Bab 35
Setelah hampir setengah jam perjalanan, akhirnya mereka sampai jua di SMK Sentul Utama ni.
Semua pelajar turun dari bas. Mereka sangka ketiga-tiga bas akan berkempen dalam sekolah yang sama. Tapi rupanya satu bas lain sekolah.
Arash dan irfan bernasib baik kerana mereka menaiki bas yang betul, iaitu bas yang pergi ke sekolah lama mereka.
Arash memandang sekeliling sekolah itu. Tidak banyak yang berubah. Senyuman terukir dibibirnya.
Irfan menepuk lembut bahu arash. Arash menoleh. "Banyak kenangan kita kat sini kan. Rindu pulak masa kita sekolah dulu." ujar irfan.
Arash hanya mengangguk setuju. Memang dia rindukan sekolah ni. Segala kenangan mereka ada disekolah ni.
Kenangan bersama zahid,azim dan kawan disekolahnya menginggah di kepala. Dia tersenyum sendiri.
"Weyhh..jom arr prof dah panggil berkumpul tu." ujar irfan. Mereka berjalan beriringan dan berkumpul di satu sudut di tepi dewan sekolah tersebut.
Layrah memandang sekeliling sekolah. Dahinya berkerut. Kepalanya seolah-olah memberikan bayangan tentang sekolah ini.
Bayangan bersama tiga orang gadis di sekolah ini. Dia ketawa bersama-sama gadis itu. Kepalanya mula berdenyut-denyut.
"Layrah, kau okey tak ni." soal laurah cemas sambil memegang kedua-dua belah tangan kembarnya yang sedang menekan kepala itu. Risau? Iya memang dia risau bila tengok layrah macam tu.
Layrah mengendurkan tekanan pada kepalanya."Kita pernah datang sini ke dulu?" soalan dibalas dengan soalan oleh layrah. Wajah kembarnya ditatap dengan tanda tanya.
Laurah terkedu. Adakah ini salah satu memori dia? Laurah menggelengkan kepala.
Dahi layrah berkerut lagi. Dia berjalan sambil memerhatikan sekeliling. Tanpa dia sedar dia sudah terlanggar seseorang. Tapi dia buat tak tahu saja.
Orang itu hampir tersungkur. Nasib baik dia sempat mengimbangkan badan dia semula. 'Apa benda lah dah langgar tak reti nak minta maaf' omelnya dalam hati.
Baru sahaja hendak bersuara dia terdiam. Dia memandang layrah pelik. "Layrah awak okey ke?" sapanya. Perasaan marah tadi terus hilang bila terpandang layrah.
Layrah memandang tuan punya suara. "Arash, kita pernah datang sini ke sebelum ni?" bayangan dia bersama arash disekolah ini menyinggah di kepala.
Arash terdiam. Dia hanya memandang wajah layrah yang sedang cuba mengingat sesuatu. Takkan lah...
"Arghhhhh....."
jeritan layrah menyentakkan arash. Layrah menekan kepalanya dengan kuat bagi menahan dengutan di kepala.
Laurah yang memandang layrah dari jauh tadi terus berlari kearah layrah.
"Layrah jangan paksa kalau kau tak boleh ingat. Please jangan seksa diri sendiri." rayu laurah. Dia tak sanggup melihat layrah menahan sakit. Sekali gus risau kalau ingatan layrah pulih.
Dia tak nak kehilangan layrah. Dia sudah betul-betul sayang pada kembarnya ini.
"Takkk...!! Aku kena ingat sesuatu juga!!"
Sedaya upaya layrah cuba mencari bayangan yang menyinggah tadi. Semakin dicari semakin kuat kepalanya berdenyut.
"Arghhhhh..."
Dia menekan lagi kepalanya. Mata dia sudah berpinar-pinar. Tapi dia tahan juga.
Laurah sudah menangis dia juga turut merasa denyutan dikepalanya. Tapi tidak sehebat di kepala layrah. Adakah ini yang dipanggil naluri sepasang kembar?
Lutut layrah seakan tidak dapat menampung berat badan nya. Dia hampir rebah tapi sempat disambut oleh arash.
"Arghhhhhhh....."
Jeritanya makin kuat. "Layrah please jangan paksa. Nanti kau sakit balik" laurah sudah menangis nangis bila tengok layrah menahan sakit yang teramat itu.
Semua mata sudah memandang mereka. Irfan yang berdiri di belakang arash masih blur dengan kejadian yang berlaku.
Mendengar saja rayuan laurah, layrah berhenti dari memaksa kepala untuk mengingat kembali bayangan tadi. Dia terus terduduk lemah di tengah-tengah sekolah itu.
"Kenapa ni laurah?" soal Prof Aziz sebagai pengiring bagi kempen ini. Tugas dia adalah memastikan pelajar-pelajarnya dalam keadaan baik.
Dia memandang layrah yang sudah terduduk dalam pangkuan arash. Keadaannya kini adalah separuh sedar.
Laurah memandang prof aziz dengan pandangam bingung. Dia terus menyeka air matanya. Apa yang harus dia jawab. Takkan nak bagi tahu semua yang sebenarnya layrah ni hilang ingatan.
"Errmm....sebenarnyaa..."
Dia memandang layrah dan prof aziz silih ganti.
"Layrah ni sebenarnya lemah semangat prof. Tadi dia kata dia ternampak satu bayangan hitam. Sebab tu jadi macam ni." bohong arash. Dia tahu laurah sedang sembunyikan sesuatu.
Semua mata sudah memandang mereka. Termasuklah guru-guru di sekolah menengah ini.
"Haa...betul tu prof. Layrah memang jenis yang lemah semangat. Takpe prof biar saya, arash dengan irfan yang uruskan dia." laurah menyokong alasan arash tadi.
Prof Aziz mengecilkan matanya memandang laurah. "Kamu semua yakin boleh urusankan dia?" soalnya ragu.
"Mestilah yakin. Lagi pun layrah kan kembar saya, takkan saya tak boleh nak tolong dia. Takpe, prof cuma tunjukkan dekat mana bilik sakit je." ujarnya berusaha untuk meyakinkan prof aziz.
Prof aziz mengangguk. "Okey saya percayakan awak, tapi kalau ada apa-apa panggil saya. Faham!" ujarnya tegas.
"Faham prof" jawab mereka berdua serentak. Irfan masih lagi diam dan blur.
"Zara..awak tolong tunjukkan dekat abang dan akak ni bilik sakit." ujar Cikgu Asrizal pada seorang murid yang kebetulan lalu dikawasan itu. Cikgu Asrizal adalah cikgu sekolah tu.
"Takpe cikgu, saya tahu dekat mana. Cikgu ingat kami lagikan." ujar irfan yang sudah beri respon.
Cikgu Asrizal memandang arash dan irfan. Dia sedang memutarkan semula pita ingatan.
"Ouhh...arash dengan irfan. The famous student dekat sini. Tapi bukan kamu berempat ke and the girls. Dan...." kata-katanya terhenti bila melihat laurah dan layrah. Dia pelik kenapa ada dua hanni?
Arash dan irfan sudah mula panik. "Takpe cikgu. Nanti saya cerita erk, saya bawa dia pegi bilik sakit dulu." ujar irfan.
Arash terus mencempung tubuh layrah dan bawanya ke bilik sakit. Layrah hanya membiarkan sahaja kerana tubuhnya amat lemah ketika itu.
"Laurah apa yang jadi sebenarnya?" soal arash perlahan pada laurah.
"Errr...sebenarnya..."
"Sebenarnya saya hilang ingatan sejak kemalangan tiga tahun lepas." layrah terus memotong kata-kata laurah yang tergagap-gagap itu.
Semua yang berada dalam bilik sakit itu kaget dengan penerangan layrah. Terutamanya arash.
Arash memandang tepat pada mata layrah. Mata itu sebiji macam mata hanni. Mata yang bulat bundar.
"Kemalangan tiga tahun lepas?" soal irfan dalam nada terkejut.
Laurah mengangguk. Dia memandang layrah yang masih lagi terbaring di atas katil.
Layrah terus bangkit. Dia kini duduk di atas katil menghadap semua yang ada. Pandangannya jatuh pada arash dan irfan.
"Korang kenal aku ke sebelum ni? Kenapa bayangan korang ada dalam kepala aku tadi dengan dua orang lelaki dan tiga perempuan. Muka korang dalam tu memang tak jelas tapi aku kenal korang. Yang lain² tu aku tak kenal. Boleh tak korang jujur dengan aku." soal layrah panjang lebar pada arash dan irfan.
Laurah sudah cuak. Dia memandang wajah layrah lama. Jangan-jangan ingatan layrah dah semakin pulih. Tapi ape kene mengena dengan arash dengan irfan. Adakah mereka sebahagian dari masa lalu dia? Haa... Apa yang aku kena buat ni?
Arash terkedu. Irfan terkejut dengan soalan layrah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro