Bab 25
Arash memandang sekeliling bilik. Nampak bersepah sangat. Dia meringankan tulang untuk membersihkan biliknya itu.
Didalam bilik ini banyak menyimpan kenangan dia bersama hanni. Terkadang dia ternampak seolah olah bayangan hanni yang sedang bergelak ketawa bersamanya.
Dia terus membuang ingatan terhadap hanni. 'Kau tak boleh macam ni arash. Kau dah janji tadi yang kau akan move on' kata arash dalam hati.
Dia membuka radio. Dia ingin mengusir kenangan yang bertandang dalam fikirannya.
Terdengar celoteh penyampai radio yang gembira.
'Okey sekarang kita dengarkan lagu nyanyian dari Asyara Layrah. Terukir Dibintang.' Dj radio itu berkata pada para pendengar.
Jika engkau minta
Intan permata tak mungkin kumampu
Tapi sayangkan kucapai bintang
Dari langit untuk mu.
Jika engkau minta
Satu dunia akan aku cuba
Kuhanya mampu jadi mulikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun
Akan ku nantikan kamu.
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku.
Terukir dibintang
Tak mungkin hilang
Cinta ku padamu.
Arash terbuai mendengar nyanyian suara gadis yang keluar dari corong radio. Dia teringatkan hanni yang sering nyanyi lagu ni ketika mereka berdua.
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun
Akan ku nantikan kamu.
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku.
Terukir dibintang
Tak mungkin hilang
Cintaku padamu.
Terukir dibintang
Tak mungkim hilang
Cintaku padamu.
Arash mendengar dengan teliti
suara gadis yang bernyanyi itu. Suara itu persis seperti suara hanni. "Ya allah tak akan itu hanni. Tak mungkin." Desis arash.
Dia terus mencapai laptop dia. Dia search google menaip nama Asyara Layrah. Dia klik bahagian imej.
"Tak mungkin. Tak mungkin ini hanni. Ya Allah petunjuk apa yang engkau cuba berikan padaku ini."
Arash terkejut melihat wajah Asyara Layrah yang terpapar padan skrin laptopnya. Wajah itu saling tak tumpah seleperti wajah hanni.
Arash terus mencari maklumat tentang gadis itu.
Nama: Asyara Layrah Binti Dato'
Syukor.
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 15/10/2000
Dia merupakan penyanyi baru yang berduo bersama kembarnya mereka berdua digelar A.L .
Belajar di International Sukma Kolej. *tak tau lah ujud ke tidak😂*
Anak kepada usahawan tersohor iaitu Dato' Syukor.
Dan ibunya adalah Datin Seri Dayang. Pemilik butik 'Asyara Laurah' yang sudah berkembang ke luar negara.
Kembarnya pula Asyara Laurah. Dan mereka mempunyai seorang abang bernama Asyaraf Mikael.
Arash membaca dengan teliti Biodata gadis itu. Dia terkesima. "Kembar? setahu aku hanni takda kembar.
Mungkin dia bukan hanni. Hanya pelanduk dua serupa." Kata arash dengan nada kecewa.
Wajah itu ditatap lama. Dia tersenyum. Dia terasa ingin lebih kenal pada gadis bernama Asyara Layrah
Dalam pikirannya sudah terusun rangka idea untuk mendekati gadis ini.
🌼🌼🌼🌼
Arash menghampiri ibubapanya yang sedang berbual bersama besan mereka.
"Asalamualaikum, rancak nya borak. Borak pasal ape ni" soal arash. Dia duduk disebelah ayahnya di sofa.
"Walaikumusalam. Takde kami mengumpat kamu je" sakat puan zalmah.
"Ade ke mengumpat cakap depan². Apa lah mama ni." Kata arash selamba. Dia duduk di sebelah papanya.
Semua ketawa. "Tak ada lah, kami semua gembira bila kamu dah sembuh macam ni. Semangat kamu dah kembali. Papa bangga dengan kamu. Kamu boleh lawan rasa sedih kamu tu. Ingat ye arash. Kamu adalah satu²nya harapan kami. Hanni dah tak ada. Jadi kamu sajalah tempat kami bergantung harapan. Papa dengan ayah dah bincang nak gabungkan syarikat kami. Dan bila arash dan habis belajar nanti papa nak serahkan pada arash. Papa nak arash yang uruskan syarikat tu. Papa tak percaya pada orang luar. Hanya arash harapan papa." Kata Tuan Zabir panjang lebar.
"Betul tu arash. Ayah dengan papa nak kamu uruskan syarikat tu nanti. Sekarang syarikat dah besar. Jadi tanggungjawab ketua juga besar. Ayah nak kamu bersedia dari sekarang. Kamu dah pilih dekat mana kamu nak sambung belajar?" Soal Tuan Razak.
Arash tersenyum. "Dah pa, arash nak sambung belajar dekat International Sukma Kolej." Kata arash yakin.
"International Sukma Kolej? Arash dah buat research ke pasal kolej tu?" Soal Puan Munirah.
"Dah ibu. Arash dah buat pendaftaran online dah tadi."
"Elok sangat lah macam tu buat keputusan tak bincang dengan ibu dulu." Kata Puan Munirah. Seperti merajuk sahaja bunyi nya.
"Alah ibu ni, sorry lahh. Arash teruja sangat tadi sebab tu terus daftar je. Arash tak sabar nak belajar. Selama ni arash buang masa arash macam tu je. Kalau arash dengar cakap ibu dari dulu. Mungkin sekarang arash dah dekat tahun akhir dah." Kata arash sayu.
"Yelahh..ibu maafkan. Tapi arash jangan cakap macam tu lagi. Benda dah berlalu, jangan dipersoalkan lagi yee. Sekarang arash pandang kehadapan saja. Jangan pernah patah semangat." Kata puan munirah
"Betul tu arash. Jangan jadikan kisah silam sebagai penghalang untuk kita berjaya. Tapi jadikan ia sebagai pengajaran pada kita." Sokong puan zalmah.
Arash hanya mengangguk. "Arash akan pegang nasihat ibu dengan mama." Dia tersenyum pada mama dan ibunya.
Tiba² Puan Zalmah teringatkan seseorang. Dia jadi sedih. 'Andaikan dia masih ada mungkin hati ni tak sewalang ini' desis hatinya.
Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Ia mengalir membasahi pipi.
"Bang, tiba² Zal rindukan dia bang. Apa nasib dia sekarangkan bang. Entah hidup entah tidak." Puan zalmah melentokkan kepalanya pada bahu suaminya.
Tuan Zabir mengeluh berat. Dia faham 'Dia' yang dimaksudkan isterinya. Hati dia juga sedih bila terfikirkan 'Dia'.
"Zal, abang percaya yang dia masih hidup diluar sana. Abang juga percaya yang dia mesti dalam keadaan baik² saja. Zal sebagai ibu, zal tak boleh cakap yang bukan². Kata² ibu itu seumpama doa" nasihat Tuan Zabir.
Puan Zalmah seakan akan baru tersedar dari kesilapannya. Dia beristighfar didalam hati.
Puan Munirah dan Tuan Razak faham apa yang mereka bualkan kecuali arash. Dia bingung apa yang sedang diperkatakan oleh pasangan suami isteri itu.
Puan munirah faham perasaan sahabatnya itu. "Sudahlah Zal, dah lama kita cari dia. Tapi sampai sekarang tak jumpa² tapi kita jangan pernah putus doa untuk keselamatan dia. Aku tau kau kuat. Dan aku percaya satu hari nanti, dia pasti akan balik kepangkuan kau" puan munirah menggosok perlahan bahu sahabatnya itu.
Tanpa mereka sedar mereka telah bercakap tentang perkara yang menjadi rahsia mereka sejak bertahun lamanya dihadapan arash.
"Mama.."
"Erkk.. Arash, ermm sudah lah jom kita makan. Mak Mah dah siap kan makan malam kita tu. Mari." Puan Munirah cuba selamatkan keadaan dengan menukar topik perbualan.
Semua yang berada disitu baru terdesedar kesilapan mereka. Mereka bangkit dari sofa dan menuju ke meja makan. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
Arash masih terduduk di sofa tanpa berganjak. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia bingung dengan sikap semua orang.
"Arash buat ape lagi kat situ. Mari makan" jerit tuan razak.
Arash tersentak. "Errr iya yah.. Arash datang." Dia terus bangkit dan menuju ke meja makan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro