Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36

Jam sudah hampir pukul 2 pagi tetapi Layrah masih lagi duduk di dikerusi yang terletak di beranda biliknya. Langit yang gelap dihiasi dengan taburan bintang dan cahaya bulan di tatap lama.

Sesekali dia memandang kolam renang yang berhadapan dengan beranda biliknya. Pantulan cahaya bulan membuatkan air di dalam kolam itu turut bersinar. Cantikk

Fikiranya sentiasa teringatkan kejadian tiga hari lepas di SMK Sentul Utama.

"Korang kenal aku ke sebelum ni? Kenapa bayangan korang ada dalam kepala aku tadi dengan dua orang lelaki dan tiga perempuan. Muka korang dalam tu memang tak jelas tapi aku kenal korang. Yang lain² tu aku tak kenal. Boleh tak korang jujur dengan aku." soal layrah panjang lebar pada arash dan irfan.

Soalan layrah dibiarkan sepi. Arash hanya mendiamkan diri. Dia cukup terkejut dengan soalan layrah. Matanya  memandang lama dinding bilik sakit tersebut. Fikiranya jadi kosong tiba-tiba.

Irfan juga kaget dengan soalan layrah. Dia memandang layrah dan arash silih berganti. Laurah yang duduk disebelah layrah juga diam.

"Aku tanya korang ni! Kenapa korang diam? Jawablahh!" Suara layrah naik tinggi seoktaf.

Irfan tersentak. Terkejut melihat sisi lain dari layrah. Disebalik seorang gadis yang nampak pendiam terlindung sikapnya yang tegas.

"Layrah, aku rasa kau tak.."

Layrah mengangkat tangan menunjukkan telapak tangannya pada laurah tanda suruh diam. Mata masih tidak beralih pada dua lelaki yang berada di depan mereka.

"Ss..saya..saya tak tau nak jawab macam mana soalan awak layrah. Tapi apa yang saya boleh jawab ialah kami tak kenal awak sebelum ni. Kami hanya kenal hanni, isteri arash." Jawapan dari irfan membuat dua gadis itu pula yang terkejut. Rupanya selama ni arash dah kahwin. Ujar benak hati layrah. Entah kenapa dia agak kecewa dengan penerangan irfan itu.

Arash mengeluarkan fotonya bersama hanni yang tersimpan didalam dompetnya lalu diberikan pada layrah. Foto itu sering dijadikan pelepas rindunya pada hanni.

Layrah mengambil dan melihat wajah yang seorang gadis yang didukung oleh arash dibelakang badannya. Dia tergamam. Wajah itu persis dengan wajahnya. Dia memandang laurah. Laurah juga terkejut bila melihat gambar itu.

"Gambar ni..."

"Itu lah Sofea Hanni. Isteri yang saya nikahi semasa kami masih 17 tahun." Ujar arash.

Tambah terperanjat dua gadis itu.

"Tt..tujuh belas tahun?" Soal laurah tak percaya.

Arash mengangguk.

"Mana dia sekarang?" Soal layrah.

Arash menundukkan kepala. Dia menyembunyikan wajah yang mula keruh dengan mata yang sudah mula berair.

Dia menarik nafas sedalam yang boleh.

"Dia dah takde." Jawab arash dengan suara menahan sendu. Air matanya terus mengalir di pipi.

Arash menangis? Betul lah kata orang lelaki boleh mengalirkan air mata disebabkan perempuan. Desis hati laurah.

Pandangan Layrah langsung tidak berganjak dari foto yang diberikan arash tadi. Dia rasa macam sesuatu.

"Hanni meninggal dalam kemalangan tiga tahun lepas. Ketika mereka sekeluarga dalam perjalan ke Pulau Pangkor, kereta tang dipandu ayah hanni tiba² hilang kawalan dan menjunam kedalam jurang." Terang irfan dengan suara yang perlahan tapi jelas.

Laurah terpempan. Kemalangan? Tak mungkin! Dia memandang layrah, pandangan mereka berlaga.

Layrah mengalih pandangannya semula pada foto di tangan. Muka, hidung, mulut, mata semuanya sama macam aku dan layrah. Takkan lah kami kembar tiga? Bende tu jarang berlaku. Isteri arash kemalangan tiga tahun lepas? Tiga tahun lepas!? Takkan lah aku....

Dia memandang wajah arash yang sudah lencun dengan air mata.

"Lepas tu apa yang jadi?" Soal layrah.

Arash hanya mendiam kan diri. Air matanya sudah bercucuran jatuh ke pipi. Dia tidak dapat menahan sendu lagi. Kejadian tiga tahun lepas menyinggah semula di kepala.

"Mak dan ayah hanni dapat diselamatkan tapi... Hanni hilang. Pihak penyelamat dah cuba cari hanni disekitar kawasan kejadian, sehinggalah mereka menjumpai mayat seorang remaja perempuan yang wajahnya langsung tidak dapat dikenal pasti kerana kesan kebakaran. Arash dan keluarganya membuat mengecaman mayat dan ternyata itu memang hanni." Terang irfan panjang lebar.

Diamnya arash membuatkan dia tahu yang arash tidak dapat membuka sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Siapa aku sebenarnya? Adakah aku adalah isteri arash yang hilang dulu? Tak mungkin sebab polis dah jumpa mayat dia. Tapi ada kemungkinan juga, sebab muka mayat tu dah hancur. Takkan lah boleh salah mayat kot. Family dia mesti kenal hanni tu macam mana! Dan arash mesti lah kenal isteri dia macam mana!

"Arghhhh serabutnya aku. Kenapa lah otak ini tak boleh ingat lagi memori lama aku." Rungutnya sambil menggosok kepala sehingga rambutnya yang terurai ikal jadi serabut.

Prankk...

Bunyi seperti kaca pecah dibawah rumah membuakan dia tersentak. Bunyi apa tu? Soalnya sendiri.

Dia mengemaskan rambutnya lalu di ikat ekor kuda. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya dan mencari arah bunyi tersebut. Dia berjengket ke dapur.

Kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang menengking perlahan antara mereka.

Layrah menjenguk sedikit kepalanya kedapur. Keadaan yang gelap menyukarkannya mengecam wajah lelaki-lelaki terusebut. Terdapat tiga orang lelaki di situ.

Mereka seperti ingin merompak rumahnya. Secara diam-diam dia berjalan menghampiri mereka. Dia berlari ke arah meja makan dan bersembunyi disitu sebelum meneruskan langkah.

Tanpa dia sedar tiba-tiba dia terlanggar kerusi meja makan di tempat persembunyiannya. Tiga lelaki itu memandang dirinya. Layrah terkejut.

Salah seorang dari lelaki itu terus meluru kearah layrah. Layrah memberanikan diri. Dia menjerit mengejutkan seluruh isi rumah banglo itu.

Lelaki itu kaget dengan tindakan layrah lalu dia terus menarik rambut layrah dengan kasar, layrah terdorong kebelakang. Lelaki itu menutup mulutnya dengan telapak tangan.

Layrah pantas menyiku perut lelaki tersebut dan menendang tubuh lelaki tu dengan sekuat hati.

"Arghhh...." Lelaki itu menjerit kesakitan.

Lelaki itu terdorong kedepan dan jatuh tersembam kearah rakan-rakannya.

"Man!! Kau okey takk" soal rakan nya.

Man mangangguk dan terus berdiri semula.

"Tak guna kau perempuan!! John, botak habis perempuan sial ni." Arah man pada konco-konconya. Dia memegang perutnya yang senak disiku oleh layrah tadi.

Dua lelaki itu terus mara dan ingin menyerang layrah. John cuba menumbuk muka layrah tapu sempat ditepis oleh layrah lalu layrah terus menumbuk dagu john sehingga lelaki itu terdorong kebelakang.

Batok pula menghayun kayu ditangannya pada kepala layrah. Layrah sempat mengelak. Botak menghayunkan lagi kayunya pada kepala layrah sekali lagi dia sempat mengelak. Dia mencuba lagi kali ini serangan itu dibalas layrah dengan memberikan flying kick kearah tangannya yang memegang kayu. Kayu itu tercampak kearah Man.

Nampaknya perempuan ni bukan perempuan biasa-biasa. Dalam gelap pun dia masih lagi dapat melawan. Desis hati man.

Layrah terus menyiku pangkal leher botak dan menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.

Tiba-tiba suasana menjadi terang.

Layrah terpinga-pinga dengan keadaan yang berubah sekelip mata.

"Layrahhh!!"

Jeritan laurah membuatkan layrah berpaling kearah musuhnya semula.

Dushh...

Satu hentakkan kuat singgah dikepalanya. Dia terus jatuh melutut lalu terbaring longlai dengan kepala yang berdarah di atas lantai jubin ruang makan itu.

Membulat mata laurah melihat keadaan layrah. Dia terus terlopong lalu menekup mulutnya. Dia berlari kearah layrah, malangnya john terus menghentak belakangnya dengan siku.

Lalu dia juga turut terbaring longlai diatas lantai jubin ruang makan tersebut.

"Laurah...Layrahh...!!"

Jerit Asyraff kuat. Dia yang baru turun dari bilik dengan keadaan mamai terus tergamam melihat adik-adiknya yang sorang sudah terbaring longlai, yang sorang lagi sudah terbaring berlumuran darah di kepala.

Tangan digenggam kuat. Tiga lelaki yang bertopeng itu di pandang tajam.

"Tak guna kauuu!!"

Dengan ilmu pertahankan diri yang dia miliki. Asyraff terus menyerang tiga lelaki itu.

|
|
|
|
|
|
|
|

Okeyy guys. Amacam bab kali ni okey tak? Kalau ade kekurangan tegur lah yee.

Apa agaknya yang akan jadi lepas rompakkan tu? Kalau nak tahu tunggu nexk chapter...

Jangan lupa vote and comment okeyy.... Sokongan dari korang amat lia hargai 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro