Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 41

Layrah berjalan- jalan sekitar tasik. Walaupun jam sudah ke angka 11 taman tasik ini masih lagi berpengunjung. Ada yang bermain basikal yang disewa, bermain roller blade, beli belon dan sebagainya. Fikiran layrah jauh menerawang entah kemana. Kejadian tadi memberi kejutan yang besar dalam hidupnya. Selama ini rayyan menyimpan perasaan pada dia. Betul lah tekaan laurah. Tetapi dia enggan percaya. Dan akhirnya kebenaran keluar sendiri dari mulut rayyan. Selama ini dia memang nampak usaha rayyan untuk berbaik dengannya. Rayyan telah melakukan macam- macam untuk meraih maaf darinya. Pernah sekali rayyan berikan bunga padanya. Tetapi bunga itu terus dibuang kedalam tong sampah. Kini baru dia sedar bahawa selama ini dia telah menyakiti insan yang menyayanginya. Maafkan aku rayyan, aku tak boleh terima kau. Kasih dan sayang aku hanya buat suami aku. Desis hati layrah.

Tiba- tiba dia terdengar bunyi petikan gitar. Alunan bunyi yang terhasil dari petikan gitar tersebut seperti dia kenal. Bukan, amat kenal. Ini irama lagu yang aku pernah diciptanya dulu. Tapi mana datang bunyi ni? Soal layrah dalam hati. Matanya melilau mencari arah alunan muzik itu dalam kegelapan malam. Sehinggalah dia ternampak satu figura lelaki yang duduk menghadap tasik disebuah pondok sambil bermain gitar. Pondok itu  didekati perlahan- lahan. Dia terjengket- jengkit berjalan menghampiri lelaki itu.  Dia duduk di satu baris kerusi panjang yang teramat dekat dengan lelaki itu. Petikan gitar itu teramat jelas ditelinganya.

Lelaki itu berhenti bermain gitar. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
Seutas gelang yang baru dikeluarkan ditenung lama. Warna dan betuk gelang itu tidak dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan gelap begini.

"CINTA , JANJI , SETIA" Layrah terkedu.

Perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan layrah terpanar. Mata layrah tepat memandang lelaki itu walaupun dari belakang badan. Tubuhnya jadi menggeletar.

"Hanni, andai kau masih ada disisi aku, Mesti gelang ni dah tersarung dekat tangan kau....andai kau masih ada disisi aku, mungkin kita dapat raikan ulang tahun perkahwinan kita yang ke-4 bulan depan. Andai kau masih disisi aku, aku nak sangat peluk kau, cium kau, dan aku nak cakap yang rindu sangat- sangat dekat kau. Aku sayangkan kau hanni." arash menangis teresak- esak sambil mencium gelang ditangannya. Layrah turut menangis mendengar luahan hati arash. Esak tangisnya ditahan, takut arash akan terdengar tangisannya.

Apabila tangisan arash sedikit reda dia sambung memetik gitar. Alunan irama dari gitar itu membuatkan layrah sayu.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang pastikan bersatu...
Oh sayang didalam mimpimu...

Suara arash bergitu lunak sekali dipendengaran layrah. Dia terbuai didalam irama lagu tersebut. Tanpa sedar dia menyanyikan bahagian perempuan dalam lagu itu.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang mungkinkah bersatu...
Oh sayang dimanakah dirimu...

Petikan gitar arash terhenti. Dia terkejut mendengar suara wanita yang menyambung nyanyian nya. Arash berpaling. Wajah layrah dipandang sayu. Mereka bertatapan antara satu sama lain. Kelihatan mata masing- masing berkaca.

"Hanni..kau ke tu?" soal arash bingung.

"Ye arash...ni aku." jawab layrah tanpa sedar. Pipi arash diusap lembut. Air matanya jatuh sekali lagi. Arash menyentuh tangan layrah yang disangkanya hanni. Nyata. Bukan bayangan. Air matanya turut gugur sekali lagi. Hanni menyeka air mata arash. "Jangan pernah menangis lagi depan aku. Aku ada dekat sini. Aku ada disisi kau." ujar layrah dengan suara yang serak. Tangan layrah digenggam erat oleh arash. Dia turut menyeka air mata layrah. "Dan aku juga tak nak tengok kau menangis depan aku. Aku pernah janji pada diri aku yang aku takkan pernah buat kau menangis." suara arash juga bertukar jadi serak.

Gitar diatas pangkuan arash diambil. Layrah memetik alunan irama yang sama. Arash tersenyum nipis. Dia melagu sekali lagi.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang pastikan bersatu...
Oh sayang didalam mimpimu...

Dan disambung semula oleh layrah.

Oh bulan sampaikan rinduku...
Oh bintang kirimkan cintaku...
Yang hilang mungkinkah bersatu...
Oh sayang dimana dirimu...

Malam ini aku sendiri...
Menanti dan terus menanti...

Malam ini aku sendiri lagi...
Menanti dan terus menanti...

Usah ditangis lagi...
Usah dirindu lagi...
Pasti kita bertemu nanti...

Usah ditangis lagi...
Usah dirindu lagi..
Pasti kita bertemu pasti...
Pejamkan matamu kasih...

(Ini lagu yang sebenarnya. Lia buat lagu ni seolah- olah lagu ciptaan layrah. Kalau siapa- siapa yang belum tahu lagu ni, lia galakkan tengok video kat atas 👆ni dulu baru lagi feel. Hehehee...)

Petikan gitar ditamatkan. Mereka merenung antara satu sama lain. Bunyi handphone layrah menyedarkan mereka. Layrah keluarkan handphone nya dari poket seluar. Arash ternampak nama pemanggil yang tertera di skrin handphone layrah.

"Laurah? Jadi kau..." dia yakin layrah selama ini adalah hanni. Kerana tiada sesiapa pun yang tahu lagu yang mereka nyanyikan tadi. Lagu itu hanya diketahui oleh dirinya dan hanni sahaja. Layrah baru sedar kesilapan nya. Dia berdiri dan cuba melarikan diri tetapi arash lebih pantas menarik tangannya. Sekelip mata tubuhnya berada didalam pelukkan arash. Handphone yang menjerit  minta diangkat tidak dipendulikan. Jelas dipendengaran layrah detak jantung arash yang laju berdegup. "Jangan tinggalkan aku lagi. Jangan pergi dari aku. Jangan pergi hanni. Jangan pergi.." suara arash amat jelas ditelingan layrah. Dia terkaku dalam pelukan lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Suaranya seperti tersekat dikerongkong.

"Ak...aku...aku" layrah gagap tiba- tiba.

Arash meleraikan pelukan. Wajah layrah yang menunduk dipandang. Dia mengangkat dagu layrah membuatkan layrah menghadap wajahnya.

"Aku tahu kau hanni...firasat aku selama ni tak pernah salah. Hanni Sofea isteri kepada Arash Raykal tak pernah meninggal." mata arash berkaca. Begitu juga layrah. Air mata cuba ditahan tetapi ia gugur juga disitu. Layrah terus memeluk erat tubuh sasa arash. Dia melepaskan tangis sepuas- puasnya di dada bidang arash. Arash membalas pelukan itu. "Aku tak boleh tipu perasaan aku...aku sayang kau arash...aku rindu kau sangat- sangat. Aku rindukan suami aku." kata layrah dalam tangis. Pelukan semakin kejap. "Aku terasa bodoh sebab aku tak ingat segala tentang kita. Aku tak ingat segala kenangan pahit manis kita...dan aku rasa sangat bodoh bila aku langsung tak kenal suami aku sendiri. Aku bodoh arash...aku bodoh." layrah menangis teresak- esak. "Shh....jangan pernah cakap kau bodoh... Kau tak bodoh hanni....Semua yang jadi adalah takdir...takdir cinta kita....semuanya dah tertulis di luth mahfuz...aku bersyukur sangat- sangat...allah dah kembalikan kau pada aku...kau adalah nafas aku yang dah kembali...kau adalah separuh daripada jiwa aku...kau adalah isteri aku sampai hujung nyawa..." ubun- ubun layrah dicium kasih. Air matanya turut jatuh.

Kini dua hati yang terpisah bersatu kembali. Setelah hampir lima tahun mereka terpisah. Macam- macam kejadian yang terjadi. Macam- masalah yang menimpa. Syukur alhamdulillah.

Layrah dan arash duduk berdua-duaan di pondok tadi. Pinggang layrah dipeluk arash manakala layrah bersandar pada dada bidang arash. Mereka berdua kelihatan amat bahagia. Senyuman tak lekang dari bibir sejak tadi. Layrah bermain- main dengan jari arash tetapi matanya tepat memandang tasik yang cerah dengan pantulan cahaya bulan.

Layrah mendongak memandang arash. Arash yang juga sedang menikmati pemandangan malam terus tertunduk memandang layrah apabila dia perasan diperhati oleh layrah.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal arash pelik. Panggilan mereka bertukar semula pada panggilan yang digunakan empat tahun dahulu. Layrah meleraikan pelukkan dipinggangnya. Dia duduk tegak dihadapan arash. "Kalau aku nak tanya sesuatu, boleh?" soal layrah. Arash mengerutkan dahi. Tubuh yang bersandar pada sandaran kerusi terus ditegakkan. "Macam serius je bunyinya? Kau nak tanya apa?" soalan dibalas soalan oleh arash. Layrah memandang tepat pada mata arash. "Masa aku excident dulu...macam mana semua boleh anggap aku da..." belum sempat layrah menghabiskan ayatnya arash terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir munggil layrah. "Shh...jangan sebut perkataan tu. Benda tu tak pernah terjadikan? Kau ada dekat depan aku sekarang." lembut arash berbicara. Arash merapatkan wajahnya pada wajah layrah lalu dia mencium dahi layrah dengan penuh syahdu. Layrah memejamkan matanya menerima ciuman tak disangka dari suaminya. Dia terasa selamat bila bersama dengan arash.

Arash kembali ingin memeluk layrah kembali tetapi layrah mengelak. "Arash, please... Aku nak tahu..." rengek layrah menunjukkan muka yang penuh mengharap.

Aduhh ni yang lemah ni.. Arash menggaru pipinya. Layrah terus membuat muka comel. Mengharap arash akan cair dengan wajah comelnya. Arash mengeluh.  "Okey..okey...aku...aku bagitahu." akhirnya dia mengalah dengan pujukan layrah.

"Masa pihak penyelamat cakap yang dia dah jumpa kau..aku happy sangat- sangat...tapi..." dia terhenti seketika. "Tapi?" soal layrah. "Tapi yang dia sebut adalah...m..ma..mayat" suara arash tersekat- sekat bila menyebut mayat.

"Mayat?" arash mengangguk.

"Pihak polis suruh buat pengecaman mayat...Semua pegi tengok....mama, papa, ayah dengan ibu. Mayat tu teruk sangat, muka dia hancur terbakar. Separuh badan dia pun terbakar. Mama tak sanggup nak buka kain yang turup badan mayat tu. Aku perhatikan tubuh mayat tu sampailah aku ternampak parut yang ada dekat kaki mayat. Parut tu sama....sama sangat dengan parut dekat kaki kau." air mata arash mula mengalir tetapi cepat disekanya. Layrah tergamam. Parut? Dia terus memandang kakinya yang tersarung dengan kasut kanvas. Terasa seakan- akan berdenyut kembali bekas melecur itu. "Dari parut tu lah semua berfikir bahawa itu adalah kau, Hanni Sofea." arash seperti terasa kembali kesakitan yang lama. Semasa mendapat tahu yang hanni sudah tiada. "Perit hanni, perit sangat- sangat. Masa tu aku kehilangan orang yang paling aku sayang....aku hilang nafas aku. Aku hilang kau.." arash memandang hanni dengan mata yang tertahan- tahan air mata. Tiba- tiba arash tersenyum sinis. "Tapi sekarang...aku rasa macam bodoh pula...bodoh sebab percaya mayat tu adalah kau. Padahal aku tak buka lagi kain  yang tutup mayat tu." air mata arash jatuh jua. Tetapi cepat diseka oleh hanni kali ini. Mata hanni sudah berkaca. Jelas diwajah lelaki itu kesakitan akibat ditinggal pergi oleh orang tersayang. Pipi arash diusap perlahan. "Tapi sekarang aku ada kan...please dont cry....aku ada dekat depan kau sekarang" layrah cuba memujuk arash. Dia sedaya- upaya memaniskan senyumanya. Arash meraih kedua- dua tangan layrah lalu dikucupnya. Dia juga turut tersenyum. "Sekarang aku bersyukur sangat- sangat. Sebab allah dah kembalikan Hanni Sofea pada aku. Allah dah kembali kan isteri aku." matanya bersinar. Tubuh layrah dibawa ke pelukkan.

Tiba- tiba ada suara berdeham dari belakang mereka. Pelukkan terus terlerai. Membuntang mata mereka berdua apabila melihat lima orang lelaki yang berkopiah dan berjubah. Dan dua orang perempuan yang memakai seragam pegawai JAWI. salah seorang dari lelaki itu mendekati layrah dan arash. Layrah memandang arash. Dia boleh rileks macam takda bende jadi je. Weyhh!! Kau tak nampak ke depan kita ni jabatan pencegahan maksiat!! Layrah menjerit. Malangnya dia hanya mampu menjerit dalam hati. Dia menikus dibelakang arash. Dalam fikirannya hanya teringatkan mummy dan daddy. Dia tak nak buat nama mummy dan daddynya buruk. Walaupun mereka hanya keluarga angkat. Tetapi layrah sudah terlanjur menyangi mereka semua. Mummy dan daddy sanggup menjaganya dan memberikan rawatan yang terbaik buatnya. Jika tidak mungkin dia tidak ada di muka bumi ini lagi. Arash juga turut merasa gentar. Tetapi dia masih mampu berwajah tenang. Berbeza dengan layrah yang sudah berpeluh.

"Assalamualaikum, kami dari jabatan agama islam."ujar lelaki itu sambil menunjukkan kad kuasanya kepada layrah dan arash. "Wa'alaikumusalam, encik." arash menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun hulurannya dipandang sepi. "Korang berdua tahu tak apa kesalahan korang? tahu tak maksiat itu dosa?" lelaki itu terus menyergah arash dan layrah tanpa selidik. "Kami berdua tahu, tapi..." lelaki itu terus memotong ayat arash. "Kalau dah tahu kenapa buat juga? Haa? Berpelukkan dalam gelap macam ni? Korang berdua tak takut dosa ke?" arash kematian kata- kata. "Zarul! Jangan tuduh melulu macam tu. Kita tak boleh terus serkap jarang macam tu saja. Awak tahu tak? Dengan perangai awak yang macam ni boleh jatuh hukum Qazaf tahu tak?" marah seorang pakcik dalam lingkungan pertengahan tahun pada lelaki muda yang bernama Zarul itu. Kini Zarul pula yang kehilangan kata- kata. Dia baru sahaja tersedar kesilapannya. "Maaf pak long." zarul menunduk. Malu dimarahi sebegitu didepan orang ramai. Pak long zarul menggeleng dengan sikap anak saudaranya yang selalu gegabah mengambil tindakan.

"Nak, maafkan anak saudara pak cik ya.. Dia memang begitu, perangainya. Susah sikit nak diubah." pak long Zarul meminta maaf wakil dari Zarul. Arash hanya mengangguk lalu memberikan senyuman kepada paklong Zarul. "Takpa pakcik, salah faham je tadi tu." ujar arash ramah.
"Sebenarnya. Anak berdua ni buat apa disini? Sekarangkan dah larut malam, tak elok bawa anak dara orang keluar malam- malam begini." ujar paklong zarul pada arash. Dilihat dari mata kasarnya dua remaja yang soalnya ini masih lagi muda. Mungkin masih belajar. Bila berdua-duaan dalam keadaan gelap sebegini dapat menimbulkan pelbagai syak wasangka. Tetapi dia tak mahu ambil tindakan melulu dia mesti siasat sebelum berbuat keputusan.

"Sebenarnya pak cik, kami berdua dah kahwin. Maaflah kalau kelakuan kami tadi agak tidak sedap di mata." entah dari mana layrah dapat keberanian dia terus menjawab soalan paklong zarul. Dalam fikirannya kini hanyalah mummy dan daddy. "Kalau begitu, boleh pakcik tengok kad kahwin kamu? Dengan IC kamu berdua sekali?" soal paklong zarul. Arash dan layrah terus mengeluarkan IC masing- masing. Lalu diserahkan pada paklong zarul. Pegawai yang lainnya sedang menyoal siasat beberapa pasangan yang lain. "Tahun 2000? Tadi kamu kata, kamu berdua sudah kahwin kan? Mana kad kahwin? Pakcik nak tengok." soal paklong zarul.

Layrah telan air liur. Dia tidak mempunyai kad kahwin itu semenjak kemalangan empat tahun lepas. Dia memandang arash. Arash masih lagi kelihatan tenang. "Kad kahwin? Kad kahwin kami....kami...kami tak..." huluran sekeping kad pada paklong zarul dari arash membuatkan layrah terkedu. Kad yang di tangan paklong zarul diserahkan pada seorang pegawai wanita. Pegawai wanita itu membuat pengesahan kad menggunakan satu alat ditangannya. Kad diserahkan kembali pada paklong zarul "sah pakcik" jawab wanita itu sambil tersenyum. "Terima kasih ain" senyuman ain dibalas. Wajah zarul yang tadinya tegang mengendur mendengar pengesahan kad kahwin pasangan itu. Terbit rasa bersalah dalam hati.

Dua keping IC dan sekeping kad kahwin dikembalikan pada tuannya. "Maafkan pakcik ye nak. Kami mengganggu kamu berdua pula disini." ucap paklong zarul. Layrah tidak bersuara. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi. "Takpe pak cik. Kami tahu pakcik hanya menjalankan tugas sahaja. Salah kami juga, berdua- dua dalam tempat gelap seperti ini." dalih arash. Paklong zarul senang dengan sikap ramah arash. "Kamu berdua kahwin awal ya?" paklong zarul sengaja mengusik arash. Arash mengangguk tersenyum malu. Paklong zarul menepuk- nepuk bahu arash. "Tanggungjawab pun dah besar. Ingat, perkahwinan yang berlandaskan agama akan membawa kebahgian yang abadi." nasihat paklong zarul pada arash. "Baik pakcik. Saya akan ingat tu." ujar arash sambil mengangguk.

Pegawai yang berada disitu terus beredar untuk menyoal siasat pasangan yang lain. Kecuali Zarul. Zarul menghampiri mereka berdua. "Aku nak minta maaf sebab buat tuduhan melulu pada korang berdua tadi. Sepatutnya aku beri peluang untuk korang buat penjelasan." ujar zarul dengan penuh sesal. Arash menghulurkan tangan untuk bersalam pada zarul. Kini zarul menyambut huluran itu. Senyuman terbit dibibirnya. "Takpa, aku faham. Kau hanya jalankan tugas." balas arash. Dia tidak sama sekali menyimpan dendam pada zarul.

"Nama aku zarul. Nanti bila- bila kita terjumpa, tegur- tegur lah ya." kata zarul ramah. Arash mengangguk. "Aku arash. Ni isteri aku hanni." balas arash. Setelah sesi berkenalan itu, mereka mula bersurai mengikut haluan masing- masing.






Mohon sangat2 yg silent readers tu muncul2 kan lah diri. Vote and comment sangat bermakna pada lia. Ia buat lia lagi semangat nak habiskan cerita ni. Okok membebel pulak dekat sini. 😂

Jangan lupa vote & comment okeyy 👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro