Bab 31
Layrah berlari menuju kearah kelasnya. Jam ditangan dikerling. 'Aduhh dah lambat. Boleh pulak sesat cari kelas. Padahal laurah dah bagitahu kelas kat mana.' Dia membebel sendiri.
Kini dia berada didepan pintu kelas yang tertutup rapat. Dari luar dia boleh dengan pensyarah tengah bagi keterangan. Dia menelan liur. Dengan bismilah dia ketuk pintu dan tolak dari luar.
Semua mata yang berada didalam kelas itu memandang layrah. Layrah beri salam pada semua dan pensyarah didepannya.
Dia tersenyum bagi menutup gentar di hati. Muka pensyarah wanita didepannya ditatap gerun. Dia menunduk.
'Habis lah kau kali ni layrah' desisnya dalam hati. "Ma...maaf puan saya lambat." Layrah masih lagi menunduk.
Pensyarah wanita itu merenung layrah yang menunduk ketakutan. Dia menghampiri layrah. Layrah rasa macam nak cabut dari situ.
"Saya paling pantang kalau orang masuk lambat dalam kelas saya. Tapi takpe, kali ni saya lepaskan awak sebab ini kelas pertama awak dengan saya. But next time, no more excuess." Kata pensyarah itu dalam nada yang tegas.
Layrah mengangguk. "Terima kasih puan." Layrah terus berlalu dan mencari tempat kosong. Dia memandang keliling kelas. Hanya ada satu saja tempat kosong iaitu disebelah lelaki.
Dia mengeluh berat dan mengatur langkah ke tempat itu. Dia duduk disebelah lelaki itu. Wajah lelaki disebelahnya dipandang sekilas.
'Macam pernah jumpa je mamat ni?' Desisnya dalam hati sambil mata terarah kedepan. Takut singa betina kat depan tu meroyan sekali lagi.
"Okeyy..sekarang semua dah ada. Saya perkenalkan diri, nama saya Latifah binti Muhd Arsyad. Dan kamu semua boleh panggil saya Puan Latifah. Kamu dengar sendirikan apa yang saya katakan pada budak perempuan tu tadi. Saya paling pantang kalau student saya masuk kelas lambat dan tak siapkan assightment saya. Apa yang saya beri dan apa yang saya mintak mestilah dilakukan dengan cermat dan tepat pada masa." Mukadimah puan latifah dengan suara yang keras dan tegas.
Puan latifah mengerling pada layrah. "Kamu! Berdiri dan perkenalkan diri kamu pada seisi kelas." Puan latifah sudah merendahkan ton suaranya.
Layrah panik bila namanya disebut lalu terus berdiri tegak ditempatnya. Semua mata memandangnya. Termasuklah lelaki yang duduk disebelah dia.
Layrah mangawal riak wajahnya agar kelihatan tenang. Dia tersenyum. "Nama saya Asyara Layrah Binti Muhd Syukor. Puan dan yang lain boleh panggil saya layrah." Semua di kelas itu hanya mendengar. Kebanyakkan mereka sudah kenal dengan layrah.
Mestilah kenal penyanyikan... "Baik kamu boleh duduk." Layrah menurut. "Kamu yang duduk sebelah layrah perkenalkan diri kamu." Kini semua mata terumpu pada lelaki itu.
Dia berdiri. "Nama saya Arash Raykal Bin Abdul Razak. Semua boleh panggil saya Arash." Arash berkata dengan tenang. Wajah layrah di sebelahnya dipandang sekilas.
'Arashh?! Yes,, lelaki ni lah yang aku langgar tadi pagi' layrah mula teringat kejadian pagi tadi semasa dicafe kolej.
Jantungnya mula berdegup laju. Dia mengusap dada dengan perlahan. 'Pahal pulak dengan dada aku ni. Aku ada sakit pape ke? astaghfirullahalazim, apa yang kau merepek ni' laju tangannya menepuk mulut dengan lembut sambil matanya tertutup rapat.
Arash yang dah duduk semula memandang kelakuan layrah.
Dia mengerutkan dahi. Senyuman terukir dibibirnya. Wajah layrah dipandang lama. 'Kalau betul kau hanni aku. Sekarang jugak aku nak peluk kau' rintihnya dalam hati.
Dia tak sangka yang dia akan sekelas dengan layrah. Rancanganya untuk mendekati layrah semakin mudah.
Mulut dirapatkan ke telinga layrah. "Awak okey ke?" Bisiknya. Layrah tersentak. Tangan yang menepuk mulut tadi terhenti. Dia memandang arash yang dah tersenyum senget.
Muka dia dah merona kemerah merahan. Malu.. Pandangan dialih ke tempat lain. Layrah menggit bibir lalu mengangguk. Jantung dia semakin menggila. Dia berpaling dari arash. Dada diusap perlahan.
"Okeyy..semua dah perkenalkan diri. Sekarang kita akan mulakan sesi pembelajaran pertama kita." Suara lantang Puan Latifah mengejutkan layrah. Dia terus berpaling kedepan semula. Buku yang dibeli bersama laurah tadi dikeluarkan dari beg galasnya dan diletakkan diatas meja.
Irfan yang duduk sebelah kiri arash hanya memandang saja kelakuan mereka dari tadi.
📑📑📑📑📑
Minggu pertama mereka dikolej itu penuh dengan sesi suai kenal. Dan hari ini mereka diperkenalkan dengan pelbagai kelab persatuan yang tersedia di kolej itu.
Layrah berjalan beriringan dengan laurah. Terdapat banyak booth-booth yang mempromosikan kelab mereka.
"Laurah, kau masuk kelab yang mana satu?" Tanya layrah. Matanya jadi rambang pula. Kebanyakkan kelab disini telah menarik perhatiannya.
Tetapi setiap pelajar hanya boleh sertai tiga kelab setiap seorang. "Aku masuk kelab yang biasa-biasa je. Kau mesti tak minat punya." Layrah mencebik. Lain ditanya, lain pulak yg dijawab laurah.
"Aku bukan tanya kau masuk kelab biasa-biasa atau luar biasa pon! Aku tanya kau masuk kelab ape?" Nada suara naik seoktaf. Geram pulak dengan kakak kembarnya itu.
Laurah tersengih. "Hehehe..ilek-ilek. Aku join kelab teater, memasak dengan muzik." Jawab laurah lurus. Takut pulak tengok adik dia yang dah naik geram ni.
Layrah kalau mengamuk bukan kira tempat. Tempat orang ramai macam ni pon boleh menjerit sekuat hati kalau dia dah mula bengang.
"Kan bagus jawab macam tu dari tadi. Ini tak buat aku sakit hati pulak kau ni." Layrah dah mula membebel. Laurah menjeling.
"Sejak bila pula yang kau ni jadi minah sensetif ni? Aku gurau sikit je pon." Giliran laurah pulak yang terasa.
Layrah garu kepala yang tak gatal. Semua ni Puan latifah punya pasal. Puan latifah tu suka sangat cari pasal dengan dia. Apa yang dia buat semua salah. Ada je bende yang tak kena.
Tadi semasa kelas puan latifah sengaja menghukum dia hanya kerana dia termenung semasa puan latifah mengajar.
Kini laurah pula jadi mangsa lepas geram dia. Layrah tersengih pada laurah. "Sorry babe, aku tengah bengang dengan singa betina tu. Dia tu suka sangat cari pasal dengan aku. Entah apa yang dia tak puas hati dengan aku. Aku pon tak tau" layrah meluah perasaan pada laurah.
"Singa betina? Siapa singa betina kau tu?"
"Puan latifah tu lah"
Laurah tergelak besar. "Laurahhh!!" Jerit layrah lalu mencubit lengan laurah melepas geram. Sakit pulak hati dia ditertawakan sebegitu.
Pikirkan boleh lega sikit kalau cerita kan laurah rupanya kena gelak pulak. Siapa yang tak geram?! Cuba cakap?
"Aduduhhh..sakit lahh" terjerit laurah bila kene bisa cubitan laurah. Tawanya tadi terus hilang. Ramai yang memandang sesi pergaduhan si kembar itu.
"Haa.. Tau pon sakit!! Sakit hati aku ni, kau tak tau pulak?" Katanya separuh menjerit. Laurah terus menekup mulut adiknya. Banyak mata yang memandang mereka.
"Hishh..kau ni, kalau nak menjerit pon agak-agak lah sikit. Tengok tu, ramai yang pandang kita." Kata laurah menahan suara yang terasa ingin menjerit pula pada adiknya.
Layrah menepuk tangan laurah yang menutup mulut dan hidung dia. Dah tak bernafas rasanya. Laurah terus melepaskan tangannya.
"Fuhh..kau ni nak bunuh aku ke apa? Okey okey dah tak jerit dahh." Katanya sambil mencari nafas.
"Kau okey tak? Sorry weyh" laurah naik cemas pula tengok layrah tercungap cungap.
"Takk..pe, aku okeyy"
"Jom teman aku. Aku nak join kelab kau jelah" sambungnya lagi. "Jom" laurah menarik lembut lengan adiknya. Layrah menurut dari belakang.
"Hye..awak nak join kelab kitorang tak?" Serang lelaki tiba-tiba datang menyergah mereka berdua. Lelakit itu memandang layrah lalu menghulur pamplet padanya.
Kening layrah ternaik sebelah. "Kelap taekwando? Sorry lah saya tak minat." Tolak layrah sopan. Dia terus berlalu dari situ. Namun lelaki itu tidak berputus asa.
"Ehh..kejap lahh." Lelaki itu manghalang laluan mereka berdua. "Apa kata awak join dulu, kalau awak tak suka baru awak tarik diri" kata lelaki itu sambil menunjukkan wajah manis.
"Tak nakk!! Saya tak minat!!" Suara layrah sudah meninggi. "Tepi!!" Layrah menolak lelaki itu lalu menarik tangan laurah untuk berlalu.
Tetapi lelaki itu tetap degil.
"Awak please.."
"Aku kata tak nak! Tak nakk lahh!! Kau ni tak faham bahasa ke?" Suaranya naik seoktaf. Lelaki itu buat muka tebal. Dia ingin kan layrah menyertai kelabnya. Dia yakin kelabnya bakal terkenal jika ada seorang yang berpopulariti tinggi menyertai kelabnya itu.
Lelaki itu cuba menahan langkah mereka dengan merentap perlahan tangan layrah. Layrah terus menyilangkan tangan lelaki itu kebelakang badan lalu menolaknya kasar kedinding. Lelaki itu langsung tidak sempat bertindak.
"Aku dah cakap, yang aku tak minat dengan kelab kau ni. Bila orang cakap baik-baik jadi hadamkan dalam kepala otak kau tu dengan baik. Jangan sampai satu hari nanti lengan kau ni patah aku kerjakan." Kata layrah separuh berbisik. Tetapi masuh dapat didengari oleh orang yang berhampiran dengan mereka.
Layrah terus melepaskan cengkamannya. Dan terus berlalu dari situ. Semua yang memandang terkejut dengan tindakan layrah. Ada yang kagum, ada yang mengutuk. Sebab lelaki itu adalah pelajar paling hot kat kolej tu.
"Layrah tunggu aku!!" Laurah terus mengejar langkah layrah dari belakang.
"Rayyan, kau okey tak?" Soal kawan rayyan pada dia. Rayyan mengangguk sambil mengusap lengannya yang dicengkam kuat oleh layrah tadi. Dia tersenyum sambil memandang kelibat layrah yang makin menghilang.
"Johan, aku rasa, aku dah jatuh cinta." Katanya perlahan pada johan. Ternganga mulut johan jadinya.
Hye guys. Lama tak bertegur sapa😂. Okey bab 31 dah settle. BI lia hancur sikit lahh. Kalau ada yang salah tegur je ya. Jangan segan²😊
Kalau ade yang nak mintak tolong lia promote kan cerita korang. Komen atau dm lia ya.😆 tapi dengan satu syarat promote kan lia punya balik. Hahaha..😂 nampak tak kelicikkan nya disitu.
Pape pon jangan lupa vote and comment okey 👌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro