Bab 29
Aishah berjalan menuju ke starbucks yang terketak di sunway putra mall ini. Dia sudah berjanji dengan Farah untuk berjumpa.
Saat kaki melangkah masuk kedalam starbucks itu dia mencari kelibat farah. Dia ternampak seseorang sedang malambai lambai padanya dari meje yang terletak di suduh kanan cafe itu.
Dia menghampiri farah. Kerusi didepan farah ditarik lalu dia duduk disitu.
"Asal lambat? Tadi janji pukul 11 sekarang dah pukul 11.45 dah." Ujar farah geram.
"Sorry babe, aku ade hal tadi. Daddy aku tulah susah sangat nak bagi aku duit. Bukan nya banyak mana pon aku mintak." Adu aishah.
Dia teringat macam mana mummynya memujuk daddy untuk berikan duit padanya tadi. Daddy selalu sangat melebihkan abangnya.
Sikit-sikit nak bandingkan mereka berdua. Tahulah abang dia tu pandai, rajin. Semua yang baik baik dekat abang je yang jahat dia yang kene.
"Dah engkau tak habis habis mintak duit mesti lah daddy kau marah. Baru bulan lepas kau pakai duit syarikat RM 10,000. Sekarang kau mintak duit lagi. Kalau aku jadi daddy kau, aku pon buat bende yang sama." Farah seperti menyokong daddy aishah.
"Kau dengan daddy aku sama je. Asyik nak membebel." Kata aishah.
Dia jadi rimas bila asyik dengar bebelan orang sekeliling. Tadi sebelum keluar kene dengan daddy ngan mummy, sekarang dengan farah pulak kene bebel.
Farah mengenggeleng melihat kawannya sorang ini. Aishah dari dulu sampai sekarang langsung tak berubah. Apa yang dia nak dia akan dapatkan walau macam mana sekali pon.
"Dah lah, kau nak order pape tak?" Soal farah ingin mengalih topik bicara.
"Aku nak minum coklat cappocini jelah. Aku tengah panas sekarang ni." Jawab aishah.
Farah terus bangkit pergi beli minuman untuk dirinya dan aishah. Manakala aishah pula menunggu farah di meja mereka sambil menilik telefon pintarnya.
💣💣💣💣💣💣💣
Layrah berjalan sambil menarik tangan kakaknya menuju ke suatu tempat. Kadang-kadang ada mata yang memandang aksi tarik nenarik mereka di dalam mall ini.
"Kau buat ape bawak aku datang sini?" Soal laurah pada adiknya.
"Aku nak ajak kau pergi kedai buku lahh. Nak cari buku. Kau kan dah dua tahun belajar. Mesti kau tau buku rujukan yang mana yang senang untuk aku faham." Terang layrah
Laurah memang mulakan pelajarannya dua tahun lebih awal dari layrah. Kata daddy mereka disebabkan layrah koma kerana kemalangan dulu dia terpaksa tangguhkan pelajarannya sementara waktu.
"Hishh..kalau nak ajak gi kedai buku cakap jelah. Ini nak main tarik tarik pulak sakit tau tak tangan aku yang putih mulus ni." Kata laurah geram sambil mengusap pergelangan tangannya yang ditarik layrah tadi.
Layrah mencebik. "Elehh putih lah konon. Dah lah jom lah. Kejap lagi kelas aku dah nak start." Kata layrah dan menarik tangan laurah lagi.
"Hishh..jangan lah main tarik tarik sakit lahh." Laurah terjerit di situ.
Tapi layrah tak pedulikan teriakkan kakaknya. Dia terus menarik tangan laurah menuju ke kedai buku popular di tingkat tiga bangunan Sunway Putra Mall itu.
✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈
Aishah dan farah berjalan beriringan sambil membawa beg kertas yang penuh dengan barang shopping mereka.
Beg kertas farah tidak lah sebanyak beg kertas aishah. Kerana dia tidak suka berbelanja terlalu banyak baginya ia satu amalan pembaziran.
"Lepas ni kau nak pergi mana? Aku dah penat lah aishah." Kata farah sambil bercekak pinggang.
"Ermm..kita balik lah. Aku pon penat jugak." Balas aishah.
"Okey jom"
Mereka berjalan ke eskeletor yang menuju turun. Ketika eskeletor sudah sampai di penghujung. Dua gadis berjalan melintasi mereka.
Aishah terkedu. Matanya melekat pada dua gadis tersebut.
"Farah kau nampak kan ape yang aku nampak?" Soalnya pada farah tetapi mata masih lagi pada dua gadis itu.
"Nampak weyh.." Farah juga sepertu aishah.
Aishah terus tarik tangan farah mengekori gadis-gadis itu.
"Layrah jangan lah laju sangat. Kau ni tak menyempat nyempat lahh. Please aku dah semput dah ni" laurah sudah semput kerana langkah nya seolah olah berlari bila ditarik layrah
Layrah terus menghentikan langkahnya. Dia memandang laurah yang sudah kepenatan di belakang.
"Kau okey tak ni? Sorry, aku takut lambat masuk kelas. Sebab tu aku nak cepat." Ujar layrah. Dia menggosok belakang laurah.
"Okey, okey, aku okey. Kita duduk kat mana-mana dulu weyh. Aku penat lah." Kata layrah sambil menongkat lutut.
"Okey jom. Kat situ ada kerusi. Kita rehat kat sana." Kata layrah sambil menunjukkan sebuah bangku yang kosong. Dia membantu laurah berjalan ke arah bangku tersebut.
Aishah dan farah masih lagi memerhatikan mereka dari jauh.
"Aishah muka diorang sebiji macam hanni. Bukan hanni dah meninggal ke?" Soalnya sambil memandang aishah.
Aishah menggeleng. Dia jadi tidak tentu hala tiba tiba. Badannya menggigil.
"Aku t..tak tau." Jawanya gugup.
"Apa yang kau tak tau ni? Lain yang aku tanya. Lain pulak yang kau jawab." Farah pelik.
"Jom balik." Aishah terus tarik tangan farah. Dia berjalan laju seperti dikejar orang.
Farah terpaksa menurut aishah dari belakang. Tangannya sudah ditarik laju.
"Aishah slow lah sikit. Kau ni dah kenapa? Dah macam dikejar hantu pulak?" Rungut farah sambil berjalan laju dibelakang aishah. Tangannya masih lagi dalam genggaman aishah.
Aishah tidak mempedulikan rungutan farah. Malah langkahnya terus dilajukan ke luar bangunan mall itu.
"Inheller kau bawak tak?" Soal layrah cemas bila lihat laurah seperti susah nak bernafas.
Laurah mengangguk. Inhellernya dikeluarkan dari beg galasnya. Dia terus menyedut gas inheller itu. Kini baru lah dia dapat bernafas dengan baik.
Layrah menggosok lagi belakang laurah bagi meredakan sakit laurah.
"Aku mintak maaf. Sebab buat kau sakit. Aku pentingkan diri tadi." Kata layrah kesal. Dia menundukkan kepalanya.
Laurah menggosok dadanya perlahan. Dia memandang layrah yang sudah menunduk.
"Dah lah. Aku maafkan kau. Aku tahu kau sebenarnya teruja sebab petang ni kelas pertama kau." Ujar laurah sambil memeluk bahu layrah.
Layrah memandang laurah. Laurah berikan senyuman manis. Layrah tersenyum sama.
Buku yang diletakkan disisi kerusi tadi diambil. Lalu diletakkan di pangkuannya.
"Kau dah okey kan, jom balik. Aku hantar kau balik dulu lepas tu aku pergi kelas." Ujar layrah lembut.
Laurah mengangguk. Mereka berjalan menuju ke luar bangunan mall itu.
Remote kereta honda city milik layrah di tekan. Kunci pintu keretanya terbuka. Mereka memulakan perjalanan menghala ke taman tasik perdana dimana rumah mereka terletak.
"Kau tidur lah dulu. Nanti dah sampai aku kejut." Kata layrah sambil memandu.
"Takpe lah aku tak ngantuk. Aku teman kau je." Kata laurah sambil tersenyum pada layrah.
Layrah membalas senyuman itu. Kereta yang dipandunya berhenti di lampu merah.
Tiba² ada satu keretanya bercermin gelap berhenti di sebelah kereta layrah. Dari bayangan dia nampak dua orang lelaki berada didalam kereta itu.
Pemandu kereta itu seolah olah mencabar layrah berlumba. Pedal minyak kereta ditekan tekan membuatkan bunyi kereta menderum kuat.
Layrah memandang kereta tersebut. Dia terasa tercabar bila orang menderumkan enjen kereta seperti itu. Lalu dia melakukan hal yang sama.
Lampu isyarat bertukar hijau. Dua kereta itu meluncur laju membelah jalan raya. Nasib baik jalan tidak banyak kereta.
"Layrah..layrah. Kau ni kan, slow lah sikit kereta ni. Peninglah kepala aku." Laurah menggeleng. Dia tahu sangat perangai adiknya yang satu itu.
Tapi dia kagum dengan keberanian layrah. Layrah berani membawa kereta dengan kelajuan yang tinggi. Sama seperti orang lelaki. Malah dia juga meminati dalam dunia pemotoran.
Layrah tidak sama seperti gadis-gadis yang lain. Layrah seorang yang lasak dan aktif. Kadang-kadang laurah terasa kerdil bila bersama layrah.
Dirinya yang menghidap asma menghalang diri melakukan aktiviti seperti yang dilakukan layrah.
Layrah baru tersedar kakaknya disebelah. Dia memperlahan kan kelajuan keretanya. Tapi dia belum berpuas hati dengan lelaki tadi. 'Takpe satu hari nanti kau akan tunduk dengan aku' desisnya dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro