Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

Layrah berjalan beriringan dengan laurah menuju ke cafe kolej. Sepanjang jalan ramai pelajar yang memandang mereka berdua.

Disebabkan populariti mereka, mereka menjadi perhatian segolong pelajar kolej itu.

Tanpa memandang ke depan. Pintu kaca cafe ditolak dari luar oleh layrah.

"Aduhh.."

Jerit seseorang dari sebalik pintu. Layrah terkejut. Dia terus memandang orang yang dilanggarnya tadi. Orang itu sedang menunduk menahan sakit.

Laurah menekup mulut. Dia juga memandang orang yang dilanggar adiknya itu.

"Err..awak sorry. Awak okey ke?" Kata layrah cemas.

"Okeyy..saya okey"

Orang itu terus mengangkat muka memandang layrah. Pandangan mereka beradu. Degupan jantung layrah sudah meningkat. Dia terkelu. Wajah orang itu ditatap lama.

"Arash. Asal ni?" Soal Irfan yang baru tiba setelah selesai membuat pembayaran.

Irfan terkedu memandang dua gadis yang berada didepannya.

Soalan irfan membuatkan layrah dan arash tersedar. Pandangan mereka alihkan ke tempat lain.

Arash memicit hidungnya yang masih berdenyut. Layrah pula menahan debar di dada. 'Kenapa dengan aku ni?' Soalnya dalam hati.

Lelaki dihadapannya dipandang lagi. "Awak okey ke?" Soalnya lagi bila nampak arash masih memicit hidung.

"S..s..saya okey" kata arash tiba tiba gugup.

"Hidung awak berdarah" secara spontan jari layrah menyentuh hidung arash.

Arash menahan debar didada bila layrah menyentuh hidungnya.

Jari layrah terkena darah hidung arash. Laurah cepat memberikannya tisu. "Nah, lap tangan kau" arah laurah.

Layrah menyambut tisu itu. Satu tisu dikeluarkan untuk mengelap jarinya yang terkena darah. Selebihnya diberi pada arash.

Arash menyambut tisu itu. Dia memandang layrah dan laurah silih berganti. Perasaan rindu pada hanni muncul tiba tiba.

"Terima kasih, saya pergi dulu"

"Ehh..tunggu, siapa nama awak?" Jerit layrah.

Arash terus berlalu tanpa mempedulikan soalan layrah.

"Nama dia arash. Saya pergi dulu ye" balas irfan. Dia terus mengejar arash yang sudah menjauh.

___________________________

Arash dan irfan duduk disebuah pondok yang terletak ditaman kolej untuk para pelajar. 

Arash tunduk menahan sebak. Dia menarik nafas sedalam dalam yang boleh lalu dihembus perlahan lahan.

Irfan mengusap lembut belakang arash untuk meredakan kesedihan sahabatnya itu.

"Arash. Kau okey tak?"

"Aku okey, cuma terkejut je. Aku tak sangka, rupa diorang serupa sangat dengan hanni." Luah arash.

"Aku pon terkejut jugak bila tengok diorang berdua tu. Rupa diorang saling tak tumpah dengan hanni." Kata irfan.

Tiba tiba arash teringat misi nya menuntut di kolej ini. Dia terus menceritakan pada arash tentang misinya itu.

"Kau yakin ke dengan apa yang kau buat? Arash kat dunia ni ade tujuh orang yang berwajah serupa tau. Mungkin diorang tu hanya pelanduk dua serupa." Kata irfan

"Aku belum yakin sangat yang dia tu hanni. Macam kau cakap mungkin pelanduk dua serupa. Tapi apa salahnya kita mencuba. Mungkin aku boleh jumpa 'dia' yang dimaksudkan oleh papa,mama,ibu dengan ayah aku" kata arash untuk meyakinkan irfan.

"Tapi kau kene tanya dulu 'dia' siapa dekat parents kau. Mungkin 'dia' tu orang lain. Buat penat kita je siasat dalam dalam" irfan cuba menyanggah.

"Aku dah pernah tanya ibu aku dah, tapi ibu macam mengelat bila aku tanya pasal 'dia'. Ibu macam tak nak aku tahu." Jelas arash.

"Susah lah kalau macam ni. Takpe kau try rapat jelah dengan diorang dulu. Kau try korek sikit sikit pasal diorang. Mesti kau akan jumpa apa klu nanti." Cadang irfan.

"Memang itu pon yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Macam mana nak rapat dngan diorang tu?" Arash berfikir, mencari idea.

"Haa..aku ada idea." Jerit irfan tiba tiba.

Dia membisikkan sesuatu ditelinga arash. Arash tersenyum mendengarnya. Dia memandang irfan setelah selesai berbisik.

"Kau yakin ke bende ni boleh jadi?" Soal arash dengan keraguan.

"Aku yakin 100% punya. Tapi kau kenelah pandai susun ayat." Jawab irfan. Dia memandang arash dengan senyuman seriba makna. Keningnya dinaikkan ke atas dan bawah.

Arash mengangguk anggukan kepalanya. Senyum sumbing terlakar di bibirnya.

🔫🔫🔫🔫🔫🔫

Layrah duduk termenung di meja cafe sambil menunggu laurah pergi beli makanan. Dia asyik memikirkan lelaki yang dilanggarnya tadi.

"Arash."

Dia tersenyum sendiri. Laurah yang sudah terduduk didepannya juga dia tak perasan. Laurah mengerut dahi melihat adik kembarnya tersenyum sendiri macam kerang busuk.

"Hoii.."

Jerit laurah sambil menghempas meja dengan tapak tangan.

"Oii..kau arash aku punya.."

Latah layrah. Laurah tidak dapat menahan tawanya. Dia ketawa terbahak-bahak sampai tidak memperdulikan keadaan sekeliling.

Layrah geram terus mencubit lengan laurah dengan sekuat hati.

"Aduhh..aduhh sakit lah layrah" adu laurah.

"Padan muka kau" ujar layrah geram.

Laurah masih menggosok lengannya yang dicubit layrah tadi. Lalu dia memandang wajah cemberut layrah. Dia tersenyum mengejek.

"Kau suka arash erkk?" Sakat laurah.

"Mana ada, a...aku cuma terfikirkan dia je." Jawab layrah gugup.

'Pasal aku tiba tiba gugup plak ni?' Desis hatinya. Dia mengawal riak wajah. Agar kelihatan tenang.

"Yelahh tu, kalau suka cakap jelah suka. Nanti bila dah melepas jangan nangis tau." Laurah makin giat menyakat.

Layrah menjeling geram dengan kakak kembarnya itu. Dia malas nak melayan terus menyuap nasi goreng yang dibeli oleh laurah tadi.

Laurah juga mulakan suapan nasi goreng miliknya.

"Layrah kelas kau start bila?" Soal laurah.

"Petang ni." Jawab layrah ringkas.

"Haa..aku nak ingat kan kau. Nanti pukul 5 kita ada fotoshoot dekat titiwangsa tau." Beritahu laurah.

Layrah mengerutkan kening.

"Sejak bila kita ambik job jadi model ni?" Soal layrah. Setahunya mereka tiada terima apa-apa job sebagai modelling.

"Sejak petang ni lahh." Dia tersengeh lihat muka tak puas hati layrah.

"Okey okey, semalam ada orang call aku dia kata dia dari syarikat Citra, dia offer kita jadi model syarikat dia. So aku terima jelah." Terangnya laurah.

"Kau ni suka hati je buat keputusan tak bincang dengan aku dulu. Buatnya petang ni aku ada hal macam mana?" Layrah tak puas hati dengan laurah.

"Hehehe..tapi kau takda hal kan petang ni? Boleh lah layrah.. Ye ye ye" laurah buat muka comel memujuk si adik.

Layrah menghembus nafas perlahan. Dia mengangguk. Laurah dah tersenyum gembira.

"Tapi, dengan satu syarat."

"Ape dia?"

"Kau kene tolong aku satu bende." Kata layrah dengan senyuman penuh makna.

Laurah mengerutkan dahi. 'Macam lain macam je minah ni' desis hatinya.

"Okey.. Anyting for you" jawabnya mengalah.

'Biarlah yang penting dia ikut aku petang ni' laurah tersenyum puas.

Mereka melanjutkan makan sambil berbual pelbagai cerita.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro