Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26

Arash baring diatas katil. Tangan nya disilangkan di belakang kepala. Matanya memandang siling bilik.
Dalam fikirannya hanya berputar setiap perbualan orang tuanya bersama papa dan mama hanni.

"Bang, tiba² Zal rindukan dia bang. Apa nasib dia sekarangkan bang. Entah hidup entah tidak."

"Zal, abang percaya yang dia masih hidup diluar sana. Abang juga percaya yang dia mesti dalam keadaan baik² saja. Zal sebagai ibu, zal tak boleh cakap yang bukan². Kata² ibu itu seumpama doa"

"Sudahlah Zal, dah lama kita cari dia. Tapi sampai sekarang tak jumpa² tapi kita jangan pernah putus doa untuk keselamatan dia. Aku tau kau kuat. Dan aku percaya satu hari nanti, dia pasti akan balik kepangkuan kau"

Arash tegak kan badan dia. Kini dia dalam keadaan duduk. Kepalanya masih lagi ligat berfikir. "Siapa 'dia' yang papa dan mama cakapkan? Ibu dengan ayah pon macam tahu je. Tapi kalau tanya pon macamlah ibu dengan ayah nak jawab. Aduhh serabutnya kepala aku" arash menggosok kepalanya dengan kasar.

Dia teringatkan Asyara Layrah. Keningnya berkerut. "Takkan lah hanni betul2 ada kembar. Macam tak logik plak. Ehh, tapi masuk akal jugak. Entah² 'dia' tu kembar hanni. Kan tadi ibu ada cakap dah lama cari dia tapi tak jumpa." Arash dah serupa orang gila cakap sorang².

"Entah² hanni masih hidup. Pastu yang jumpa dia keluarga angkat kembar dia." Arash terus berdiri.

"Ini tak boleh jadi. Aku kene siasat pasal perkara ni. Aku kene tanya ibu dengan ayah pasal 'dia' tu." Semangat arash terus memuncak untuk kenal Asyara Layrah.

Dia inginkan kepastian. Dia tak suka hidup dalam teka teki. Tiba² dia teringatkan hanni. Dia kembali duduk di atas katil.

"Hanni aku rindu sangat dekat kau. Aku seolah olah tak boleh bernafas bila kau takda sayang. Aku berharap sangat yang Asyara Layrah tu kau." Desis Arash.

Tubir matanya mula bergenang. Balang kecil yang berisi bintang pemberian hanni dicapai.

Dia membuka lagi lipatan bintang yang masih belum terbuka. Rata-rata semua hanya tertulis.

Cinta , janji , setia.

"Hanni apa maksud kau? Sampai sekarang aku masih lagi tak jumpa jawapan nya. Kau kata ada sepuluh? Tapi hanya ada tiga perkataan je." Kata arash sendu.

Air matanya sudah membasahi pipi. Dia mengambil gelang yang ingin di berikan pada hanni sewaktu ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Tapi hajatnya tak tercapai bila hanni kemalangan. Gelang yang berwarna perak dan terukir indah nama Sofea Hanni ditatap sayu.

Gelang tu dicium dengan air mata yang berlinangan di pipi. Gambar sewaktu mereka nikah juga diambil.

Gambar itu ditatap sebelum dipeluk dengan erat. Dia merasakan sedang memeluk tubuh hanni.

"Ya Allah, tak tertanggung rindu ini rasanya. Andai dia masih hidup kau berikan lah aku petunjuk. KAU bawalah aku padanya. KAU kembalikan lah dia padaku." Doa arash bersama air mata.

🌼🌼🌼🌼

Asyara Layrah duduk di bangku yang terdapat di beranda biliknya. Dia termenung menghadap langit.

Kelihatan bintang² sedang berkelip.
Setiap malam dia pasti akan terfikir tentang dirinya. Sejak dia tersedar dari koma tahun lepas, dia langsung tak ingat siapa diri dia.

Bahkan keluarganya juga dia tak ingat. Daddy dia kata, dia excident tiga tahun lepas. Dan dia koma selama tujuh bulan.

Bila dia tanya macam mana dia boleh excident daddy mesti mengelat. Seolah olah ada perkara yang ingin di sembunyikan.

"Haii..jauh menung. Ingatkan boyfriend ke" usik Asyarah Laurah. Keningnya digerakkan keatas dan kebawah.

Layrah memandang kembarnya yang dah terduduk di sebelahnya. "Mana ada. Aku ni boyfriend tarak. Apa lagi nak dok terfikir. Jauh sangat simpang otak kau tu." Jawab layrah bersahaja.

Asyara Laurah dan Asyara Layrah adalah kembar seiras.

Laurah tersenyum. "Habis Zafran tu apa kes? Aku tengok dia bukan main beriya lagi nak ngorat kau." Sakat laurah.

Zafran adalah jiran mereka sebelah rumah mereka. Dia sering mencuba memikat hati layrah. Tapi layrah langsung tak terbuka hati padanya.

"Itu dia punya pasal. Aku langsung tak terfikir pasal dia. Aku cuma sedih je sampai sekarang aku langsung tak boleh ingat tentang kita. Tentang keluarga kita. Tentang diri aku sendiri. Bila aku cuba ingat aku langsung tak dapat apa² bayangan. Otak aku kosong. Tapi aku hanya ingat satu nama je, tapi itu pon samar². Aku buntu lah laurah, aku tak suka hidup penuh teka teki macam ni." Luah Layrah.

Laurah tersenyum pada kembarnya. "Kau cuba lah pelan pelan. Nanti mesti kau ingat balik pasal kita. Dah lah aku tak nak kau sedih² tak best lah moody² macam ni." Kata laurah ingin meredakan persaan kembarnya.

Tangan disangkutkan pada bahu layrah. "Jom lah masuk. Esok hari pertama kau masuk kolej kan?"

Layrah mengangguk.

"So kau kene tidur awal. Hari ni aku nak tidur dengan kau. Aku tak kira kau bagi ke tidak aku tetap nak tidur dengan kau." Laurah menceriakan suaranya.

Layrah tersenyum. Dia gembira kerana mempunyai kembar yang faham perasaan nya.

"Jom.."

Layrah manarik tangan laurah yang tersangkut dibahunya dan dibawa ke katil.

Mereka menghempas badan pada atas tilam lalu ketawa. "Macam budak² lah kau ni." Kata layrah pada kembarnya.

"Lantak lahh. Yang penting aku bahagia." Laurah terus menyelimutkan diri dengan selimut.

Ketika layrah nak melakukan hal yang sama laurah menghalang.

"Ehh.. tunggu kejap. Kau pergi tutup pintu beranda tu dulu. Kang tak pasal pasal pencuri masuk pulak." Arah laurah pada kembarnya.

"Hishh..minah ni dia yang menumpang bilik kita. Kita pulak jadi macai dia" layrah merungut.

Dia terus menutup pintu gelongsor beranda. Dan balik ke katil semula.

"Layrah tutup lah lampu." Arah laurah lagi. Layrah tunjuk muka bengang. Laurah tersengih.

Layrah terus menutup lampu bilik. Lampu tidur dihidupkan. Dia kembali ke katil.

"Lahh asal kau hidup lampu lagi. Tutup lahh" layrah bengang terus dia tolak laurah sampai jatuh katil.

"Aduhh!! Sakit lah gila" marah laurah

"Sebab ni lah aku malas tidur dengan kau. Banyak betul cekadaknya" balas layrah geram.

Laurah tak jadi marah. Malah dia tersengih pada layrah.

"Okey, okey aku dah tak banyak cekadak dahh" laurah angkat kedua belah tangannya tanda mengalah.Dia berbaring semula di sebelah layrah.

Layrah membiarkan sahaja. Tubuhnya diselimutkan sampai ke kepala.

Laurah tersengih. Dia menggaru kepala. Akhirnya mereka terlena bersama.

Beberpa jam mereka tidur tiba² layrah mengigau. Dia menjerit jerit.

"Papa.. Awas papa!!"

"Arghhhh...."

"Layrah! Bangun!" Laurah menggoncang tubuh layrah. Tapi layrah tetap menjerit jerit.

Laurah bingung harus buat apa. Tanpa dia sedar tangangnya laju menampar pipi layrah.

Laurah menekup mulut. Dia terkejut dengan tindakan dia.

"Layrah. Sorry aku tak sengaja." Katanya kalut.

Layrah yang tadi terjerit jerit sudah mula sedar. Dia terkejut bila terasa perit pada pipinya.

"Adik! Korang kenapa ni? Terjerit jerit?" Sergah Asyaraf Mikael.

Layrah yang masih berombak dadanya memandang abang mereka.
Dia terus berlari dan memeluk abangnya.

"Abang, adik takut! Ke...kereta t..tu terju...junam masuk gaung!! Adik takut!" Katanya dalam ketakutan.
Pelukkan pada abangnya masih erat.

Laurah dan abangnya berpandangan satu sama lain. Dan pandangan mereka terarah pada Layrah.

"Ni apa bising bising ni. Laurah, layrah, mikael?" Dato' Syukor pula datang menyoal.

Suara Dato' Syukor membuatkan pandangan  mereka berdua terarah Padanya.

Jeritan layrah telah membuatkan tidur semua orang terganggu. Mak Yang juga keluar bilik melihat apa yang berlaku dari tingkat bawah rumah banglo Dato' Syukor.

"Layrah, kenapa ni sayang" soal Datin Seri Dayang lembut pada anak mereka. Dia hairan melihat layrah memeluk abangnya dengan erat.

"Layrah ngigau tadi mummy." Jawab laurah bagi pihak kembarnya.

"Ngigau? Layrah okey sayang?" Soal Datin Seri Dayang cemas.

Layrah meregangkan pelukan dari abangnya. Dia terus memeluk tubuh mummy nya.

"Ke..kere..ta tu jatuh dalam ju..jurang"
Kata layrah pada mummynya dengan dada yang masih berombak. Nafasnya masih tercungap cungap.

Tubuhnya tiba tiba lemah. Hidungnya
Berdarah. Layrah pitam dalam pangkuan mummy nya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro