Bab 42
Layrah dan arash berjalan beriringan. Pemandangan tasik pada waktu malam sungguh cantik. Sepanjang jalan hanya diterangi dengan lampu malap.
"Hanni.."
"Hmmm..."
"Tadi kau datang sini naik apa?"
"Aku naik teksi. Kenapa?"
Arash tersenyum. Dia memikirkan sesuatu. Layrah kerut dahi. "Yang kau tersengih- sengih ni asal? Apa yang kelakar sangat dengan jawapan aku tu?" soal layrah hairan.
"Aku ada surprise untuk kau."
"Surprise! Apa dia? Cepat lah!!" desak layrah teruja. Dia menarik- narik lengan arash.
"Hishh..sabarlah!!" arash menarik lengannya dari ditarik- tarik layrah. Layrah menayang wajah cemberut. "Eeiii...muncung... Aku cium sat gi baru tahu." layrah terus menutup mulut bila diancam begitu. Arash tersenyum. "Comel" dia mencuit pipi layrah. Layrah tersenyum malu. Dia blushing. Kegelapan malam menyembunyikan wajahnya yang kemerah- merahan.
Arash mencari sesuatu dalam saku seluarnya. Jumpa! . Arash menayangkan segugus kunci dihadapan layrah. Layrah melopong. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Dia cukup kenal dengan kunci itu.
"Satria!!" layrah terjerit kecil. Kunci ditangan arash terus dirampas. Kunci itu dibelek- belek. Betul! Aku tak salah ni memang kunci satria aku. Layrah memandang arash. Matanya bersinar- sinar.
"Jom!! Kau park dia dekat mana?" soal layrah teruja.
"Dekat tempat park kereta lah." jawab arash selamba. Mahu mempermainkan layrah. Layrah geram. Daging pinggang arash dicubit geram.
"Ahh...duh..duhh..sakit lah makcik. Okey..okey lepas aku bawa kau pergi sana." layrah terus melepaskan cubitan itu. "Capat!!" layrah menarik tangan arash. Dia dah tak sabar melihat kesayangannya. Itu. "Hishh..bukan sana lah! Sini!" arash pula menarik layrah pabila layrah menuju kejalan yang bertentangan. Mereka berjalan menuju ketempat pariking kereta.
Dari jauh layrah sudah nampak kereta satria hitam miliknya dahulu. Terus berlari. Dia terlalu teruja. Punat remote ditekan. Bila tiba di kereta, layrah terus membuka pintu dibahagian pemandu dan terus masuk kedalam kereta. Arash menggeleng melihat layrah. Dia tersenyum senang. Terserlah lah sikap kebudak- budakkan walaupun umurnya sudah 21 tahun. Hatinya tercuit.
Layrah memerhatikan sekeliling keadaan dalam kereta satrianya. Dia terharu. Tiada satu pun perubahan yang berlaku pada keretanya. Steering kereta disentuh lembut. Dia rindukan kereta ini. Matanya terpandang arash yang sedang berdiri didepan kereta sambil tersenyum kepadanya. Dia membalas senyuman itu.
Layrah terus keluar mendapatkan arash. Tubuh arash dipeluk erat. "Thanks arash" ucap layrah dalam pelukan. Arash membalas pelukan itu. "Welcom honey." layrah mendongak.
"H.a.n.n.i atau h.o.n.e.y?" soal layrah sambil menyebut satu- satu huruf perkataan itu. Arash tersenyum manis. "H.o.n.e.y" dahi layrah dikucup kejap. Layrah memejamkan mata. Sungguh tenang hatinya tika dikucup arash.
Bila terasa dahinya tiada sentuhan layrah membuka mata. Mata mereka bertentangan.
"Ouhh ... before I forget, I have another prize for you." ujar arash.
"Prize? Hadiah apa?" soal layrah.
"Hulur tangan." arah arash.
Layrah menghulurkan tangan kanan. "Bukan tangan kanan. Tapi tangan kiri." layrah hanya menurut.
Arash menyarungkan seutas gelang yang berwarna perak pada pergelangan tangan layrah. Layrah terlopong. Gelang yang telah tersangkut elok ditangannya dibelek. Tiba- tiba matanya tertancap pada tulisan pada gelang itu. Terpicing matanya membaca tulisan itu dalam keadaan yang agak malap begini. Dia ternganga. Tangan kanannya laju menutup mulut.
Matanya memandang kembali pada arash. Dia terharu. Air matanya bergenang.
"Thanks arash. Cantik sangat." air matanya terus jatuh ke pipi.
Arash menyeka air mata isterinya. "Anyting for you hanni." ubun- ubun layrah dicium. Tiba- tiba handphone layrah berbunyi. Layrah melihat nama si pemanggil. Matanya terbeliak.
"Alamak abang asyraff lahh. Macam mana ni?" soal layrah panik. Dia tahu sangat sikap tegas abangnya. Walaupun dia sering membuli abang asyaraffnya. Tetapi apabila soal yang serius asyraff akan menjadi tegas seperti ditaktor.
"Takpe angkat je. Aku ada" arash cuba mengalirkan keberanian dalam diri layrah. Layrah menelan liur sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"He...hello ab..abang" layrah gagap.
"Adik dekat mana ni? Tahu tak sekarang pukul berapa? Ha!! Kenapa laurah call banyak kali tak angkat? Jawab!!" sergah asyraff. Layrah menelan liur sekali lagi. Kesat. Dia kerling jam ditangan. Pukul 1 pagi. Memang patut abang marah.
"Ad..adik...dd..dekat...taman. Maaf ab..abang. Adik balik sekarang." jawap laurah. Dia kecut perut bila berhadapan dengan situasi sebegini. Dengan mood abangnya yang sudah marah- marah.
"Balik sekarang!!!" suara asyraff lantang asyraff membuatkan layrah bertambah kecut.
"Oo...okey. Adik balik sekarang." talian terus dimatikan. Dia memandang arash.
"Arash jo..jom balik. Abang dah marah lah." ajak layrah. Arash mengangguk. "Jom. Bagi aku kunci kereta." Arash menghulurkan tangan. "No, aku drive. Jom!" layrah terus masuk kedalam kereta dan duduk ditempat pemandu. Arash menggeleng. Takut betul dia dengan abang angkat dia tu. Desis hati arash.
"Arash! Cepatlahh" laung layrah. Arash terus masuk kedalam kereta dan duduk disebelah pemandu. Seat belt dipasang. Layrah terus menghidupkan enjen. Kereta itu terus memecut membelah jalan raya.
_________
"Abang sabar lah...nanti layrah sampai lah tu. Pening kepala adik tengok abang mundar- mandir macam ni." ujar laurah pada abangnya.
"Adik fikir abang boleh sabar ke dalam keadaan macam ni? Adik tahu tak sekarang dah pukul 1 pagi. Bukan satu petang." marah asyraff. Laurah terus terdiam. Dia takut dengan emosi abangnya tika ini.
Tiba- tiba mereka terdengar bunyi enjen kereta masuk ke perkarangan rumah. Asyraff terus keluar membuka pintu. Lampu koridor rumah yang sedia terpasang dari tadi memudahkan dia melihat kereta yang masuk.
Satria hitam diparkingkan sebelah kereta milik asyraff. Layrah masih tidak keluar dari kereta. "Kenapa tak keluar lagi? Nanti abang kau bertambah marah macam mana?" soal arash. "Aku takut lah..kau tengoklah muka bengis abang tu. Seram aku dohh." layrah seperti mahu menagis.
"Sokey..kita keluar sama-sama nanti aku tolong explain dekat abang kau, Okey." layrah mengangguk perlahan. Dia menarik nafas sebelum membuka pintu kereta.
Asyraff berdiri di depan pintu rumah sambil berpeluk tubuh dengan wajah yang bengis. Tubuh layrah menggeletar. Liur ditelan kesat. Wajah abangnya dipandang sekilas. Diterus tunduk. Takut melihat wajah abang yang bengis. Arash jatuh kesian pada layrah. Dia patut bantu layrah mengurang amarah abang asyraff pada layrah.
Asyraff terus menghampiri adiknya. Dia berdiri betul- betul di depan layrah. Layrah tidak berani mengangkat muka. "Adik tahu apa salah adik?" soal pertama yang keluar dari mulut asyraff. Nadanya cukup membuatkan seseorang itu terketar ketakutan. Layrah mengangguk.
"Adik tahu tak sekarang dah pukul berapa?" layrah angguk lagi.
"Pukul berapa?"
"Pp..pu..pukul satu."
"Tahu pun. Kenapa keluar rumah waktu malam macam ni? Dan kenapa tak beritahu laurah atau minta izin abang?"
"Maaf abang, tadi adik...adik nak hilangkan stress. Adik keluarlah rumah. Adik lupa nak inform abang dengan laurah." jawab layrah takut- takut.
"Ouhh..hilangkan stress. Ni kenapa jantan ni ada dengan adik pula? Haa!!" suara asyraff naik seoktaf. Layrah bertambah kecut. Laurah yang melihat dari dalam rumah hanya memandang sayu. Dia tahu bila abangnya marah tiada apa yang dapat redakan kecuali mummy dan daddy.
Layrah tersentap dengan soalan abangnya. Asyraff seolah- olah merendahkan maruah dirinya. Dia terasa terhina sekali.
"Abang..maaf saya menyampuk. Tadi kami tak sengaja terserempak dekat taman. Layrah cuma luahkan masalah dia pada saya. Sumpah kami tidak melakukan apa- apa." celah arash.
Mata asyraff mencerlung kearah arash. Wajah itu ditatap dengan teliti. "Kau yang datang wad masa adik aku dekat dalam wad dulu kan?" arash mengangguk
"sekarang aku nak kau balik."
"Tapi bang.."
"Aku kata balik. Balik jelahh!! Jangan banyak bunyi!!" marah asyraff.
"Takpe arash. Kau balik dulu, pandai- pandai aku lah nak buat apa nanti." arah layrah.
"Tapi han.."
"Balik..aku okey."
"Okey...anything just call me." layrah mengangguk.
Arash menghulurkan tangan untuk bersalam pada asyraff. Tetapi huluran itu tidak diendahkan. Arash menarik semula tangannya. "Saya balik dulu bang. Assalamualaikum." arash terus memboloskan diri kedalam kereta. Tidak sampai beberapa minit kereta satria hitam itu meluncur keluar dari perkarangan banglo tersebut.
"Masuk!" arah asyraff.
Layrah terus masuk kedalam rumah. Dan terus menuju kebilik.
"Layrah, abang tak habis cakap lagi..!!" Sergah asyraff.
Kaki layrah berhenti melangkah. Dia berpusing memandang kearah abangnya.
"Abang nak apa lagi?" Soal layah dengan suara tertahan. Dia mesih terasa dengan bicara abangnya tadi.
"Lepas ni abang tak nak lagi adik jumpa dengan lelaki tu. Abang tak nak adik berhubung atau berkawan dengan dia langsung. Faham..!!" Kuat suara asyraff memberi amaran tegas.
"What?? Apa abang ni? Abang tak boleh kongkong adik macam ni. Adik dah besar lah bukan budak kecil umur 6 tahun tapi adik dah 21 tahun." Bangkang layrah dengan dada yang turun naik. Arash suami aku takda apa yang dapat halang aku berjumpa dengan dia. Termasuk abang asyraff..!!
"Bila abang kata tak, itu bermaksud tak.!! Adik jangan nak melawan. Laurah, abang nak laurah jaga layrah dekat kolej nanti. Jangan bagi dia rapat dengan budak lelaki tu." ujar asyraff tegas.
Laurah terkebil- kebil bila nama dia naik diantara pertelingakahan tersebut.
Air mata layrah sudah bertakung.
"But this is not fair.!! Mummy dengan daddy tak pernah buat adik macam ni. Kenapa abang nak kena halang adik berkawan dengan arash? Abang takda hak nak atur hidup adik macam ni. Abang tu cuma....." Kata- kata layrah terhenti. Matanya tajam memandang asyraff.
Laurah hanya mampu melihat pertengkaran itu. Dia sedih melihat layrah. Dia tahu layrah rapat dengan arash. Hati layrah pasti sedih dengan sikap abang mereka. Dia juga sedih.
"Abang cuma apa? Jawab?" Layrah diam. Asyraff mangeluh kasar. Baru tersedar kekerasannya terhadap layrah.
"Abang bukan nak kongkong adik. Abang sayang adik- adik abang. Abang tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk adik- adik abang. Abang tak nak sesuatu yang tak baik jadi pada adik, pada keluarga kita." Kini suara asyraff tidak sekeras tadi.
"Tapi hakikatnya abang buat adik merana. Abang salah buat keputusan. Abang sendiri yang menimbulkan kejadian buruk dalam hidup adik." Ujar layrah dengan air mata yang sudah berlinangan di pipi. Dia terus berlari memanjat anak tangga.
Pintu bilik dihempas. Tubuh dihenyakkan ke atas katil. Dia menghamburkan segala tangisan di situ.
--------------
Arash mundar- mandir di tengah ruang biliknya. Dia cuba mendail sekali lagi no. layrah. Handphone dilekapkan ke telingan. Sekali lagi masuk voice mail. Dia sungguh risau dengan keadaan layrah.
Arash mengeluh. "Hanni kenapa kau tak angkat call aku? Kau tahu tak aku risau?" Rintihnya. Tubuh dihenyakkan ke katil. Dia cuba mendail no. layrah lagi. Hasilnya tetap sama.
Tok tok tok..
Tiba- tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Cepat- cepat di berbaring dan menyelimutkan tubuhnya. Mata dipejam rapat.
Dia dapat dengar pintu biliknya dibuka. Terasa seseorang duduk dibirai katil.
"Arash..ibu tahu arash belum tidur." Ujar Puan Munirah lembut. Arash tetap dengan lakonannya. "Arash..." Panggil puan munirah meleret. Arash terus membuka mata. Wajah ibunya dipandang. Puan Munirah tersenyum. Arash duduk dari perbaringannya.
"Arash dari mana tadi? Pukul 1 lebih baru sampai rumah?" Soal puan munirah lembut.
Arash garu kepala. Tak tahu hendak jawab apa pada ibunya. "Err...tadi arash keluar dengan irfan lah ibu. K...kan ibu sendiri yang hantar arash keluar masa irfan datang jemput arash tadi." Jawab arash.
"Arash...ibu kenal anak ibu macam mana. Dari kecil sampai lah besar panjang macam ni. Segala tentang arash ibu tahu. Bila arash tengah sedih, bila arash tengah gembira, bila arash ada masalah pun ibu tahu. Dan sekarang ni ibu tahu arash ada masalah." Arash terdiam dengan bicara ibunya. Dia sering tewas dengan ibu sendiri. Tiada satu rahsia pun yang dapat dia sembunyikan daripada pengetahuan ibunya.
"Satu lagi, tadi arash keluar dengan irfan. Tapi sekarang arash balik bawa kereta arwah hanni. Bila masa pula arash balik kerumah dan bawa keluar kereta tu?" Arash terkedu. Mana ibu tahu semua ni?
Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Errr....sebenarnya irfan dah hantar arash balik awal tadi."
"Ouhh..lepastu arash bawa kereta arwah hanni pergi mana? Arash kan ada kereta sendiri? Kenapa tak bawa kereta arash saja?" Soal puan munirah lagi.
"Arash rindu hanni. Jadi arash bawa kereta dia keluar. Tapi arash tak pergi jauh pun. Cuma pergi taman tasik tu je." Terang arash. Puan Munirah tersenyum mengerti.
"Arash...kalau ada apa- apa masalah jangan pendam. Jangan simpan sorang- sorang. Kalau arash tak selesa cerita dekat ibu. Arash ceritalah pada irfan. Dan kalau arash rindukan arwah hanni. Jangan lupa kirimkan doa untuk dia." Nasihat puan munirah.
Mata puan munirah dipandang lama. Rasa macam tak sanggup nak berahsia tentang hanni yang sebenarnya. Dia mengeluh berat.
"Ibu..kalau arash cerita dekat ibu. Ibu janji, ibu takkan ceritakan perkara ni dekat sesiapa pun." Puan munirah mengerut dahi. Dia dikuasai perasaan ingin tahu.
"Ibu janji ni rahsia kita berdua." Ujar puan munirah sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar.
"Ibu..sebenarnya...hanni..dia belum meninggal." Ujar arash satu persatu.
Puan munirah terbeliak. "Hanni belum menginggal? Arash..dah empat tahun sayang...takkan arash belum dapat terima kematian hanni?" Risau puan munirah jika anaknya kembali murung seperti dulu.
"Tak ibu. Bukan macam tu. Hanni memang betul- betul belum meninggal. Arash dah jumpa depan mata arash sendiri. Face to face." Tegas arash.
"Arash jumpa face to face? Mungkin tu hanna? Arash jumpa dia dekat mana? Dia sihat tak? Dia macam mana sekarang?" Soal puan munirah bertubi- tubi. Setelah lama mereka mencari kembar hanni kini baru bersua. Jikalau puan zalmah dapat tahu mungkin dia adalah orang yang paling gembira.
"Ibu..bukan.!! Okeylah memang arash dah jumpa hanna tapi arash jumpa hanni sekali. Hanna dengan hanni hanya kembar berdua saja kan? Mana mungkin ada orang yang ketiga mirip sangat- sangat dengan mereka berdua." Arash cuba menerangkan situasi yang sebenar.
Puan munirah cuba menghadam apa yang diterangkan oleh anaknya. Kini dia mengerti. "Macam mana arash boleh jumpa kedua- duanya sekali?" Soal luan munirah.
Arash menceritakan segalanya pada puan munirah. Tiada satu pun yang tertinggal. "Jadi sekarang ni mereka berdua tinggal dekat rumah Dato' Syukor lah ye?" Soal puan munirah. Arash mengangguk.
"Macam manalah ibu boleh tak perasan mereka berdua ni dekat tv? Ibu ada juga dengar nama diorang tu, tapi takde nampak mukanya lagi." Kata puan munirah.
"Itu sebab diorang artis baru. Diorang belum aktif sangat dengan dunia populariti ni. Mungkin sebab tu ibu dengan yang lain tak perasan tentang mereka di tv." Terang arash.
Puan munirah mengangguk mengerti. "Sekarang ibu faham lah duduk sebenar perkara. Takpa arash jangan risau ibu takkan ceritakan pada sesiapa pun tentang perkara ni. Tapi arash kena ingat, jangan simpan lama- lama tentang perkara ni dari mama dan papa. Hanni dengan hanna anak mereka. Mereka ada hak untuk tahu perkara ni. Kalau boleh biar mama dengan papa tahu sendiri dari mulut arash bukan dari orang lain. Ibu takut mereka kecewa dengan anak ibu ni." Pesan puan munirah.
Arash mengangguk. "Insya'allah ibu. Arash akan cuba selesaikan perkara ni secepat yang mungkin."
Tekadnya kini untuk pertemukan pasangan kembar itu pada orang tuanya.
Dia harus lakukan itu semua. Dia tahu mama zalmah sudah cukup derita kehilangan kedua- dua anaknya.
Dia akan buat rumah ini ceria semula seperti dahulu.
Done next chapter. Okok, lia nak tanya korang. Sekarang korang semua dah tahu kan layrah dan laurah tu sebenarnya siapa? Jadi lia nak mintak pendapat korang, korang nak nama si kembar tu kekal atau nak tukar dengan nama yang mama dan papa diorang bagi masa diorang kecil? Korang boleh comment atau DM lia dekat wattpad ni je.
Jangan lupa vote & comment okeyy 👌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro