Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

Aishah keluar dari pejabat bapanya iaitu Tan Sri Malik. Dia berjalan menuju ke tempat parking kereta di tingkat bawah bangunan.

Sampul berwarna coklat yang isi nya tebal dimasukkan kan kedalam handbag. Remote kereta ditekan. Lalu dia memboloskan diri kedalam kereta.

Kereta Honda Civic miliknya meluncur laju membelah jalan raya.
Aishah memandu keretanya menuju ke taman layang layang kepong.

Bila dah sampai dia parking kan kereta ditempat berhampiran janji temunya dengan seseorang.

"Lama kau tunggu aku?" Aishah menjeling memandang seorang lelaki tinggi dan berbadan tegap di depan nya.

Lelaki itu berpusing memandang aishah. "Aishah aishah aishah... Lama kita tak jumpa kan sayang. Aku rindu sangat dekat kau." Dia membelai rambut aishah. Aishah menepis.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Mana duit aku?" Keras lelaki itu bersuara. Dia memandang aishah tajam. Aishah memandang lelaki itu dengan pandangan menggoda. Jarak mereka didekatkan.

"Sabarlah sayang. Duit U ade dekat I" dia menunjukkan sampul surat berwarna coklat itu tadi. Lelaki itu cuba merampas. Tadi dapat ditarik balik oleh aishah.

"Aipp..ni last payment kau yee, lepas ni aku tak nak tengok lagi muka kau kejar² aku mintak hutang." Kata aishah keras. Sampul diberi pada lelaki tersebut.

Aishah ingin terus berlalu tapi sempat ditahan lelaki itu. "Zack kau nak ape lagi? Duit aku dah bagi kan lepas lahh." Aishah cuba merentap tangannya dari genggaman zack.

Zack tersenyum sinis. Dia membuka sampul yang diberi aishah. Dia tersenyum sinis memandang aishah. "Okey kau boleh pergi. Tapi kalau ada job lagi panggil lah aku sayang." Dia melepaskan tangan aishah dan mengelip mata pada nya.

Aishah menjeling menyampah. 'Tak hingin aku panggil kau lagi, kerja bukan seberapa pon tapi bayaran nak lebih², nasib baik bapak aku ni kilang duit.' Dia terus berlalu dari situ.

🌼🌼🌼🌼

Arash turun dari tingkat atas rumah. Dia mencari kelibat ibu nya. Dia terdengar suara orang berbual sambil bergelak ketawa di dapur. 'Mesti ibu dengan mama kat dapur' kata hatinya.

Dia terus menuju ke dapur. "Ibu,mama buat ape tu?" soal arash ceria. Puan Zalmah dan Puan Munirah tidak berkelip tengok arash. Mereka memandang arash lalu memandang antara satu sama lain.

Arash terasa aneh pula dengan pandangan dua wanita didepannya. Dia memandang tubuhnya sendiri. 'Aku ada salah pakai pape ke?' Soalnya dalam hati.

Puan Munirah mendekati anaknya. Pipi arash disentuh kedua belah. Tangannya menggigil. "Arash, arash dah okey ke sayang? Arash dah sihat?" Air mata Puan Munirah mula bergenang.

Arash meraih tangan ibu nya. "Arash dah sihat ibu. Arash dah okey. Tengok lah diri arash ni. Arash nak berubah. Betul kata ibu, masa depan arash masih panjang. Arash dah redha ibu dengan pemergian hanni. Sekarang arash nak jadi arash yang baru. Arash nak mula hidup baru" Luah arash.

Puan Zalmah yang mendengar di belakang mereka turut tersenyum bila melihat keadaan arash sekarang. Dia gembira bila arash sudah dapat menerima kematian hanni.

Tapi dia sedih bila teringatkan si anak yang sudah tiada dimuka bumi ini. Tidak pernah terlintas di fikiran yang dia akan kehilangan anaknya ketika anaknya masih berusia muda. Dia kini juga sudah redha dengan kematian hanni. Dia terima qada' dan qadar Allah.

Dia menunduk  memegang dada menahan sebak. Arash yang ternampak ibu mertuanya menunduk terus menghampirinya.

"Mama okey ke? Mama sakit? Mama sakit kat mana ma? Jom kita pergi klinik." Kata arash. Dia membantu Puan Zalmah berdiri. Tapi dihalang nya pantas.

"Mama tak sakit arash. Mama bersyukur sebab arash dah sembuh. Semangat arash dah pulih. Mama bersyukur sangat." Luah Puan Zalmah sebak.

Arash meraih tangan ibu mertuanya. "Mama, terima kasih sebab tak lekok jaga arash sepanjang arash tak sehat dulu. Sekarang arash dah sembuh. Arash janji pada mama yang arash akan berubah. Arash tak nak menyusahkan sesiapa lagi. Arash nak capai cita cita arash, arash nak banggakan semua orang yang arash sayang." Katanya dengan penuh semangat.

Air mata mereka sudah membasahi pipi masing². Terkadang Puan Zalmah merasa kan yang hanni masih lagi ada didepan mata. Dia seolah olah tak percaya dengan apa yang diberitahu pihak penyelamat tentang anak nya. Peristiwa dulu menjengah kembali.

'Puan maafkan kami, kami tidak dapat meneruskan usaha cari dan menyelamat ini. Sudah tiga minggu usaha ini di jalankan. Tapi kami langsung tak menjumpai sebarang petunjuk tentang keberadaan anak puan. Dengan ini pihak berkuasa mengesahkan yang anak puan tidak akan ditemui sampai bila bila." Kata seorang anggota penyelamat wanita pada puan zalmah.

Puan Zalmah menggeleng. "Tak, takk mungkin. Anak saya pasti ada disekitar jurang tu. Saya yakin. Dia masih hidup. Tolong cik jangan hentikan usaha ni. Saya merayu sangat pada cik. Tolong cik." Puan zalmah melutut pada anggota itu.

"Ya allah puan tolong jangan macam ni. Sekarang puan bangun." Anggota perempuan itu manarik bahu puan zalmah untuk berdiri semula. Dia memandang wajah itu sayu.

"Baiklah puan saya akan menambah masa untuk usaha ini lagi seminggu. Tapi bila dah lepas seminggu masih lagi tiada hasil kami terpaksa hentikan usaha mencari dan menyelamat ni." Lembut anggota itu berkata.

"Terima kasih cik. Jasa cik tak terbalas oleh saya." Kata puan zalmah.

Seminggu usaha mencari dan menyelamat dijalan kan dan akhirnya mereka menjumpai satu mayat wanita.

Arash dan keluarganya berjalan menghampiri bilik mayat. Dia dan keluarganya dikehendaki membuat pengecaman mayat. Wajah mayat itu dikatakan sudah hancur kerana terbakar.

Katil yang berpenghuni dengan satu tubuh yang tak bernyawa dihampiri jantungnya seakan akan terhenti bila melihat parut bekas luka terbakar di kaki mayat itu.

Hanni juga mempunyai parut yang sama seperti itu. Dahula ketika mereka berumur enam tahun, mereka bermain bunga api sambil bergurau. Entah macam mana bungan api yang masih menyala terlepas dari tangan hanni. Lalu terkena pada kakinya.

"Tak, tak mungkin takk!!" Arash memegang kepala dan menggeleng. Air matanya sudah bergenang.

"Takk!! Hanni belum mati!! Isteri aku belum meninggal" arash separuh menjerit.

Puan munirah merapati anaknya. "Arash, kita tak bukak lagi kain mayat tu kenapa arash cakap tu hanni pulak?" Soal puan munirah lembut.

Arash mengangkat tangan lalu menunjukkan pada parut kaki mayat.
Semua mata terarah pada kaki mayatPuan Zalmah terus terduduk di lantai.

Dia memegang dada. "Ya Allah, beratnya dugaan mu ini" air matanya sudah mengalir deras dipipi.

Tuan Razak memeluk tubuh anaknya untuk mengalirkan kekuatan pada arash. Puan munirah mengusap perlahan belakang anaknya. Semua yang berada disitu sudah berendam air mata.

Semenjak dari itu arash terus murung. Dia langsung tak nak bergaul dengan orang luar.

"Zal!! " puan zalmah tersentak. Dia terus menyapu air matanya. "Arash, mama pergi dulu papa dah panggil tu. 

"Zall !!.."

"Yee. Bang kejap" puan zalmah terus berlari kearah bilik suaminya yang terletak di tingkat bawah . Untuk kemudahan suaminya bergerak , mereka berpindah kebilik bawah.

Arash memandang ibunya. Tubuh itu dipeluk. Terasa bodohnya diri ini, kerana tidak dapat menerima qada' dan qadar Allah. Sehingga dia sanggup mengabaikan tanggungjawabnya pada kedua orang tuanya.

"Arash sayang ibu." Bisiknya pada telinga Puan Munirah.

"Ibu pon sayang kan Arash jugak." Rambut anaknya dibelai lembut. Di kemas kemaskan sedikit.

"Kan dah handsome anak ibu ni. Lepas ni jangan buat macam tu lagi ye hati ibu risau bila arash jadi macam tu. Ibu tak nak hilang arash lagi." Katanya menahan sebak. Wajahnya disembamkan ada dada arash.

Arash sebak. Pelukannya dieratkan lagi. Diaberjanji yang dia takkan buat ibunya menangis lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro