Bab 43
Arash tercari- cari kelibat layrah disekitar kolej. Hampir semua student kolej itu ditanya keberadaan layrah. Tetapi tiada satu pun yang nampak. Kelibat laurah juga tidak kelihatan.
"Arash.!!"
Arash menoleh bila terdengar nama dia dipanggil dari belakang.
"Laurah...Finally! Saya jumpa awak jugak akhirnya. Saya nak tanya awak.." Belum sempat arash habiskan ayat laurah memotong.
"Pasal layrah?"
Arash angguk.
"Mana dia? Sepatutnya kitorang ada kelas pukul dua nanti. Tapi dari tadi saya tak nampak dia langsung. Saya call pun tak dapat." Soal arash.
"Arash...dia tak masuk kelas hari ni." Terang laurah pendek.
"Tak masuk? Kenapa?." Soal arash.
Laurah menceritakan pertelingkahan antara layrah dan asyraff semalam. Dia tidak sanggup melihat keadaan layrah semalam. Mungkin arash dapat memujuk layrah. Biarlah dia dimarahi abangnya, dia sanggup. Asal dia dapat melihat layrah tersenyum kembali.
Arash sedih? Ye dia sedih. Dia baru sahaja bahagia kerana dapat bersatu kembali dengan isteri tercinta. Namun kini hubungannya dengan layrah ditentang oleh asyarff. Tapi perasaan itu bercampur dengan risau. Risau memikirkan keadaan layrah. Dia kenal sikap isterinya bagaimana, bila emosinya diganggu. Layrah akan mengurung diri berhari- hari malah boleh sampai berminggu. Makan? Selera makannya hilang. Makanan yang masuk dalam perutnya mungkin dua atau tiga suap sahaja.
"Laurah awak kena tolong saya. Saya nak jumpa layrah. Please.." Rayu arash.
Laurah mengangguk. Dia sudi membantu arash demi kebahagian kembarnya. Dia tahu arash adalah hidup layrah. Dari cara mereka berbual dan cara mereka memandang satu sama lain sudah cukup untuk membuktikan yang mereka saling menyayangi.
"Okey macam ni, saya nak awak....."
Bismillah..moga-moga kita dapar bersatu kembali.
_______
Toyota alphard milik keluarga Dato' Syukor masuk keperkarangan banglo. Dato' dan Datin keluar dari kereta.
"Zaki nanti tolong bawa bagasi tu semua masuk dalam ye" arah Datin Seri Dayang.
"Baik datin."
Zaki seorang pemandu keluarga Dato' Syukor yang baru berumur 18 tahun. Dia baru sahaja bekerja dirumah dato' pada bulan lepas menggantikan pemandu lama keluarga itu.
Zaki terus mengerjakan arahan datin tadi. Manakala dato' dan datin pula terus mesuk kedalam rumah. "Assalamualaikum...daddy dengan mummy dah balik ni." Datin Seri Dayang memberi salam. Namun tiada siapa yang menyambut salamnya. Dia hairan.
"Haihh..mana pergi semua anak- anak kita ni bang? Sunyi je rumah ni." Kata Datin. Matanya masih melilau sekeliling rumah.
"Entah lah seri. Abang pun tak tau. Laurah!! Layrah!! Asyraff!!" Laung dato'. Senyap. Haihh takkan lah semua keluar. Nak kata diorang ada kelas. Tak mungkin. Nak kata asyraff kerja pula? Tak kanlahh.. Hari ni kan ahad!
"Dato', datin nak saya buatkan air?" Soal bik surti yang datang dari dapur. Bik Surti memang fasih bercakap melayu.
"Bik, mana budak- budak dekat dalam rumah ni? Dari tadi senyap je." Soal datin.
"Tuan asyraff dengan cik laurah keluar datin. Kalau cik layrah pula ada dalam bilik." Terang bik surti.
Dato' dan datin mendongak memandang pintu bilik layrah. "Ouhh..bik, awak ambil kan kami air masak saja. Tak lalu nak minum manis lagi dah." Arah dato'. Sepanjang jalan pulang dia hanya menjamah air manis sahaja.
"Baik dato' " bik surti terus ke dapur.
"Bang, saya nak pergi tenguk layrah sekejap. Tak keluar pula pun budak tu dari tadi. Takut ada apa- apa pulak yang jadi." Pamit datin.
Dato' Syukor mengangguk. "Pergilah." Dia terus melabuhkan badan di sofa untuk melepaskan lelah duduk didalam kereta selama 5 jam.
Datin Seri Dayang pula terus memanjat anak tangga untuk ke bilik layrah.
Pintu bilik diketuk. Senyap. Tombol pintu di pulas. Kelihatan tubuh layrah terbaring berselimut diatas katil.
Datin mendekati layrah dan duduk dibirai katil. Tubub layrah digoncang perlahan. "Layrah bangun sayang. Kenapa tidur lagi waktu- waktu macam ni. Dah lewat kan." Tiada respon. "Layrah..." Tubuh itu digoncang lagu. Masih tiada respon. Hati datin mula risau. "Layrahh..." Kini tubuh layrah ditarik memusing menghadapnya.
"Astaghfirullah al'hazim. Layrah" datin beristifargh kerana terkejut melihat wajah layrah yang sudah berlumuran darah.
Pipi layrah ditampar lembut. "Layrahh..bangun layrah. Mummy ada dekat sini." Datin cuba mengejutkan layrah. Senyap. Pipi layrah yang terkena darah dikesat dengan jari. Ternyata punca darah itu dari hidung. Cadar dan bantal layrah juga terkena darah hidungnya.
"Abanggg!!"
_____________
Laurah dan arash berjalan laju menuju ke kereta masing. Kebetulan kereta mereka terparking bersebelahan. Tiba- tiba laurah terasa ada cecair hangat mengalir dalam hidungnya. Langkah terhenti.
Dia mengesat cecair itu menggunakan jari. Darah!. "Laurah kenapa..." Arash terkejut melihat darah yang mengalir keluar dari hidung laurah.
Kain sapu tangan yang sering dibawanya digunakan untuk mengesat darah hidung laurah.
Laurah mengusap dada. Perlakuan arash dipedulikan. Dia rasa tak sedap hati. Wajahnya sudah menjadi pucat. Dalam kepala hanya teringatkan layrah.
Arash menghentikan kerjanya bila melihat wajah laurah yang sudah bertukar pucat. "Laurah muka awak pucat. Awak okey tak? Kalau tak okey kita pergi klinik dulu." Cadang arash.
Laurah menggeleng. "Layrah." Sepatah dia berkata. "Layrah? Kenapa dengan layrah?" Soal arash bingung.
"Saya tak sedap hatilah arash. Saya asyik terfikirkan layrah je dari tadi." Luah laurah.
Arash pula yang panik. Dia mula rasa tidak sedap hati. Tiba- tiba telifon bimbit laurah berbunyi. Mummy!
"Hello mummy.....Apa?.....Okey adik pergi sekarang." Muka laurah bertambah puncat.
"Laurah..kenapa ni?" Soal arash risau.
"Layrahh...dia dekat wad sekarang." Ujar laurah panik.
"Wad? Tapi kenapa?" Arash sudah panik.
"Tak tahu. Tapi mummy kata dia kena tahan wad. Dekat KPJ Tawakal." Kata laurah.
"Jom kita pergi sana. Naik kereta saya." Laurah mengangguk. Mereka terus memboloskan diri didalam kereta.Arash terus memandu laju keretanya.
Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Pada mulanya laurah agak terkejut dengan cara pemanduan arash. Laju! Sama seperti layrah. Sesekali dia mencuri pandang arash yang memandu disebelahnya dengan ekor mata.
_______
Di hospital pula keluarga dato' syukor sedang menanti layrah yang sedang dirawat di dalam wad kecemasan.
Asyraff mundar- mandir. Hati dia resah mengenangkan nasib adiknya yang ada didalam wad. Ya Allah semua ni salah aku, aku takkan maafkan diri sendiri kalau ada apa- apa jadi dekat layrah!
Dari jauh kelihatan laurah dan arash berlari menuju ke arah wad kecemasan itu.
"Mummy layrah macam mana?" Sampai sahaja dia terus menyoal dan duduk disebelah mummynya.
Datin Ser Dayang menggeleng. "Tak tahu lagi dik, layrah ada dekat dalam lagi dengan doktor." Ujarnya dengan nada yang risau. Kening dipicit- picit menahan rasa.
"Kau buat apa datang sini? Aku dah warning dekat kau kan? Jangan datang jumpa adik aku lagi." Kata asyraff keras sebaik sahaja melihat arash yang pegun berdiri di sebelah tempat laurah.
"Maaf bang, tapi saya cuma nak tengok keadaan han...maksud saya layrah macam mana? Tolong bang, saya merayu sangat, izin kan saya berada disini." Rayu arash pada asyraff. Hampir sahaja dia tersebut nama hanni. Nasib baik masih lagi dapat cover. Fuhh!
"Abang dah lah tu. Kita dekat hospital ni." Sampuk laurah. Geram pulak dengan perangai abang aku ni. Macam budak- budak. Eiyy!!
Asyraff terdiam. Matanya masih tajam memandang arash.
"Kau dengar sini! Disebabkan kau lah adik aku jadi macam ni! Kalau ada apa- apa jadi dekat dia aku takkan maafkan kau!!" Sekali lagi asyraff menengking arash. Dia terus duduk disebelah daddynya. Rambut diramas kasar. Itulah kebiasaannya ketika fikiran kusut.
Arash masih berdiri ditempat tadi. Dia bersyukur kerana asyraff tidak menghalaunya. Hati tidak tenteram memikirkan keadaan layrah. Ya Allah kau selamatkan lah isteriku. Kau angkatlah semua penyakit yang singgah ditubuhnya. Doa arash.
"Dato'.." Panggil doktor yang merawat layrah didalam wad tadi. Semua meluru kearah doktor tersebut. "Macam mana keadaan anak saya doktor?" Soal datin seri dayang.
"Err..saya nak tanya, sebelum ni layrah ada menghidap apa-apa penyakit ke?" Soal doktor zahrain.
"Penyakit? Maksud doktor?" Soal asyraff.
"Yee...penyakit yang berkaitan dengan darah. Seperti leukimia?"
Arash terasa seolah- olah darah dalam tubuhnya berhenti mengalir. Jantung pula seakan terhenti. Leukimia? Ya Allah....
"Doktor tahu kan sejarah keluarga saya bagaimana?" Ujar dato' syukor.
Doktor itu mengangguk mengerti. "Begini dato' saya dapat kesan leukimia dalam tubuh layrah. Bila darahnya saya hantar ke makmal tadi. Saya dapati penyakit ini pernah diubati sebelum ini." Terang doktor zahrain.
"Jadi penyakit itu kembali menyerang layrah lagi ke doktor?" Soal arash tanpa sedar. Dia tidak pedulikan dengan orang sekelilingnya. Yang penting dia tahu keadaan layrah sekarang.
Semua mata menghala kearah arash. "Ya...penyakit itu menyerang tubuhnya kembali. Semua ini kerana rawatan yang dilakukan padanya sebelum ini tidak begitu konsisten. Rawatannya seperti terhenti. Kini sel-sel kenser itu kembali terbentuk kembali. Jadi layrah terpaksa melakukan rawatan pada peringkat awal semula." Terang doktor zahrain panjang lebar.
Arash meraup wajahnya. Dia beristifargh berkali- kali. Sedih? Iya, dia sedih. Kerana isterinya terpaksa menghadapi penyakit lamanya kembali. Hati lelakinya dirundun hiba.
Begitu juga dengan yang lain. Datin Seri Dayang terduduk pabila mendengar penerangan doktor itu tadi.
"Allah...anak kita bang. Astaghfirullah al'hazim." Dadanya diusap- usap menahan rasa. Air mata hangat membasahi pipi. Terasa sesak nafasnya mendengar khabar itu.
Asyraff meraup kasar wajahnya. Layrah pula sudah menangis mengenangkan nasib kembarnya.
Dinding ditumbuk kuat oleh asyraff bagi melepaskan geram. Perasaannya bercampur baur. Sedih, geram, pilu menghentam hati. Air mata lelakinya mengalir disitu.
__________
Layrah telah dipindahkan ke wad biasa. Semua berkumpul di dalam wad kelas pertama dimana layrah ditempatkan.
Datin Seri Dayang duduk disisi katil layrah. Dan laurah berdiri disebelahnya. Tangan layrah digenggam lalu dicium. "Maafkan mummy layrah. Mummy tak jaga layrah dengan baik." Kata datin dengan air mata berlinang.
Arash dan asyraff berdiri dihujung katil. Manakala dato' berdiri disisi kanan katil. "Sabar lah seri, semua ni dugaan untuk kita. Allah tidak akan memberi dugaan diluar kemampuan umatnya. Dan seri kena percaya, setiap kejadian dan dugaan yang kita lalui pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita perlu sabar dan kuat untuk menghadapi semua ni. Jangan pernah tunjuk yang kita lemah depan layrah, nanti dia akan jadi lagi lemah daripada kita." Nasihat dato' panjang lebar.
"Betul tu mummy, kita tak boleh lemah depan layrah. Kita kena kuat." Sokong laurah. Tersentuh hatinya bila melihat mummy dia menangis seperti itu. Selama ini mummy tidak pernah mengangis sebegitu rupa. Kali terakhir mummy menangis ketika dia disahkan menghidap astma kita dia di tingkatan 5 tetapi tidak lah seteruk ini. Mungkin kerana jenis penyakit yang dihidap mereka berbeza.
Arash hanya jadi pemerhati dari tadi. Terbit rasa syukur dihati kerana layrah dikurniakan keluarga angkat yang baik dan prihatin pada dia. Wajah layrah yang terbaring lesu itu ditatap.
"Sabarlah sayang. Kau akan sembuh kembali macam dulu. Kuatkan semangat kau." Kata- kata itu hanya mampu diucapkan dalam hati.
"Mma...ma.."
Semua mata tertumpu pada layrah pabila terdengar layrah bersuara. Datin berdiri dan mendekatkan tubuhnya pada layrah. "Mummy ada dekat sini sayang...buka mata layrah.." Kata datin separuh berbisik pada layrah.
"Mama..."
Kali ini kelihatan air mata layrah menitis walaupun mata dia masih lagi terpejam.
Datin memandang dato' dengan wajah yang terkejut. Mama bukan panggilan yang digunakan pada dirinya. Dia takut untuk memikirkan sebarang kemungkinan dan dia tak nak fikir langsung.
Dato' beri isyarat mata agar datin masih mencuba mengejutkan layrah dari igauannya. Datin mengangguk dan menuruh arahan.
"Layrah, buka mata. Mummy ada dekat sini. Daddy, abang dengan layrah pun ada. Kawan layrah arash pun ada juga. Buka mata sayang..." Datin berusaha mengejutkan layrah. Dia tak nak ada apa- apa memori lama layrah singgah dikepalanya. Dia belum bersedia lagi menerima kenyataan yang layrah dan laurah akan meninggalkannya.
Arash menahan sebak dihati. Dia tahu yang layrah perlukan Puan Zalmah dan dia juga tahu yang layrah rindukan mamanya.
Asyraff juga menjadi pemerhati sejak dari tadi. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tetapi matanya hanya tertancap pada layrah. Hati jadi sayu melihat adik sendiri terbaring begitu. Mungkin kalau dia tidak mendesak dan memarahi layrah tempoh hari, layrah tidak akan jadi begini. Kesal menghentak dada.
Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya jadi begitu berang bila tahu yang layrah amat rapat dengan arash. Dia seolah-olah ingin memberontak dan memisahkan mereka berdua. Apakah jenis perasaan ini? Cinta! Tak mungkin, layrah adik aku, takkan lah aku boleh suka dekat dia kot. Bicara hati asyraff.
Selama dengan laurah takda pun rasa macam ni. Mungkin kerana karekter mereka yang berbeza, layrah seorang yang periang dan aktif. Laurah pula seorang yang sedikit pemalu dan pendiam tetapi berfikiran matang serta sentiasa positif. Kadang- kadang terasa dia pula yang adik bila kena nasihat dari laurah.
Namun dia lebih sukakan sikap layrah yang brutal dan sentiasa mencuit hatinya. Tak! Layrah adik aku. Dan aku tak mungkin ada perasaan dekat dia. Asyraff cuba menafikan perasaanya. Kepala digeleng- gelengkan.
Laurah mengerut dahi bila lihat abangnya tergeleng- geleng tiba- tiba. Abang aku ni dah kenapa? Masuk air ke apa? Tergeleng- geleng macam tu.
"Abang.."
Asyraff memandang laurah.
"Dah kenapa tergeleng- geleng macam tu?" Soal laurah.
Asyraff menggaru belakang kepala. Alamak kantoi pulak. "Err..takde pape" dia menjawab pendek.
Pape jelah abang aku ni...
Arash meminta pamitan pulang dari dato' dan datin kemudian memanggil laurah untuk berbicara diluar.
Laurah terus keluar mengekori arash dari belakang. Arash membawa laurah hingga ke lobi hospital.
"Laurah saya nak minta tolong dari awak boleh?" Arash memulakan bicara.
"Minta tolong? Tolong apa?"
"Saya nak mintak tolong...."
________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro