betul lah aku tak salah dengar tadi ... Wait!!..what abang!! Sejak bila pulak !!
"Abang?" soal layrah.
"Yee...start hari ni hanni kena panggil abang, 'a..bang'." arah arash. Dengan muka bangga.
"Aa...bang? Tak nak lah" layrah paling muka. Dia mengetap bibir menahan debar.
"Mana boleh...kalau hanni tak nak panggil abang 'abang' hanni kena denda." kata arash dalam nada ugut 'manja'.
Laurah menoleh semula ke arah arash. "Denda lagi..." rungutnya.
"Yelahh..sebab abang tahu. Isteri abang ni degil." arash mencuit hidung layrah.
Terpicing mata layrah bila hidungnya dicuit. "Suka sangat main hidung." kata layrah sambil memicit- micit hidungnya.
"Biarlah, halal apa!" arash tersenyum nakal.
Layrah blushing.
"Ehh..pipi dia merah lahh." kata arash macam budak tadika. Pipi layrah dicubit 'manja'.
"Apa ni! Main cubit- cubit pula!" kali ini layrah menekup pipinya dengan kedua belah tangan.
Arash tergelak kecil. Comel! Desis hatinya.
"Kalau hanni tak nak panggil abang 'abang' jugak...nanti hanni kena...." arash sengaja berteka- teki.
"Kena apa?"
Cupp...
Dengan pantas bibir munggil layrah itu dicium arash. Layrah tergamam.
"Apa ni....suka sangat ambil kesempatan dalam kesempitan." marah layrah.
Arash hanya tersengeh macam kerang busuk.
"Itu denda kalau hanni tak nak panggil abang 'abang'." ujar arash.
Muka hanni bertambah merah.
"Kalau tak nak juga?"
"Kena kiss lagi lahh."
Layrah terdiam. Bibir dimuncungkan tanda protes.
"Ni yang buat abang nak kiss hanni selalu ni." ujar arash semangat.
"Eiyy..gatal."
"Biarlah, gatal dengan sayang je..." sangkal arash. Mereka tersenyum bahagia.
"Cerita lah macam mana kau boleh jaga aku kat sini." layrah membuka bicara apabila suasana senyap seketika tadi.
Cupp...
Aduhh..kena lagi. Rungut layrah.
"Kan dah kata tadi...." arash menjongket kening.
Layrah mengeluh perlahan. Nak tak nak kena juga. Ini arahan encik husband.
"Okeyy...macam mana aa..bang dapat jaga hanni hari ni?" susah betul nak sebut perkataan keramat tu.
Arash tersenyum lebar. "Macam tu lah wife abang...okey macam ni, abang minta tolong laurah. Abang suruh laurah cakap dekat family sayang yang dia nak jaga sayang hari ni. Jadi family sayang izinkan. So, abang dapat lah jaga sayang malam ni sebab family sayang tak ade." bibir layrah membulat bentuk 'O'
"Habis tu sekarang ni laurah dekat mana?" soal layrah.
"Laurah dia ada dekat kantin. Lagi pun abang ada sewakan hotel untuk dia. Tapi dekat area sini jelah. Esok pagi-pagi subuh dia datang balik." terang arash.
Layrah terangguk- angguk dengar penerangan arash. Tiba- tiba wajahnya bertukar sedih.
"Ni kenapa sedih ni? Abang ada salah cakap ke? Sorry..." arash jadi panik.
Layrah menggeleng. Kepala ditundukkan. Perlahan- lahan air matanya jatuh.
"Sayang...." arash mengangkat wajah layrah. "Heiii..janganlah nangis. Cerita dekat abang. Kenapa ni..?" kata arash lembut. Takut menyakitkan hati isterinya.
"Hanni rindukan mama..." tangisan layrah semakin kuat.
Hati arash jadi pilu. Lalu tubuh layrah ditarik bersandar pada dadanya. Bahu layrah digosok lembut.
"Hanni rindukan mama...dulu masa baru tahu hanni sakit, hari- hari mama teman hanni tidur. Mama masakkan favorite hanni....mama buatkan semua yang hanni suka. Tapi sekarang...." tangisan layrah berlagu lagi.
"Shh...dah jangan nangis. Abangkan ada, kalau sayang nak, abang boleh buatkan semua tu untuk sayang." pujuk arash.
"Tapi tak sama...hanni rindu mama." sangkal layrah. Dia bangkit dari sandarannya tadi.
Arash garu kepala. "Erm..okeylah nanti abang fikirkan macam mana caranya untuk bawa hanni jumpa mama. Sekarang hanni rehat..pastu tidur." arash mengalah.
"Betul ni, tak tipu." kata layrah macam budak kecil.
"Betul..tak tipu. I promise." arash angkat jari kelingking. Layrah tersenyum. Jari kelingkingnya disimpulkan dengan jari kelingking arash. Arash tersenyum senang.
"Sekarang hanni tidur." arah arash. Hanni menurut. Dia naik semula ke katilnya dan berbaring.
Arash kembali duduk di kerusi sisi katil. Tubuh layrah diselimutkan dengan kemas.
Kantung air layrah tadi disangkut kembali pada tiangnya.
Layrah menarik lengan arash dan dipeluknya.
Arash hanya membiarkan saja. Perlahan- lahan mata layrah mulai kuyu. Kesan ubat tidur yang diberikan oleh doktor tadi masih lagi ada kesan.
Belum sampai 5 minit layrah sudah tertidur semula. Lengan arash masih dalam pelukan layrah.
Arash berdiri sedikit dan mencium ubun- ubun layrah. "Selamat malam sayang..." ucap arash perlahan.
Arash juga makin lama makin mengantuk. Akhirnya dia tewas. Dia tertidur disebelah katil layrah.
__________
Pagi subuh itu arash terjaga dari tidurnya kerana dikejutkan oleh laurah. Arash yang masih mamai cuba mencelikkan mata agar pandangannya terang. Tengkuk dan pinggangnya terasa sengal kerana terlalu lama tidur dalam keadaan duduk.
"Arash awak bangun pergi cuci muka. Saya nak pergi tandas sekejap. Nanti saya datang balik." Kata laurah pada arash.
Arash hanya mengangguk. Terasa suara tersekat dekat kerongkong pula. Wajahnya yang mamai itu dia raup untuk menghilangkan rasa mamai.
Dia memandang sekeliling bilik wad itu. Laurah sudah tiada. Mungkin dah keluar. Kemuadian dia memandang layrah yang masih tetidur pulas di atas katil pesakit. Rambut layrah yang terjurai di atas dahi di belai lembut. Kemuadian ubun- ubun layrah dicium sebelum dia keluar dari bilik wad.
Tidur layrah terganggu sedikit. Dia terpisat- pisat cuba mencelikkan mata. Kelihatan arash telah berjalan keluar dari bilik wad.
Dia mengeluh. Sampai bila kita nak jadi macam ni, arash. Rintih hatinya.
Rasa macam nak jerit kat satu dunia tentang identitinya yang sebenar. Sungguh berat dugaan hidupnya kini. Hati yang merindu pada mama masih lagi tak dapat diubati.
Layrah baring mengiring dan mengherot badan. Mama....hanni rindu mama. Rintihnya lagi dengan air mata yang mengalir di pipi.
Okey..sorry readers, sekarang lia bz trial. So, lia akan slow update untuk story ni.
Wish me luck for SPM.....💪
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro