Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Puan Munirah duduk dibangku taman bunga yang menghiasi rumah banglo milik Tuan Zabir.

Dia memandang bunga-bunga yang menghiasi taman itu. Fikirannya entah jauh melayang kemana.

Sejak hanni meninggal. Dia dan suaminya ambil keputusan tinggal bersama bekas besannya itu.

Arash langsung tidak mahu pulang kerumah mereka kerana ingin tinggal dibilik hanni. Arash langsung tak nak berganjak dari situ.

Dan dia juga berat meniggalkan sahabatnya itu sendirian dirumah. Keadaan Puan Zalmah ketika itu juga muram. Dia terlalu sedih kerana kehilangan anak.

Kini dalam fikirannya adalah arash yang sudah mula menanyakan tentang kisah 'dia'. Dia sudah berjanji dengan sahabatnya itu agar merahsiakan tentang 'dia'

"Jauh menung Muni, fikir apa tu?" Soal Tuan Zabir yang sudah berada di sisinya entah bila masa.

Puan Munirah terkejut dengan kehadiran tuan zabir. Suami sahabatnya yang duduk di kerusi roda itu dipandang.

Dia berikan senyuman pada tuan zabir. "Takde ape zabir. Aku cuma teringatkan pasal anak kau dengan zal. Arash dah mula bertanya pasal dia. Sebab dia terdengar perbualan kita tempoh hari. Aku cuma terfikir sampai bila kita nak rahsia kan semua dari anak² kita? Hanni tak sempat langsung tau pasal dia."

Tuan Zabir mengeluh berat. Dia juga kadang² terfikirkan hal yang sama. Tapi semua ni atas permintaan isterinya. Puan Zalmah langsung taknak sesiapa tahu hal penculikkan anak mereka dahulu.

••••••
Flashback

"Lepaskan!! Lepaskan anak aku!!" Puan Zalmah menjerit pada seorang lelaki yang memakai baju serba hitam dan bertopeng.

Dia cuba merampas anaknya dari dukungan lelaki itu. Tetapi lelaki itu tidak mahu lepaskan dukungannya.

Seorang lagi bayi sudah menangis berteriak didalam baby court gara-gara tidurnya diganggu dengan bunyi teriakkan ibunya.

Lelaki itu menolak kuat tubuh Puan Zalmah hingga dia terjatuh kelantai. Kepalanya terhantuk pada bucu meja solek.

Kepalanya mula berpinar-pinar. Dia bangkit semula cuba merampas anaknya lagi. Lelaki itu cuba mengambil seorang lagi bayi yang didalam baby court itu.

"Hoii!! Kau buat apa tu haa!!" Teriak tuan zabir.

Tindakan lelaki itu terhenti. Dia terus melarikan diri dengan membawa bayi tersebut. Tubuh tuan zabir dirempuh kerana cuba menghalang laluannya.

Tuan zabir tidak sempat bertindak terus jatuh terlentang.

"Hoii!! Berhenti!!"

Dia bangkit semula dan terus berlari mengejar penculik tersebut. Anaknya harus diselamatkan. Harus!

Penculik itu teruskan larian tanpa menoleh kebelakang. Sebuah kereta proton waja berwarna hitam telah menunggunya di luar banglo itu.

Pintu kereta ditarik lalu memboloskan diri. Kereta itu terus bergerak laju meninggalkan perkarangan banglo tersebut.

Tuan zabir terus mencapai kunci keretanya lalu memboloskan diri dalam kereta miliknya.

Dia memandu dengan laju bagi mengejar penculik tadi.

Puan Zalmah menahan sakit dikepala akibat terhantuk tadi. Dia menangis teresak-esak. Anaknya yang berada dalam baby court itu didukung dan dipeluk erat.

Tangisan si anak cuba diredakan. Tetapi tangisan sendiri tidak dapat ditahan. Akhirnya mereka berdua menangis bersama.

"Sabar ye sayang papa cuba selamatkan adik. Kita tunggu papa balik" dia bercakap dengan si anak.

Anaknya terus menangis seolah-olah tahu akan kehilangan adiknya. Tangisan anaknya semakin nyaring.

Kepalanya semakin sakit. Sakit itu cuba ditahan. Lututnya terasa lemah. Pandangannya mula kabur. Anak yang dalam dukungan dibaringkan di tengah tilam.

Pandangannya terus gelap. Dia pengsan di sisi anaknya. Si anak cuba duduk. Dia seperti faham keadaan sekeliling. Tubuh ibu ditepuk dengan kedua belah tangan.

Si ibu tidak bergerak. Dia berbaring diatas tubuh ibunya.

Tuan Zabir pulang dengan muka kecewa. Dia meraup muka dengan kasar. Wajah isterinya dipandang sayu.

Dahi isteri yang ditampal dengan plaster diusap lembut. Pandangannya dialih pada si anak yang tertidur pulas sebelah isterinya.

Air matanya gugur. "Maafkan abang zal, maafkan abang. Abang tak dapat jaga isteri dan anak-anak dengan baik. Abang cuai. Abang suami yang tak guna!" Dia menangis sambil menekup muka pada sisi katil dan menumbuk dada sendiri.

"Ya allah! Zabir. Kau tak patut salahkan diri kau. Istighfar banyak-banyak. Mintak bantuan dariNYA. Bukan dengan seksa diri macam ni. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya zabir." Kata tuan razak pada sahabatnya.

Dia yang kebetulan lalu didepan bilik tuan zabir terkejut melihat tindakan rakanya itu. Tubuh tuan zabir diraih. Wajah yang lencun dengan air mata itu dipandang sayu.

Hatinya jadi sebak. Kehilangan anak bukan satu perkara yang kecil. Dia tak tahu apa yang jadi kalau perkara sebegini terjadi padanya.

Tubuh sahabatnya itu dipeluk bagi meredakan tangisannya.

••••••

Tanpa sedar air mata tuanya gugur lagi. Penculikan anaknya itu sudah dibuat laporan polis. Tapi sampai sekarang polis masih lagi belum dapat mengesan penculik tersebut.

Dia juga telah mengupah penyiasat khas untuk mencari keberadaan anaknya tetapi hasilnya tetap hampa.

Air mata yang membasahi pipi terus diseka. Puan Munirah yang perasan dengan kelakuan tuan zabir hanya mampu memandang.

Dia mengeluh berat. Dia juga sedih dengan apa yang jadi. Sejak kejadian itu, sahabatnya puan zalmah mengalami kemurungan selama 2 tahun.

Dan kerena keadaan puan zalmah seperti itu mereka terpaksa mencari pembantu. Dari situ lah Mak Mah mula bekerja dirumah agam milik Tuan Zabir.

Dia sudah menganggap puan zalmah seperti adiknya sendiri. Dia amat menyayangi keluarga ini.

Kini soal kehilangan 19 tahun lepas dibangkitkan semula. Dia jadi kepikiran tentang anak sahabatnya yang hilang.

"Zabir apa kata kita beritahu arash tentang ni? Aku tak rasa yang dia akan diam kan diri macam tu saja. Arash jenis yang tak suka berteka-teki. Aku yakin yang dia akan cari kebenaran tentang semua ni."

Tuan Zabir memandang wajah puan munirah. Dia turut mengeluh sama. Bukan dia tak nak beritahu arash tentang anak mereka yang diculik itu.

Tapi dia takut kalau isterinya akan sakit sekali lagi. "Tak apa lah muni, nanti aku akan bincangkan dengan zal baik-baik. Kau tahu kan isteri aku tu macam mana." Puan Munirah mengangguk.

Dia faham dengan situasi antara tuan zabir dan puan zalmah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro