Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

Hampir setengah jam usaha mengeluarkan mangsa dari jurang dijalankan oleh anggota penyelamat.

Arash dan ibubapanya tidak henti² berdoa demi keselamatan hanni sekeluarga.

Arash terdengar jeritan salah satu anggota penyelamat yang dua orang mangsa telah berjaya di bawa ke atas.

Dia terus berlari menghampiri anggota tersebut. Tuan Razak dan Puan Munirah mengikut langkah arash.

"Encik mana mangsa yang dah selamat?" soal arash dengan jantung yang bergelodak.

"Mereka ada di ambulans sana." arash terus berlari kearah ambulans tanpa mempedulikan anggota tadi.

"Hanni!! Hannii!!" jerit arash.

Dia terpandang tubuh ibubapa mertuanya yang sudah berlumuran darah. Air matanya jatuh lagi sekali.

Puan Munirah menghampiri sahabatnya yang sudah terkulai di dalam ambulans air mata gugur lagi.

Arash terus berlari kearah anggota penyelamat yang bertugas menyalamatkan keluarga hanni.

"Encik isteri saya mana? Kenapa mama dengan papa dia je yang berjaya diselamatkan? Kenapa isteri saya masih berada dibawah sana?" soal arash dengan nada yang agak keras.

Anggota itu memandang arash dengan pandangan yang sayu. Dia menepuk bahu arash.

"Saya harap encik boleh bersabar. Sebenarnya mangsa yang kami jumpa dibawah sana hanya dua orang sahaja. Isteri encik tak ada dalam kereta semasa kami bawa keluar kedua ibubapa mangsa. Jadi isteri encik kini diklisifikasikan sebagai 'mangsa hilang' " terang anggota tersebut.

Arash terkedu. Jantungnya seakan akan berhenti berdegup. Badan nya menggeletar. Dia terus terduduk di depan anggota itu. Air mata yang sedia mengalir bertambah deras.

"Hannii!!!" arash menjerit seperti kerasukkan. Dia terus berdiri dan ingin menuruni jurang tersebut demi menyelamatkan isterinya.

Anggota penyelamat itu sempat menghalang arash dari terus mara.

"Encik, encik tak dibenarkan turun kebawah. Dibawah sana bahaya. Pihak kami akan lebih gigih dalam usaha mencari dan menyelamat isteri encik." anggota itu cuba menenangkan arash.

"Aku peduli apa. Yang aku tahu, aku nak turun bawah tu aku nak selamat kan isteri aku. Tepi!!" pekik arash pada anggota itu dan dia menolak anggota itu ketepi.

Tuan Razak yang mendengar pekikkan arash terus berlari mendapatkan anaknya. Tubuh anaknya dipeluk dari belakang.

Arash sudah tidak dapat mengawal diri dari selamatkan isterinya. Dia sudah tidak ubah seperti orang yang kerasukkan.

"Arash sabar arash..biar diorang yang cari hanni, biar diorang selamatkan hanni. Arash tak boleh macam ni. Ini akan menyukar kan lagi kerja menyelamatkan hanni." Tuan Razak cuba beri kata ransangan.

"Betul tu adik. Adik kene sabar. Mungkin adik tak boleh tolong selamatkan isteri adik, tapi adik kene percaya yang kuasa Allah tu luas. Dia yang aturkan semua kejadian ni. Dan dia juga boleh ambil dan beri apa² sahaja pada kita. Adik kene banyak istighfar, kene banyak berdoa agar Allah akan pulangkan isteri adik pada pangkuan adik semula. Kalau adik macam ni tak ada guna pon." kata seorang lelaki yang lengkap beruniform polis.

Arash seolah olah teransang dengan kata kata ayah dan lelaki itu. Perlahan lahan rontaannya semakin perlahan. Dia semakin tenang.

Dia terduduk di atas tanah sekali lagi. Lalu dia menadah tangan dan berdoa.
"Ya Allah, ya tuhan ku. Aku memohon ampun padamu. Kau pertemukan lah aku dengan isteri ku. Kau beri kan dia keselamatan walau dimana pon dia berada." doa arash sayu.

Semua yang berada disitu turut sebak melihat arash. Puan Munirah menghampiri anak dan suaminya. Bahu arash disentuh lembut.

"Arash kene kuat ye. Sekarang mama dan papa dah dibawa ke hospital. Jom kita kesana. Kita tengok keadaan mereka." pujuk Puan Munirah.

Arash menggeleng. Dia nak tunggu isterinya disini. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Dia tidak sangka percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis tetapi memberi sejarah hitam buatnya.

"Ayah dengan ibu pergi lah..arash nak duduk kat sini, arash nk tunggu hanni." jawab arash lemah.

'Aku pernah janji dengan kau dulu hanni, yang aku tak kan pergi tinggalkan kau. Kini aku berpegang pada janji janji aku pada kau.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro