Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

"Laurahh!!..cepat lahh." jerit layrah dari pintu rumah. Bergema suara dia yang nyaring satu rumah.

"Layrah, apa ni jerit²" ujar Datin seri Dayang yang datang dari dapur lalu menghampiri anaknya.

Layrah memuncungkan bibir. "Laurah tulah lambat. Tadi dia yang beria-ria suruh cepat last² dia pulak yang lambat." adu layrah pada mummy nya.

Datin Seri Dayang menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia seronok bila melihat anak kembarnya seakrab ini.

"Muncungkan lagi bibir tu. Karang abang gigit baru tau." ujar Asyraf Mikael yang entah dari mana datangnya. Dia sengaja mengusik adiknya.

Layrah terus mengetap bibirnya. Laju tangannya mencari sasaran cubitan dekat tubuh abangnya itu.

Asyraf terus melarikan diri keluar rumah dan memboloskan diri kedalam keretanya. "Bye mama.." jeritnya sebelum masuk kereta.

Tambah seronok Datin Seri Dayang melihat telatah anak-anaknya yang sudah semakin rapat dari hari ke hari. Senyuman bahagia tersungging dibibirnya.

"Seri tolong ambil kan brifecase abang. Tertinggal pulak kat atas." ujar Dato' Syukor yang muncul dari ruang makan. Baru lepas sarapan agaknya.

"Okeyy..tunggu kejap" Datin Seri Dayang terus menuju ke bilik mereka di tingkat atas rumah banglo itu.

Dia yang sedang memanjat anak tangga terserempak dengan anak gadisnya yang tergopoh gapah menuruni tangga.

"Jaga² singa dah keluarkan kuku tu." gurau Datin Seri Dayang pada laurah. Laurah menunjukkan tanda okey dengan jari  dia juga turut tertawa kecil.

Semua dalam rumah tu menggelar layrah dengan panggilan singa. Kerana sikapnya yang tegas dan garang itu. Terkadang boleh menjadi sejinak kucing dan kadang² boleh menjadi sebengis singa.

Tapi layrah tetap tahu menghormati orang yang lebih tua. Sebab itu lah bila Puan Latifah mengenakan dia, dia tetap bersabar.

Laurah berlari menghampiri layrah yang bersandar di pintu utama rumah.
Dia terus menarik tangan layrah lalu menuju kearah kereta.

Mereka harus datang awal ke kolej kerana hari ini mereka akan menyertai kempen cemarlang SPM. Dalam kempen ini mereka akan membantu pelajar² SPM bagi menghilangkan strees serta memberi motivasi kepada mereka.

Mereka terus memboloskan diri dalam perut kereta. Layrah dibahagian pemandu manakal laurah disebelahnya.

Kalau keadaan seperti init tidak mungkin dia akan memandu kerana dia mamandu kereta tidak lah secekap layrah.

Layrah terus memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah lalu terus memecut kereta membelah jalan raya dengan lajunya.

Tidak sampai 15 minit mereka sudah tiba di kolej. Kelihatan para pelajar yang terlibat telah berkumpul di lobi kolej. Mereka berdua terus berlari karah lobi.

"Maaf lambat." kata layrah pada semua yang berada disitu. Mata terpandang puan latifah yang sudah mencerlung ke arahnya. Dia membuang muka. Malas nak tengok muka nenek sihir tu.

'Aduhh...nenek sihir ni pon join kempen ni sekali ke? Haishh...alih² jumpa muka dia lagi' getus layrah dalam hati.

"Takpe kita pon baru berkumpul ni. Kamu berdua boleh masuk baris." arah Prof Syahril.

Layrah dan laurah memberikan senyuman manis padanya manakala layrah memberi jelingan maut pada puan latifah.

'Nasib dia tak nampak kalau tak habis aku kena dengan nenek sihir tu' getus hatinya lagi.

"Okeyy..semua dah ada. Saya nak berikan sedikit taklimat sebelum kita bergerak kesana. Macam yang kamu semua tahu kita akan ke SMK Sentul Utama untuk melancarkan program ini. Saya minta kamu semua jaga kelakuan kamu sepanjang kita disana. Jaga adab dan tunjukkan contoh yang baik pada adik² disana." prof syahril mengerling jam tangannya.

"Okey kita ada masa lagi 15 minit sebelum bertolak. Tentang pengangkutan kita ada tiga buah bas. Semua boleh naik mana-mana bas yang kamu suka. Tetapi...kamu semua kene naik bas yang sama waktu pulang ke kolej nanti. FAHAM."

"Faham Prof." kata mereka serentak.

"Hai laurah, hai layrah" sapa irfan.

Dia memberikan senyuman manis pada dua gadis itu.

"Hai" jawab mereka serentak.

Meraka juga memberikan senyuman manis pada irfan.

"Korang berdua pon join kempen ni ke?" soal irfan buat² tak tahu.

"Yup..kitorang join jugak. Awak pon join jugak lah kan?" jawab laurah.

Laurah memang jenis cepat mesra dengan orang lain kerana kelembutan hatinya berbanding layrah.

Layrah tidak mudah menerima orang asing sebagai temannya. Walaupon layrah dan irfan dari jurusan yang sama dan sering bertemu tapi mereka jarang bertegur.

"Awak sorang je ke? Arash mana?"

"Arash ada dekat kantin. Haa..tu pon dia panjang umur mangkuk tu." seloroh irfan. 

Dua gadis itu memandang arah yang ditunjukkan irfan. Laurah tersenyum layrah pula menahan degupan jantung yang mengganas. 'Kenapa tiap kali dengan dia jantung aku jadi macam ni?' rintihnya dalam hati.

"Nah air kau" arash menghulurkan sebotol ais lemon tea pada irfan.

"Thanks bro."

"Hai, arash" sapa laurah.

"Hai, korang pon join kempen ni ke?"

"Yup"

"Apa kata kita naik satu bas nak tak. Lagipun saya berdua dengan arash je ni. Kitorang tak ramai kawan kat sini."
Cadang irfan.

"Haa..boleh jugak" jawab laurah.

Layrah yang diam dari tadi terus menyiku lengan laurah. Dia menunjukkan muka tak puas hati. Laurah mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Err..girls are okey?" soal arash

"Okey...okeyy" jawab laurah gugup sambil terangguk angguk. Dia memandang layrah dengan tanda tanya.

"Okeyy kalau macam tu jom naik bas. Dah pukul lapan ni." ajak irfan

Baru sahaja mereka hendak melangkang ada satu suara menjerit memanggil layrah.

Semua menoleh memandang empunya suara.

"Rayyan..!!" laurah kaget dengan kehadiran rayyan. Lelaki yang pernah memujuk adiknya untuk menyertai kelab taekwandonya dahulu.

Pandangan semua sudah terarah pada layrah yang sudah buat muka meluat. Laurah sudah risau dengan tindakan yang adik kembarnya akan buat pada rayyan.

"Kau nak apa?" soal layrah dingin pada rayyan.

"Takde saja tegur awak. Ermm..sebenarnya saya nak mintak maaf sebab paksa awak join kelab saya hari tu. Awak maafkan saya yee." kata maaf yang keluar dari mulut rayyan membuatkan laurah terlopong.

Rayyan yang dia kenal selama ni adalah seorang yang agak sombong. Dia memang jarang ingin mengaku salahnya sendiri.

Mereka semua adalah sebaya. Tetapi yang bezanya ialah mereka berada di semester yang berbeza. Rayyan berada di semester yang sama dengan laurah dan mengambil jurusan yang sama.

Layrah tersenyum sinis. "Kalau aku tak nak maafkan kau, kau nak buat apa?" soalnya lagi.

Arash dan yang lain terkedu termasuklah rayyan.

"Saya akan merayu dekat awak sekali lagi untuk mendapatkan kemaafan awak." kini layrah pula yang terkedu tapi riak wajahnya dikawal agar nampak tenang.

'Nekad gila mamat ni' kata hatinya

"Okey aku nak tengok usaha kau mintak maaf dengan aku." layrah terus berjalan menuju kearah bas dan menarik tangan laurah.

Semua melopong bila lihat layrah menarik tangan orang yang salah.

"Ehemm.." arash berdeham.

Layrah berpaling. Membulat matanya bila lihat arash yang berada dibelakangnya. Dia terus melepaskan genggaman tangannya dan tertunduk malu.

Muka dia sudah kemerah-merahan menahan malu. Dia terkulat-kulat disitu. Lalu langkahnya diteruskan menaiki bas tanpa menghiraukan yang lain.

Kelihatan dakam bas itu tidak banyak lagi pelajar yang sudah naik maka banyaklah tempat duduk yang masih kosong.

Dia mengambil tempat bahagian tengah bas dan duduk disebelah tingkap. Dada nya diusap perlahan bagi menghilangkan getaran di jiwa.

Di luar bas pula laurah sudah ketawa terbahak-bahak bersama irfan. Rayyan menunjukkan riak tidak puas hati. Arash pula terkaku ditempat dia di tinggalkan oleh layrah tadi.

Dada nya berdegup laju seolah-olah baru habiskan larian 1km. Dia memandang pergelangan tangan yang ditarik layrah tadi.

Wajah hanni sering muncul bila dia bersama layrah. Dia terus mengahalau bayangan tersebut. 'Ini peluang aku nak dekat dengan layrah'.

Dia tersenyum senget. Langkah terus diatur mencari layrah di dalam bas. Dia melihat layrah yang sedang menunduk sambil memegang dada.

Arash terus duduk disebelah layrah. Laurah pula langsung tidak perasan kehadiran arash tika itu.

"Layrah, awak okey." kata arash sambil menyentuh bahu layrah.

Layrah terkejut dengan sentuhan itu terus mendongakkan kepala memandang arash.

"Ya allah layrah, awak okey tak ni? Tunggu kejap." arash panik bila melihat hidung layrah telah mengalirkan darah merah yang pekat.

Sapu tangan yang sering dibawa oleh arash dikelurkan dari kocek belakang seluarnya. Tangannya laju sahaja membersihkan wajah layrah yang sudah kotor dengan darah.

Layrah terkedu dengan tindakan arash. Dia hanya membiarkan sahaja kelakuan arash. Matanya menatap wajah arash dengan mendalam. Wajah itu mempunyai rupa paras yang kacak. Mata hazel milik arash menjadi tumpuannya.

Jantungnya sudah berdegup laju. Lidahnya kelu bila menatap wajah itu. Satu perkataan pun susah ingin diungkapkan.

Kerja arash terhenti bila dia perasan yang layrah memandang lama wajahnya. Jantungnya juga bergetar dengan laju. Wajah hanni menyinggah kembali di mata. Dia membalas tatapan mata layrah dengan mata yang berkaca.

Lama mata mereka bertatapan. Tanpa sedar arash mengusap pipi mulus layrah.

"Hanni..aku rindu kau sangat-sangat"

Air matanya gugur disitu juga. Layrah terkedu dengan panggilan arash terhadap dirinya. 'Hanni? Siapa hanni?' soalnya di benak hati.

Irfan yang sudah berda dibelakang arash juga terkedu. Dia terus menepuk bahu arash bagi menyedarkan lelaki itu.

Laurah yang berdiri sebelah irfan juga terkejut melihat keadaan kembarnya itu bersama arash.

Arash tersentak dengan tepukkan dibahunya. Dia terus tersedar dengan keterlanjurannya pada layrah.

"Ma...maaf saya tak sengaja. Awak ambil ni lap hidung tu." kata arash gugup. Lalu dia menyerahkan sapu tangan tadi pada layrah.

Dia terus bangkit dari duduknya lalu berpindah ditempat duduk selang sebaris dibelakang tempat duduk layrah.

Laurah terus mengambil tempat duduk arash tadi. "Kau okey tak ni?" dia memandang layrah yang masih terkaku. Layrah tersentak, dia terus membersihkan hidungnya dengan sapu tangan yang diberi oleh arash tadi. Entah bila hidungnya berdarah pun dia tidak tahu.

"Aku okeyy" balasnya pada laurah. Dia tersenyum bagi menutupi riak wajah yang menahan debar bersama arash tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro