Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Aishah meneguk sikit air orange jus dari gelas dihadapan nya. "Apa maklumat yang kau dapat?" Soal aishah memandang muka Zack. Zack tersenyum sinis.

Zack menguhulurkan satu sampul bersaiz A4 kepada aishah. "Ambik ni buka. Semua yang kau nak ada kat dalam tu." aishah mengerutkan dahi. Huluran itu disambut.

Dia membuka sampul itu dan melihat isinya. Terdapat beberapa gambar dan maklumat tentang seseorang.

Setiap gambar diperhatikan dengan baik. "Penyanyi?! Aku nak kau terangkan pasal dia." ujar aishah pada Zack.

"Dia memang perempuan tu." terbeliak mata aishah. Dia terkejut. Tiba-tiba badan dia menggigil. "Ma...mana satu dia? Yang ni atau yang ni?" soal aishah sambil menunjuk gambar layrah dan laurah.

"Yang ni" zack tunjuk pada gambar layrah. "Macam mana boleh jadi semua ni. Bukan dia dah mati ke?"

"Yang tu aku tak pasti lagi. Perempuan dua orang ni memang kembar. Laurah adalah anak angkat Dato' Syukor dan Datin Seri Dayang." terang zack.

"Jadi maknanya laurah ni anak aunty zalmah dengan uncle zabir. Tapi macam mana dia boleh terpisah dari keluarga kandung dia?" soal aishah lagi.

Zack meneguk air tea lemon ais nya sebelum sambung bicara. "Dulu masa diorang masih bayi. Salah satu dari pada diorang di culik atas sebab dendam." 

Zack menunjukkan sekeping gambar lelaki. "Nama dia Rais Sulaiman. Dia ni memang dah lama berdendam dengan Zabir. Masa diorang belajar dekat U dulu, Zalmah, Zabir, Razak dengan Munirah berkawan baik.

Dia ni juga belajar satu U dengan mereka. Dia merupakan pelajar hot dekat tempat mereka belajar. Dia seorang yang suka enjoy dan kaki perempuan.

Tapi tabiat buruk dia tu dia rahsiakan daripada zalmah semasa mereka bercinta. Tapi semuanya terbongkar bila Zabir beritahu perangai sebenar dia dekat Zalmah.

Masa tu jugak Zalmah mintak putus. Disebabkan itu Rais berdendam dengan Zabir. Dia menganggap Zabir adalah punca dia putus dengan Zalmah.

Dendam makin membuak bila dia dapat tahu yang Zabir berkahwin dengan Zalmah.

Bila Zalmah dengan Zabir dah ada anak, dia nak culik anak-anak Zabir. Tapi dia hanya sempat culik sorang saja, yang lagi sorang tak sempat bawak lari." terang Zack panjang lebar.

Aishah tekun mendengar. Dia tak sangka yang keluarga Tuan Zabir selama ini kucar kacir. Dia berfikir sejenak lalu tersenyum sinis.

"Banyak jugak konflik keluarga diorang ni kan. Good job zack aku suka hasil kerja kau. Benda ni aku nak simpan." aishah menyimpan semua isi sampul tadi semula kedalam sampul itu.

Lalu satu sampul kecil dikeluarkan dari handbag nya. "Ni upah kau." sampul itu diserahkan pada zack.

Zack mengeluarkan sedikit isi sampul itu. Duit...Dia tersenyum sinis. "Aku suka kerja dengan kau sayang" katanya lembut sambil mencuit dagu aishah.

Aishah senyum menggoda. "Aku akan bagi lebih kalau hasil kerja kau memuaskan hati aku." kata aishah lembut menggoda.

Dia terus berlalu dari situ. "Ehh..ni siapa nak bayar?" jeritnya. Aishah yang baru hendak melangkah terhenti.

"Kau kan baru dapat duit. Apa kata kau belanja aku." kata aishah pada zack sambil mengelipkan sebelah mata. Dia teruskan langkahnya.

🔥🔥🔥🔥🔥

"Zal, abang nak cakap sikit" kata Tuan Zabir. Puan Zalmah yang sedang mengemas pakaian di almari menoleh arah suaminya.

Dia mengahampiri suaminya dan duduk di birai katil sebelah suaminya.
"Abang nak cakap apa? Macam serius je bunyi nya." soal puan zalmah memandang wajah suaminya.

Tuan Zabir menarik nafas sebelum memulakan kata. "Zal... abang rasa baik kita bagitahu Arash tentang... hanna." kata tuan zabir lambat-lambat.

Puan Zalmah terkelu. Kejadian 19 tahun lepas terlayar diminda. Mata dipejamkan lalu dia meraup muka dan menunduk.

"Zal, abang bukan nak buat zal sedih. Abang rasa dah sampai masa kita berterus-terang pada Arash tentang hanna. Abang takut kita tak sempat beritahu tentang hanna pada arash sama macam kita tak sempat beritahu pada hanni." kata tuan zabir sambil mengusap belakang isterinya.

Puan Zalmah kembali tegak kan badan dan menghadap suaminya. Matanya sudah kemerahan akibat menahan tangis.

Betul kata suaminya. Dia tidak patut sembunyikan rahsia sebesar ini lagi. Arash harus tahu tentang hanna. Hanna Sofea.. Anak yang diculik sewaktu dia masih bayi.

"Zal bersedia bang, zal dah bersedia nak beritahu arash tentang kembar hanni. Zal tak nak sembunyikan semua ni lagi. Cukup lah zal dah hilang hanni dan hanna. Sekarang zal tak nak hilang arash pulak." kata puan zalmah menahan sendu.

Iya dia kini yakin dengan keputusannya. Dia tak mahu lagi sembunyikan apa-apa rahsia dari keluarganya lagi. Dia cukup terkilan kerana tidak sempat memberitahu hanni tentang adik kembarnya.

Kali ini dia harus beritahu arash semuanya. Arash juga berhak tahu tentang arwah isterinya.

Tuan Zabir tersenyum. Lalu dia memeluk tubuh isterinya. Puan Zalmah membalas pelukkan itu.

Tubir matanya tidak dapat menahan air mata lagi. Lalu ia terus membasahi pipi.

Mereka meleraikan pelukkan. Puan Zalmah menyesaka air matanya. "Zal nak kemas kain baju tu dulu. Lepas ni zal nak masak. Abang nak makan apa?" soalnya lembut. Dia perasaan mata tuan zabir juga sudah berkaca.

"Abang nak makan ayam masak kurma boleh?" pintanya pada si isteri.
Ayam masak kurma adalah makanan kegemaran hanni.

Senyuman puan zalmah kendur sedikit. Dia menggigit bawah bibir. Lalu mengangguk. Dia cuba mengawal riak wajah nya.

"Zal abang cuma teringin. Abang tak bermaksud nak buat zal sedih lagi." ujar tuan zabir lembut. Rasa bersalah pula buat permintaan seperti itu bila melihat isterinya sedih kembali.

Puan zalmah menggeleng. "Tak abang, takk... Zal okey. Nanti zal masak kan untuk abang yea.." kata puan zalmah lalu terus berdiri menyambung kerja nya yang tertangguh tadi.

Tuan zabir yang masih duduk di atas katil hanya memandang si isteri sedang buat kerja. 'Kan bagus kalau abang dapat bantu zal buat kerja macam dulu. Tapi sekarang abang tak mampu.' desis hatinya.

Dia memandang kaki yang terlunjur diatas katil. Kaki nya itu diurut perlahan lahan. Tapi dia langsung tak dapat rasakan sentuhan pada kaki nya itu.

Dia mengeluh berat.

💦💦💦💦💦

Arash keluar dari kereta selepas memarkingkan keretanya di halaman rumah.

Pintu utama rumah ditolak dari luar. Lalu dia terus masuk ke rumah dan berjalan menuju kebiliknya.

"Arash."

Langkah kaki arash terhenti bila terdengar suara yang memanggil namanya. Dia menoleh kearah ruang tamu.

Kelihatan semua ahli keluarga sudah berkumpul di situ. Dia berjalan keruang tamu.

"Ada apa ibu?" soal arash pada ibunya. Semua yang berada di situ kelihatan serius. Arash sudah rasa tidak sedap hati. Wajah yanh ada disitu dapandang silih ganti.

"Ibu, kenapa ibu senyap? Cakap lah, apa yang ibu nak cakap dekat arash." arash bersuara bila ibunya mendiamkan diri.

"Mama dengan papa ada sesuatu nak bagitahu arash." jawab puan munirah.
Arash memandang puan zalmah dan tuan zabir.

"Mama dengan papa nak cakap apa?" soal arash lagi. Wajah puan zalmah sudah bertukar muram. "Papa tak tau macam mana nak bagitahu arash. Tapi papa harap apa yang papa nak cakap ni arash terima dengan baik." kata tuan zabir.

Arash menelan air liurnya kesat. Sungguh dia berdebar sekarang ni. Tuan zabir menghulurkan sekeping gambar bayi kembar pada arash.

Arash mengerutkan dahi bila melihat gambar itu. "Ni gambar siapa papa?" soalnya. "Ni gambar hanni dengan..." tuan zabir terasa berat untuk beritahu arash perkara sebenar.

"Ni gambar hanni dengan hanna. Mereka berdua kembar seiras." puan zalmah manyambung kata-kata suaminya tadi.

Arash terkedu. Wajah layrah dan laurah menyinggah difikirannya. Gambar ditangan ditatap sekali lagi. Kelihatan salah seorang bayi itu mempunyai tanda lahir di bayu kiri.

Dia yakin yang itu pasti hanna. Kerana hanni tiada tanda lahir di bahu kirinya.
Dia semakin yakin yang laurah dan layrah itu adalah hanna dan hanni.Tapi macam mana dia nak cari bukti.

"Masa hanni dan hanna masih bayi, hanna diculik dan sampai sekarang papa dengan mama tak jumpa dia. Ibu dengan ayah arash juga dah bantu papa cari dia. Tapi sampai sekarang tak ada sebarang maklumat yang kami dapat." arash hanya mendengar cerita tuan zabir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro