Bab 33
Sorry readers lia terpaksa unpublish bab 33 tu sebab bab tu tunggang terbalik... Lia ade dah betulkan bab 33 ni so jom baca balik.
____________________
Arash duduk dibirai katil. Dia mencapai handphone nya lalu mendail nombor irfan.
"Hello irfan"
"Walaikumusalam, ada apa call aku ni?"
Arash mencebik. Irfan sengaja mengenakan dia.
"Assalamulaikum, hishh sengaja kena kan aku kan." katanya pada irfan yang berada dihujung talian.
Kedengaran tawa halus irfan ditelinga. "Haha..sorry bro. Kau lah dah tak reti nak bagi salam kenapa? Macam dah tak sabar nak cakap dengan aku. Rindu lah tu kan." sakat irfan.
"Ehh..tolong sikit erkk..kau fikir aku ni gay ke apa nak rindu-rindu kau bagai. Kalau rindu awek takpelah jugak." arash bengang dengan irfan.
Meletus tawa irfan disana. Wajah arash tambah masam. 'Hishh nasib baik lah takde depan aku, kalau tak habis mangkuk ni kene dengan aku.'
"Dah habis gelak kan aku." kata nya dalam nada yang tak puas hati. "Dahh..dah" kata irfan dengan sisa tawa.
"Weyhh..aku ada bende nak bagitahu kau ni. Kita jumpa kat tempat biasa. Aku tunggu kau kat sana jam 4 petang okey bye."
"Ehh, tung..." belum sempat irfan menjawab dia terus matikan panggilan.
Jam di handphone dikerling. "Dah tiga setengah. Baik aku siap sekarang" arash terus capai tualan dan memboloskan diri kedalam bilik air.
**************
Pandangan mata irfan melilau mencari kelibat arash. "Jumpa pon"
Dia berjalan menghampiri arash disebuah pondok yang menghadap tasik.
"Hoii!!"
"hoii...Mak kau kahwin tiga kali."
Irfan tak dapat tahan ketawanya lalu ia menghamburkan disitu juga. Dia ketawa terbahak bahak sambil menekan perut.
Arash menunjuk kan wajah bengang. Lalu meluku kepala irfan yang sedang terbongkok bongkok menahan ketawa.
"Aduiii!! Sakit lahh.." adu irfan dengan sisa tawa. Dia menggosok kepala yang diluku arash tadi.
"Haa..senyap pon. Padan muka. Tadi duk ceramah aku kat phone cakap aku tak reti bagi salam. Kau pon sama dua kali lima je. Sengall" ujar arash tak puas hati.
Tawa irfan sudah hilang. "Alahh..rileks lah bro. Aku gurau je. Kau tulah, aku tak habis cakap lagi tadi kau terus tutup phone. Mana aku tak bengang. Ni apa bende yang kau nak bagitahu aku ni. Sampai tak menyempat nyempat ajak jumpa kat sini. Cakap dekat phone je tak leh ke." kata irfan lalu melabuhkan duduk disebelah arash.
Arash yang berwajah tegang tadi terus kendur. Dia keluarkan gambar yang diberi oleh tuan zabir tadi lalu dihulurkan pada irfan. Irfan menyambut huluran itu
Keningnya bertaut. "Gambar anak siapa ni?" soal irfan. "Itu gambar hanni dengan hanna masa diorang masih bayi." jawab arash.
"Hanna? Hanna mana pulak ni?" jawab irfan blur.
"Hanna kembar hanni."
"Ouhh..." irfan terangguk angguk "Haa!! Kembar!!" kata irfan terjerit. Beberapa mengunjung di taman tasik itu memandang mereka berdua.
Arash menerkup mulut irfan. Malu bila ramai yang memandang ke arah mereka. "Pelan sikit boleh tak suara kau tu. Agak-agak arr kalau nak menjerit pon" katanya separuh berbisik.
Irfan menunjukkan tanda okey guna jari 👌. Lalu arash melepaskan tangannya dari mulut irfan.
Irfan memandang arash dengan pandangan tak percaya. "Kau biar betul weyhh..hanni selama ni mana ada kembar."
"Betul aku tak tipu lahh. Papa hanni sendiri yang bagi aku tadi." kata arash dalam satu nafas.
"Habis tu, selama ni hanna dekat mana? Kenapa kita kenal hanni je? Mesti ada bende jadikan?" soal irfan bertubi-tubi.
"Dulu masa diorang baby hanna kene culik. Sampai sekarang tak jumpa dia lagi." terang arash ringkas.
Wajah layrah dan laurah menyinggah dekat kepala irfan. Dia memandang arash seolah-olah dapat tahu tujuan sebenar arash ajak jumpa kat taman ni.
"Kau pikir tak apa yang aku pikir?"
"Laurah dengan layrah kan."
"Yes..bijak pon, sekarang aku dah tahu kenapa kau ajak jumpa aku depan², kau nak ajak aku siasat pasal bende ni kan?" duga irfan.
Arash mengangguk. "Aku sendiri pon terkejut bila dapat tahu sebenarnya isteri aku tu ada kembar. Dengan semua ni, aku semakin yakin antara salah satu daripada diorang tu hanni. Dan hanni masih hidup." kata arash menahan sendu.Tubir matanya sudah bergenang.
Irfan memandang simpati pada arash. Sungguh dia juga sedih dengan kematian hanni. Tetapi dia tidak rasa kesedihan yang arash tanggung selama tiga tahun ni. Kehilangan isteri yang tidak sampai setahun dinikahi. Dan memegang status duda dalam usia 17 tahun.
Irfan menepuk lembut bahu arash. Dia tersenyum. "Sabar lah arash. Semua kejadian ni mesti ada hikmahnya. Kau hanya perlu sabar dan tawakal kepada allah. Mungkin kau akan dapat jawapan dari semua ni. Aku akan tolong kau siasat semua ni." ujar irfan bagi memeberi semangat pada sahabatnya itu.
Arash mengukirkan senyuman kelat. "Family kau dah pasal layrah dan laurah?" soal irfan. Melihat arash menggeleng dia mengeluh. "Kau tak boleh macam ni. Kau kena bagitahu mak ayah hanni pasal ni. Sebab ini ada sangkut paut dengan anak mereka." irfan cuba memberi nasihat.
"Aku nak siasat dulu semua ni. Aku tak nak bagi mama dengan papa harapan palsu. Aku tahu kesedihan yang mereka tanggung sejak kehilangan hanna dan hanni. Walau pon aku masih kecil waktu tu, tapi aku nampak dari sinar mata mama bahawa yang dia teramat rindukan hanna dan hanni." ujar arash.
Dia nampak kesedihan dalam mata mama hanni ketika mereka mengungkap rahsia ini padanya tadi siang. Mata itu menunjukkan kerinduan yang sudah memberat didalam hati. Dia tekad dia akan cari kebenaran atas semua ni.
Irfan cuba menghadam kata-kata arash tadi. Lalu dia mengangguk. "Aku faham sekarang. So, kita nak start dari mana siasat bende ni?" soal irfan bagi menukar suasana yang sedih kepada serius.
Arash menyeka air matanya yang sudah bergenang sebelum jatuh ke pipi. "Okey. Kau tolong aku macam ni...."
Irfan tekun mendengar rancangan arash sambil terangguk-angguk.
××××××××××××××
Aishah yang sedang berjoging beriringan dengan farah pada petang itu terhenti. Dia ternampak seseorang yang amat dirindui selama tiga tahun ini.
Fikirnya bila hanni dan tak ada senang dia nak ambil hati arash. Tapi arash jadi menghilangkan diri pulak. Dan kini sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan arash.
"Hoii!!! Pahal kau berhenti cepat lah" jerit farah yang sudah mendahului aishah. Aishah melambaikan tangan nya pada farah suruh mendekat.
"Sini lahh" jeritnya geram bila farah hanya mendiam kan diri. Farah mengatur langkah mendekati aishah.
"Apa bende kau. Terhendap-hendap?" soal farah. Dahi nya sudah berkerut belihat tingkah laku aishah yang sudah berada dikelakang pokok yang besar.
Aishah menunjuk kearah arash dan irfan yang sedang berbual di pondok menggunakan jari telunjuknya.
Farah menoleh memandang arah yang ditunjukkan oleh aishah. Membulat matanya bila ternampak arash. Dia memandang aishah kembali.
"Kau nak pergi dekat dia ke?"
"Ofc lahh..pekebenlah tanya soalan bodoh" ujar aishah. Tanpa menjaga perasaan farah.
Farah menggeleng. Dia sudah lali dengan perangai aishah.
Aishah mengemaskan rambut dan pakaian ditubuhnya. "Okey tak dress up aku?" soal aishah sambil memperbetulkan ikatan rambutnya.
"Okeyy"
Aishah semakin teruja ingin berjumpa dengan kekasih hati. "Jom teman aku." dia menarik tangan farah lalu berjalan menghampiri arash dan irfan.
"Haii..arash"
Perbualan arash dan irfan terhenti bila ada suara yang menyapa arash. Mereka menoleh kearah suara itu. Aishah...
"Hai.." arash menjawab acuh tak acuh je. "Hai.. Farah" sapa irfan sambil memandang farah di belakang aishah.
"Haii.." farah melambaikan tangan dan tersenyum pada irfan.
Aishah terus duduk disebelah arash tanpa segan silu. "Arash, lama I tak nampak U. U pergi mana selama ni? U tahu tak yang I rindu sangat-sangat dekat U?" rengek aishah sambil memeluk lengan sasa arash.
Arash hanya biarkan saja. Irfan sudah buat muka menyampah dekat aishah.
"Ehh..kau fikir dia tu heran ke dengan kau. Dia tu cuma sayang kan arwah hanni sorang je faham tak?" jerkah irfan.
Menyampah gila-gila tengok perangai gedik aishah ni. Aishah menjeling pada irfan. "Aku bercakap dengan arash bukan kau. So, tolong senyap okey" suara aishah tinggi pada irfan.
Irfan membalas jelingan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro